Monday, February 7, 2011

CATATAN PERJALANAN - KEMBARA SAHABAT - SABAH FEB 2010.

Setahun sudah berlalu,
Februari muncul kembali
dengan kehangatan semalam..

Salam semua. Aku tulis catatan perjalanan ini lama dahulu. Sesuatu yang indah untuk dikenang. Rombongan 'cik kiah' yang pertama dari Semenanjung bertemu seorang sahabat ini Azman Ahmad  yang banyak mengukir momen-momen indah di alam persekolahan.

Ada yang sudah membaca kisah ini tapi aku tetap nak abadikan dalam blog ini dan dikongsi bersama dengan sahabat2 semua. Kisah benar catatan perjalanan Amran Mad, Azhar, Mazita (Kak Su), Sabariah, Rozaidah (Intan), Siti Hawadiah (Siti), Ida, Fieza, anak2 Siti, Aiman dan aku. Sedikit tokok tambah untuk menghidupkan jalan cerita. Happy reading. 




KEMBARA SAHABAT.
"Hidup ini tak susah, hidup ini mudah, hidup ini indah..."

26 Feb. 2010  Jumaat (12 Rabiul Awal 1430H)
Pagi Jumaat yang dingin. Hujan membasahi bumi Shah Alam menyambut perarakan Maulidur Rasul yg lewat di halaman rumah. Teringat semalam aku hampir-hampir terlepas perjalanan ke KK gara2 lewat memohon cuti.  Dihambat tugasan yang memenuhi meja kerja, dateline yang seakan tidak mahu beralah dan tanggungjawab di rumah membuatkan aku hampir terlupa perkara yang satu ini. Debaran semakin terasa penuh keterujaan untuk menempuhi satu perjalanan  yang pasti mengembirakan. Ketika mentari tegak di ubun-ubun kelibat Amran dan isterinya Ida tiba di rumah.
"Wah!! besarnya beg kau!..tak mau balik ke Semenanjung lagi..?"  aku memperli Amran sambil menjeling Ida di sebelah. Amran hanya mampu tersenyum. Ida malu-malu. Pertama kali bertentang mata dengan isteri Amran yang manis orangnya.
Selesai meratah ketam masak lemak cili padi untuk lunch hari itu masing-masing bersiap-siap untuk ke LCCT. Sejujurnya aku tak ada selera. Sekadar untuk mengalas perut di perjalanan nanti. Hati dah terbang dahulu sampai ke KK.
"Hello ita, kau kat mana?"..suara Saba di hujung talian penuh rasa gusar. "on the way, sat lagi aku sampai. Bentang carpet merah ye.." aku bercanda memberi jawapan.
Lihat di sana siapa yang menunggu kita? "Ita, tingginya kau!"..biar betul mamat ni..tanpa salam dihulur sebaliknya pertanyaan disua pada aku.  "eh! aku memang tinggi lah..sekarang kau baru perasan ke?..ialah.. dulu tak nampak aku kan.." aku mula mengusik dengan nada suara merajuk. "Kau dah banyak berubah tapi aku masih boleh kenal. Aku ingat lagi kau selalu pakai tshirt  'dont follow me'.." aku mengimbau nostalgia lalu. Azhar tergelak kecil. "kau ingat lagi ye.." katanya mengiyakan.

 Azhar Ahmad..rakan sekolah dari form 1 hingga form 5. Dulu kurus tinggi, pendiam. Hari ini kau terlalu jauh berubah. Kalau jumpa di luar sekali imbas memang aku tak kan kenal kau. Tambahan lagi dengan ‘heli pad’ di kepala. Trend kawan-kawan lelaki yang berumur 40an sekarang ini termasuk Amran yang aku perhatikan leka berbual dengan Intan di sebelah sana. Selepas itu masing-masing bertukar cerita sambil tangan sibuk mengangkat bagasi. Amran, Saba, Ida dan Intan masing-masing punya cerita untuk dikhabarkan sehinggalah..

"Panggilan terakhir untuk penumpang ke KK flight..bla..bla..bla.."  Apa? dah last call?.. punyalah borak sakan! Flight berlepas awal setengah jam.

Amran berbisik pada aku.."2 jam yang membosankan.." Really?..tak sampai setengah jam aku tengok dia enjoy dengan tuna sandwich yang tebal dan white coffee di belakang aku. Lepas tu jadi 'burung hantu'. Tapi tidak untuk aku, Saba dan Intan. Bila intai di luar tingkap hanya nampak  awan putih saja perbualan makin rancak. Azhar di sebelah hanya menjeling dan sekali sekala menyampuk cerita kami. Tapi akhirnya dia ikut jejak Amran jadi 'burung hantu'.

Alhamdulillah!..akhirnya kami selamat menjejakkan kaki di bumi KK lewat jam 6.30 petang. Bayang orang yang menyambut kami tidak kelihatan. "Aku solat dulu bah..di sini maghribnya awal" suara di hujung talian menoktahkan rasa gusar kami. Ok… pandang kiri, pandang kanan masing-masing sibuk dengan handphone menghubungi orang di Semenanjung tentunya.
"Assalammualaikum!.." suara di belakang dengan senyum meleret menyambut kami dengan mesra. Azman dan Amran saling bersalaman dan  berpelukan tanda hubungan kembali terjalin. "Ini siapa?" tanya Azman sambil memandang Azhar. "Inilah orang yang kau cari-cari, yang kau tunggu-tunggu tu"..Saba memperkenalkan. "Ini Azhar kan?"..teka Azman. Kami hanya tersenyum. "Sebentar ya..aku ada perkara nak cakap dengan Azhar.." katanya seraya menarik tangan Azhar ke satu sudut. "Ini ada yang menangis ni.." jawab Saba sambil kami memerhati dari jauh.

5 minit kemudian Azhar kembali tanpa Azman di sisi. "Mana Man?"..tanya Amran. "Dia kata dia nak kesat airmata.." jawab Azhar selamba. Kahh!!..kahh!!..kahh!!..ketawa kami pecah berderai menggegar airport KK. Episod airmata dah bermula..
Azman dan Azhar berpelukan dipertemuan pertama selepas 28 tahun berlalu.

"bintang terlihat terang
saat dirimu datang
cinta yang dulu hilang
kini kembali pulang..."
"Wah! besarnya rumah kau Man..melaut!" komen aku.
"sedap nasi ni..macam beras wangi kat Semenanjung, macam ni tak payah makan dengan lauk, nasi je dah kenyang, kau tanam padi sendiri ye..?" gurau Saba.
"Skalop?"..aku ingat langsir je ada scallop, rupa-rupanya kat Sabah ni scallop boleh makan!" terkejut beruk Ida.
Kau sabar je Man..dua tiga hari ni.. I tell you..hidup kau 'huru-hara'!
Sambil bersantai minum kopi Tenom, kami berbual, bercerita, ketawa bersambung-sambung mencetuskan suasana yang cukup mesra. Berbicara tentang apa lagi selain kenangan terindah 28 tahun yang lalu. Aku cukup notice yang satu ini. Ada cerita yang pernah aku dengar, yang dibicarakan berulang-ulang kali, ada kenangan yang tersingkap, ada rahsia yang baru terungkai. Semua itu terlalu indah untuk dikenang,  terlalu payah untuk dilupakan, teramat manis untuk dibicarakan.  Photo-photo lama yang entah dari mana munculnya tiba-tiba bertukar tangan. Setiap satu mempunyai ceritera yang tersendiri.
"Eh!..dari mana kau dapat gambar aku ni  Merek!"..aku hampir terjerit kecil. "Aku rasa ini gambar aku yang hilang dari album dulu.." aku berseloroh.

