Wednesday, June 1, 2011

DARI RUSUK KIRI MU.

Salam. Nak kongsi satu sajak yang aku jumpa masa round2 kat blog sapa tah. Sajak sempena bulan june, bulan untuk hari bapa terutama untuk bapa2 yang dah capai usia 4 series dan ke atas dan ingatan untuk bapa2 muda.

Kisah rumahtangga lebih hebat dari kisah 1001 malam. Lebih asyik dari Hikayat Tajul Muluk (?) dan lebih seram dari cerita Karak. Hehehe...setiap orang punya persepsi, punya pendapat yang berbeza. Ambil dari sudut positif dan buangkan negatif thinking. Ok, baca dengan fikiran yang tenang dan positif, cuma nak share saje.



ADA AKU PEDULI

Ada aku peduli isteri dan anak2ku sudah makan atau belum
Ada aku peduli jika isteriku tak sempat makan kerana sibuk melayan anak-anak....
Ada aku peduli jika isteriku masih di dapur menyediakan keperluan pagi esok ketika aku sedang berdengkur...
Ada aku peduli siapa yang membelikan sabun mandi, ubat gigi dan meletakkannya di dalam bilik aku bersiram....
Ada aku peduli dah berapa lama isteri aku begitu setia menggosok kain bajuku...
Ada aku peduli bagaimana layanan yg isteriku dambakan dari aku seorang suami
Ada aku peduli apa perasaan isteriku bila aku pulang kerumah dengan wajah kusam dan masam.
Ada aku peduli adakah wang yang masih bersisa utk isteri dan anakku ketika aku hendak kepergian
Ada aku peduli apa perasaan isteriku bila aku tidak pernah menelefonnya ketika aku bertugas di luar.....
Ada aku peduli berapa harga gincu jika isteriku ingin memerahkan bibir yang pudar ditelan masa....
Ada aku peduli bilakah kali terakhir aku menghadiahkan minyak wangi kepada isteriku...
Ada aku peduli bila kali terakhir aku membelikan pakaian utk wanita yg rela menjadi isteriku..menjadi ibu anak-anakku
Ada aku peduli kenapa isteriku terlelap bersama linangan airmata.
Ada aku peduli jika isteriku terjaga di tengah malam kerana dengkurku......dan aku terus nyenyak tidur dibuai mimpi indah seorang lelaki....

Tiba-tiba aku menjadi peduli dan mengambil peduli
    Ketika telefon isteriku berdering di malam hari...
    Ketika isteriku mula belajar ber sms..dan berchatting...
    Ketika isteriku kembali berhias seperti ketika aku mula jatuh  hati padanya...
    Ketika isteriku sanggup tidak makan malam kerana mahu  menjaga badan
    Ketika isteriku tidak meminta lagi aku menjadi imamnya....
    Ketika isteriku memilih tidur bersama anak-anakku.....
    Ketika dia tidak lagi mencium tanganku ketika aku hendak  pergi
 Kini .... aku baru ingin bertanya kenapa isteri aku dah tak peduli kat aku.

Tidak ada manusia yg sempurna baik suami ataupun isteri. Jangan mengharap dilayan seperti raja jika kita tidak pernah anggap isteri itu permaisuri hati kita. Jangan diharap bunga yg indah jika kita tidak pernah membajanya. Dan selalulah ingat....bila hati seorang wanita telah retak, dia boleh menjadi lebih keras daripada seorang lelaki.





Semestinya sajak ini ditulis oleh seorang wanita. Mungkin mewakili wanita2 yang senasib dengannya atau inilah sebenarnya realiti yang dialami oleh isteri2 di luar sana. Cuma aku sangat suka akan kata2 ini. Fahami apa yang tersirat di sebalik yang tersurat.



Wanita
dijadikan dari rusuk kiri lelaki
yang dekat dengan lengannya
untuk dilindungi
yang dekat dengan sisinya
untuk didampingi
yang dekat dengan hatinya
untuk dikasihi

Wanita
dijadikan dari rusuk kiri lelaki
lenturlah ia dengan lembut
agar ia tidak patah
dan jangan biarkan ia terus bengkok
dan mencengkam diri sendiri..



IR : syurga lelaki di bawah tapak kaki wanita (ibunya), syurga wanita di bawah telapak kaki lelaki  (suaminya).

No comments:

Post a Comment