Thursday, July 14, 2011

APA REZEKI HARI INI?

Selamat sore.


Lunch apa hari ni? Rezeki harimau kah atau rezeki seciput? Cerita pasal rezeki kita selalu merujuk pada makanan. Makan kat JM Beriani yang lazat atau Full House kat Sunway Giza memang best giler!  Rezeki aku hari ini (lunch) hanyalah pisang goreng!


Selalunya breakfast kalau aku ambil yang berat cam nasi lemak lunch mesti yang ringan sikit. Hari ni breakfast kuih muih saje so lunch ingat nak makan berat tapi tiba2 selera cam pudar je. Perut rasa kenyang cuma tekak yang minta diisi. Aku kirim kat Ina buah dan karipap saje untuk lunch ni. Balik dari lunch Ina hanya menghulurkan pisang goreng pada aku.


"maaf kak ita, tak de orang jual buah dan karipap. Ina belikan pisang goreng je.."


"oh tak pe.." aku terima goreng pisang yang hampir sejuk.


sambil makan goreng pisang yang aku rasa memang tak sesuai untuk lunch hati tiba2 terdetik.


"syukurlah tu..buat alas perut dari tak de langsung!"


Redhalah..inilah rezeki aku tengahari ini.


Esok?..hehehe...ada orang nak belanja. Minggu depan pun ada orang nak belanja sebelum masuk Ramadhan. Alhamdulillah..




IR : rezeki secupak boleh jadi segantang.

sampaikan walau satu ayat..

Salam penuh kasih sayang.

Aku sebenarnya bukanlah seorang yang layak untuk berbicara, berkata2 dalam bab2 agama ni sebab sedar diri banyak kekurangan dari kelebihan...(sedar tu pun kira ok lah kan..) dari orang yang tak pernah sedar diri.

Tapi itu tak bermakna aku tak tau atau tak reti langsung..cuma hanya ada sedikit ilmu untuk bekalan diri ini. Kadang2 kita rasa kita lebih baik atau lebih tahu sesuatu perkara itu sedangkan pada hakikatnya masih ada banyak lagi yang kita tak tau. Itu ujub dan riak namanya. So..jangan rasa diri tu perfect sangat ok! (ingatan untuk diri sendiri).


Cuma aku nak share, nak panjangkan amalan seharian yang memang banyak dapat membantu meringankan, memudahkan kerja kita seharian dan yang penting diberkati Allah s.w.t terutama untuk sesiapa yang terlibat dalam perniagaan.

Rezeki dalam berniaga memang tak menentu. Rezeki berniaga direct dari Allah. Err...tak payah panjang2 cerita lah..nanti tersalah cerita lak.

Apa yang perlu anda amalkan selain dari zikir, doa, baca ayat2 tertentu sebelum mengusahakan sesuatu adalah keikhlasan. Memang susah untuk ikhlas ni..(rujuk diri sendiri). Aku sendiri cuba untuk memahami, mentafsir, menghayati erti ikhlas itu mengambil masa agak lama. Umur 20an baru aku tau ikhlas tu apa sebenarnya. Contoh masa kecil dulu kalau mak suruh buat sesuatu aku buat tapi kadang2 dalam hati merungut, mulut herot2 mengomel, muka tak berseri langsung masa buat tu. Memang nampak tak ikhlasnya!

Ikhlaskanlah apa yang kita buat, ikhlaskanlah apa yang kita beri, ikhlaskan itu, ikhlaskan ini...ikhlas, redha tanpa mengharap sesuatu dan kita akan rasa lega, tenang dan gembira. Itulah ikhlas yang sebenarnya. Sebab aku tahu Allah maha pengasih maha penyayang. Dia yang berhak menilai keikhlasan kita. Hanya Dia yang tahu apa, bila dan bagaimana untuk membalasnya.

Solat dhuha. Aku cnp dari internet untuk anda semua. Ada masa ada kesempatan amalkan, buatlah, dirikan solat dhuha. Pasti ada sedikit dari waktu kita yang boleh diluangkan untuk solat ini. 10 minit pun dah cukup. Aku dah mula mengamalkannya. Alhamdulillah..entah dari mana rezeki ini datang hanyalah Allah yang mengetahuinya dan moga diberkati. Amin.


