Tuhan
tolong lembutkan hati dia
Untuk terima ku seadanya
Kerna ku tak sanggup
Kerna ku tak mampu
Hidup tanpa dia di sisiku
Untuk terima ku seadanya
Kerna ku tak sanggup
Kerna ku tak mampu
Hidup tanpa dia di sisiku
(Ombak Rindu)
Salam manis.
Tengah ada rasa mood nak menulis lagi. Dah tengok filem Ombak Rindu? Aku yang sering ketinggalan. Baru dapat tengok minggu lepas.
Ok ke? Dengar member2 yang dah tengok semua kata best!. Siap ingatkan aku bawa tisu banyak2 sebab aku kan fragile.
Aku menonton bukan sebab Aaron Aziz sahaja tapi lebih kepada cerita itu sendiri. Sebab aku dah baca novelnya dan memang sangat2 lah layan..
So, apa pendapat aku tentang filem ni? Hmmmmm....pelakon2 ok, gambar latar cantik2..rumah Aaron aku suka..cantik! Rumah sapa tu hah? Tapi maaf cakap lah..aku tak de rasa feel lah. Feel tu macam tak sampai. Tak de klimaks! Rasa mendatar je semua. Rasa diri aku tak ‘masuk’ dalam cerita tu.
Adegan2 sedih tu tak lah buat aku menangis giler macam tengok drama Daun Ketupat Kering dan seangkatan dengannya arahan Rashid Sibir. Aku memang sensitive dan fragile tapi bila tang sedih tu cuma airmata bergenang sikit je. Jiwa Izzah tak ‘bersatu’ dengan jiwa aku. Mungkin sebab aku memang tak ngam dengan filem arahan Osman Ali kot. Kalau Khabir Bathia yang buat filem ni tentu lain. Lagi layan tengok Nora Elena kat tv yang asal dari novel gak.
Tapi lagu dia best!. Tahniah!..tahniah! sedap suara penyanyinya Hafiz dan Adira. Cuma aku pesan layan lagu je jangan tengok OST sebab lagu tu rasa ‘berserabut’ bila tengok rambut Hafiz yang macam maggi kembang! Hehehe...udah2 lah ye..nanti ada yang marah pulak.
Ok..nak cerita pasal Bandung..dan Bandung dan Bandung lagi. Baru dpt sms dari kawan tanya aku x pegi Bandung lagi ke? Hehehe..jejak kat Bandung belum pudar lagi dah ada ura2 nak ke sana. Sebab bila ke Bandung rasa jadi macam orang kaya. Apa istimewanya Bandung?
Ini kali ke 2 aku ke Bandung. Berdua je dengan hubby. Amboi2! Honeymoon ek! Ada gak yang jealous tu. Bila lagi...dulu2 anak2 masih kecil memang susah nak ke mana2. Mungkin juga rezeki itu tiba pada masa dan saat ini. Untuk pasangan ‘pengantin lama’ elok sangat2 luangkan masa berdua pada usia2 begini.
Ok..Bandung. Banyak yang menarik. Yang pasti shopping giler! Tapi kena pandai cari dan tengok barang yang ada kualiti. Untuk perempuan Pasar Baru adalah syurga untuk shopping kain baju kurung, baju pengantin, jubah, jeans, handbag dan yang utama..telekung Bandung!
Banyak Factory Outlet sekitar Bandung tapi aku lebih senang ke Pasar Baru sebab semua ada kat situ. Toko Tiga, Jalan Dago, Alun2, Cihampelas, Paris Van Java sekadar lalu je..tak sempat nak singgah.
Kalau nak makan kat sini senang cari. Food court kat Pasar Baru banyak masakan Sunda tapi aku terjumpa satu kedai yang jual roti canai! Boleh tahan roti canainya cuma teh tarik kureng sikit. Roti canai sekeping RP15000 kau! Pagi2 dah tunggu depan kedai yang masih belum bukak! Sebab seharian di Pasar Baru lunchnya pun aku makan kat situ, makan nasi beriani. Yang kelakarnya nasi beriani tak guna rempah beriani tapi guna rempah kari! Belasah je lah. Harga mahal sikit. Nasi beriani satu set Rp30000 untuk beriani ayam. Kalau beriani kambing Rp35000. Oh ya..itu semua untuk nasi beriani goreng. Lebih tepat nasi goreng beriani. Asal dapat lepas rasa tekak orait lah.
