Aku sebenarnya bukanlah seorang yang layak untuk berbicara, berkata2 dalam bab2 agama ni sebab sedar diri banyak kekurangan dari kelebihan...(sedar tu pun kira ok lah kan..) dari orang yang tak pernah sedar diri.
Tapi itu tak bermakna aku tak tau atau tak reti langsung..cuma hanya ada sedikit ilmu untuk bekalan diri ini. Kadang2 kita rasa kita lebih baik atau lebih tahu sesuatu perkara itu sedangkan pada hakikatnya masih ada banyak lagi yang kita tak tau. Itu ujub dan riak namanya. So..jangan rasa diri tu perfect sangat ok! (ingatan untuk diri sendiri).
Cuma aku nak share, nak panjangkan amalan seharian yang memang banyak dapat membantu meringankan, memudahkan kerja kita seharian dan yang penting diberkati Allah s.w.t terutama untuk sesiapa yang terlibat dalam perniagaan.
Rezeki dalam berniaga memang tak menentu. Rezeki berniaga direct dari Allah. Err...tak payah panjang2 cerita lah..nanti tersalah cerita lak.
Apa yang perlu anda amalkan selain dari zikir, doa, baca ayat2 tertentu sebelum mengusahakan sesuatu adalah keikhlasan. Memang susah untuk ikhlas ni..(rujuk diri sendiri). Aku sendiri cuba untuk memahami, mentafsir, menghayati erti ikhlas itu mengambil masa agak lama. Umur 20an baru aku tau ikhlas tu apa sebenarnya. Contoh masa kecil dulu kalau mak suruh buat sesuatu aku buat tapi kadang2 dalam hati merungut, mulut herot2 mengomel, muka tak berseri langsung masa buat tu. Memang nampak tak ikhlasnya!
Ikhlaskanlah apa yang kita buat, ikhlaskanlah apa yang kita beri, ikhlaskan itu, ikhlaskan ini...ikhlas, redha tanpa mengharap sesuatu dan kita akan rasa lega, tenang dan gembira. Itulah ikhlas yang sebenarnya. Sebab aku tahu Allah maha pengasih maha penyayang. Dia yang berhak menilai keikhlasan kita. Hanya Dia yang tahu apa, bila dan bagaimana untuk membalasnya.
Solat dhuha. Aku cnp dari internet untuk anda semua. Ada masa ada kesempatan amalkan, buatlah, dirikan solat dhuha. Pasti ada sedikit dari waktu kita yang boleh diluangkan untuk solat ini. 10 minit pun dah cukup. Aku dah mula mengamalkannya. Alhamdulillah..entah dari mana rezeki ini datang hanyalah Allah yang mengetahuinya dan moga diberkati. Amin.
Kelebihan Solat Dhuha
Berkata Abu Murrah Ath-Tha’ifi r.a. bahwasanya Nabi s.a.w. telah bersabda : Allah telah berfirman:
“Wahai anak Adam! Bersembahyanglah untuk Aku di awal pagi, niscaya Aku akan mencukupimu di akhirnya.”
(Riwayat Ahmad)
Hadis Qudsi ini menganjurkan kita mengerjakan Solat Dhuha yang mana antara faedahnya, Allah Ta’ala memberi jaminan akan melaksanakan segala keperluan-keperluan keduniaan manusia setiap hari.
Antara ibadat sunat yang dianjurkan dan menjadi amalan Rasullullah SAW sendiri ialah solat sunat Dhuha. Banyak hadis-hadis yang mengalakkannya dan menyatakan keutamaannya, antaranya dalam riwayat Abu Hurairah katanya:
“Kekasihku Rasullullah SAW telah berwasiat kepadaku tiga perkara, aku tidak meninggalkannya, iaitu ; supaya aku tidak tidur melainkan setelah mengerjakan witir, dan supaya aku tidak meninggalkan dua rakaat solat Dhuha kerana ia adalah sunat awwabin, dan berpuasa tiga hari daripada tiap-tiap bulan”
(Hadis riwayat Al-Bukhari dan Muslim)
Dalam riwayat yang lain Rasullullah SAW pernah bersabda yang maksudnya :
“Pada tiap-tiap pagi lazimkanlah atas tiap-tiap ruas anggota seseorang kamu bersedekah; tiap-tiap tahlil satu sedekah, tiap-tiap takbir satu sedekah, menyuruh berbuat baik satu sedekah, dan cukuplah (sebagai ganti) yang demikian itu dengan mengerjakan dua rakaat solat Dhuha .”