Kelebihan Solat Dhuha
Berkata Abu Murrah Ath-Tha’ifi r.a. bahwasanya Nabi s.a.w. telah bersabda : Allah telah berfirman:
“Wahai anak Adam! Bersembahyanglah untuk Aku di awal pagi, niscaya Aku akan mencukupimu di akhirnya.”
(Riwayat Ahmad)
Hadis Qudsi ini menganjurkan kita mengerjakan Solat Dhuha yang mana antara faedahnya, Allah Ta’ala memberi jaminan akan melaksanakan segala keperluan-keperluan keduniaan manusia setiap hari.
Antara ibadat sunat yang dianjurkan dan menjadi amalan Rasullullah SAW sendiri ialah solat sunat Dhuha. Banyak hadis-hadis yang mengalakkannya dan menyatakan keutamaannya, antaranya dalam riwayat Abu Hurairah katanya:
“Kekasihku Rasullullah SAW telah berwasiat kepadaku tiga perkara, aku tidak meninggalkannya, iaitu ; supaya aku tidak tidur melainkan setelah mengerjakan witir, dan supaya aku tidak meninggalkan dua rakaat solat Dhuha kerana ia adalah sunat awwabin, dan berpuasa tiga hari daripada tiap-tiap bulan”
(Hadis riwayat Al-Bukhari dan Muslim)
Dalam riwayat yang lain Rasullullah SAW pernah bersabda yang maksudnya :
“Pada tiap-tiap pagi lazimkanlah atas tiap-tiap ruas anggota seseorang kamu bersedekah; tiap-tiap tahlil satu sedekah, tiap-tiap takbir satu sedekah, menyuruh berbuat baik satu sedekah, dan cukuplah (sebagai ganti) yang demikian itu dengan mengerjakan dua rakaat solat Dhuha .”
(Hadis riwayat Al-Bukhari dan Muslim)
Adapun kelebihan sembahyang Dhuha itu sepertimana di dalam kitab “An-Nurain” sabda Rasullullah SAW yang maksudnya : “Dua rakaat Dhuha menarik rezeki dan menolak kepapaan.”

Dalam satu riwayat yang lain Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya : “Barangsiapa yang menjaga sembahyang Dhuhanya nescaya diampuni Allah baginya akan segala dosanya walaupun seperti buih dilautan.”
(Riwayat Ibnu Majah dan At-Tirmidzi)

Dan daripada Anas bin Malik Radhiallahu ‘anhu berkata: “Aku mendengar Rasulullah SAW berkata: “Barangsiapa yang mengerjakan sembahyang sunat Dhuha dua belas rakaat dibina akan Allah baginya sebuah mahligai daripada emas”
(Riwayat Ibnu Majah dan Tirmidzi)

Waktu sembahyang Dhuha ialah dari naik matahari sampai se-penggalah dan berakhir di waktu matahari tergelincir tetapi disunatkan dita’khirkan sehingga matahari naik tinggi dan panas terik.

Cara menunaikannya pula adalah sama seperti sembahyang-sembahyang sunat yang lain iaitu dua rakaat satu salam.
Boleh juga dikerjakan empat rakaat, enam rakaat dan lapan rakaat. Menurut sebahagian ulama jumlah rakaatnya tidak terbatas dan tidak ada dalil yang membatasi jumlah rakaat secara tertentu, sebagaimana sebuah hadis yang diriwayatkan oleh ‘Aisyah bermaksud :”Adalah Nabi SAW bersembahyang Dhuha empat rakaat dan menambahnya seberapa yang dikehedakinya.” (Hadis riwayat Ahmad, Muslim dan Ibnu Majah)

Zikir. Seseorang menyuruh aku mengamalkan membaca Al-Fatihah setiap bulan (rujuk bulan Islam). Err..maksudnya cam ni. Bila2 saja surah ni boleh dibaca tapi dia suruh aku jadikan amalan sebab bila jadi amalan kita akan buat berterusan dan berterusan dan berterusan. Kalau bila2 boleh baca kadang2 bila teringat aje baru nak buat.

