Tuesday, August 26, 2014

Teaser :' ...dan Phalaenopsis pun mewangi'

Assalammualaikum. Salam manis.

Ini yang malas ni kalau baca novel kan. Hanyut entah sampai kemana. Tapi kalau sendiri yang tulis novel macamana? Projek yang bertahun2 terabai tiba2 diselak kembali. Bila ilham datang mencurah2 bagai hujan kat luar tu tapak tangan memang tak mampu nak menahan. 

Oh!..rasa nak pergi jauh2 dari semua orang dan biar aku sendiri sahaja terus menyiapkan naskah ini. 

Layan dulu puisi keramat yang sangat puitis ini.


KEKASIH

Akan ku pintal buih-buih 
menjadi tali mengikat mu

Akan ku anyam gelombang-gelombang
menjadi hamparan ranjang tidur mu

Akan ku tenun awan gemawan
menjadi selendang menudungi rambut mu

Akan ku jahit bayu gunung
menjadi baju pakaian malam mu

Akan ku petik bintang timur
menjadi kerongsang menyinari dada mu

Akan ku jolok bulan gerhana
menjadi lampu menyuluhi rindu

Akan ku rebahkan matari 
menjadi laut malam mu
menghirup sakar madu mu

Kekasih
 hitunglah mimpi
yang membunuh realiti
dari syurga ilusi...

- Usman Awang -






         


Novel '...dan Phalaenopsis pun mewangi' tak ada di pasaran ye. Jangan cuba cari. Sia-sia.


"yang terakhir adalah untuk selamanya..."

Bye.

Saturday, August 23, 2014

WE'RE A FAMILY.

Assalammualaikum.

Rasa sebak, sedih dari hari semalam masih terbawa2 hingga ke hari ini. Menatap cerita2 tentang MH17 di laman FB sempena hari Malaysia berkabung semalam buat airmata terus mengalir. Satu penghormatan besar dari negara, dari kita rakyat Malaysia untuk semua yang pergi dalam nahas MH17 17 Julai 2014 yang lalu di Ukraine. 




Tersentuh sungguh dengan cerita di bawah apa sebenarnya yang dilalui oleh waris mangsa yang terlibat. Klik tulisan berwarna untuk membaca kisah Asmaa isteri Co-Pilot MH17 Ahmad Hakimi Hanapi yang sangat tabah menghadapi saat-saat kehilangan suaminya.



rindu berjuta persen hasil nukilan blogger Jumie yang merupakan teman rapat kepada Asmaa.


Walau bermacam-macam cerita tentang keadaan MAS yang kita dengar sekarang tapi aku tetap berbangga dengan syarikat penerbangan Malaysia ini. Satu lambang kejayaan Malaysia yang sangat besar di mata dunia. 

Setiap kali melihat staff-staff MAS dalam pakaian seragam mereka yang kemas dan cantik secara automatik perasaan bangga yang melangit tinggi terhadap kerjaya ini tersemat di jiwa. Terbang tinggi mereka membawa nama Malaysia ke serata dunia tanpa rasa ragu dan bimbang tentang keselamatan diri. Harga nyawa bagai tidak dipandang. Amanah kerjaya jua yang dijulang. Setiap kali terbang belum tentu mereka akan pulang.









(google)






Kehilangan mereka adalah kesedihan untuk kita semua.


bersemadilah dengan tenang wahai jiwa-jiwa yang hilang.





Al fatihah.





Wednesday, August 20, 2014

SALAM KENAL - DHIYA'S FIRST GIVEAWAY.


Assalammualaikum. Salam manis.

Rasa nak tambah kenalan pulak lah di alam maya ni. Jom sama2 join Giveaway kat bawah ni. Senang je..tiada cogankata, tiada sebarang cerita. Hanya perkongsian semata.  Klik banner di bawah yer.







"your friendship is a gift.."


Adios.