(Hadis riwayat Al-Bukhari dan Muslim)
Adapun kelebihan sembahyang Dhuha itu sepertimana di dalam kitab “An-Nurain” sabda Rasullullah SAW yang maksudnya : “Dua rakaat Dhuha menarik rezeki dan menolak kepapaan.”
Dalam satu riwayat yang lain Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya : “Barangsiapa yang menjaga sembahyang Dhuhanya nescaya diampuni Allah baginya akan segala dosanya walaupun seperti buih dilautan.”
(Riwayat Ibnu Majah dan At-Tirmidzi)
Dan daripada Anas bin Malik Radhiallahu ‘anhu berkata: “Aku mendengar Rasulullah SAW berkata: “Barangsiapa yang mengerjakan sembahyang sunat Dhuha dua belas rakaat dibina akan Allah baginya sebuah mahligai daripada emas”
(Riwayat Ibnu Majah dan Tirmidzi)
Waktu sembahyang Dhuha ialah dari naik matahari sampai se-penggalah dan berakhir di waktu matahari tergelincir tetapi disunatkan dita’khirkan sehingga matahari naik tinggi dan panas terik.
Cara menunaikannya pula adalah sama seperti sembahyang-sembahyang sunat yang lain iaitu dua rakaat satu salam. Boleh juga dikerjakan empat rakaat, enam rakaat dan lapan rakaat. Menurut sebahagian ulama jumlah rakaatnya tidak terbatas dan tidak ada dalil yang membatasi jumlah rakaat secara tertentu, sebagaimana sebuah hadis yang diriwayatkan oleh ‘Aisyah bermaksud :”Adalah Nabi SAW bersembahyang Dhuha empat rakaat dan menambahnya seberapa yang dikehedakinya.” (Hadis riwayat Ahmad, Muslim dan Ibnu Majah)
Zikir. Seseorang menyuruh aku mengamalkan membaca Al-Fatihah setiap bulan (rujuk bulan Islam). Err..maksudnya cam ni. Bila2 saja surah ni boleh dibaca tapi dia suruh aku jadikan amalan sebab bila jadi amalan kita akan buat berterusan dan berterusan dan berterusan. Kalau bila2 boleh baca kadang2 bila teringat aje baru nak buat.
Senang saje caranya. Baca selama 7 hari bulan Islam yang menaik bermula dari hari Ahad. Aku ambil contoh bulan Ramadhan yang akan datang 1hb Ramadhan jatuh pada hari Isnin 1 Ogos 2011. Hari Ahad 7 Ogos bersamaan 7 Ramadhan. So baca fatihah stat hari Ahad 7 Ramadhan (70x), Isnin (60x), Selasa 9 (50x), Rabu (40x), Khamis (30x), Jumaat (20x) dan Sabtu (10x).
Aku tak pasti mana dia dapat amalan ni. Maaf kalau ada yang anggap amalan songsang dan jangan saman aku. Pada aku mudah saja. Janji betul aku baca fatihah ni dan memohon dari Allah segala syafaat dari surah ini dan sebagai pendinding diri dari segala kejahatan dan kekufuran. Dan Alhamdulillah..Allah memudahkan segalanya untuk aku.
Basahkanlah lidahmu dengan zikir dan mengingati Allah. Itu cara yang paling senang sangat. Sambil berus kain, kosek beras, goreng sayur, bawa kereta, tunggu q kat Mc D, A&W, ATM, stranded kat jam bila2 je boleh buat. Aku lah tu.
Selalu tengokkan orang2 alim ni muka dia orang berseri2, bercahaya dan bersih je. Aku ingat arwah Mufti Selangor Sahibus Samahah Dato' Seri Utama Diraja Dato' Hj Ishak Bin Hj Baharom masa sampaikan ceramah kat ofis dulu. Masyaallah!..muka dia putih bersih berseri2 sampai tak kelip mata aku tengokkan. Nampak muda dan kulit muka tegang cam pakai botok. Itulah orang kata..hati yang putih bersih akan terpancar seri di wajah. Al fatihah untuk arwah Dato'.
'sampaikan dari ku walau satu ayat, jangan ikut yahudi menyembunyikan kebenaran, jangan ikut nasrani mengubah kebenaran, maka layaklah sampaikan walau satu ayat, kebenaran dari tuhan.'
IR : segala yang buruk itu adalah dari aku..
No comments:
Post a Comment