"Sorry!...kau yang bagi kat aku tanda persahabatan kita. Tak percaya kau tengok sendiri apa kau tulis kat belakang tu.." Amran mempertahankan diri.

"hmm..nasib baik aku tak tulis yang bukan-bukan, hanya tanda kenangan  sebagai seorang sahabat"..bisik hati kecilku.  Aku senyum sendiri. Aku akui sahabat yang seorang ini bukan setakat menyimpan gambar aku malah hampir keseluruhan gambar-gambar pelajar 5A1 ada dalam simpanannya.

Saat jarum jam menunjukkan waktu 11.30 malam, Kak Su, Fieza dan anak bujangnya Aiman tiba.  Dibelakangnya  diikuti Siti Hawa dan 2 orang anaknya. Flight yang tertunda membuatkan mereka terus menghadap hidangan di depan mata.

Aku rasa seperti kenduri kecil malam itu. Tuan rumah Azman dan isterinya Azizah dan anak-anak Zizie, Raffiq dan Iqbal sibuk melayan tetamu dan aku nampak ada riak-riak gembira di wajah, ada bunga-bunga bahagia di hati mereka menyambut kami sahabat-sahabat yang dirindui.

Azman entah berapa kali menuturkan ini.."Siapa sangka setelah 28 tahun kita dapat berjumpa semula. Kalau dulu di asrama kita lain-lain bumbung, tapi sekarang kita di bawah satu bumbung cuma lain-lain bilik sahaja. Kuasa Allah menemukan kita. Aku tak sangka betul, tak percaya, tapi kalau kita ikhlas Allah pasti temukan kita..".  Ada rasa sebak di hati aku sebenarnya. Ada airmata yang bergenang.  Aku berusaha mengawal wajah agar tidak ketara di mata teman-teman. Aku akur ketentuan Ilahi.

27 Feb, 2010 Sabtu - Penuh keterujaan.

“malu-malu si Kinabalu
membuat hati dipalu rindu..”
Aku terjaga awal dari biasa. Jam diri  masih belum dapat menyesuaikan dengan tempat orang. Jam 6.00 pagi dah terang. Udara yang segar dan nyaman mendamaikan. Saba sibuk di dapur menyediakan sarapan pagi. Menu istimewa air tangan orang Kuantan, mee goreng 'rambu-ramba'..hee..hee..sebab macam-macam bahan di dalamnya. Seorang demi seorang turun memenuhi dapur comel Azman.
Masing-masing teruja untuk memulakan agenda hari pertama ini. Azman pulang dari surau dengan seberkas bungkusan kuih muih di tangan. Aku sibuk membasuh pinggan. Hidangan terhidang memenuhi meja makan.
"Kat sini pun ada ubi getuk goreng, pagi-pagi lak tu dah jual.." Aku kehairanan sambil memandang 'sebelah mata' pada  ubi getuk  yang aku maksudkan.
"Kau tengok betul-betul Ita..mana ada ubi..kau rasalah dulu..'' Azman menyarankan. Perlahan-lahan aku ambil seketul 'ubi getuk' dan mencubitnya.
"Eh!..pulut inti lah!..ada serunding kat dalamnya"..lalu menyuapkan ke mulut. "hhmm..sedapnyaaa!..macam pulut panggang  di Semenanjung tapi di sini pulutnya digoreng." Sambil tangan ku mencapai sebiji lagi pulut inti. Benarlah kata orang..tak kenal maka tak cinta..sebab jatuh cinta kat pulut gorenglah aku habiskan 3 ketul!
 "Man.. esok beli lagi ye.." Azman tersenyum. Esok tak jual, kakak tu cuti..tapi untuk kau..aku akan dapatkan di mana sahaja." Azman berseloroh. Aku ketawa sambil menjeling Azizah."Tak pe..isteri aku sporting bah.." jawab Azman seakan mengerti situasi aku. Dapat aku rasakan ada kejujuran dalam gurauannya. "Kau jangan jealous Zah, kami dah seperti adik beradik". Intan menambah. Azizah sama-sama tertawa.
Pulut Inti Goreng
        


bersarapan bersama setelah 28 tahun berlalu. Dulu lain-lain meja makan, sekarang duduk semeja sebelah meyebelah lagi..

Konvoi bermula dengan deretan 4 buah kereta menjelajah bumi KK.
"Kinabalu!..tunggu aku datang kepadamu!" ..seakan berteriak semua yang ada. Keterujaan menatap Gunung Kinabalu yang tertinggi di Asia membuatkan perjalanan terasa amat perlahan. Aku menaiki Avanza  meroon bersama Azman, Azizah, Saba, Intan dan Ida. Harum pandan semerbak memenuhi kereta Azman.
"Man, aku rasa macam harum bunga rampailah. Wangi sungguh pandan Sabah ni.." ujarku yang memang menyukai harum si bunga rampai. "Kalau kau suka nanti jangan lupa bawa balik ke Shah Alam." jawab Azman. Perli aku ke ni? "Ok..yang satu ini aku tak akan lupa" seraya mencatatnya dimindaku.
Bandar KK jauh sudah tertinggal di belakang. Jalan semakin berliku dan bengkang-bengkok  Mata dijamu dengan pemandangan berbukit-bukit, kehijauan hutan yang masih terpelihara membuatkan aku tidak mahu melepaskan pandangan walau sepicing pun waktu dari terlelap. Intan di sebelah dah lama 'belayar'.  Saba sibuk bercerita apa saja agar Azman tidak merasa kebosanan menempuh perjalanan yang masih panjang. Sesekali aku tewas juga dengan 'godaan' mata ini. Terlelap seketika. Terjaga. Terlelap lagi..ahh!! tak boleh jadi ni! Aku lantas menyambar kerepek pisang manis yang dibawa sebagai bekalan. Intan terjaga. Aku lantas menyuakan kerepek pisang.
"Woi! kamu di belakang tu..makan tidur makan tidur je lah.." jerit Azman memperhatikan perlakuan kami melalui cermin pandang belakang. hah!..hah!..hah!..ketawa aku dan Intan berpadu. 

"Man, kau jangan jeleous bah..ini masanya untuk aku istirehat terus". Intan menjawab dalam loghat Sabah yang pekat. Baru aku teringat, Intan pernah menetap di Sabah selama 4 tahun. No wonder lah pelat Sabahnya mengena!
Sepanjang perjalanan gereja-gereja kecil Kristian boleh dilihat di mana-mana sahaja. Susah untuk melihat walau pun sebuah masjid. Penduduk-penduduk di pedalaman ini membina  rumah di merata-rata. Di bukit, di lurah, di lembah akan kelihatan rumah-rumah didirikan. Menjadi masalah pula pada aku memikirkan bagaimana untuk sampai ke rumah-rumah di atas bukit itu tanpa melihat sebatang jalan pun yang menghubunginya. Ahh!..forget it! ..Dan akhirnya...signboard menunjukkan arah Jambatan Tamparuli tertera di hadapan.

                                                            Jambatan Tamparuli
"Pak pak kang ku doh
Sumunsui dot jambatan
Jambatan dot Tamparuli
Pakasut tinggi oku.."
Bait-bait lagu Jambatan Tamparuli nyanyian asal Justin Lusah  bergema diminda. Atlast!!...Jambatan Tamparuli terbentang di hadapan mataku. Salah satu destinasi yang telah lama aku idamkan untuk sampai ke  sini. Penuh rasa teruja untuk menyeberanginya. Ini adalah jambatan baru  yang lebih kukuh dan selamat yang didirikan.

