Friday, December 30, 2011

MURKA RATU LAUT SELATAN

 

Tiada kemaafan di sini
Kau ragut degupan hati ku ini
Akan ku jejakimu ke mana jua
Hingga akhir masa
Bila bunyi bersatu
Kau milik ku..

Salam bahagia.

Rasa macam pernah dengar lirik diataskan? Lagu dari filem Puntianak Harum Sundal Malam. Apa kaitan dengan entry ni?

Nak cerita pasal Ratu Laut Selatan yang kat Jogyakarta tu. Bukan nak cerita asal usulnya. Itu boleh cari sendiri kat google. Banyak versi macam2 cerita tapi yang pastinya aku seram sejuk gak bila sebut pasal Ratu Laut Selatan ni. Aku memang penakut tapi rasa nak tau tu membuak2 cam deburan ombak Laut Selatan sendiri.

Orang Jogyakarta khasnya kat Tanah Jawa ada yang menggelarnya Nyi Roro Kidul, Kanjeng Ratu Kidul dan ada juga yang menggelarnya Mak Lampir. Kau orang kenalkan Mak Lampir? Tapi versi yang tu aku rasa macam tak percaya sikit sebab apa yang aku baca dan apa yang aku dengar Ratu Laut Selatan ni cantik giler! Cantik dari bidadari! Fuh! mesti keren bangat! cam gambar kat bawah ni ilusinya.





Selepas 2 hari kat Bandung hari tu aku dan hubby cadang2 nak ke Solo dan Yogyakarta nak jumpa kawan dia. So kita orang naik keretapi malam dari Bandung ke sana dan sampai dalam kul 5.00am WIB. Kat sana kul 5.00 dah cam kul 7.00am kat sini. Terang benderang.
 
Setelah selesai urusan kat Solo sebelum ke Yogyakarta aku dan hubby di bawa pak supir ke pasar yang terkenal kat Solo. Kota Batik Pasar Klewer Solo. Kat sini banyak jual batik Solo dari batik sarung, blaus, kemeja, pakaian kanak2, handbag dan kasut semua dari batik. Tapi aku tak minat lah corak batik dia orang. Cantik lagi batik kita. Susah nak cari warna yang terang dan lembut kebanyakannya warna gelap. Tak de yang menarik aku rasa kat sini. Oh!..ada satu. Orang Indon memang kreatif macam aku cerita dulu. Kalau jual pisang dia orang letak pisang tu dalam sangkar cam ni. Jadi pisang tu tak lah 'tercedera'.
 
 
 
Ingat nak angkat setangkai tapi hubby dah warning. "Pisang pun nak beli ke?".
Sebenarnya aku nak sangkar tu aje. Terus kensel.
 
 
pintu masuk ke Pasar Klewer Solo.
 
 
 
 
 







suasana di Pasar Klewer.


Dah sampai ke Yogyakarta aku dan hubby cadang naik keretapi ke Bandung dari situ saje. So sampai kat Yogya baru kul 4.00pm Pak Supir terus bawa kami ke Laut Selatan di selatan Yogya. Sebenarnya dari Solo lagi dia beria2 ajak aku dan hubby mampir ke Laut Selatan. Sebab selalu dengar cerita pasal Ratu Kidol hati pun berkobar2 lah nak pergi. Dalam kereta dia tanya lebih kurang cam ni..

"Bapak mau minta uang dari Ratu Selatan enggak?"

Hubby pandang aku. Aku sekadar kenyit mata.

"gimana tu pak?" hubby terus memancing.

"Iya..saya ini orang perutusannya Sang Ratu"...lembut suara Pak Supir. "Tadi malam saja saya udah berbicara sama Ratu. Ramei yang minta pertolongan..pokoknya minta uang, emas dan segala. Kalau bapak mau nanti balik ke Malaysia cuma sediakan satu bilik yang khusus bapak sama ibu sahaja yang bisa masuk. Anak2 tidak bisa itu. Nanti akan dikirim uang sama Ratu". Pak supir bersemangat bercerita. 