Kalau ke Bandung tak lengkap kalau tak ke Tangkuban Perahu. Satu lagi Kawah Putih. Antara ke 2nya aku lebih suka Kawah Putih. Cantik! Tenang, damai, lembut ada rasa2 macam kat syurga. Camtu ke? Tak tau nak cerita camne..kau orang pergi lah..sure setuju ngan aku. Itu aku pegi last year sampai sekarang masih teringat2. Orang Indon panggil Kawah Putih "Syurga yang Tercicir". Memang tepat gelaran tu.
Ok..tengok album dulu ye..
Pintu gerbang ke Kawah Putih. Dari sini dah terbau bau belerang yang kuat. Kalau hari hujan pengunjung tidak dibenarkan sampai ke sini sebab bau belerang itu bisa membunuh pak. Suhunya sejuk. Masa aku pergi tu dah mencecah 16C.
tenang dan damai..
ada macam gambar dalam gambar tak?
petikan kecapi dari Wak ni..mendayu2, melayang2 perasaan hanyut sampai rasa ke zaman kraton dulu2. Rasa seram pun ada gak..hehehe..
ada orang jual belon buih kat sini. Buat sendiri katanya sebab orang2 Indon segala apa yang boleh dijual semua dia jual.
Tangkuban Perahu
gunung berapi yang masih aktif.
with my beloved hubby
jangan lupa singgah di Kolam Air Panas Sari Ater dalam perjalanan turun dari Tangkuban Perahu.
salah satu antara replika dinosour di Sari Ater
cubalah rasa kemanisan nenas Bandung. Terdapat di sepanjang jalan ke Tangkuban Perahu.
Hotel Orange Homes tempat lepak2.
Pandangan hadapan hotel. Nampak tak menarik dengan pintu pagar macam penjara tapi..cuba lihat gambar seterusnya..
hotel 3 tingkat yang sangat comel..cantik kan?
aku suka pintu bilik ni. Macam rumah kat Msia. Tu sebab hotel ni digelar Kampung Melayu dan memang ramai orang Melayu dan orang M'sia di sini.
"mampir ke sini lagi buk..."
bilik selesa, bersih cuma yang ini aku yang sepah2 kan.."bik, bersihkan bilik saya ya"..."iya Puan.."...hehehe..
Pasar Baru Bandung
tak banyak gambar kat sini sebab sibuk shopping!
kalau nak cari telekung beli di kedai yang berada di tingkat bawah atau dipanggil Lantai Dasar. Kalau yang macam ni bunga keliling dan naik ke atas di bahagian belakang boleh dapat sampai RP170,000 tapi kalau kat tingkat atas boleh mencecah RP250,000.
kain ela untuk jubah dengan bunga manik2 Rp70,000. Kat atas Rp110-120,000.
handbag dari yang murah hingga ke yang asli dari Rp50,000- juta2 Rp.
inilah satu2nya kedai 'mamak' kat Pasar Baru.
di Bandung atau ke Indon jangan lupa pesan Es Jeruk. Limau ais dia beza dengan kita sebab limaunya limau Indon..hahaha...limaunya sedap dan memang warnanya kuning asli.
makanan Sunda. Ulam kemangi mesti ada. Sedap..masam2 manis.
Tahu Sumedang. Tahu yang sangat popular kat Indon memang tahunya sedap tapi hati2 kadang2 dia orang ni jual tahu yang dah masam.
Ini pula adalah halwa dari buah pala. Kalau halwa pala di Msia selalunya halus2 panjang tapi dia orang ukir dan buat bentuk bunga rose. Cantik untuk hantaran dan rasa sayang nak makan. Salute lah dia orang ni memang kreatif! Ini di Ciwedey turun dari Kawah Putih.
Buah apa ni? Kat Msia aku tak jumpa pun buah ni. Dipanggil terung belanda. Rasa macamana pun tak tau lah. Banyak di Wisata Patengan (Tasik Kota Cinta) juga turun dari Kawah Putih boleh jumpa tempat ni.I like strawberry. Bukan suka makan tapi suka tengok warna merahnya. Ini di kaki Kawah Putih. Banyak yang jual strawberry. Kalau nak beli, beli yang timbang dan boleh pilih sendiri dari bakulnya. Kalau dah siap dlm pek kadang2..selalunyalah... dia orang ni tipu sikit. Atas nampak cantik tapi kat dalam ada yang busuk. Busuk hati betul!