Masing-masing dengan 'gaya bebas' beraksi untuk sampai ke seberang. Aku lihat Intan berjalan beriringan dengan Kak Su dan Fieza. Begitu ceria sekali. Ketawa sambil menyanyikan lagu Jambatan Tamparuli yang tenggelam timbul senikatanya. Aku perasan sesuatu tentang Intan ini. Tangannya tak lepas dari memegang penghadang besi sambil berjalan perlahan-lahan.

Aku dan Saba yang berada di belakang berpandangan. Masing-masing memberi isyarat dan serentak dengan itu kami menggoyang-goyangkan jambatan ketika betul-betul berada ditengah-tengah laluan. Apa lagi..pecah tembelanglah! Intan memang betu-betul penakut. Intan menjerit terhuyong hayang sambil memaut tangan Kak Su.."Ita! kau jahat!”.. jeritnya.

Pecah ketawa kami berkepul-kepul memenuhi ruang angkasa. Dah lama aku tak merasai gurauan seperti ini. Terasa kembali semula ke zaman anak-anak sekolah dulu yang nakal. Berpaling ke belakang..hmm.. ada mangsa seorang lagi ni..aku memerhatikan Siti berpaut di bahu anak terunanya. Nampak sangat gayatnya si Siti ni..tapi aku tak sampai hati lak nak mengenakan mak budak yang sorang ni. Tak pe lah..selamat kau kali ni.
Betul tak cakap aku..cuba tengok tangan Intan tak lepas dari memegang besi penghadang. Pandai cikgu ni cover line.. Aku dan Saba nun di belakang.

Hampir 2 jam perjalanan kami tiba di Nabalu. Pekan kecil yang terkenal dengan nenasnya. Dari sini  Gunung Kinabalu nampak semakin hampir. Cuma kali ini nasib tidak begitu menyebelahi kami. Awan putih menutupi hampir keseluruhan Kinabalu. Kinabalu..apakah tidak kau terima salam yang ku kirim lewat angin lalu untuk menatap wajahmu? Telah kau sembunyikan  wajah malumu  dibalik tabir putih itu. Aku rasa sedikit kecewa. "Tak pe..nanti sampai di Kundasang mungkin boleh nampak bila awan dah tiada.." Azman seakan memujuk.

Dan rasanya hati kami cepat terpujuk bila melihat deretan kedai cenderamata melambai-lambai mesra. Sempat aku menyambar sehelai dua batik Borneo yang halus dan sehelai pashmina yang lembut warnanya. Teman-teman yang lain..rasanya tak cukup tangan menjinjing beg yang penuh berisi.

Sebut saje shopping, senyum sampai ke telinga. Yang duduk tu sakit pinggang meround Nabalu Craft Centre.


Di Nabalu..di belakang Gunung Kinabalu masih ditutup awan tebal.
Ketika Avanza SAA 9472 J 'semput' mendaki  kaki Kinabalu, hati seakan tak percaya akhirnya aku tiba jua di destinasi ini. Matahari terik memancar memaksa aku dan Saba cepat-cepat mencari tempat berteduh. Aku tidak mahu terik mentari mengganggu kesihatan aku di masa ini. Cukuplah 2 minggu lalu aku mengalami sakit tekak yang perit dan selsema yang pedih.
Kereta yang dinaiki Amran, Azhar dan Zizie mengalami sedikit kerosakan kecil. Kami berehat seketika di Mesilau sambil melayan pemandangan indah di kaki Kinabalu. Deretan bunga berwarna-warni menarik perhatianku. Warna merah bunga diselang seli daun hijau cukup mempesona.

Pokok tanpa kulit?  Pernah dengar atau pernah lihat? Satu lagi tarikan di sini.  Pokok-pokok yang berwarna coklat keputihan nampak licin (gondol) tanpa kulit.  Nampak seperti ditarah. Kami meneruskan pendakian..(hee..hee..tapi naik keretalah..) hingga sampai ke Gerbang Timpohon. Permulaan untuk mendaki pada ketinggian 5000 kaki ( Ia ke?) oleh semua pendaki-pendaki di seluruh dunia bermula di sini. 



Digerbang Timpohon tempat permulaan untuk mendaki Gunung Kinabalu.

Sampai di pelantar yang disediakan masing-masing tak sabar untuk meninjau Kinabalu. Masih disorokkan oleh awan tebal. Memang tiada rezeki kami untuk bergambar berlatar belakangkannya. Yang ada cuma kabus tebal tapi tak kurang cantiknya bila dipotretkan. Tupai liar tapi jinak  bermain-main di pelantar. Angin sejuk menampar mesra ke pipi. Kamera menjadi teman paling akrab saat ini merakam setiap inci sudut Kinabalu untuk diabadikan.  Hampir setengah jam berlalu perut masing-masing sudah mula 'menyanyi'. Kami tinggalkan Kinabalu dengan harapan agar dipertemukan lagi.

                                                         Pelantar di Gerbang Timpohon.
                                      
Menuruni jalan ke Kundasang kami singgah di Restoran Intan menikmati makan tengahari. Bukan Intan Rozaidah ye..kebetulan.  Kalau dah lapar semuanya sedap. Semuanya makan 'betul-betul' punya makan. Setengah hari yang melelahkan. Baru setengah hari ni..belum  3hari lagi. Tapi aku puji semangat kawan-kawan dan semangat aku sendiri.  Semangat dan hubungan persahabatan ini lah yang  memberi kekuatan dalaman pada kami. Kekuatan fizikal dan ketahanan mental kami diuji untuk meneruskan kembara sahabat di bumi Sabah ini.

Selesai makan kami singgah di gerai buah-buahan dan sayur-sayuran yang sememangnya terkenal di Kundasang. Apa lagi yang dicari  selain buah-buahan dan sayuran. Dan kuih cincin dari Kg. Malugus. Aku beli untuk kudapan di perjalanan nanti. Yang lain hampir sama seperti di Semenanjung.
Perjalanan ke Ranau sejauh 20 km lagi diredah bersama. Seperti biasalah kan..bila perut dah kenyang mata pun beratlah. Aku dan Intan bergilir-gilir menjadi 'burung hantu'. Bila diingatkan balik lucu juga rasanya. Saba dan Ida masih bertahan.  Azman lagi kesian..tak sempat mimpi. Bayang mimpi pun tak sempat menjelma. Aku menghulurkan sisa-sisa kerepek pisang manis pada Intan. Ranau masih jauh lagi. Sambil makan sambil bercerita.

Tiba-tiba..tum!!.. bunyi benda berdentum jatuh di belakang bonet Avanza.

 “Intan!”.. aku membeliakkan mata memandang Intan. “Kau!…” kata-kata aku mati di situ. “Tak pe..nanti Azman boleh kemaskan..” jawab Intan dengan muka selamba tersenyum menyeringai selepas mencampakkan botol kosong kerepek pisang manis yang dah habis.

