"aku lah yang bersalah
membuka ruang di hatiku untukmu
yang akhirnya melukakan hatiku sendiri..."
Salam manis. Salam Maal Hijrah 1433H. Salam Jumaat yang berkat.
Dah masuk bulan Disember. Bulan yang seronok, santai, manis dan nyaman. Sebab Disember bulan cuti sekolah boleh lepak2 dan relax2 bagi anak2 aku lah. Aku pun tak rushing sangat terkejar2 pagi2 nak uruskan mereka.
Bulan yang manis sebab Disember ramai yang buat kenduri kahwin. Aku sendiri dapat banyak jemputan yang pastinya tak dapat nak tunaikan semuanya.
Aura Disember juga buat aku rasa nyaman dan dingin. Hujan terus saban hari. Aku suka hujan. Bau air hujan tu membangkitkan nostalgia. Dingin hujan menyamankan jiwa. Tapi hujan buat jiwa orang2 di Pantai Timur resah gelisah.
Minggu depan aku ke Bandung lagi. Bandung pasti lagi dingin sebab kat sana pun hujan.
(dari album google)
selebat hujan yang turun
mencurah membasahi bumi
tidak selebat hujan di dalam jiwa ku
hujan...di antara airmataku
menitis laju
bersama pilu-pilu
selembut hujan yang bercurahan
begitulah cinta ini
semesra bumi yang disirami
begitulah hati ini..
Ok. Back to "quote" yang kat atas nun.
Kenyataan memang pahitkan? Pahit untuk ditelan. Sepahit buah tunjuk langit, sepahit daun hempedu bumi. Tambah pahit sebab hati sakit dan terluka. Terguris tercalar pedih.
Seperti biasa macam selalu aku ambil positive. Nobody's perfect! Semua orang ada buat silap dan buat salah. Ambil apa yang berlaku jadikan pengajaran dan ingatan supaya tidak diulangi. Jadikan kesalahan itu satu kekuatan dan benteng ketahanan diri.
Ini bukan pasal frust cinta lah! Banyak hal lain yang berlaku sehari dua ni. Buat aku tambah matang dan dewasa. Buat aku lebih kenal diri sendiri dan teman2 keliling yang terlihat 'belang' mereka disaat yang kita tak jangkakan.
So, seawal Tahun Baru Hijrah 1433H ini moga kita semua terus diberi kekuatan diri dan iman, istiqomah pada jalan keikhlasan dan moga Allah terus bersama dalam setiap detik dan langkah yang kita lalui. Amin.
IR : dan hujan turut mengiringi engkau pergi....
No comments:
Post a Comment