Senang saje caranya. Baca selama 7 hari bulan Islam yang menaik bermula dari hari Ahad. Aku ambil contoh bulan Ramadhan yang akan datang 1hb Ramadhan jatuh pada hari Isnin 1 Ogos 2011. Hari Ahad 7 Ogos bersamaan 7 Ramadhan. So baca fatihah stat hari Ahad 7 Ramadhan (70x), Isnin (60x), Selasa 9  (50x), Rabu (40x), Khamis (30x), Jumaat (20x) dan Sabtu (10x).

Aku tak pasti mana dia dapat amalan ni. Maaf kalau ada yang anggap amalan songsang dan jangan saman aku. Pada aku mudah saja. Janji betul aku baca fatihah ni dan memohon dari Allah segala syafaat dari surah ini dan sebagai pendinding diri dari segala kejahatan dan kekufuran. Dan Alhamdulillah..Allah memudahkan segalanya untuk aku.

Basahkanlah lidahmu dengan zikir dan mengingati Allah. Itu cara yang paling senang sangat. Sambil berus kain, kosek beras, goreng sayur, bawa kereta, tunggu q kat Mc D, A&W, ATM, stranded kat jam bila2 je boleh buat. Aku lah tu.

Selalu tengokkan orang2 alim ni muka dia orang berseri2, bercahaya dan bersih je. Aku ingat arwah Mufti Selangor Sahibus Samahah Dato' Seri Utama Diraja Dato' Hj Ishak Bin Hj Baharom masa sampaikan ceramah kat ofis dulu. Masyaallah!..muka dia putih bersih berseri2 sampai tak kelip mata aku tengokkan. Nampak muda dan kulit muka tegang cam pakai botok. Itulah orang kata..hati yang putih bersih akan terpancar seri di wajah. Al fatihah untuk arwah Dato'.


'sampaikan dari ku walau satu ayat, jangan ikut yahudi menyembunyikan kebenaran, jangan ikut nasrani mengubah kebenaran, maka layaklah sampaikan walau satu ayat, kebenaran dari tuhan.'


IR : segala yang buruk itu adalah dari aku..


Tuesday, July 12, 2011

TERGOLEK DOK!

Salam penuh kesakitan.





Tergolek dok! Itu lah dia. Itu lah aku yang terjatuh, tergolek dok masa main netball.

Just imagine.. aku jatuh betul2 cam gambar kartun tu. Jatuh badan terhempas sebelah kiri. Jatuh masa lawan persahabatan dengan SALAM Medical Centre. Dah seminggu lebih berehat dari kecederaan. Aku pun tak pasti aku jatuh tu terlanggar kaki lawan atau tersandung kaki sendiri. Tapi yang pasti aku rasa betul2 rusuk sebelah kiri ni terhempas atas padang tar! Luka kaki tangan dan lutut. Sesak nafas sekejap. Nasib baik yang main tu ada nurse dan doctor. Dapatlah rawatan free.

Ini bukan kali pertama aku jatuh atau cedera masa main netball. First time 7 8 tahun yang lalu. Masa tu pun main atas padang tar. Jatuh yang amat teruk. Jatuh tertiarap dengan muka tersembam ke padang. Pun sebab terlanggar kaki lawan yang menghadang aku. Nasib baik muka tak apa2 sebab tangan aku dah menahan badan dari tersembam lebih teruk. Akibatnya pergelangan tangan kanan terseliuh dan jari kelingking retak. Jam2 tu jugak tangan aku dah bengkak. Langsung tak boleh main even nak pegang stering kereta masa nak balik pun terkial2. Akhirnya aku mc 1 bulan. Ulang alik hospital dan akhirnya jari kelingking aku sembuh tapi tak lurus cam biasa. Ada bengkok sikit. Kecacatan kekal dan berjaya dapat claim insuran. Duit insuran tu aku beli kasut sukan baru...hehehe..tak de lah. Aku pun tak ingat dapat berapa tah.


Bab2 cedera masa bersukan ni memang perkara yang amat ditakuti dan dijauhi oleh setiap athlit..(hehehe..aku athlit ke..?) Bila dah cedera peluang untuk beraksi cemerlang agak berkurangan. Semalam aku dah mula main balik. Sekadar nak test power sebab rasa sakit masih terasa. Rasa sakit kat tulang dada membawa ke tulang belikat di belakang. Tapi kan bila dah masuk padang memang tak hingat dunia. Aku take a prevention awal2..pakai korset kau! hahaha...

