Tuesday, December 23, 2014

BAKED BY CIK TA


Assalammualaikum. 

Seperti sudah terlalu lama meninggalkan catatan yang satu ini. Hari ini menyapa sebentar sekadar untuk memberitahu aku sangat sibuk di catatan yang satu lagi. Baru ada 2 blog sudah tidak mampu untuk berbagi kasih. Salute pada blogger yang ada 2 3 blog yang sentiasa diupdate.

Kalau lama sangat blog ini tiada cerita ceriti yang dikongsi, silalah sudi mampir di blog yang satu lagi untuk bersama2 berkongsi cerita. Blog ini bukan cerita peribadi malah lebih kepada perkongsian ilmu untuk kehidupan seharian kita yang tak boleh lari dari masakan dan makanan. Yes! aku dah lama buat blog masak2 ni sebagai salah satu keghairahan terhadap dunia masakan. 

Sudi2kanlah berkongsi rasa dan selera di blog Baked By Cik Ta ini.  Nak jadi follower pun dipersilakan. Kalau ada yang berkenan untuk tempahan boleh contact aku. 



sms/wassap - 010 8927929

Semoga sedikit ilmu ini dapat memberi manafaat dan sebagai penyambung amalan bila aku sudah tiada nanti.





Thursday, November 13, 2014

Cerita first time...Selangor VS Singapore.

Assalammualaikum.

Salam manis semanis dan seharum madu Tualang. Betul ke manis dan harum madu tu? Yang beli masa kat Fraser's Hill ari tu macam tu lah. Oppss!..baru teringat cerita kat FH belum dicatat di sini. Banyak sungguh sebenarnya yang masih dalam draft dan tinggal draft sahaja sebab busy ya ampunn!!...kerja kat ofis, kat rumah semuanya kena buat. Ada masa sikit aku untukkan buat merehatkan diri sendiri. Dah berumur ni badan tak boleh lasak2 sangatkan.

Sebenarnya cerita ini pun dah lama didraftkan. Ada yang dah bertanya tak update blog ke? Nak baca pula cerita yang lain. Bukan tak nak update tapi tu lah kan...macam aku cakap tadi. Masa sangat2 terbatas.

Ok.. ini cerita pasal first time. Dalam hidup kita mesti ada benda first time yang kita buat, rasa dan lalui tak kiralah diusia keberapa semua itu terjadi.

Fisrt time selalunya teruja kan? Excited giler, seronok! Ini cerita first time aku. Kalau korang dah biasa tu cuba ingat balik masa first time dulu. Bestkan?
Hahaha...korang jangan dok pikiaq yang bukan2 no! Cerita first time ini sangat sweet untuk dikongsi. 

Ini cerita satu hari Sabtu beberapa bulan yang lalu. Walau pun duduk Shah Alam dekat 25 tahun tapi ini lah first time aku ke Stadium Shah Alam tengok perlawanan bola antara Selangor vs Singapura untuk Piala Sultan Selangor yang lalu. Sebelum ni adalah juga ke Stadium  tapi bukan untuk tengok bola.

Sebenarnya dah lama teringin nak tengok bola tapi asyik tak kesampaian. Ada sahaja halangan yang mendatang. Agaknya dah rezeki masa tu Along beria2 nak pergi dan dapat tiket free apalagi on je lah.

Tengok gambar sambil bercerita ye. Baru best kan?


semangat mesti ada! From US with love. 
(US stand for Ulu Selangor..hihihi..)




posing2 di luar Stadium. Baru lepas hujan tapi nampak merah kuning je semua.






















Stadium masih kosong seawal jam 7.00 malam. Ada surau disediakan untuk solat.





seronok tengok kain2 rentang ni. Terasa aura Selangor tu meresap ke jiwa.












budak kecik Adni Maisarah yang tak boleh duduk diam dan akhirnya menangis dan kena keluar Stadium awal sebab dah rimas. Lain kali ye Ummi Aja 
 datang lagi.




Veteran Selangor vs Singapore.




kenal siapa yang duk sepak bola tu? Zainal Abidin dan di hujung sana Khalid Ali. Keputusan seri 1-1.





Stadium sudah mula dipenuhi lautan merah kuning. Perlawanan sebenar bermula.









kibaran bendera, mafla, bunyi gendang jerit pekik suara2 penyokong memang memberi satu pengalaman baru pada aku dan yang lain2. Rasa seronok ada bila semua bernyanyi lagu2 semangat bersama2. Terasa semuanya bersatu hati memberi sokongan walaupun pemain2 nun jauh di tengah padang. Setiap kali alunan gendang bertukar irama lagu lain yang dinyanyikan. Aku dan Uteh pandang2 sambil tersenyum melihat gelagat penyokong2 lain yang dah tahu lagu apa yang nak dinyanyikan bersama2. Kami hanya menyambung nyanyian bila dah tahu lagu apa yang dinyanyikan. Oh..lagu ni. Wah!..ada lagu speciallah...Hmmm...memang rasa jakun sekejap..hahahaha..




dari jauh boleh cam Kunalan dan Rangel je.




