Thursday, November 17, 2011

yang ditinggalkan...


Salam. Kabare? Waras?

Itu aje bahasa Jawa yang aku tau.

Entry kali ini agak sedikit emosional. Tajuk pun dah boleh agak.


 
 Kehilangan..sesuatu yang amat pahit. Kita sering merasa menyayangi seseorang itu apabila kita sudah pun kehilangannya.

Hidup dalam suasana keluarga anggota keselamatan especially tinggal kat perumahan polis ni membuatkan aku semakin kuat untuk menerima kehilangan orang2 disekeliling kita. Hampir 20 tahun aku bermaustautin kat sini ramai yang dah pergi mengadap Ilahi. Tak kira suami yang anggota polis atau isteri2 polis itu sendiri.

Jika suami yang pergi dahulu akan meninggalkan isteri serta anak2 untuk meneruskan kehidupan sendiri2.

Jika suami yang pergi disebabkan kecelakaan semasa bertugas atau sememangnya sakit adalah satu perkara biasa yang dapat dihadapi dengan tabah oleh orang yang ditinggalkan.



 
Cuma aku terkilan apabila perginya seorang anggota polis itu bukan atas sebab2 di atas. Perginya tanpa rasa rela, tanpa rasa redha oleh isteri dan anggota keluarga mahu pun rakan2 dan orang sekeliling.

Memang tugas dan jawatan yang disandang oleh anggota2 polis banyak mengundang bahaya dan kecelakaan. Kami isteri2 polis ini akur tentang itu. Hanya doa yang sering diiringi setiap kali suami masing2 keluar bertugas. Tugas dan jawatan mereka juga kadang kala mengundang rasa dengki, irihati dan  dendam kepada orang lain.

Banyak yang aku dengar dan lihat akibat dari perbuatan manusia yang bertuhankan  iblis dan syaitan dalam melaksanakan tujuan mereka. Tak kira lah berapa besar dan tingginya pangkat anggota polis itu semuanya tidak terlepas dari semua ini.

Seorang demi seorang isteri dan anak2 yang meninggalkan perumahan ini apabila suami yang menjadi tempat bergantung selama ini telah tiada lagi.

Dan yang terakhir, perginya Koperal Zulkifli B Yahya minggu lalu meragut satu kebahagiaan sebuah keluarga yang tak berdosa. Kematiannya adalah akhir sebuah kesakitan yang ditanggung selama ini. Yang tinggal hanyalah isteri dan anak2 yang kini meneruskan kehidupan sendiri2.



 
Kematian yang ditangisi bukan kerana berbakti pada negara tetapi adalah angkara manusia yang telah tertutup pintu hatinya pada Ilahi. 

Semoga Allah membukakan pintu hati, memberikan hidayahNya kepada mereka2 yang tersesat di hujung jalan. Allah jua lah yang Maha adil untuk membalas dengan setimpalnya atas segala yang dilakukan oleh mereka.  

Semoga roh arwah ditempatkan di dalam golongan orang2 yang soleh dan beriman di sisiNya.

Untukmu Jun..isteri yang tabah dan sabar itu adalah sebaik2 isteri di sisi Allah.

Salam takziah dari aku dan keluarga.


IR : berlalu sudah badai semalam.

No comments:

Post a Comment