“Buat baik dalam jahat, jangan buat jahat dalam baik”..Intan berfalsafah. Seperti pernah ku dengar ya..28 tahun yang lalu. Azhar sering menuliskan ini di atas papan hitam bila dia sering kena denda. Bertuah betul budak ni!.. Maaf ye Man..kalau kau jumpa macam-macam ‘benda’ kat bonet tu. Itu semua keje Intan!…hee..hee..hee..
Ranau..aku suka sangat nama tu. Masa belajar Ilmu Alam form 1 dengan cikgu Norizah baru aku mengenali nama Ranau. Pekan kecil yang tenang dan damai berlatar belakangkan Gunung Kinabalu. Tiba di Ranau sudah masuk waktu Asar. Sesungguhnya kuasa Allah itu Maha Besar. Keikhlasan dan kejujuran dalam hubungan persahabatan ini dibayar tunai. Di hadapan Masjid Ranau ini sebuah lagi pertemuan tercipta. Siapa kembara sahabat ini temui?
Ingat lagi athelit sekolah kita, senior setahun dari kita..Jamaen..atau lebih popular dipanggil Jepun..sebab dia suka pakai topi Jepun! Anak Ranau ini sudah bergelar seorang guru. Kami di jemput ke terataknya yang berhampiran.  Melewati jalan kampung yang sempit, hutan-hutan kecil di kiri kanan jalan, kerbau yang masih berkubang di lumpur dan jauh di pedalaman berlatarkan Kinabalu aku merasakan benar-benar seperti pulang ke kampung  sendiri. Sungguh damai, tenang dan mententeramkan.
Teratak Jamaaen..huh! bukan teratak bah!..tapi sebuah banglo comel yang dikeliling beberapa petak sawah padi. Pohon-pohon buah-buahan memagari sekeliling kawasan. Dan yang lebih membuatkan aku cemburu..Gunung Kinabalu dapat dilihat dari sini dengan lebih jelas dari sisi yang berbeza. Fulamak! memang betul-betul membuat aku jealous!.

Puncak Kinabalu dari pandangan sisi yang lain dari belakang rumah Jamaen (Jepun). Masa ni dah pukul 5.00 petang.

Poring Hot Spring menyambut ketibaan kami tika jam menunjukkan hampir 6.00 petang.  Cantik sungguh tempat ini. Dijaga rapi dan penuh semulajadi. Sungai yang berbatu putih terhampar di bawah jambatan gantung. Jambatan gantung kali ini benar-benar 'berbuai-buai' bila kami melangkah beramai-ramai. Hiruk pikuk, riuh rendah suara usik mengusik dan jeritan menggamatkan suasana. 

                                                  Hamparan batu putih di Poring Hot spring.

Kaki-kaki yang tadinya terasa lenguh dan 'ketat' benar-benar lega saat menyentuh air hangat di dalam kolam. Masing-masing duduk dan menjulurkan kaki . Muka yang  'berkilat' disimbah peluh kini agak merona merah jambu bila kesegaran mula meresap ke seluruh badan. Ahh! lega..relax dan..."hah! jaga-jaga air kolam dah bertukar keruh, kaki siapa yang banyak daki ni!" suara Kak Su mengejutkan semua. Sesama berpandangan, tersenyum dan ketawa. Sepanjang hari ini aku tidak melihat  pun muka-muka sedih antara kami. Selebihnya hanya tertawa dan tertawa, usik mengusik, menyakat dan tertawa lagi. Tertawalah andai itu yang mampu untuk menceriakan segalanya. Senyum dan ketawalah..walau dunia tak seindah syurga kerana sesungguhnya kita tak mampu menandingi keindahan syurga itu..

Saat mentari merebahkan diri di ufuk timur, kami pelawat terakhir meninggalkan Poring Hot Spring.  Perjalanan pulang serasa cepat dan dekat. Kenapa rasa begitu?

Aku baru temui jawapannya di sini. "sebab..hutan-hutan, pokok-pokok dan batu-batu dah beri salam pada kita saat kita berada di jalan pulang. Semua dah mengenali kita sebab itu kita rasa dekat." Saba memberikan jawapan. "Oohh..macam tu ke?..patutlah kalau kita pergi ke sesuatu tempat yang tak pernah kita sampai rasa jauh sangat. Tapi bila masa balik rasa cepat je.." Ida mengomel sendirian. Aku tersenyum mengiakan. Kenderaan semakin berkurangan.
Azman memperlahankan kereta ketika melewati jalan berliku. Bulan mengambang penuh menerangi perjalanan kami. "Tengok! .. tengok!.. di sebelah kanan kamu..Gunung Kinabalu..! Azman seakan terjerit kecil penuh teruja. Kami segera memandang ke luar tingkap.

Subhanallah!..Gunung Kinabalu benar-benar berada di sebelah kami (maksud aku dek kerana besarnya gunung itu terasa seperti berada di sebelah sahaja). Dengan bantuan cahaya bulan, Kinabalu nampak berbalam-balam menjulang angkasa. Tersergam gagah dan penuh gah! Saat itu bulu roma aku meremang! Betapa besarnya kekuasan Allah, betapa hebatnya Maha Pencipta. Tak dapat aku bayangkan bagaimana jika Kinabalu betul-betul berada di hadapan aku disimbahi cahaya terang mentari. Sekurang-kurangnya rasa kempunan untuk melihat keseluruhan Kinabalu siang tadi terubat jua.
Dinner malam ni di mana bah? Wah! romantiknya tempat ni. Bukan candle light dinner..tapi dinner di tepi pantai di Anjung Selera, Tg. Lipat, Likas. Deruan ombak Laut China Selatan dan angin malam yang lembut dingin menyegarkan sedikit mata aku yang semakin berat. Perut masih terasa kenyang. Aku cuma minum teh tarik dan 'berkongsi' sesudu dua nasi goreng dengan Saba. Kebetulan lagi..Amran dan Ida bertemu saudaranya di pantai ini. Saudara sepupu yang berkahwin dengan orang Sabah. Belum sempat menjamah tomyam yang dipesan, Amran beralih meja meninggalkan tomyam sebagai 'hadiah' kepada kami. Pandai kau ya Amran!... 'lepaskan' diri dari tomyam tu! (ada cerita disebaliknya..biarlah rahsia.. rugi siapa tak join..).

Sampai di rumah hampir jam 12 tengah malam. Badan letih, penat, melengas, mengantuk semuanya bersatu. Selesai mandi tilam dan bantal  menjadi teman paling diperlukan saat-saat begini.

Sepatah kata Azhar (Chief Ringgo) "aku rasa jadual kita very  thight, mengalahkan PLKN. Diusia-usia begini aku bangga kita masih mampu menempuhinya." That's right! Good nite.

Thursday, January 27, 2011

AKU DIUJI LAGI...


Arrghh!!!..lama ye tak sambung kisah Anas ni. Itu lah aku kata, aku ni very the bz. Rindu nak menulis kat blog ni tapi selalu tak berkesempatan. Ok..sambung lagi. Untuk anak-anak aku yang baca ni boleh ingat perjalanan hidup seorang adiknya yang berliku dan jadi ingatan bila aku dah tiada nanti.

Akhir dec. 2003 Anas demam 2 hari lepas ambil imunisasi 3 serangkai. Asyik menangis dan badan panas. Lunch time aku balik dia dah tak menangis lagi cuma macam merengek je. Aku tak syak apa-apa. Petang aku balik maid aku tiba-tiba panggil aku tengokkan Anas sebab dia dah macam lembik dan tak menangis pun. Aku tengok Anas lain macam. Mata dah ke atas dan kaki mula menegang. Apa lagi..capai mana yang sempat terus lari ke kereta dan husband bawa ke SJMC yang terdekat. Masa husband pegi parking aku kendong Anas sambil register kat kecemasan. Belum sempat tulis nama dia dah mula 'tarik'. Masa tu dalam hati masih sempat berkata-kata.."ini sawan ke?"..bila kaki dan tangan Anas mula 'tarik2'.
Aku terus masuk kat bahagian kecemasan dan doktor terus bagi oksigen kat dia. Doktor suruh aku tunggu kat luar. Aku tak keluar..cuma keluar pintu je. Dan bermula lah episod ke dua berumahtangga di hospital.