1-0



Keputusan akhir Selangor 2 Singapore 1.



penyokong baru Selangor. Mafla pun baru beli..hihihi... Dah 2nd half perlawanan ajak aku balik sebab dia mengantuk! Huh!..ada ka?






with Faiz yang dah selalu sangat datang ke Stadium. Dia yang ajak aku duk nun tinggi kat atas sebab katanya kalau kat bawah nampak kepala orang je. Iolah..omak kau kan first time ni...





Uteh and doter Najwa.




cer teka..sapa saya?




berposing selepas habis perlawanan. Biar orang lain balik dulu. Sebenarnya nak lepaskan traffic jem kat luar tu.














apa perasaan? Seronok sangat! boleh hilangkan stress! Percayalah...kau boleh jerit, menyanyi sama dan paling best buat sorakan berombak tu sampaikan kat pentas VVIP pun dia orang buat sama. Sorakan berombak sekeliling stadium. Very the sporting! cuma satu yang omak kau ni tak tahan...duk lamo2 kek korsi yang nak do penyandar tu. Mau patoh pinggang den...alahai...

Jumpo laie.




Wednesday, September 24, 2014

WW : ...dan Phaleanopsis pun mewangi.


Assalammualaikum.

Ingat entry tentang novel hari tu? Ini lah Phaleanopsis kalau nak tahu. Aku yang tak minat sangat ngan orkid pun boleh 'giler' sekejap tengok orkid-orkid yang berkembang ini. Sila jamu mata.

















































ada yang nak tau ke kat mana ni?


Wednesday, September 3, 2014

Tuesday, August 26, 2014

Teaser :' ...dan Phalaenopsis pun mewangi'

Assalammualaikum. Salam manis.

Ini yang malas ni kalau baca novel kan. Hanyut entah sampai kemana. Tapi kalau sendiri yang tulis novel macamana? Projek yang bertahun2 terabai tiba2 diselak kembali. Bila ilham datang mencurah2 bagai hujan kat luar tu tapak tangan memang tak mampu nak menahan. 

Oh!..rasa nak pergi jauh2 dari semua orang dan biar aku sendiri sahaja terus menyiapkan naskah ini. 

Layan dulu puisi keramat yang sangat puitis ini.


KEKASIH

Akan ku pintal buih-buih 
menjadi tali mengikat mu

Akan ku anyam gelombang-gelombang
menjadi hamparan ranjang tidur mu

Akan ku tenun awan gemawan
menjadi selendang menudungi rambut mu

Akan ku jahit bayu gunung
menjadi baju pakaian malam mu

Akan ku petik bintang timur
menjadi kerongsang menyinari dada mu

Akan ku jolok bulan gerhana
menjadi lampu menyuluhi rindu

Akan ku rebahkan matari 
menjadi laut malam mu
menghirup sakar madu mu

Kekasih
 hitunglah mimpi
yang membunuh realiti
dari syurga ilusi...

- Usman Awang -






         


Novel '...dan Phalaenopsis pun mewangi' tak ada di pasaran ye. Jangan cuba cari. Sia-sia.


"yang terakhir adalah untuk selamanya..."

Bye.

Saturday, August 23, 2014

WE'RE A FAMILY.

Assalammualaikum.

Rasa sebak, sedih dari hari semalam masih terbawa2 hingga ke hari ini. Menatap cerita2 tentang MH17 di laman FB sempena hari Malaysia berkabung semalam buat airmata terus mengalir. Satu penghormatan besar dari negara, dari kita rakyat Malaysia untuk semua yang pergi dalam nahas MH17 17 Julai 2014 yang lalu di Ukraine. 




Tersentuh sungguh dengan cerita di bawah apa sebenarnya yang dilalui oleh waris mangsa yang terlibat. Klik tulisan berwarna untuk membaca kisah Asmaa isteri Co-Pilot MH17 Ahmad Hakimi Hanapi yang sangat tabah menghadapi saat-saat kehilangan suaminya.



rindu berjuta persen hasil nukilan blogger Jumie yang merupakan teman rapat kepada Asmaa.


Walau bermacam-macam cerita tentang keadaan MAS yang kita dengar sekarang tapi aku tetap berbangga dengan syarikat penerbangan Malaysia ini. Satu lambang kejayaan Malaysia yang sangat besar di mata dunia. 

Setiap kali melihat staff-staff MAS dalam pakaian seragam mereka yang kemas dan cantik secara automatik perasaan bangga yang melangit tinggi terhadap kerjaya ini tersemat di jiwa. Terbang tinggi mereka membawa nama Malaysia ke serata dunia tanpa rasa ragu dan bimbang tentang keselamatan diri. Harga nyawa bagai tidak dipandang. Amanah kerjaya jua yang dijulang. Setiap kali terbang belum tentu mereka akan pulang.









(google)






Kehilangan mereka adalah kesedihan untuk kita semua.


bersemadilah dengan tenang wahai jiwa-jiwa yang hilang.





Al fatihah.