Thursday, November 13, 2014

Cerita first time...Selangor VS Singapore.

Assalammualaikum.

Salam manis semanis dan seharum madu Tualang. Betul ke manis dan harum madu tu? Yang beli masa kat Fraser's Hill ari tu macam tu lah. Oppss!..baru teringat cerita kat FH belum dicatat di sini. Banyak sungguh sebenarnya yang masih dalam draft dan tinggal draft sahaja sebab busy ya ampunn!!...kerja kat ofis, kat rumah semuanya kena buat. Ada masa sikit aku untukkan buat merehatkan diri sendiri. Dah berumur ni badan tak boleh lasak2 sangatkan.

Sebenarnya cerita ini pun dah lama didraftkan. Ada yang dah bertanya tak update blog ke? Nak baca pula cerita yang lain. Bukan tak nak update tapi tu lah kan...macam aku cakap tadi. Masa sangat2 terbatas.

Ok.. ini cerita pasal first time. Dalam hidup kita mesti ada benda first time yang kita buat, rasa dan lalui tak kiralah diusia keberapa semua itu terjadi.

Fisrt time selalunya teruja kan? Excited giler, seronok! Ini cerita first time aku. Kalau korang dah biasa tu cuba ingat balik masa first time dulu. Bestkan?
Hahaha...korang jangan dok pikiaq yang bukan2 no! Cerita first time ini sangat sweet untuk dikongsi. 

Ini cerita satu hari Sabtu beberapa bulan yang lalu. Walau pun duduk Shah Alam dekat 25 tahun tapi ini lah first time aku ke Stadium Shah Alam tengok perlawanan bola antara Selangor vs Singapura untuk Piala Sultan Selangor yang lalu. Sebelum ni adalah juga ke Stadium  tapi bukan untuk tengok bola.

Sebenarnya dah lama teringin nak tengok bola tapi asyik tak kesampaian. Ada sahaja halangan yang mendatang. Agaknya dah rezeki masa tu Along beria2 nak pergi dan dapat tiket free apalagi on je lah.

Tengok gambar sambil bercerita ye. Baru best kan?


semangat mesti ada! From US with love. 
(US stand for Ulu Selangor..hihihi..)




posing2 di luar Stadium. Baru lepas hujan tapi nampak merah kuning je semua.






















Stadium masih kosong seawal jam 7.00 malam. Ada surau disediakan untuk solat.





seronok tengok kain2 rentang ni. Terasa aura Selangor tu meresap ke jiwa.












budak kecik Adni Maisarah yang tak boleh duduk diam dan akhirnya menangis dan kena keluar Stadium awal sebab dah rimas. Lain kali ye Ummi Aja 
 datang lagi.




Veteran Selangor vs Singapore.




kenal siapa yang duk sepak bola tu? Zainal Abidin dan di hujung sana Khalid Ali. Keputusan seri 1-1.





Stadium sudah mula dipenuhi lautan merah kuning. Perlawanan sebenar bermula.









kibaran bendera, mafla, bunyi gendang jerit pekik suara2 penyokong memang memberi satu pengalaman baru pada aku dan yang lain2. Rasa seronok ada bila semua bernyanyi lagu2 semangat bersama2. Terasa semuanya bersatu hati memberi sokongan walaupun pemain2 nun jauh di tengah padang. Setiap kali alunan gendang bertukar irama lagu lain yang dinyanyikan. Aku dan Uteh pandang2 sambil tersenyum melihat gelagat penyokong2 lain yang dah tahu lagu apa yang nak dinyanyikan bersama2. Kami hanya menyambung nyanyian bila dah tahu lagu apa yang dinyanyikan. Oh..lagu ni. Wah!..ada lagu speciallah...Hmmm...memang rasa jakun sekejap..hahahaha..




dari jauh boleh cam Kunalan dan Rangel je.




1-0



Keputusan akhir Selangor 2 Singapore 1.



penyokong baru Selangor. Mafla pun baru beli..hihihi... Dah 2nd half perlawanan ajak aku balik sebab dia mengantuk! Huh!..ada ka?






with Faiz yang dah selalu sangat datang ke Stadium. Dia yang ajak aku duk nun tinggi kat atas sebab katanya kalau kat bawah nampak kepala orang je. Iolah..omak kau kan first time ni...





Uteh and doter Najwa.




cer teka..sapa saya?




berposing selepas habis perlawanan. Biar orang lain balik dulu. Sebenarnya nak lepaskan traffic jem kat luar tu.














apa perasaan? Seronok sangat! boleh hilangkan stress! Percayalah...kau boleh jerit, menyanyi sama dan paling best buat sorakan berombak tu sampaikan kat pentas VVIP pun dia orang buat sama. Sorakan berombak sekeliling stadium. Very the sporting! cuma satu yang omak kau ni tak tahan...duk lamo2 kek korsi yang nak do penyandar tu. Mau patoh pinggang den...alahai...

Jumpo laie.




3 comments:

  1. Yuk Merapat Best Betting Online Hanya Di AREATOTO
    Dalam 1 Userid Dapat Bermain Semua Permainan
    Yang Ada :
    TARUHAN BOLA - LIVE CASINO - SABUNG AYAM - TOGEL ONLINE ( Tanpa Batas Invest )
    Sekedar Nonton Bola ,
    Jika Tidak Pasang Taruhan , Mana Seru , Pasangkan Taruhan Anda Di areatoto
    Minimal Deposit Rp 20.000 Dan Withdraw Rp.50.000
    Proses Deposit Dan Withdraw ( EXPRES ) Super Cepat
    Anda Akan Di Layani Dengan Customer Service Yang Ramah
    Website Online 24Jam/Setiap Hariny

    ReplyDelete
  2. JOIN NOW !!!
    Dan Dapatkan Bonus yang menggiurkan dari dewalotto.club
    Dengan Modal 20.000 anda dapat bermain banyak Games 1 ID
    BURUAN DAFTAR!
    dewa-lotto.name

    ReplyDelete
  3. JOIN NOW !!!
    Dan Dapatkan Bonus yang menggiurkan dari dewalotto.club
    Dengan Modal 20.000 anda dapat bermain banyak Games 1 ID
    BURUAN DAFTAR!
    dewa-lotto.name

    ReplyDelete