Teh Sosro. Sedap! mesti cuba kalau ke Bandung. Kat Pasar Baru banyak.
Recommended kedai ni kalau nak beli telekung macam kat atas tadi. Just mentioned kawan pak polisi dari Msia dan minta harga grosir (harga borong).
adiknya pak Ervin yang selalu ada kat kedai. Lupa namanya.
Sebenarnya banyak lagi yang istimewanya Bandung ni. Orang2 Sunda ni yang aku jumpa di toko2 dan di hotel budi bicara dan patah perkataannya lembut2. Suara gadis2 di Pasar Baru lagilah lembut.."tambah lagi belanjanya kak.." "kainnya murah2 kak..boleh tengok2 dulu enggak apa2.." sebab dia orang tengok orang2 Msia ni orang2 kaya. Dalam hati boleh ketawa sendiri..tak tau aku datang pun naik kapalterbang murah!
"enak banget jadi isteri pak polisi.." bonus untuk aku ketika tawar menawar sebab kat Indon pak Polisi ini satu kerjaya yang sangat dipandang tinggi. Tapi itu semua tak menjanjikan keselamatan kita terpelihara. Nanti aku cerita dalam next entry.
Ok sebelum terlupa, beberapa tips kalau ke Bandung.
1) Tukar matawang Rupiah semasa anda diMsia sebab kalau tukar di sana ratenya rendah lagi2 kita sendiri yang menukarnya. Orang sana selalu pandang orang Msia ni banyak duit so..harus hati2. Lumayan kalau dia orang dapat 'peras' kita. So, carilah rakan2 Indon yang boleh dipercayai jika terdesak sangat untuk tukar duit.
2) Gunakan teksi bermeter untuk jalan2 sekitar Kota Bandung seperti Cipaganti, Kota Kembang dan Bluebird. Yang tak pakai meter ni selalunya penipu! Masa naik cakap Rp30000 dah sampai jadi Rp50000. Atau pun dia letak sesuka hati. Tapi teksi bermeter standard minimum Rp25000 kau tetap akan bayar walaupun kat meter tu cuma Rp9000 atau kurang dari Rp25000. Kalau dah biasa guna Angkutan lebih murah.
3) Kalau membeli barang2 bagi duit yang secukupnya. Jangan bagi duit yang besar sebab kadang2 baki pulangannya kurang.
4) Hati2 kalau ke Tangkuban Perahu atau mana2 Wisata (tempat pelancungan) sebab banyak yang terjadi orang Msia tertipu di sana. Semasa di hotel teman dari Kedah memberitahu dia tertipu ketika membeli key chain yang berharga RP900,000 yang kalau di Pasar Baru hanya Rp70,000 sahaja! Rp900,000 berapa korang kira?...lebih kurang Rm300 lebih. Giler!
5) Banyak makanan goreng2an yang dijual di tepi2 jalan. Kalau teringin pilih lah yang agak 'hygenic' sebab perut orang2 Msia ni 'manja'..
6) Kalau nak beli brownies Bandung yang popular tu Kartika Sari dan Amanda beli lah di toko2 itu sendiri sebab lebih ori. Kalau yang jual di tepi2 jalan dibimbangi bukan ori sebab kat sana tak de istilah 'hak cipta terpelihara'. Dia orang buat sendiri dan letak dalam kotak yang sama macam ori punya. Amanda banyak yang kena ciplak.
Takut lak rasa nak ke Bandung? Tak delah..cuma perlu hati2 lagi pun tempat orang kan. Bandung masih aman. Masih boleh jalan2 dan berhibur di waktu malam. Tak seperti di Jakarta yang menurut teman2 yang aku jumpa malam2 banyak pencopet! Apa2 pun Malaysia is the very very best! Much2 better!
Ok. Permisi dulu.
Nuhun (terimakasih)
Sami-sami (sama-sama)
(Bahasa Sunda)

IR : tempat jatuh lagi dikenang...
thanks akak..
ReplyDeletesudah belanja telekung di kedai saya.
ervin :)
Semasa saya pergi, Orang Bandung dah respek dengan orang Malaysia... nak tipu pun dah tak berani, macam keychain saya beli dapat Rp100,000 untuk 30 biji ... kiranya RM30 ... RM1 satu. Sama juga dengan Fridge Magnet, saya beli Rp100,000 dapat dalam 36 biji ... jatuh bawah seringgit satu .. lebih kurang 80 sen.
ReplyDelete