Yang pertama tidak semestinya yang terbaik tetapi sukar dilupakan sedangkan yang terakhir adalah untuk selamanya...
Thursday, January 27, 2011
AKU DIUJI LAGI...
Arrghh!!!..lama ye tak sambung kisah Anas ni. Itu lah aku kata, aku ni very the bz. Rindu nak menulis kat blog ni tapi selalu tak berkesempatan. Ok..sambung lagi. Untuk anak-anak aku yang baca ni boleh ingat perjalanan hidup seorang adiknya yang berliku dan jadi ingatan bila aku dah tiada nanti.
Akhir dec. 2003 Anas demam 2 hari lepas ambil imunisasi 3 serangkai. Asyik menangis dan badan panas. Lunch time aku balik dia dah tak menangis lagi cuma macam merengek je. Aku tak syak apa-apa. Petang aku balik maid aku tiba-tiba panggil aku tengokkan Anas sebab dia dah macam lembik dan tak menangis pun. Aku tengok Anas lain macam. Mata dah ke atas dan kaki mula menegang. Apa lagi..capai mana yang sempat terus lari ke kereta dan husband bawa ke SJMC yang terdekat. Masa husband pegi parking aku kendong Anas sambil register kat kecemasan. Belum sempat tulis nama dia dah mula 'tarik'. Masa tu dalam hati masih sempat berkata-kata.."ini sawan ke?"..bila kaki dan tangan Anas mula 'tarik2'.
Aku terus masuk kat bahagian kecemasan dan doktor terus bagi oksigen kat dia. Doktor suruh aku tunggu kat luar. Aku tak keluar..cuma keluar pintu je. Dan bermula lah episod ke dua berumahtangga di hospital.
Proff. Dr Zulkifli dari bahagian Pediatric yang merawat Anas. Bila dia jumpa aku dia bagi tau Anas dijangkiti Meningitis. Kuman yang berbahaya meningococal mungkin dah sampai ke otak dan merosakkan saraf2 di bahagian otak. Dia akan buat CT Scan esok untuk tengok setakat mana jangkitan pada otak tu. Aku blur..tak boleh nak fikir apa dah. Dengar je nama-nama penyakit, kuman-kuman yang aku tak pernah dengar selama ni aku tau ini kes serius. Dengan muka selamba dia kata Anas mungkin akan alami kecacatan pada anggota badan. Cis!..pandai-pandai je doktor ni nak meramal benda-benda yang tak pasti lagi. Dia kata dalam 10 cuma 1 atau 2 orang aje yang ok. yang lain ko. Lepas tu aku masuk bilik rasa macam nak meraung! Akhirnya bila hubby datang aku bagi tau dia dan lepas tu memang aku meraung habis!
Masuk kat ICU aku tengok Anas tidur dengan tiub dan wayar yang berselirat di badan. Masa tu baru umur 6 bulan. Badan dia montel. Nurse kata doktor bagi ubat tidur sebab nak rehatkan otak dia dan supaya dia tak 'tarik' lagi. Kalau tidak nanti lagi teruk. Aku tidur malam berendam airmata.
Esoknya Anas buat CT Scan. Aku ikut masuk tengok sekali dengan pakai baju khas yang maha berat untuk elak dari pancaran laser tu. Selesai semua Proff Zul panggil aku dan hubby. "kalau tengok dari xray ni..ada weird sikit dari biasa. Kuman memang dah sampai ke otak tapi white-white spot kat otak ni saya suspek ada kaitan dengan penyakit genetic..matabolic...bla...bla..". apa ni? Aduhai..aku macam tak nak dengar dah nama-nama yang pelik-pelik ni. Selepas tu habis susur galur aku dan hubby diselongkar untuk trace macamana Anas ada simptom2 penyakit genetic yang selalu terjadi kalau suami isteri adalah sepupu.
Doktor bagi Anas macam-macam antibiotik yang dimasukkan melalui wayar-wayar yang dipasang di tangannya. Sedih tengok tangan Anas yang kecil tu lebam2. Hari ketiga Proff. Zul mengalah. "Saya terpaksa hantar dia ke HKL sebab kami tak ada alat yang cukup untuk penyakit genetic. Di sana ada doktor pakar bahagian genetic yang akan merawat dia. Saya dah uruskan ke HKL dan doktor tu kawan saya. Just mention my name". Petang tu juga dalam keadaan jam giler dari Shah Alam ke KL aku dan Anas dalam ambulan meredah kesesakan untuk sampai ke HKL. You all pernah naik ambulan? Giler betul naik ambulan ni. Aku rasa driver tu tak perlu ambik lesen kalau bawa ambulan macam tu. Atau mungkin itu cara bawa ambulance. Nyawa pesakit bergantung pada driver ambulan sebenarnya. Aku sendiri rasa tak tau nak pegang Anas ke, nak paut pada besi tingkap bila terhoyong-hayang digegar ambulan. Staf yang seorang lagi monitor oksigen untuk Anas. Kalau stranded kat jam takut oksigen tak cukup dan macam2 hal yang jadi. Cemas gila bila kereta tak bagi jalan sebab jam. Masa tu oksigen tinggal sikit je. Sampai di HKL Anas masuk ICU lagi.
Dan.. aku pun dah nak masuk tido ni..sambung lagi..
IR : Tuhan menguji hambanya kerana Dia tahu hambanya ini tahan diuji.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment