Monday, December 19, 2011

selamat pulang..home sweet home.


Salam semua. Bersua lagi setelah sepi seketika.

Mood nak berblog pudar lagi. Banyak cerita sejak balik dari Bandung.  Macam macam rasa, peristiwa, kisah2 yang aku lalui. Macam rasa makanan Sunda dan Jawa yang nampak sedap tapi bila dah masuk tekak rasa nak terkeluar balik. Nak termuntah.

Alhamdullillah..aku selamat memijak kembali bumi Malaysia.. Tanah Tumpah Darahku Jumaat lepas setelah seminggu berkelana. Mungkin ini perasaan yang dirasa oleh semua warga Malaysia bila berkunjung ke negara orang. Mula2 nak pergi memang excited..dan lama sikit rasa tak sabar nak balik dan rasa syukur sangat bila dari atas awan aku dah nampak sungai, pokok2, jalanraya dan rumah2. Oh! Tak sabarnya nak jejak bumi. Dan paling tak sabar rindu nak landing atas katil sendiri!  Home sweet home!.. walaupun rumah aku macam tongkang pecah (kadang2 je). Mungkin masih rasa penat lagi tu sebab idea nak mulakan cerita tak lagi menjenguk.




siapa yang tak rindu kalau katil camni..


Mungkin juga sebab  peristiwa2 kecil yang melukakan membuatkan aku rasa macam tak de semangat. Semangat dah terbang dan aku memang lemah semangat. Lagi2 malam tadi masa balik dari kampong hubby terlanggar seekor anjing hitam yang melintas secara tiba2. Bumm!! Terlanggar bahagian depan sebelah kiri kereta. Berdengking2 anjing tu menjerit. Sebab malam aku tak nampak anjing tu tergolek dok atau masih hidup.

Aku dan hubby tak berhenti pun sebab rasa tak ada apa2. Masuk aje ke Guthrie Highway tiba2 seperti bunyi sesuatu yang kuat dari sebelah kiri kereta. Aku pandang hubby..ini mesti sebab terlanggar anjing tadi.  Aku dan hubby turun..masing2 senyum kelat. Bumper depan terkopak separuh. Lampu kecil dah terbang entah ke mana.  Hmm...duit lagi. Macam tau2 je minggu ni hubby dapat bonus. Redho je lah.

Nanti ye..aku nak cerita pasal ke Bandung dan yang specialnya cerita Ratu Laut Selatan masa aku ke Solo/Yogyakarta ari tu.


Daa...


IR : ada syukur dalam setiap hembusan nafasku.

Thursday, December 8, 2011

sharing is caring..

Salam semua.

Hari ni mood untuk share apa yang membuatkan aku leka untuk sehari dua ni. First, dok ralit membuat bunga pahar untuk kenduri Aja. Bunga ni memang klasik lah. Aku transfomed sikit untuk nampak uptodate. Tang bunga ni nanti aku cerita dalam
segmen "renjis renjis dipilis"...chewah!..

Aku nak tunjukkan cara buat coklat yang mudah.

Cuti2 sekolah ni budak2 ramai kat rumah bolehlah buat coklat ni. Mesti dia orang suka. Boleh jadikan aktiviti keluarga dan menguji kreativiti. Musim2 kenduri sekarang mungkin boleh buat doorgift atau masuk dalam beg berkat.


 Coklat ni untuk anak buah hubby (Iwan) yang nikah minggu lepas. Sabtu ni langsung sebelah lelaki. So, mak dia minta buatkan coklat dalm 120 pcs coklat oreo untuk masuk dalam goodie bag.

Mungkin ramai dari u alls dah tahu cara buat coklat ni. Cuma bagi aku yang penting anak2 aku boleh dengan senang nak refer apa2 kat blog aku ni. Cara aku senang dan simple je. Budak kecik pun boleh buat. Pada aku kalau buat sendiri lagi puashati dan jimat. Yang penting minat dan kesabaran sebab a bit messy. Jom cuba!.

Bahan2:

Coklat susu dan coklat putih (milk/white chocolate)
Pewarna
Perasa
Biskut oreo/cremo
Acuan coklat
Bekas air panas
Mangkuk Aluminium

Sebelum tu masak air hingga mendidih dan masukkan ke dalam termos nasi lemak saiz yang kecil sekali. Aku lupa lah  nak snap gambarnya tapi aku rasa korang tau benda tu. Instead of double boil kat atas dapur cara ni paling senang dan mudah.




coklat potong kecil2 dan masukkan dalam mangkuk aluminium. Berapa byk? suka hati korang. Dah habis boleh cairkan lagi. Letak atas termos.



kacau hingga coklat cair.

masukkan dalam piping bag.

cairkan juga coklat putih. Letak pewarna dan perasa jika suka. Masukkan dalam piping bag.





paipkan coklat putih ke dalam acuan. Jika gunakan acuan yang berbunga, paipkan coklat pada bentuk bunga yang dikehendaki sahaja.


hentakkan sedikit acuan coklat untuk meratakannya dan mengeluarkan angin supaya coklat menjadi padat. Perbezaan: Coklat yang sebelah kiri telah diratakan (dihentak) dan sebelah kanan masih tidak rata.



rata keseluruhan.




paipkan coklat susu untuk menutupi bahagian yang kosong.


hentak sedikit acuan coklat untuk meratakannya.



letakkan kepingan oreo/cremo di atas coklat tadi.





masukkan lagi coklat hingga menutupi biskut dan sejukkan dalam peti ais selamat 10 minit (tempat beku).



Taraaa....









aneka corak dan gaya coklat oreo/cremo.


oreo plain.



coklat oroe with egible image.


oreo stick.






cuba jangan tak cuba. Anak2 pasti bahagia.


Ini gambar termos nasi dan coklat yang aku guna. Pinjam dari album google jap.



pilih saiz yang paling kecil.




Beryl's milk chocolate compound. Sedap gak coklat ni. Harga berbeza ikut kedai. Ada dark dan white coklat.



dan biskut oreo/cremo. mana2 suka lah.


Sekali lagi..selamat mencuba.




IR : hendak seribu daya..

Tuesday, December 6, 2011

jangan menangis..


Salam manis.

Semakin hampir ke penghujung tahun 2011 banyak yang terjadi macam2 yang berlaku. Agaknya semua tu nak jadikan hidup aku ni lebih berwarna warni ada masam, manis, pahit dan tawar.

Allahamdulillah Iman dah selamat masuk jawi. At last!..kwang...kwang..kwang...Iman yang keras hati dan kepala tu menangis jua akhirnya.

Aku dan Faiz temankan Iman masuk bilik OT (kat klinik je..) sebab hubby kat hospital. Masa kat luar dia leka main games hp dan buat2 tak dengar budak2 lain yang menjerit dan menangis. Cool je. Masa masuk pun even dah atas katil relax je sambil terus main games. Dalam hati aku..aikk!! biar betul budak ni.

Tapi bila doktor tu mula injek bius, Iman terus jerit.  Mengadoi2 sampai siap.

"doktor sakitlah!."

"doktor tak siap lagi ke?..adoiiii!!.."

hehehe...Iman2..dalam aku nak marah tu nak ketawa pun ada.

Yang bestnya aku sempat snap gambar Iman. Bila aku kata nak letak kat FB dia tak kasi.

"mama ni..itu pun nak letak".. malu sebenarnya sebab budak2 lain menangis sekejap tapi dia menangis sampai kesudah.

Pada masa yang sama hubby admitted kat Salam Med. Centre. Kali ni condition dia teruk sangat sebab alah dengan 3 jenis antibiotik sebab darah dia ada kuman. 3 hari aku tengok dia flat habis! Tergolek atas katil je. Tak lalu makan sampai bacaan kencing manis dia turun sampai 2. Bagi milo pun seteguk je yang dia minum. Sampai hari ni dia masih on MC. Aku lah yang terkejar ke sana ke mari dengan macam2 hal. Iman berkhatan, order muffin, rewang jiran sebelah buat kenduri dan cari baju nikah Aja sampai ke Klang. Nasib baik BP aku tak naik. Alhamdulillah..