Sabtu Ahad ni bermulalah tournement tu. Baca doa banyak2 sebelum masuk padang. Bukan untuk menang saja tapi untuk keselamatan. Lepas ni satu yang pastinya...aku kena 'gantung kasut' untuk selama2nya...(boleh ke?)


IR : luka di tangan nampak berdarah...

ADUH!! PENATNYA!..

Salam ceria.

Walau pun aku hari ni tak lah ceria. Badan sakit2 dan rasa penat sangat. Semua gara2 dah stat balik main netball untuk Perkep Tournement 2011, Kompleks PDRM, Sec. 20.

Semalam hampir setengah hari berdiri kat dapur masak untuk lunch dan buat kek. Mak dan Aja datang. Nasib baik mak tolong masak. Sambil2 tu bakar choc. cake, cupcake, buat ganache dan cream cheese frosting untuk Red Valvet. RV dah masak malam tadi cuma dan hias je. Kaki dah rasa kejang2. Lepas makan mak dan Aja balik bawa kek2 yang ditempah. Aku apa lagi.. kemas mana2 yang patut dan terus bumm...and...zzzzzzz. Penat giler! Badan kalau penat sangat mana boleh tidur. Sekadar nak meluruskan pinggang dan tidur2 ayam je. Anas pulak kacau tidur yg baru nak terlena. Kul 5 dah siap2 nak training. Baru teringat baju2 aku yang berendam. Aku memang cuci tangan baju2 kurung tu. Kak Cik dah nak ajak pegi bila dia tengok aku masih nak basuh baju2 tu.

"ma buat apa lagi..orang semua dah turun"
"tak pe..sikit je. Kak Cik pegi dulu."

Siap gak aku basuh baju tu. Gonyoh2 je bukan  kotor sangat pun.

Habis training kul 7.00pm sampai rumah ingat boleh lah berehat bila tiba2 Azah call aku. "Ita..8.30pm ni ada lawan persahabatan dengan blok bawah. Turun tau." Hu..hu..hu..rela dalam paksa ni. Aku dah terasa2 kudrat tinggal sisa je untuk hari ni. Esok camne ni?

Dan hari ini aku datang ke ofis dengan jalan macam orang sakit urat. Rasa macam orang jalan dalam pantang je. Semua rasa lenguh2. Ialah..baru2 lagi training ni badan memang 'tersentap'lah. Insyaallah seminggu ni ok kot. Pasti ok sebab nak mempertahankan kejuaraan lalu bukan senang kan? Dan juga sesuatu yg sangat2 pasti..umur dah semakin bertambah, cuma semangat je yg masih kuat.

ok, jamu mata ngan hasil2 masakan untuk seminggu dua ni. Gambar tak cantik sangatlah!






kek Ombak Rindu. Nama asal kek Alunan Kasih.


kek ni sedap. Lemak berkrim dan cantik!




Red Valvet order dari cikgu sekolah Aja. Dia nak kecik je. Kecik2 pun dekat 1kg gak - 800gm.

 


Red Valvet cupcakes untuk Aja buat makan2 ngan abah sempena hari bapa yg dah lepas.


Aduhhh!! penatnya aku tunggu nak upload gambar2 yg lain. Server ni lembab betul lah!
Gambar2 yang lain nantilah ye..



IR : tidak terhenti di sini..











Friday, June 17, 2011

NORA ELENA VS KASIH YANG SUCI

Salam ceria dan bahagia.

Fuhh!..semalam menamatkan 24 episod drama Nora Elena. Back to normal life. Kalau tak terganggu gak lah beberapa perkara. Yang pasti sepanjang follow drama ni balik keje terus balik rumah seblm jam 7.00pm.

Follow sebab dah baca novel ni. Bila tengok episod mula2 Elena tumpahkan air kat baju Seth tiba2 aku teringat. "eh! cam dalam novel tu lah.." lepas tu confirm lah memang adaptasi dari novel Kasih Yang Suci.