Proff. Dr Zulkifli dari bahagian Pediatric yang merawat Anas. Bila dia jumpa aku dia bagi tau Anas dijangkiti Meningitis. Kuman yang berbahaya meningococal mungkin dah sampai ke otak dan merosakkan saraf2 di bahagian otak. Dia akan buat CT Scan esok untuk tengok setakat mana jangkitan pada otak tu. Aku blur..tak boleh nak fikir apa dah. Dengar je nama-nama penyakit, kuman-kuman yang aku tak pernah dengar selama ni aku tau ini kes serius. Dengan muka selamba dia kata Anas mungkin akan alami kecacatan pada anggota badan. Cis!..pandai-pandai je doktor ni nak meramal benda-benda yang tak pasti lagi. Dia kata dalam 10 cuma 1 atau 2 orang aje yang ok. yang lain ko. Lepas tu aku masuk bilik rasa macam nak meraung! Akhirnya bila hubby datang aku bagi tau dia dan lepas tu memang aku meraung habis!

Masuk kat ICU aku tengok Anas tidur dengan tiub dan wayar yang berselirat di badan. Masa tu baru umur 6 bulan. Badan dia montel. Nurse kata doktor bagi ubat tidur sebab nak rehatkan otak dia dan supaya dia tak 'tarik' lagi. Kalau tidak nanti lagi teruk. Aku tidur malam berendam airmata.

Esoknya Anas buat CT Scan. Aku ikut masuk tengok sekali dengan pakai baju khas yang maha berat untuk elak dari pancaran laser tu. Selesai semua Proff Zul panggil aku dan hubby. "kalau tengok dari xray ni..ada weird sikit dari biasa. Kuman memang dah sampai ke otak tapi white-white spot kat otak ni saya suspek ada kaitan dengan penyakit genetic..matabolic...bla...bla..". apa ni? Aduhai..aku macam tak nak dengar dah nama-nama yang pelik-pelik ni. Selepas tu habis susur galur aku dan hubby diselongkar untuk trace macamana Anas ada simptom2 penyakit genetic yang selalu terjadi kalau suami isteri adalah sepupu.

Doktor bagi Anas macam-macam antibiotik yang dimasukkan melalui wayar-wayar yang dipasang di tangannya. Sedih tengok tangan Anas yang kecil tu lebam2. Hari ketiga Proff. Zul mengalah. "Saya terpaksa hantar dia ke HKL sebab kami tak ada alat yang cukup untuk penyakit genetic. Di sana ada doktor pakar bahagian genetic yang akan merawat dia. Saya dah uruskan ke HKL dan doktor tu kawan saya. Just mention my name". Petang tu juga dalam keadaan jam giler dari Shah Alam ke KL aku dan Anas dalam ambulan meredah kesesakan untuk sampai ke HKL. You all pernah naik ambulan? Giler betul naik ambulan ni. Aku rasa driver tu tak perlu ambik lesen kalau bawa ambulan macam tu. Atau mungkin itu cara bawa ambulance. Nyawa pesakit bergantung pada driver ambulan sebenarnya.  Aku sendiri rasa tak tau nak pegang Anas ke, nak paut pada besi tingkap bila terhoyong-hayang digegar ambulan. Staf yang seorang lagi monitor oksigen untuk Anas. Kalau stranded kat jam takut oksigen tak cukup dan macam2 hal yang jadi. Cemas gila bila kereta tak bagi jalan sebab jam. Masa tu oksigen tinggal sikit je. Sampai di HKL Anas masuk ICU lagi.

Dan.. aku pun dah nak masuk tido ni..sambung lagi..

IR : Tuhan menguji hambanya kerana Dia tahu hambanya ini tahan diuji.

 

SUKA HATI KORANG LAH..

Masa sekolah dulu aku memang suka bersukan. Aktif dalam segala jenis sukan. Apa yang ada semua aku nak masuk cuma acara olahraga je not in my list. Aku bukan seorang sprinter! (betul ke eja tu) Sukan yang lain macam bolajaring, volleyball, hoki, lompat tinggi, lompat berpagar, lontar peluru, lontar cakera, javelin, badminton semuanya aku sertai. Bukan nak dapat hadiah cuma nak aktifkan badan. Aku suka pada kecergasan. Lagi satu untuk sihat.

Zaman tu athlet yang famous dan aku suka ialah Mumtaz Jaafar, Zaiton Othman dan Marina Chin. Suka sangat tengok Marina Chin sebab dia cantik! Jaguh badminton wanita ialah Sylvia Ng.



                                  Ini lah Marina Chin. Ratu pecut negara sekitar tahun 1970an.


Bolasepak pun aku suka terutama pasukan Selangor The Red Giant utk Piala Malaysia.Tapi semua tu aku pendam dalam diam sebab masa dulu janggal sangat kalau budak2 pompuan ni suka bolasepak. Masa kat asrama kalau ada lawan bola kat tv penuh dengan budak2 lelaki kat dewan makan. Kalau ada budak pompuan yang tengok akan kena ejek. Aku cuma dapt jeling2 dari jauh je. Tapi kalau kat rumah aku memang duduk betul2 depan tv siap bersorak lagi bila Mokhtar Dahari skor gol. 

Masa sekolah rendah aku main bolajaring tapi selalu jadi pemain simpanan. Cikgu kata aku ni lembut sangat tak 'ganas'. Nanti asyik kena tolak je. Tak kisahlah janji dapat ikut pasukan sekolah kesetiap perlawanan.


Masuk sekolah menengah aku masih main bolajaring tapi tak lah wakil sekolah. Dia orang kata orang lemah lembut cam aku ni tak layak. Aku tak kisah semua tu. Tak simpan dalam hati pun. Aku cuma jadi pemain untuk pasukan Asrama Puteri je. Jadi GA lagi. Best bila dapat sumbat gol banyak2.  Agaknya sebab tangan aku yang lemah lembut ni lah yang boleh menyebabkan bola selalu masuk gawang. Walaupun main untuk Aspuri tapi team aku selalu menang bila lawan dengan aspuri2 lain yang selalu berkunjung ke SMKKKB sebab team aspuri majoriti adalah school player cuma position GA tu budak luar. Bukan budak asrama so akulah yang ganti tempat dia. Kira ok sangat lah!

La ni aku cuma aktif bolajaring sikit2. Kira pernah wakil IPD Shah Alam untuk seluruh Selangor satu masa dulu dah kira ok lah tu.  Juga jadi pemain untuk Quantum Supplies (sebab tak ada orang lain dah..) masih dengan position GA.


Sukan yang moden2 ni cam bowling cuma sekali sekala je. Tak jumpa geng lagi dan tak dapat skill yang tepat tu sebab berat rasa nak main cam bola bowling yang berat tu.