Dan kelmarin..langit mendung kelabu. Angin ribut melanda Btg Kali. Memang dah nasib badan dah suratan atau kebetulan tak taulah. Huwaaa!!...kete aku kena hempap pokok! Habis pecah cermin belakang dan depan. Bumbung kereta remuk sikit.

Semuanya terjadi sekelip mata. Kereta aku dan Aja letak bawah pokok. Masa pokok tu tumbang Aja berada dalam kereta dia. Tak sempat nak stat enjin lagi pokok dah rebah menghempap kereta aku.

"mak ngah!..mak ngah!..kete mak ngah kena hempap pokok!".. hafiz jerit dengan panik sekali.

Semua berlari keluar rumah. Aku tengok langit gelap. Angin bertiup dengan kuat. Memang betul2 ribut.

"mak usu mana?.."  tiba2 aku teringatkan Aja sebab aku yang suruh dia alihkan kereta aku.

"mak usu dalam kete"...

"hah!..suruh mak usu keluar cepat!..keluar cepat!.." aku jerit bagai nak rak.

Hujan dah mula turun bersulamkan angin yang makin kuat menggila. Tiba2 nampak Aja berlari terus tanpa pandang kiri kanan masuk dalam pagar rumah. Masa tu ada sebuah kereta sedang lalu dan nasib baik kereta tu tak laju sebab keadaan hujan dan agak gelap.

"Fuh!..nasib baik mak usu bukan dalam kete mak ngah.." menarik nafas lega budak2 ni.

Dan ini lah sebahagian gambar yang sempat aku rakamkan selepas hujan reda sikit. Huhuhu..sedihnya. Dan lagi sedih sebab pokok yang hempap kereta aku tu ialah pokok durian tunggal abah...huwaaa!!!!



masih sempat tutup dengan kanvas sebelum hujan lebat dan angin ribut dah reda sikit.




tak dapat diselamatkan lagi..










selepas hujan..operasi menebang pokok tumbang.




pokok durian abah yang patah sekerat
(gambar dari hp)

 
.

keadaan selepas dikeluarkan dari runtuhan pokok.



IR : ada peluang tukar kereta baru nih...




Friday, December 2, 2011

hujan di hati...

"aku lah yang bersalah
membuka ruang di hatiku untukmu
yang akhirnya melukakan hatiku sendiri..."

Salam manis. Salam Maal Hijrah 1433H. Salam Jumaat yang berkat.

Dah masuk bulan Disember. Bulan yang seronok, santai, manis dan nyaman. Sebab Disember bulan cuti sekolah boleh lepak2 dan relax2 bagi anak2 aku lah. Aku pun tak rushing sangat terkejar2 pagi2 nak uruskan mereka.

Bulan yang manis sebab Disember ramai yang buat kenduri kahwin. Aku sendiri dapat banyak jemputan yang pastinya tak dapat nak tunaikan semuanya.

Aura Disember juga buat aku rasa nyaman dan dingin. Hujan terus saban hari. Aku suka hujan. Bau air hujan tu membangkitkan nostalgia. Dingin hujan menyamankan jiwa. Tapi hujan buat jiwa orang2 di Pantai Timur resah gelisah.

Minggu depan aku ke Bandung lagi. Bandung pasti lagi dingin sebab kat sana pun hujan.


(dari album google)


selebat hujan yang turun



mencurah membasahi bumi




tidak selebat hujan di dalam jiwa ku



hujan...di antara airmataku



menitis laju



bersama pilu-pilu



selembut hujan yang bercurahan


begitulah cinta ini


semesra bumi yang disirami
begitulah hati ini..



Ok. Back to "quote" yang kat atas nun.

Kenyataan memang pahitkan? Pahit untuk ditelan. Sepahit buah tunjuk langit, sepahit daun hempedu bumi. Tambah pahit sebab hati sakit dan terluka. Terguris tercalar pedih.

Seperti biasa macam selalu aku ambil positive. Nobody's perfect!  Semua orang ada buat silap dan buat salah. Ambil apa yang berlaku jadikan pengajaran dan ingatan supaya tidak diulangi. Jadikan kesalahan itu satu kekuatan dan benteng ketahanan diri.

Ini bukan pasal frust cinta lah! Banyak hal lain yang berlaku sehari dua ni. Buat aku tambah matang dan dewasa. Buat aku lebih kenal diri sendiri dan teman2 keliling yang terlihat 'belang' mereka disaat yang kita tak jangkakan.

So, seawal Tahun Baru Hijrah 1433H ini moga kita semua terus diberi kekuatan diri dan iman, istiqomah pada jalan keikhlasan dan moga Allah terus bersama dalam setiap detik dan langkah yang kita lalui. Amin.






IR : dan hujan turut mengiringi engkau pergi....






Friday, November 18, 2011

durian tunggal..



Salam seharum kasturi, sewangi kemboja.

Ketika pulang dari rumah Mak Usu malam semalam lalu kat sec. 19 dan nampak lah ada orang jual durian kat tepi jalan. Lalu depan KPJ Selangor pun ada lagi orang jual durian.

"yang, musim durian datang lagi. Sedapnya.!!"

"nak ke?"

"nanti lah..dah malam ni. Esok2 lah."

Itu antara dialog aku dan hubby.  Walau pun agak 'hantu durian' aku harus kontrol sekarang ni. BP aku maintain 140/100. Tunggu turun lagi baru berani makan durian...hhmm..cium bau je lah.

So..nak cite pasai durian lah ni. Nostalgia betul.

Ini bukan kisah Durian Tunggal kat Melaka tu atau cerita tentang Kg. Durian Tunggal kat mana2 lah...yang kampongnya besar tapi pokok duriannya cuma satu.

Ini kisah nyata dan benar. Bukan dongengan lagi. Realiti depan mata. Kisah yang sangat istimewa untuk aku dan keluarga.


(sat..sat..aku tgh menghirup coffee Davidoff ni..hmm..sedapnya aroma dia..)


ok..


Selalu kalau nak makan durian memang kena beli lah. Orang tak de dusun durian katakan. Kalau dapat durian yang murah2 tu kalah orang ada dusun durian. Berlambak2! Stok tempoyak berkoyan2..(tipu le tu..) 2 3 botol je.


Selalu gak usha kawan2 yang ada dusun kalau musim durian jangan lupa aku. Alhamdulillah setakat ni kawan2 aku memang pemurah dan tak pernah lupakan aku. Setakat durian yang macam kucing tido tu tak de apa2 pada mereka.

"tak de orang makan durian ni..berlambak2 kat dusun tu..'

Masyaallah!...sampai camtu sekali bila ada dusun durian sendiri? Sedangkan aku kalau nak makan durian sikit lah punya debat dengan tauke durian tu nak minta harga murah. Dia orang ni buat durian macam main campak2 je..macam tak de perasaan.

Pokok durian yang tunggal yang satu2nya ada kat rumah mak kat kampong. Satu2nya pokok durian yang abah tanam yang 'menjadi' dalam seumur hidup abah.

Pokok durian ni abah tanam 30 tahun yang lalu masa abah mula2 beli rumah kat Batang Kali. Lepas tu bila dah berpindah ke Port Klang sejujurnya aku jadi lupa pokok durian yang abah tanam depan rumah.

Berkelana 10 tahun lebih dah pencen baru abah balik kampung semula. Pokok durian tu dah tinggi menjulang langit. Memang tinggi dan besar! Tapi sayang sepanjang hayat pokok durian ni dia tak pernah berbuah. Berbunga jauh sekali. So memang kita orang tak tau pokok durian ni dari jenis apa, spesis yang mana.

Sebab pokok durian ni di seberang jalan depan rumah dan macam bawah bukit sikit, abah tambak tanah tepi jalan sampai ke pokok durian. Jadilah satu kawasan lapang untuk kita orang parking kereta yang berderet bila semua balik kampung.