Aku memang minat baca novel sejak dulu2 lagi. Kalau dah baca novel 'tak hingat dunia'. Berlambak2 novel dalam simpanan sampai lah kahwin stop! Hubby tak galakkan aku baca. Buang masa katanya. Aku tak salahkan dia. Mungkin dia tak terdedah dengan bahan bacaan cam tu dan mungkin dalam jiwa dia tak de rasa seni dan sastera. Dalam jiwa tak de taman! Itu beza aku dgn dia. Aku akur. Cuma yang dia tak boleh stop aku ialah pinjam dari kawan2. Sorry yang..! 

Novel pertama aku baca - Badai Semalam oleh Khadijah Hashim. Pinjam kakak form 5 punya. Baca sampai bengkak2 mata. Sedih kau! Jalan cerita, bahasa dan cara penyampaian menusuk ke jiwa. Aku suka juga novel oleh Adibah Amin, Sharifah Abu Salem dan siapa tu yang tulis novel Ombak Rindu..Norhayati Ibrahim kot dan beberapa novelis wanita yang lain.

Novel Kasih yang Suci ni pinjam dari kawan. Baca dalam keretapi Senandung Malam last year dan habiskan sampai ke Butterworth esoknya. Jalan ceritanya ok cuma aku rasa bahasa dan plot agak longgar. (memandai je..) mungkin sebab aku selalu baca novel oleh penulis yang dah ada nama dan hasil tulisan mereka memang padat dan mantap. Kasih yang Suci masih banyak yang perlu dibaiki sebab bila dah habis baca rasa macam ada yang kurang dan tak 'menyengat'. Tapi bila diadaptasikan ke drama..wow! two thumbs up! Best giler! Pengarah, penulis skrip dan pelakon2nya hebat! masuk dengan lagu2 sound tracknya..semuanya menjadi! Apa2 pun watak Seth Tan dalam novel aku rasa lagi romantik giler! Nasib baiklah Aaron Aziz yang bawakan watak Seth tu dalam drama. Layanlah sikit..he..he..he.. entry kali ni sebagai penyeri blog aku. Enjoy..
















Lepas ni Aaron Aziz akan muncul dalam filem Ombak Rindu bersama Maya Karin dan teater Badai Semalam bersama Erra Fazira. Mamat ni popular lah tahun ni. Boleh dapat anugerah kat ABP thn depan tak?


IR : masihkah ada ruang di dalam hati mu..

Wednesday, June 1, 2011

DARI RUSUK KIRI MU.

Salam. Nak kongsi satu sajak yang aku jumpa masa round2 kat blog sapa tah. Sajak sempena bulan june, bulan untuk hari bapa terutama untuk bapa2 yang dah capai usia 4 series dan ke atas dan ingatan untuk bapa2 muda.

Kisah rumahtangga lebih hebat dari kisah 1001 malam. Lebih asyik dari Hikayat Tajul Muluk (?) dan lebih seram dari cerita Karak. Hehehe...setiap orang punya persepsi, punya pendapat yang berbeza. Ambil dari sudut positif dan buangkan negatif thinking. Ok, baca dengan fikiran yang tenang dan positif, cuma nak share saje.



ADA AKU PEDULI

Ada aku peduli isteri dan anak2ku sudah makan atau belum
Ada aku peduli jika isteriku tak sempat makan kerana sibuk melayan anak-anak....
Ada aku peduli jika isteriku masih di dapur menyediakan keperluan pagi esok ketika aku sedang berdengkur...
Ada aku peduli siapa yang membelikan sabun mandi, ubat gigi dan meletakkannya di dalam bilik aku bersiram....
Ada aku peduli dah berapa lama isteri aku begitu setia menggosok kain bajuku...
Ada aku peduli bagaimana layanan yg isteriku dambakan dari aku seorang suami
Ada aku peduli apa perasaan isteriku bila aku pulang kerumah dengan wajah kusam dan masam.
Ada aku peduli adakah wang yang masih bersisa utk isteri dan anakku ketika aku hendak kepergian
Ada aku peduli apa perasaan isteriku bila aku tidak pernah menelefonnya ketika aku bertugas di luar.....
Ada aku peduli berapa harga gincu jika isteriku ingin memerahkan bibir yang pudar ditelan masa....
Ada aku peduli bilakah kali terakhir aku menghadiahkan minyak wangi kepada isteriku...
Ada aku peduli bila kali terakhir aku membelikan pakaian utk wanita yg rela menjadi isteriku..menjadi ibu anak-anakku
Ada aku peduli kenapa isteriku terlelap bersama linangan airmata.
Ada aku peduli jika isteriku terjaga di tengah malam kerana dengkurku......dan aku terus nyenyak tidur dibuai mimpi indah seorang lelaki....