Anak2 aku yang ikut jejak aku dalam bersukan ni aku nampak pada kak chik. Darjah 4 dia dah masuk acara olahraga.  Acara 100m, 200, 4x100 dan 4x400m. Masuk darjah 6 lagi ligat. Jadi pelari sekolah. Badan kurus sekeping, tinggi menggalah, kaki panjang. Cuma masa darjah 6 dia tak dapat gelaran Olahragawati Sekolah sebab masa acara lompat tinggi dia terjatuh dan tangannya terseliuh. Kesian kak chik!. Tapi masih masuk acara olahraga walaupun tangannya berbalut dan membataskan kepantasannya.  Dah masuk sekolah menengah aku masih menggalakkan dia berlari tapi jawabnya..."malu lah mama..'.


Amirul dan Faiz masa kecik2 memang langsung tak masuk sukan. Amirul stat dengan badminton masa form 1. Faiz main bola saja2 je bila masa lapang. Cuma 2 orang anak bujang aku ni yang aku terkezut sangat bila masuk Sekolah Teknik Ampangan, dua2 involved dengan sukan ragbi!. hah! ragbi!..gerun aku bayangkan.


Kalau Faiz ok lah sebab badan dia agak besar dan tinggi. Memang padan pun. Cuma Amirul..alahai..badan keremping nak main ragbi. Aku macam tak percaya. Bila balik bercuti merengek ngan aku.."ma...jom pegi urut.." sakit belakang lah, lututlah..macam2.

Iman suka badminton. Iman orangnya rendah je badan berisi. Masa karnival badminton PDRM last year dia masuk sampai separuh akhir. Asyik kena smash je sebab dia rendah. Lepas tu aku daftarkan masuk klinik badminton tapi sekejap je. Aku berhentikan dia sebab dia selalu tak pegi latihan. Membazir duit aku je...
Lagi pun dia kata..tak pe lah..kita dah tau main.

Anas anak yang smart. Semua sukan tu dia tak main. Satu sukan yang dia memang terror tak padan ngan usia dia. Dia terror main game kat computer!

Petang minggu lepas aku dan Iman duduk2 lipat kain sambil tengok final Terbuka Malaysia. Dato Lee Chong Wei tengah berentap ngan Taufik Hidayat. Baru main beberapa ketika Chong Wei tukar raket sebab talinya putus. Terkeluarlah kata2 ini dari mulut Iman.."baru main dah putus tali. Kita main dah bertahun2 tak putus pun raket kita"...

Uhuk!..Alahai Iman..pandai gak kau buat lawak ye..


IR : biar terseliuh kaki ke tangan ke jangan terseliuh lidah..

Wednesday, January 19, 2011

KAU RASA APA YANG AKU RASA.

Kalau suami atau anak sakit, isterilah orang yang paling sibuk nak handlekan semuanya. Sanggup ambil cuti, cancel appointment, duk rumah jaga anak dan suami. Ubat makan ikut time, demah badan dengan air, buatkan bubur dan bla..bla..bla.. Tapi bila isteri sakit, suami masih boleh keluar, anak2 masih boleh pergi sekolah, main, makan cam biasa. Cam tak de apa2 je..betul lah kata orang, orang perempuan ni senang masuk syurga.

Hari ini aku mc lagi. Mc dari hari sabtu berlarutan hingga hari ini. Petang jumaat aku dah rasa sakit kepala. Semuanya gara2 stock take! Bilik store yang padat, kelam dengan lampu satu di hujung sana, satu di hujung dunia, aliran udara yang terbatas dan panas!.. mengundang bp aku naik mendadak. Nasiblah doc. tu faham bp aku ni perlukan rest yang secukupnya untuk turun balik dan bagi aku mc untuk hari sabtu.

Kalau dah namanya seorang ibu dan isteri kat rumah tetap jadi housewife yang sejati. Basuh kain, mengemas dan memasak. Aku gagahi juga bangun bila kepala dah rasa ringan sikit. Buat mana yang terlarat. Yang penting masak dan basuh baju. Baju sekolah dah tentunya. Lepas tu rehat lagi walaupun mata tersangatlah 'sakit' tengok rumah yang melampuh macam kapal pecah!

Hari minggu dah ok dah cuma penat masih bersisa. Kalau tak mengenangkan aku dah  buat appointment nak ke Paya Jaras hari tu, saat yang paling bahagia adalah 'melingkar' atas katil.

Appointment habis hampir pukul 4 pm. Balik rumah bukak tudung campak beg, aku dah rasa lain macam. Ini mesti kes aku berdiri terlalu lama di class tadi. Belakang dah rasa sakit semacam (kenapa x dua macam ek?) badan pulak rasa seram2 sejuk. Lepas asar aku terus ..bumm!...sebelah hubby buatkan dia terkejut dari tidur.

"Yang, I rasa nak demam lah. Seram sejuk ni, rasa lemah sangat"..dia terus selimutkan aku dan aku lena sampai waktu maghrib. Bila sedar badan tambah panas. Alamak! aku benar2 demam ni.! Aku berselimut dengan pashmina pergi ke klinik. Dan lagi sekali doc. tu sangat2lah memahami akan badan aku ni yang lemah dan lesu dan bagi aku mc untuk esoknya untuk aku berehat.

Balik rumah aku dah tak ingat dunia. Dah atas katil mulut sempat membebel pesan itu, pesan ni pada hubby. "Yang, bagi budak2 makan, gosok baju sekolah.  Baju kat dalam almari, kasut sekolah kat depan, jangan lupa tutup pintu dapur..bla..bla.. dan aku pun zzzzzz....

Hee..hee..heee..dalam tidur aku boleh senyum lagi. Tidur pun tak lah tidur mati. Aku masih boleh dengar suara Iman, Anas bising2 kat luar. Suara hubby yang bising suruh Iman salin jadual waktu untuk esok dan macam2 lagi.

At last!  Aku berjaya 'ikat' hubby supaya lekat kat rumah walau pun ambik alih kerja aku untuk sekejap. Kalau tak macam2 hal ada kat luar tu. Jumpa oranglah, cari maklumatlah..busy memanjang mengalahkan ASP! Aku tahu hubby boleh buat semua tu cuma biasalah lelaki...egonya tinggi menjulang langit! 


IR : Isteri adalah anugerah  bukan hak milik.

Thursday, January 13, 2011

BUKAN TAK SAYANG..

Suara lembut Lisa Surihani di Sinar FM tentang penganiayaan binatang membuatkan aku senyum sendiri. Sayangilah binatang kerana dia juga makhluk yang ada perasaan. Masa kecil-kecil dulu mak memang banyak bela kucing. Sekarang ni adalah sekor dua yang tinggal. Binatang kesayangan Nabi memang menjadi kesayangan mak juga.

Aku bukan tak suka nak bela-bela kucing ni atau apa-apa saja binatang peliharaan. Omputih kata pet. Jeles dan geram gak tengok kucing jiran-jiran yang gebus dan kembang2. Cuma aku kesian je kat binatang2 ni kalau dah masuk dalam rumah aku mesti tak panjang hayatnya. Lagi pun rumah aku yang ala2 apartment/kondo ni memanglah sangat tak sesuai nak bela pet2 ni.


Anak2 memang suka dengan pets tapi aku bagi syarat nak bela apa2 kena sendiri jaga kebersihan, makan dan minum. Aku memang tak nak masuk campur sebab nak kemaskan anak2 sendiri pun aku rasa tak cukup tangan. Marah2 gak tapi kadang kala aku rasa nak ketawa tengok gelagat anak2 dalam bab2 bela membela.

Iman dan Anas tersangat sukalah dengan ikan dan kucing. Aku memang tak bagi bela kucing sebab secantik mana pun kucing tu, segebus dan sekembang mana pun bulu dia, setinggi mana pun gred kucing tu cuma satu yang sama..taik busuk! Tu yang aku tak sanggup nak bayangkan kalau ada kucing yang 'terburai' kat dalam rumah aku.