Setelah beberapa tahun kisah pokok durian tak berbuah tu semua orang dah tak ambik pot. Tak mengharap langsung untuk merasa buah durian bila tengok pokok durian jiran2 yang lain dah berbuah. Macam2 mak abah bubuh kat perdu pokok durian tu nak bagi subur, nak bagi berbuah. Baja buah, baja subur, garam even nasi basi pun ada letak kat situ. Semua tak menjadi. Last2 pokok tu jadi tempat abah dan hafiz buat tempat sangkut sangkar burung pemikat.  Dan kita orang anggap pokok durian ni mandul (?).

Sebab dok merajuk atau entah kenapa tah,  mak dan abah pakat2 nak tebang pokok durian tu sebab pokok tu pun nampak dah uzur sangat. Dengan saiznya yang besar dan diselaputi pokok duit2 yang menumpang teduh memang nampak gerun kalau rebah ke jalan dan membahayakan. Tapi upah menebang yang menjangkau rm500 buat hajat mak dan abah tertangguh sekejap.

Satu pagi yang dingin..kebetulan malamnya hujan (Btg kali memang sejuk..kalau hujan lagilah) kalau balik kampung aku selalu ke pasar pagi. Kereta parking bawah pokok durian. Masa nak masuk dalam kereta tiba2 aku terpandang sesuatu kat atas rumput. Aku ambil benda tu..aku amat-amati betul2 sebab aku memang jarang tengok benda ni. Belek kiri, belek kanan, pusing depan belakang.

Masyaallah!! Oh My God!! Osh kosh b'gosh!!...

Aku berlari mendapatkan mak yang tengah sidai kain.

"mak! tengok apa ni!" termengah2 aku.

"BUNGA DURIAN!" jawab aku pantas bila lihat mak macam blur sekejap.

"durian kita berbuah mak!..durian kita berbuah!.."

Macam budak kecik aku rasa. Macam nak melompat2 suka.

"alhamdulillah..berbuah jugak kau akhirnya.." itu saja yang keluar dari mulut mak.

Sejak tu kalau balik kampung selalu mendongak melihat pokok durian yang tinggi tu. Nak tengok banyak tak bunga dia. Banyak bunga kat atas banyak jugalah yang bertaburan kat bawah. Risau jugak takut2 tak melekat jadi buah.

Berbulan berlalu aku agak lama tak balik kampung. Sebelum raya hari tu putik durian dah semakin membesar. Setiap dahannya ada buah yang bergantungan. Nampak dari saiz yang besar macam durian jantung.

"dahan yang tu durian tembaga, dahan yang belakang durian D24, dahan atas durian kucing tido, durian hutan, durian jantung...bla..bla..bla..."

Nak sedapkan hati lah tu. Mak pesan jangan mengharap sangat sebab ini first time dia berbuah kita x tau macamana. Harap2 buahnya menjadi.
 Lepas tu siap cop2 lagi durian yang besar sekali abah punya, mak punya, along, uteh, mak uda even si Qistina yang baby tu pun ada bahagian dia.

"Woi!..tak aci ni, angah yang nampak dulu tau bunga durian tu!.."

Bangun pagi tadi ada sms dari Aja. Ingat nak bagi tau pasal persiapan kahwin dia. Tengok2 ada mms gambar. Sakitnya hati...gambar buah durian dah siap kopek!

Pagi2 call mak tapi idah yang angkat.

"durian dah gugur ke?"

"angah call pagi2 ni nak tanya itu je ke?"  hotak kau..

"sedap!...isi dia warna putih lemak berkrim, lemak macam mentega. Isi tebal biji kecik"... siot betul lah budak ni.

"angah balik minggu ni. Simpan kalau ada gugur!"


So..kalau ada rezeki balik kampung ni merasalah. Durian tu baru nak 'membuang buruk' kata orang.  Kalau tak pun antor2 lah ke shah alam.

