"apabila satu pintu kebahagiaan tertutup, masih ada 9 pintu lain yang belum terbuka. Kadangkala kita selalu menyesali pintu yang tertutup itu sehingga kita terlupa mengetuk pintu yang masih belum kita buka."
Salam bahagia.
November udah sampai kepertengahan. Sebulan lebih sahaja lagi untuk kalender satu tahun yang baru akan terbuka. SPM dah bermula. Waktu sekolahan anak2 sekolah rendah masih ada beberapa hari lagi sebelum pintu pagarnya ditutup rapat2 dan hanya dibuka untuk sessi persekolahan akan datang. Tapi untuk anak2 aku Iman dan Anas dah mula 'cuti lompat2' sejak dari cuti Raya Haji lagi.
Minggu depan Iman berkhatan bersama beberapa teman yang lain. Aku tengok Iman relax je..tak tau le dah dekat2 harinya nanti baru kecut perut. Aku nak tengok macamana oang yang selalu cakap besar menjadi sangat kecil pada hari itu...hehehe..tungguuu..!!
Cuti sekolah juga buat aku tambah sibuk dengan kek2 dan small catering aku ni. Bolehlah sikit2..alhamdullilah..rezeki anak2.
Cabaran ibu berkerjaya nak buat 2 3 kerja sekali gus memang besar dan berat! Minggu lepas aku 'berumahtangga' kat dapur aku yang sekangkang kera tu. Buat kek hantaran 2 biji untuk pihak lelaki dan perempuan. Cupcake dan cake pop. Sebenarnya pengantin minta dua2 cupcake tapi aku cam boring je..asyik2 cupcake. So aku suggest cake pop yang comey tu. No objection! senang dapat customer cam ni.
Esoknya bangun pagi2 goreng meehoon untuk breakfast budak2 kursus kat UITM. Lepas tu masak lunch untuk 50 orang lebih campur dengan untuk orang rumah sekali ada lah dekat 80 orang punya makan.
Nasib baik anak2 aku boleh diharap. Malam sebelumnya aku kerah budak2 ni buat bahagian masing2. Kopek bawang, halia, cili, potong sayur dll. Mata sorang2 aku tengok berair2 bila kopek bawang. Iman siap pakai helmet lagi! Nak ketawa pun ada. Tak sempat nak snap gambar sebab aku sibuk ngan ayam2 kat dapur. Bila tiba pack2 nasi mr hubby pun aku kerahkan juga. Semuanya sebab nak kejarkan masa. Aku cuma ada 2 jam lebih je untuk masak lunch sebab dia orang nak ambil awal.
Bagai 'minta nyawa' kata orang..semput, sesak nafas terkejar2 nak siapkan semua. Alhamdullillah on time. Beres! Tapi dapur tak payah nak describe lah cam ne..kalah kapal pecah!
Lepas tu sempat gak attend kenduri kahwin anak rakan FB kat Rawang walaupun sebenarnya aku dah rasa 'hawa' badan aku semacam je..
Lepas maghrib aku paksa diri pergi klinik. Memang rasa badan letih sangat. Tangan rasa kebas2 dan mencucuk2. Doktor kata itu tanda2 kencing manis. Really? Kena pegi check nanti ni. Tidur malam tak selesa. Rasa sakit menjalar ke bahu. Berat!
Esoknya aku mc. Tido 1/2 hari. Kalau ikutkan hati memang nak tido lagi tapi kenangkan budak2 ada kat rumah bangun gak lah. Buat nasi goreng.
Tup..tup..ada sms masuk. Hmm..aku senyum je. Lepas ni kena pergi berurut satu badanlah. Mesti mak usu marah kat aku. Bila sakit baru nak datang urut. Biasak lah tu...! Kena pulihkan badan sebab minggu depan ada orang order muffin 1500 pcs!
hehehe...
ini lah xtvt aku minggu lepas.
Lepas maghrib aku paksa diri pergi klinik. Memang rasa badan letih sangat. Tangan rasa kebas2 dan mencucuk2. Doktor kata itu tanda2 kencing manis. Really? Kena pegi check nanti ni. Tidur malam tak selesa. Rasa sakit menjalar ke bahu. Berat!
Esoknya aku mc. Tido 1/2 hari. Kalau ikutkan hati memang nak tido lagi tapi kenangkan budak2 ada kat rumah bangun gak lah. Buat nasi goreng.
Tup..tup..ada sms masuk. Hmm..aku senyum je. Lepas ni kena pergi berurut satu badanlah. Mesti mak usu marah kat aku. Bila sakit baru nak datang urut. Biasak lah tu...! Kena pulihkan badan sebab minggu depan ada orang order muffin 1500 pcs!
hehehe...
ini lah xtvt aku minggu lepas.
kek sebelah pengantin lelaki - kasih sesuci hati seputih salju, cinta merah membara.
cake pop.. comey lote..aku suka!..aku suka!.. (perasan!)
kek dan cupcake dari pengantin perempuan untuk pengantin lelaki. Kuning selembut kasih setulus hati.
Pulut kuning warisan adat Melayu hadiah dari aku untuk pengantin. Tanda terima kasih jadi regular customer aku.
Selamat Pengantin Baru untuk Ernie Maryana dan Mohd Idham dari Kg. Melayu Subang. Semoga bahtera rumahtangga kalian bahagia ke akhir hayat.
IR : Ku ingin menjadi mimpi indah dalam hidupmu..
No comments:
Post a Comment