Aku terlonggo mendengar. Boleh percaya ke?

"sudah ramei yang dapat buk"..Pak Supir cam boleh baca je fikiran aku.

"apa kerasannya (pengeras) pak?"..betul ke ayat aku tu?

"iya..yang itu itulah.." tang yang itu aku memang tak faham.

"err..tak pe lah pak. Saya cuma nak lihat2 Laut Selatan sahaja"..hubby cuba ubah topik.

Pak Supir nampak sangat macam excited bila dah sampai kat Laut Selatan. Aku rasa wajah dia bahagia semacam. Masa kita orang sampai pantai tu macam kotor sikit. Sampah bertaburan macam lepas ada acara keramaian.

Menurut Pak Supir malam tadi adalah malam Selasa Kliwon ikut kalendar orang Jawa lah. Ada acara tradisional minta hajat dari Ratu Selatan. Aku nampak kawasan tu macam kawasan pemujaan. Banyak batu2 putih macam kuburan pun ada gak. Ada kedai2 dan rumah penginapan sepanjang pantai untuk orang2 yang datang ke upacara itu. 

"kalau bapak datang tadi malam bisa tengok upacara puja ratu" sambung Pak Supir.

Dalam hati aku..eee! tak payah lah. Tengok keadaan lepas upacara pun aku dah seram.

Pengunjung luar agak kurang ke sini hanya orang2 Indon sendiri yang datang dan punya hajat tertentu. Ombaknya besar dan tinggi. Pasirnya hitam. Pantainya cantik cuma tahap kebersihan terlalu kureng. Orang berjualan ramai. Bentang tikar je dah boleh jual jagung bakar, kuih muih even kopi segera pun ada. Letak dalam tong kayu dan disandang ke bahu. Kesian aku tengok. Kenapalah dia orang ni tak minta duit dengan Ratu Selatan. Orang tempatan sendiri tak tahu bila hubby tanya pasal tu.

"Wak sendiri tak minta duit dari Ratu?" saje aku tanya.

"Saya enggak bisa. Saya hanya bisa jadi orang utusannya Ratu"..hehehe..aku ketawa dalam hati.










Walaupun agama Islam dah lama bertapak di sini tapi kepercayaan dan budaya serta mitos dulu2  sangat2 mempengaruhi kehidupan masyarakat Jawa di sini.

Tak tau lah sebab aku tak percaya atau sebab aku seolah2 mempermainkan Ratu Kidul masa balik ke Bandung aku ditimpa musibah. Dalam perjalanan malam dengan keretapi kelas eksekutif/VIP yang hanya boleh dimasuki oleh pekerja2nya sahaja. Orang2 berjualan tidak dibenarkan tetapi aku tak tahu macamana boleh terjadi. Sekelip mata. Macam halimunan. Kamera aku kena rompak! Aku ulang..kamera aku DSLR..DSLR ok..kena rompak dalam keretapi! Korang mungkin tak kisah hilang DSLR tapi orang macam aku ni..yang miskin lagi hina..memang buat aku terduduk! Lebih2 lagi DSLR tu kak cik punya!

Tu sebab kalau kau orang tengok gambar2 kat entry ni aku ambil dari google. Semua gambar sebelum ke Solo gone!

Innalillah..ada hikmahnya. Mungkin Allah nak ganti dengan yang lebih baik dari itu.

Serik ke Bandung? Mau nya..tahun depan aku rasa pergi lagi ni. Banyak tempat yang dah melambai2.

Aku rasa ini entry terakhir untuk 2011. Kepada semua moga 2012 lebih memberi keberkatan dan kebahagiaan untuk kita semua. Amin.

Azam?..hehehe...





IR : yang patah tumbuh, yang hilang berganti, yang datang tak sama dengan yang pergi.

No comments:

Post a Comment