Friday, November 18, 2011

durian tunggal..



Salam seharum kasturi, sewangi kemboja.

Ketika pulang dari rumah Mak Usu malam semalam lalu kat sec. 19 dan nampak lah ada orang jual durian kat tepi jalan. Lalu depan KPJ Selangor pun ada lagi orang jual durian.

"yang, musim durian datang lagi. Sedapnya.!!"

"nak ke?"

"nanti lah..dah malam ni. Esok2 lah."

Itu antara dialog aku dan hubby.  Walau pun agak 'hantu durian' aku harus kontrol sekarang ni. BP aku maintain 140/100. Tunggu turun lagi baru berani makan durian...hhmm..cium bau je lah.

So..nak cite pasai durian lah ni. Nostalgia betul.

Ini bukan kisah Durian Tunggal kat Melaka tu atau cerita tentang Kg. Durian Tunggal kat mana2 lah...yang kampongnya besar tapi pokok duriannya cuma satu.

Ini kisah nyata dan benar. Bukan dongengan lagi. Realiti depan mata. Kisah yang sangat istimewa untuk aku dan keluarga.


(sat..sat..aku tgh menghirup coffee Davidoff ni..hmm..sedapnya aroma dia..)


ok..


Selalu kalau nak makan durian memang kena beli lah. Orang tak de dusun durian katakan. Kalau dapat durian yang murah2 tu kalah orang ada dusun durian. Berlambak2! Stok tempoyak berkoyan2..(tipu le tu..) 2 3 botol je.


Selalu gak usha kawan2 yang ada dusun kalau musim durian jangan lupa aku. Alhamdulillah setakat ni kawan2 aku memang pemurah dan tak pernah lupakan aku. Setakat durian yang macam kucing tido tu tak de apa2 pada mereka.

"tak de orang makan durian ni..berlambak2 kat dusun tu..'

Masyaallah!...sampai camtu sekali bila ada dusun durian sendiri? Sedangkan aku kalau nak makan durian sikit lah punya debat dengan tauke durian tu nak minta harga murah. Dia orang ni buat durian macam main campak2 je..macam tak de perasaan.

Pokok durian yang tunggal yang satu2nya ada kat rumah mak kat kampong. Satu2nya pokok durian yang abah tanam yang 'menjadi' dalam seumur hidup abah.

Pokok durian ni abah tanam 30 tahun yang lalu masa abah mula2 beli rumah kat Batang Kali. Lepas tu bila dah berpindah ke Port Klang sejujurnya aku jadi lupa pokok durian yang abah tanam depan rumah.

Berkelana 10 tahun lebih dah pencen baru abah balik kampung semula. Pokok durian tu dah tinggi menjulang langit. Memang tinggi dan besar! Tapi sayang sepanjang hayat pokok durian ni dia tak pernah berbuah. Berbunga jauh sekali. So memang kita orang tak tau pokok durian ni dari jenis apa, spesis yang mana.

Sebab pokok durian ni di seberang jalan depan rumah dan macam bawah bukit sikit, abah tambak tanah tepi jalan sampai ke pokok durian. Jadilah satu kawasan lapang untuk kita orang parking kereta yang berderet bila semua balik kampung.

Setelah beberapa tahun kisah pokok durian tak berbuah tu semua orang dah tak ambik pot. Tak mengharap langsung untuk merasa buah durian bila tengok pokok durian jiran2 yang lain dah berbuah. Macam2 mak abah bubuh kat perdu pokok durian tu nak bagi subur, nak bagi berbuah. Baja buah, baja subur, garam even nasi basi pun ada letak kat situ. Semua tak menjadi. Last2 pokok tu jadi tempat abah dan hafiz buat tempat sangkut sangkar burung pemikat.  Dan kita orang anggap pokok durian ni mandul (?).

Sebab dok merajuk atau entah kenapa tah,  mak dan abah pakat2 nak tebang pokok durian tu sebab pokok tu pun nampak dah uzur sangat. Dengan saiznya yang besar dan diselaputi pokok duit2 yang menumpang teduh memang nampak gerun kalau rebah ke jalan dan membahayakan. Tapi upah menebang yang menjangkau rm500 buat hajat mak dan abah tertangguh sekejap.

Satu pagi yang dingin..kebetulan malamnya hujan (Btg kali memang sejuk..kalau hujan lagilah) kalau balik kampung aku selalu ke pasar pagi. Kereta parking bawah pokok durian. Masa nak masuk dalam kereta tiba2 aku terpandang sesuatu kat atas rumput. Aku ambil benda tu..aku amat-amati betul2 sebab aku memang jarang tengok benda ni. Belek kiri, belek kanan, pusing depan belakang.

Masyaallah!! Oh My God!! Osh kosh b'gosh!!...

Aku berlari mendapatkan mak yang tengah sidai kain.

"mak! tengok apa ni!" termengah2 aku.

"BUNGA DURIAN!" jawab aku pantas bila lihat mak macam blur sekejap.

"durian kita berbuah mak!..durian kita berbuah!.."

Macam budak kecik aku rasa. Macam nak melompat2 suka.

"alhamdulillah..berbuah jugak kau akhirnya.." itu saja yang keluar dari mulut mak.

Sejak tu kalau balik kampung selalu mendongak melihat pokok durian yang tinggi tu. Nak tengok banyak tak bunga dia. Banyak bunga kat atas banyak jugalah yang bertaburan kat bawah. Risau jugak takut2 tak melekat jadi buah.

Berbulan berlalu aku agak lama tak balik kampung. Sebelum raya hari tu putik durian dah semakin membesar. Setiap dahannya ada buah yang bergantungan. Nampak dari saiz yang besar macam durian jantung.

"dahan yang tu durian tembaga, dahan yang belakang durian D24, dahan atas durian kucing tido, durian hutan, durian jantung...bla..bla..bla..."

Nak sedapkan hati lah tu. Mak pesan jangan mengharap sangat sebab ini first time dia berbuah kita x tau macamana. Harap2 buahnya menjadi.
 Lepas tu siap cop2 lagi durian yang besar sekali abah punya, mak punya, along, uteh, mak uda even si Qistina yang baby tu pun ada bahagian dia.

"Woi!..tak aci ni, angah yang nampak dulu tau bunga durian tu!.."

Bangun pagi tadi ada sms dari Aja. Ingat nak bagi tau pasal persiapan kahwin dia. Tengok2 ada mms gambar. Sakitnya hati...gambar buah durian dah siap kopek!

Pagi2 call mak tapi idah yang angkat.

"durian dah gugur ke?"

"angah call pagi2 ni nak tanya itu je ke?"  hotak kau..

"sedap!...isi dia warna putih lemak berkrim, lemak macam mentega. Isi tebal biji kecik"... siot betul lah budak ni.

"angah balik minggu ni. Simpan kalau ada gugur!"


So..kalau ada rezeki balik kampung ni merasalah. Durian tu baru nak 'membuang buruk' kata orang.  Kalau tak pun antor2 lah ke shah alam.

Kuasa Tuhan kan. Kun fayakun! Macam magic aku rasa.





terliur tak?....hehehe...





IR : ini satu ketentuan pada janji yang kau hulurkan.




No comments:

Post a Comment