Aku tak marah nak bela ikan cuma aku selalu bising bila air dalam akuarium dah berubah warna hitam pekat tapi tak de orang nak kemaskan. Kadang2 1 hari dah keruh. Ini semua kerja Anas yang tersangat pemurah dan penyayang dengan ikan2 tu. Dia akan masukkan segala jenis makanan untuk bagi ikan tu makan. Nasi, roti, kangkung, pallet dan tah apa2 tah tak kira apa jenis ikan pun. Puyu ke, bandaraya, ikan emas, ikan kecik2 yang cantik tu..guppy..tak tau nama apa. Semua kira sama je pada dia. Akhirnya setiap kali bela ikan semuanya berkubur. Aku cakap dengan hubby beli ikan murah2 je sebab dia nak buat main sebenarnya. Salin ikan tu dari satu bekas ke bekas yang lain, belai2 ikan tu atau berenang bersama ikan dalam besen besar kat beranda dapur. Habis dapur aku basah dan berkecah. Kesian ikan2 tu dikerjakan sampai tinggal nyawa2 ikan je.

Tak pun dia akan jadi 'doktor ikan'. Bab ni lagi menyiksakan untuk seekor ikan bila dia 'operate' ikan tu. Kelakar pun ada. Mula2 dia kan tarik sisik ikan. Lepas tu belah dan keluarkan perut ikan dan tinggalkan bertaburan kat beranda dapur. Tah apa yang dia nak cari dalam perut ikan tu. Masa ni aku dah tak terkata apa dah. Sabar jer lah..

Kes terakhir hubby belikan ikan puyu aku rasa. Mentang2 lah ikan tu ikan kampung dia bagi ikan tu makan cacing! Dan at last ikan tu mati gak sebab tercekik cacing! Just imagine..dia polok2kan cacing tu kat dalam mulut ikan konon2 bagi ikan tu makan dan akhirnya ikan tu tercekik dan terus kiok! .Aku rasa setakat ni dah lebih 50 ekor ikan yang semuanya berkubur kat tangan dia. Kesian ikan2 tu..Aku bagi last warning tak payah bela ikan lagi. NO MORE IKAN2! (marah lah tu..)

 
Lepas tu kak cik pulak merengek nak bela kucing, hamster dan arnab. Iman dan Anas sokong lah. Aku kata tak boleh! NO!..NO!..NO!..nanti mama yang kena buang taik kucing, mama tak suka hamster..busuk dan arnab pun. Nak juga pegi main dengan jiran2 punya pets tu. Budak2 tu frust sbb walaupun aku pembangkang sorang dalam rumah ni tapi suara pembangkang ni tersangatlah power!


Dan beberapa tahun pun berlalu....


Satu petang hubby bawa balik 2 ekor arnab yang comel tanpa pengetahuan aku. Agaknya dia kesian kat budak2 dan dia pun tengok aku cam dah cool je. Anak2 seronok semacam bila tunjukkan kat aku. Anas siap kendong2 dan selimut2kan arnab tu. Masing2 janji nak jaga arnab dari A-Z. Aku senyum aje. Nak tengok selama mana dia orang tahan. Ok gak dalam 2 3 hari dia orang jaga arnab tu. Tapi yang buat aku mula bising balik ialah habis sayur2 dalam friedge aku jadi mangsa. Segala macam dia nak bagi arnab tu makan. Carrot untuk aku buat carrot cake pun habis dia songlap. Anas lagi kreatif..sampai daun sop pun dia bagi! Hangin satu badan lah aku! Dah tu pandai pulak mandikan arnab tu. Siap ada towel sekali untuk lap badan arnab.


2 3 hari lepas tu..aku balik keje Iman dengan muka sedihnya bg tau sekor arnab dah mati. Dia dah tanam kat taman depan rumah. Aku tanya Iman :


Mama : "Iman, arnab tu mati kenapa?"


Iman   : " Kita tak tau. Kita balik sekolah tengok arnab tu dah mati...(huu..huu..huu..) Tapi kita rasa arnab tu mati sebab Anas mandikan dia dengan sabun. Kita bau sabun kat badan arnab tu"...naif nya.


Mama : ..uhuk! (tersedak air liur sendiri).



Itulah Anas..yang pengasih dan penyayang.



 IR : Zahir dan tunjukkanlah kasih sayang kita sementara orang itu masih ada...

HENDAK SERIBU DAYA, TAK MAU SATU DALIH PUN DAH CUKUP..

Nak cantik tak? Kalau tanya kat sapa2 pun especially perempuan mesti jawabnya.. NAK! Kalau yang dilahirkan semulajadi cantik pun dia akan rasa tak cantik dan mahu cantik lagi. Apa tah lagi yang dilahirkan biasa2 je..cantik memang jadi idaman.

Cantik tu universal..cantik yang aku nak cerita ni cantik wajah dan tubuh badan. Cantik lahiriah.

Aku mula rasa nak jadi cantik masa umur 12 tahun. Masa tu artis idola aku dalam bab2 cantik ni ialah pelakon Sarimah dan penyanyi Rafeah Buang. Entah kenapa aku rasa dia orang berdua tu memang cukup cantik di mata aku. Aku berangan2 nak jadi cantik  cam Sarimah, ayu dan lembut seperti Rafeah Buang. Angan2 saja sebab sebenarnya aku tak tau nak jadi cantik tu cam mana.


Sarimah Amad semasa muda.

Mungkin dah naluri wanita dan mungkin juga dah jalan hidup aku ditakdirkan begini aku mula mencari cara-cara untuk menjadi cantik. Kulit halus gebu, putih, mata, bulu kening, rambut semuanya nak sempurna. Cara yang paling mudah ikut saje petua2 dari idola aku tu.

Tapi tak semudah yang aku sangka. Semuanya kena kuat. Kuat usaha kuat semangat. Cara paling mudah jadikan habit. So tak lah rasa macam terpaksa buat semua tu dan tak lah selalu berharap nak dapatkan kesan yang cepat.

Ok..mula dengan perkara2 yang mudah yang seharian kita lakukan sebenarnya. Petua2 ni memang aku amalkan dari dulu dan kesannya...sekaranglah bila umur dah maasuk 3 4 series tetap anggun gitu.

1) Amalkan minum air suam sebelum tidur dan selepas bangun dari tidur. Sebelum gosok gigi ok. Kalau rasa getik ke..anggaplah anda bangun minum bila terjaga waktu malam. Tak gosok gigi kan? Amalkan minum air suam/kosong sebanyak mungkin dan elakkan air ais dan bergas. (Ini petua Sarimah dan Rafeah Buang)

2) Sebelum mandi jirus bahagian kaki dahulu dan basahkan badan dari bahagian bawah hingga ke atas.
Ini semua agar urat2 saraf tak 'terkejut' dan cepat menjadi kecut. Agaknya lah..but its work!
   
3) Dulu2 sebelum tidur sapu muka dengan bedak sejuk. Arwah opah selalu buat bedak sejuk dicampur dengan bunga tanjung. Wangi. Sekarang ni sapulah dengan krim/serum malam.

4) Nak bulu kening cam Brooke Shields...ha..ha..ha...aku suka bulu kening dia. Dulu aku memang tak de bulu kening. Ada pun nipis je tak lebat cam Brooke punya. Ini petua mak, selalu buat sebelum tido. Ambik sedikit isi kelapa bakar sampai jadi macam arang dan buat celak untuk bula kening. Hati2 bila 'mengukir' bulu kening supaya cantik terbentuk dan bulu kening akan tumbuh ikut lakaran yang kita buat. La ni bulu kening aku lebat cam Brooke Sheild..hee..hee..