Kuasa Tuhan kan. Kun fayakun! Macam magic aku rasa.





terliur tak?....hehehe...





IR : ini satu ketentuan pada janji yang kau hulurkan.




Thursday, November 17, 2011

yang ditinggalkan...


Salam. Kabare? Waras?

Itu aje bahasa Jawa yang aku tau.

Entry kali ini agak sedikit emosional. Tajuk pun dah boleh agak.


 
 Kehilangan..sesuatu yang amat pahit. Kita sering merasa menyayangi seseorang itu apabila kita sudah pun kehilangannya.

Hidup dalam suasana keluarga anggota keselamatan especially tinggal kat perumahan polis ni membuatkan aku semakin kuat untuk menerima kehilangan orang2 disekeliling kita. Hampir 20 tahun aku bermaustautin kat sini ramai yang dah pergi mengadap Ilahi. Tak kira suami yang anggota polis atau isteri2 polis itu sendiri.

Jika suami yang pergi dahulu akan meninggalkan isteri serta anak2 untuk meneruskan kehidupan sendiri2.

Jika suami yang pergi disebabkan kecelakaan semasa bertugas atau sememangnya sakit adalah satu perkara biasa yang dapat dihadapi dengan tabah oleh orang yang ditinggalkan.



 
Cuma aku terkilan apabila perginya seorang anggota polis itu bukan atas sebab2 di atas. Perginya tanpa rasa rela, tanpa rasa redha oleh isteri dan anggota keluarga mahu pun rakan2 dan orang sekeliling.

Memang tugas dan jawatan yang disandang oleh anggota2 polis banyak mengundang bahaya dan kecelakaan. Kami isteri2 polis ini akur tentang itu. Hanya doa yang sering diiringi setiap kali suami masing2 keluar bertugas. Tugas dan jawatan mereka juga kadang kala mengundang rasa dengki, irihati dan  dendam kepada orang lain.

Banyak yang aku dengar dan lihat akibat dari perbuatan manusia yang bertuhankan  iblis dan syaitan dalam melaksanakan tujuan mereka. Tak kira lah berapa besar dan tingginya pangkat anggota polis itu semuanya tidak terlepas dari semua ini.

Seorang demi seorang isteri dan anak2 yang meninggalkan perumahan ini apabila suami yang menjadi tempat bergantung selama ini telah tiada lagi.

Dan yang terakhir, perginya Koperal Zulkifli B Yahya minggu lalu meragut satu kebahagiaan sebuah keluarga yang tak berdosa. Kematiannya adalah akhir sebuah kesakitan yang ditanggung selama ini. Yang tinggal hanyalah isteri dan anak2 yang kini meneruskan kehidupan sendiri2.



 
Kematian yang ditangisi bukan kerana berbakti pada negara tetapi adalah angkara manusia yang telah tertutup pintu hatinya pada Ilahi. 

Semoga Allah membukakan pintu hati, memberikan hidayahNya kepada mereka2 yang tersesat di hujung jalan. Allah jua lah yang Maha adil untuk membalas dengan setimpalnya atas segala yang dilakukan oleh mereka.  

Semoga roh arwah ditempatkan di dalam golongan orang2 yang soleh dan beriman di sisiNya.

Untukmu Jun..isteri yang tabah dan sabar itu adalah sebaik2 isteri di sisi Allah.

Salam takziah dari aku dan keluarga.


IR : berlalu sudah badai semalam.

kedukaan berlalu pergi, bahagialah wahai hati...


"apabila satu pintu kebahagiaan tertutup, masih ada 9 pintu lain yang belum terbuka. Kadangkala kita selalu menyesali pintu yang tertutup itu sehingga kita terlupa mengetuk pintu yang masih belum kita buka."

Salam bahagia.

November udah sampai kepertengahan. Sebulan lebih sahaja lagi untuk kalender satu tahun yang baru akan terbuka. SPM dah bermula. Waktu sekolahan anak2 sekolah rendah masih ada beberapa hari lagi sebelum pintu pagarnya ditutup rapat2 dan hanya dibuka untuk sessi persekolahan akan datang. Tapi untuk anak2 aku Iman dan Anas dah mula 'cuti lompat2' sejak dari cuti Raya Haji lagi.

