Salam ceria.
Walau pun aku hari ni tak lah ceria. Badan sakit2 dan rasa penat sangat. Semua gara2 dah stat balik main netball untuk Perkep Tournement 2011, Kompleks PDRM, Sec. 20.
Semalam hampir setengah hari berdiri kat dapur masak untuk lunch dan buat kek. Mak dan Aja datang. Nasib baik mak tolong masak. Sambil2 tu bakar choc. cake, cupcake, buat ganache dan cream cheese frosting untuk Red Valvet. RV dah masak malam tadi cuma dan hias je. Kaki dah rasa kejang2. Lepas makan mak dan Aja balik bawa kek2 yang ditempah. Aku apa lagi.. kemas mana2 yang patut dan terus bumm...and...zzzzzzz. Penat giler! Badan kalau penat sangat mana boleh tidur. Sekadar nak meluruskan pinggang dan tidur2 ayam je. Anas pulak kacau tidur yg baru nak terlena. Kul 5 dah siap2 nak training. Baru teringat baju2 aku yang berendam. Aku memang cuci tangan baju2 kurung tu. Kak Cik dah nak ajak pegi bila dia tengok aku masih nak basuh baju2 tu.
"ma buat apa lagi..orang semua dah turun"
"tak pe..sikit je. Kak Cik pegi dulu."
Siap gak aku basuh baju tu. Gonyoh2 je bukan kotor sangat pun.
Habis training kul 7.00pm sampai rumah ingat boleh lah berehat bila tiba2 Azah call aku. "Ita..8.30pm ni ada lawan persahabatan dengan blok bawah. Turun tau." Hu..hu..hu..rela dalam paksa ni. Aku dah terasa2 kudrat tinggal sisa je untuk hari ni. Esok camne ni?
Dan hari ini aku datang ke ofis dengan jalan macam orang sakit urat. Rasa macam orang jalan dalam pantang je. Semua rasa lenguh2. Ialah..baru2 lagi training ni badan memang 'tersentap'lah. Insyaallah seminggu ni ok kot. Pasti ok sebab nak mempertahankan kejuaraan lalu bukan senang kan? Dan juga sesuatu yg sangat2 pasti..umur dah semakin bertambah, cuma semangat je yg masih kuat.
ok, jamu mata ngan hasil2 masakan untuk seminggu dua ni. Gambar tak cantik sangatlah!
kek Ombak Rindu. Nama asal kek Alunan Kasih.
kek ni sedap. Lemak berkrim dan cantik!
Red Valvet order dari cikgu sekolah Aja. Dia nak kecik je. Kecik2 pun dekat 1kg gak - 800gm.
Red Valvet cupcakes untuk Aja buat makan2 ngan abah sempena hari bapa yg dah lepas.
Aduhhh!! penatnya aku tunggu nak upload gambar2 yg lain. Server ni lembab betul lah!
Gambar2 yang lain nantilah ye..
IR : tidak terhenti di sini..
No comments:
Post a Comment