5) Nak rambut hitam berkilat? Dulu2 tak mampu beli syampoo orang-aring. Tak de pun sebenarnya. Petua mak gak..ambil pati santan (sekarang lg senang nak dapat) campur dengan sedikit asam jawa. Ramas2kan dan biarkan berembun satu malam. Esok pagi boleh le ramas2kan santan tu kat kulit kepala dan rambut. Bungkus rambut lebih kurang setengah jam sebelum mandi. Syampoo cam biasa. Ada orang tak suka sebab santan tu akan buat rambut cam berminyak dan 'kuyup' dan berbau sikit. Tapi aku tak kisah. Cuci 2 3 kali baru ok. Buatlah sebulan 2 kali. Kalau malas sekali pun ok. Rambut aku hitam berkilat ikal mayang lagi. Uban pun baru2 ni adalah sehelai dua kalau nak compare ngan kawan2 yang memang dah banyak uban masa umur baru 20 an. Lagi satu..asam jawa untuk hilangkan kelemumur. Nak lagi power gosok ngan limau nipis tapi kena tahan lah pedihnya.

6) Badan berbau memang memeningkan. Loya tekak dik oii! Muka cantik badan berbau..tak de makne nya. Nak hilangkan bau badan aku nasihatkan jangan sapu apa2 krim atau guna yang serbuk tu..apa namanya..hibka. Itu akan buat ketiak jadi hitam. Cuba try cara ni. Rajin2 gosok badan dengan limau nipis. Walaupun sekarang ada macam2 shower cream tapi aku masih suka cara lama ni. Lebih berkesan meresap auranya hingga ke dalam tubuh. Gosok seluruh badan dengan limau nipis. Kulit jadi lembut. Daki2 pun tanggal. Ketiak jadi putih. Tangan jadi lembut. Lepas mandi akan terasa kesegarannya. Cubalah.

7) Ada orang mencukur bulu ketiak. Eeeiii..seriau aku! Tak pernah cuba takut terluka. Ada yang guna macam2 krim nak cabut bulu ketiak tapi lama2 tumbuh balik. Tak tau lah gen aku ni memang tak de bulu ketiak atau apa. Cuma masa sekolah2 dulu sebelum mandi aku sapu ketiak dengan kapur sireh. Dah kering baru cabut. Tak rasa sakit pun mungkin sebab kapur tu kot. Ketiak pun jadi bersih. Mandi gosok lak dengan limau nipis. Langsung bulu ketiak takut nak tumbuh. Untuk anak2, adik2 amalkan masa bulu ketiak baru2 nak tumbuh. Insyaallah menjadik. (cam iklan lak).

8) Baca Bismillah dan berselawat Nabi setiap kali nak sapu toner ke, bedak, krim ke apa2 lah kat muka tu. Kalau dapat sapu muka dengan air embun. First time seumur hidup aku jumpa embun yang menitik dari bumbung masa kat Sabah dulu. Kalau lah kat sini ada lagi embun yang banyak cam tu..alahai...bahagianya.

9) Nak tegangkan kulit muka dan nampak berseri. Yang ni aku dah lama tak buat. Wap kan muka dengan air panas. Letak sebesen air panas, titikkan 2 3 titik pati ros atau lavender dan letak muka pada wap yang keluar untuk 5 - 10 minit. (setakat mana yang terlaratlah). Seminggu sekali atau 2 kali. Ada yang wapkan muka masa masak nasi. Nasi tengah menggelegak dan berasap2 tu letakkan muka di atasnya. La ni masak nasi guna rice cooker asap yang keluar seciput je tak cukup nak wap satu muka.

10) Masa kecil aku putih dan mata sepet cam cina. Ada yang panggil aku anak cina. Kelopak mata memang tak nampak terutama bila ketawa mata lagi sepet. Aku try2 lah urut kelopak mata dan keliling mata agar nampak besar. Agaknya bila dah remaja dan dewasa struktur tubuh berubah. Aku tak sedar bila kelopok mata aku jadi mata benggali. Nak pakai eye shadow memang mudah sangat. Tak sepet lagi. Ada yang tanya cam ne nak mancungkan hidung? maaf lah ye..sorry..hidung aku memang agak mancung sebab darah benggali ada sikit2 tempias pada aku dari sebelah abah. Tak dapek den nak nolong.

Wah..banyak gak petua2 tu ye. Sapa2 yang rasa nak cuba, cubalah. Aku izinkan. Hanya ini yang terlintas di minda. Banyak lagi sebenarnya yang boleh dikongsi nanti.

Yang kurik itu kendi
Yang merah itu saga
Yang cantik itu budi
Yang indah itu bahasa.

IR :  kalau orang kata anda cantik..kata lah alhamdullilah, amin. Itu pun satu doa juga untuk cantik.

Wednesday, January 5, 2011

SEMESTER PUN BERMULA.

Pembuka tahun yang sungguh busy.  Budak-budak sekolah lah of course! Dah 3 hari mula sekolah aku pulak yang keletihan.

Hari minggu pagi-pagi lagi dah ronda pasar karat stadium Shah Alam. Kak Cik nak cari beg sekolah. Ada, bukan tak ada jual kat situ tapi semua dia tak berkenan. Alahai..anak dara sorang ni. 2 minggu sebelum bukak sekolah dah round KL cari beg sekolah. Tak jumpa-jumpa jugak. Aku tak tau lah beg macamana yang dia nak. Nak cari warna purple..bila dah jumpa corak cam budak-budak pulak. Hish!..tak faham aku.

Petang ronda kat Sri Muda lak. Keluar masuk kedai tak de gak. Masuk Mydin lagi lah tak jumpa. Singgah C4. Pun tak de. Pegi pulak cari kat Ole-Ole..bayang beg yang dia nak tu haram tak de.

Akhirnya aku yang semput. Kaki dah rasa kejang. Pinggang dah mula berdenyut. Umur dah 4 series ni bab ronda-ronda ni memang aku dah tak suka sangat dah. Sekarang lagi ringkas. Kalau nak apa-apa aku terus ke kedai yang aku tahu barang tu ada kat situ dan terus grab aje. Jimat masa dan tenaga. Yang sebenaunya jimat duit..tak lah nampak benda-benda yang lain-lain tu..he..hee..jauh berjalan luas pandangan..macam-macam nak beli!

Nasib baik Iman dan Anas ok. Iman guna beg yang dia dapat hadiah untuk kutipan derma terbanyak di sekolah tahun lepas. Anas tahun ni beg baru warna hijau pucuk pisang ada gambar Hot Wheel. Dia yang pilih sendiri. Tak kisah lah janji dia suka dan nak bawa beg tu ke sekolah.

Hari pertama semua bersemangat bangun pagi. Bersemangat bersiap dengan kasut baru, baju baru dan beg baru. Anas yang pertama siap. Iman biasanya yang terakhir tapi kak cik yang pergi dulu. Itu pun terlambat bila hon kereta dah melaung-laung kat bawah. Kak Cik ke sekolah bawa beg lama!

Minggu depanlah kita gi Klang ya kak cik. Tak jumpa gak tak tau lah mama...


IR :  Sek. Keb Sg. Plong..tempat pertama mengenal A, B, C, 1, 2, 3.