Minggu depan Iman berkhatan bersama beberapa teman yang lain. Aku tengok Iman relax je..tak tau le dah dekat2 harinya nanti baru kecut perut. Aku nak tengok macamana oang yang selalu cakap besar menjadi sangat kecil pada hari itu...hehehe..tungguuu..!!

Cuti sekolah juga buat aku tambah sibuk dengan kek2 dan small catering aku ni. Bolehlah sikit2..alhamdullilah..rezeki anak2.

Cabaran ibu berkerjaya nak buat 2  3 kerja sekali gus memang besar dan berat! Minggu lepas aku 'berumahtangga' kat dapur aku yang sekangkang kera tu. Buat kek hantaran 2 biji untuk pihak lelaki dan perempuan. Cupcake dan cake pop. Sebenarnya pengantin minta dua2 cupcake tapi aku cam boring je..asyik2 cupcake. So aku suggest cake pop yang comey tu. No objection! senang dapat customer cam ni.

Esoknya bangun pagi2 goreng meehoon untuk breakfast budak2 kursus kat UITM. Lepas tu masak lunch untuk 50 orang lebih campur dengan untuk orang rumah sekali ada lah dekat 80 orang punya makan.

Nasib baik anak2 aku boleh diharap. Malam sebelumnya aku kerah budak2 ni  buat bahagian masing2. Kopek bawang, halia, cili, potong sayur dll. Mata sorang2 aku tengok berair2 bila kopek bawang. Iman siap pakai helmet lagi! Nak ketawa pun ada. Tak sempat nak snap gambar sebab aku sibuk ngan ayam2 kat dapur. Bila tiba pack2 nasi mr hubby pun aku kerahkan juga. Semuanya sebab nak kejarkan masa. Aku cuma ada 2 jam lebih je untuk masak lunch sebab dia orang nak ambil awal.

Bagai 'minta nyawa' kata orang..semput, sesak nafas terkejar2 nak siapkan semua. Alhamdullillah on time. Beres! Tapi dapur tak payah nak describe lah cam ne..kalah kapal pecah!

Lepas tu sempat gak attend kenduri kahwin anak rakan FB kat Rawang walaupun sebenarnya aku dah rasa 'hawa' badan aku semacam je..


Lepas maghrib aku paksa diri pergi klinik. Memang rasa badan letih sangat. Tangan rasa kebas2 dan mencucuk2. Doktor kata itu tanda2 kencing manis. Really? Kena pegi check nanti ni. Tidur malam tak selesa. Rasa sakit menjalar ke bahu. Berat!


Esoknya aku mc. Tido 1/2 hari. Kalau ikutkan hati memang nak tido lagi tapi kenangkan budak2 ada kat rumah bangun gak lah. Buat nasi goreng. 


Tup..tup..ada sms masuk. Hmm..aku senyum je. Lepas ni kena pergi berurut satu badanlah. Mesti mak usu marah kat aku. Bila sakit baru nak datang urut. Biasak lah tu...! Kena pulihkan badan sebab minggu depan ada orang order muffin 1500 pcs!

hehehe...


ini lah xtvt aku minggu lepas.



kek sebelah pengantin lelaki - kasih sesuci hati seputih salju, cinta merah membara.











cake pop.. comey lote..aku suka!..aku suka!.. (perasan!)









kek dan cupcake dari pengantin perempuan untuk pengantin lelaki. Kuning selembut kasih setulus hati.  






Pulut kuning warisan adat Melayu hadiah dari aku untuk pengantin. Tanda terima kasih jadi regular customer aku.










Selamat Pengantin Baru untuk Ernie Maryana dan Mohd Idham dari Kg. Melayu Subang. Semoga bahtera rumahtangga kalian bahagia ke akhir hayat.




IR : Ku ingin menjadi mimpi indah dalam hidupmu..