Tiba-tiba aku menjadi peduli dan mengambil peduli
    Ketika telefon isteriku berdering di malam hari...
    Ketika isteriku mula belajar ber sms..dan berchatting...
    Ketika isteriku kembali berhias seperti ketika aku mula jatuh  hati padanya...
    Ketika isteriku sanggup tidak makan malam kerana mahu  menjaga badan
    Ketika isteriku tidak meminta lagi aku menjadi imamnya....
    Ketika isteriku memilih tidur bersama anak-anakku.....
    Ketika dia tidak lagi mencium tanganku ketika aku hendak  pergi
 Kini .... aku baru ingin bertanya kenapa isteri aku dah tak peduli kat aku.

Tidak ada manusia yg sempurna baik suami ataupun isteri. Jangan mengharap dilayan seperti raja jika kita tidak pernah anggap isteri itu permaisuri hati kita. Jangan diharap bunga yg indah jika kita tidak pernah membajanya. Dan selalulah ingat....bila hati seorang wanita telah retak, dia boleh menjadi lebih keras daripada seorang lelaki.





Semestinya sajak ini ditulis oleh seorang wanita. Mungkin mewakili wanita2 yang senasib dengannya atau inilah sebenarnya realiti yang dialami oleh isteri2 di luar sana. Cuma aku sangat suka akan kata2 ini. Fahami apa yang tersirat di sebalik yang tersurat.



Wanita
dijadikan dari rusuk kiri lelaki
yang dekat dengan lengannya
untuk dilindungi
yang dekat dengan sisinya
untuk didampingi
yang dekat dengan hatinya
untuk dikasihi

Wanita
dijadikan dari rusuk kiri lelaki
lenturlah ia dengan lembut
agar ia tidak patah
dan jangan biarkan ia terus bengkok
dan mencengkam diri sendiri..



IR : syurga lelaki di bawah tapak kaki wanita (ibunya), syurga wanita di bawah telapak kaki lelaki  (suaminya).

MY NEW BABY BORN

Salam semua.


Tak pernah aku bagi salam kan? Tiba2 aku rasa ada orang baca blog aku ni dan bukan aku tulis untuk baca sendiri. Terima kasih.


Masa aku tulis tajuk ni kat FB ramai kawan2 yang lama tak jumpa aku terkejut badak. Ucapan tahniah bertalu2. Yang jealous pun ada dalam usia2 begini masih boleh ada baby comel lagi.


"comelnya, cutenya anak kau"


"bagi kat aku lah.."


ha..ha..ha..aku ketawa je dalam hati.


Tak kuasa aku nak berbaby2 lagi sekarang ni. Pinggang dah ramping. Lemak2 dah kurang tak payahlah nak 'mengendong' lagi. Walaupun oranag kata anak tu rezeki aku minta kat Allah bagi lah aku rezeki dalam bentuk yang lain. Biarlah orang yang masih tak ada anak, yang nak anak tu yang dapat baby but not me.


Yang sebenarnya bukanlah my new baby born. Yang sebenarnya ialah My New Niece Baby Born. Benarlah kata orang kelahiran itu merapatkan tali persaudaraan. Ini anak sedara aku yang ke12 cucu mak yang ke17. Nama dia Nur Qistina. Sah lah ni mak dia angau dengan cite Spa Qistina. Tapi aku bagi nama sendiri. Nur Maisara. Suka sangat nama tu..ialah nama baby pompuan kan sedap2. Aku anak pompuan sorang je tapi nama macam2 ada kat kepala ni.

Dah nak masuk 2 bulan umurnya. Aku sibuk tgh buat coklat dan bunga telur untuk majlis cukur jambul Maisara jumaat ni. Sibuk cam buat untuk anak sendiri! Hehehe..sayang mak ngah kan!


gebuzzss!





siap berpanteh2 lagi.


errmm...boringnya...mata dah kuyu nak tido.



cuaca panas baru2 ni memaksa maisara 'berbikini'..


IR :  sekuntum cinta di taman firdausi untuk kita.