Setahun sudah berlalu,
Februari muncul kembali
dengan kehangatan semalam..
Salam semua. Aku tulis catatan perjalanan ini lama dahulu. Sesuatu yang indah untuk dikenang. Rombongan 'cik kiah' yang pertama dari Semenanjung bertemu seorang sahabat ini Azman Ahmad yang banyak mengukir momen-momen indah di alam persekolahan.
Ada yang sudah membaca kisah ini tapi aku tetap nak abadikan dalam blog ini dan dikongsi bersama dengan sahabat2 semua. Kisah benar catatan perjalanan Amran Mad, Azhar, Mazita (Kak Su), Sabariah, Rozaidah (Intan), Siti Hawadiah (Siti), Ida, Fieza, anak2 Siti, Aiman dan aku. Sedikit tokok tambah untuk menghidupkan jalan cerita. Happy reading.

"Hidup ini tak susah, hidup ini mudah, hidup ini indah..."
26 Feb. 2010 Jumaat (12 Rabiul Awal 1430H)
Pagi Jumaat yang dingin. Hujan membasahi bumi Shah Alam menyambut perarakan Maulidur Rasul yg lewat di halaman rumah. Teringat semalam aku hampir-hampir terlepas perjalanan ke KK gara2 lewat memohon cuti. Dihambat tugasan yang memenuhi meja kerja, dateline yang seakan tidak mahu beralah dan tanggungjawab di rumah membuatkan aku hampir terlupa perkara yang satu ini. Debaran semakin terasa penuh keterujaan untuk menempuhi satu perjalanan yang pasti mengembirakan. Ketika mentari tegak di ubun-ubun kelibat Amran dan isterinya Ida tiba di rumah.
"Wah!! besarnya beg kau!..tak mau balik ke Semenanjung lagi..?" aku memperli Amran sambil menjeling Ida di sebelah. Amran hanya mampu tersenyum. Ida malu-malu. Pertama kali bertentang mata dengan isteri Amran yang manis orangnya.
Selesai meratah ketam masak lemak cili padi untuk lunch hari itu masing-masing bersiap-siap untuk ke LCCT. Sejujurnya aku tak ada selera. Sekadar untuk mengalas perut di perjalanan nanti. Hati dah terbang dahulu sampai ke KK.
"Hello ita, kau kat mana?"..suara Saba di hujung talian penuh rasa gusar. "on the way, sat lagi aku sampai. Bentang carpet merah ye.." aku bercanda memberi jawapan.
Lihat di sana siapa yang menunggu kita? "Ita, tingginya kau!"..biar betul mamat ni..tanpa salam dihulur sebaliknya pertanyaan disua pada aku. "eh! aku memang tinggi lah..sekarang kau baru perasan ke?..ialah.. dulu tak nampak aku kan.." aku mula mengusik dengan nada suara merajuk. "Kau dah banyak berubah tapi aku masih boleh kenal. Aku ingat lagi kau selalu pakai tshirt 'dont follow me'.." aku mengimbau nostalgia lalu. Azhar tergelak kecil. "kau ingat lagi ye.." katanya mengiyakan.Azhar Ahmad..rakan sekolah dari form 1 hingga form 5. Dulu kurus tinggi, pendiam. Hari ini kau terlalu jauh berubah. Kalau jumpa di luar sekali imbas memang aku tak kan kenal kau. Tambahan lagi dengan ‘heli pad’ di kepala. Trend kawan-kawan lelaki yang berumur 40an sekarang ini termasuk Amran yang aku perhatikan leka berbual dengan Intan di sebelah sana. Selepas itu masing-masing bertukar cerita sambil tangan sibuk mengangkat bagasi. Amran, Saba, Ida dan Intan masing-masing punya cerita untuk dikhabarkan sehinggalah..
"Panggilan terakhir untuk penumpang ke KK flight..bla..bla..bla.." Apa? dah last call?.. punyalah borak sakan! Flight berlepas awal setengah jam.
Amran berbisik pada aku.."2 jam yang membosankan.." Really?..tak sampai setengah jam aku tengok dia enjoy dengan tuna sandwich yang tebal dan white coffee di belakang aku. Lepas tu jadi 'burung hantu'. Tapi tidak untuk aku, Saba dan Intan. Bila intai di luar tingkap hanya nampak awan putih saja perbualan makin rancak. Azhar di sebelah hanya menjeling dan sekali sekala menyampuk cerita kami. Tapi akhirnya dia ikut jejak Amran jadi 'burung hantu'.
Alhamdulillah!..akhirnya kami selamat menjejakkan kaki di bumi KK lewat jam 6.30 petang. Bayang orang yang menyambut kami tidak kelihatan. "Aku solat dulu bah..di sini maghribnya awal" suara di hujung talian menoktahkan rasa gusar kami. Ok… pandang kiri, pandang kanan masing-masing sibuk dengan handphone menghubungi orang di Semenanjung tentunya.
"Assalammualaikum!.." suara di belakang dengan senyum meleret menyambut kami dengan mesra. Azman dan Amran saling bersalaman dan berpelukan tanda hubungan kembali terjalin. "Ini siapa?" tanya Azman sambil memandang Azhar. "Inilah orang yang kau cari-cari, yang kau tunggu-tunggu tu"..Saba memperkenalkan. "Ini Azhar kan?"..teka Azman. Kami hanya tersenyum. "Sebentar ya..aku ada perkara nak cakap dengan Azhar.." katanya seraya menarik tangan Azhar ke satu sudut. "Ini ada yang menangis ni.." jawab Saba sambil kami memerhati dari jauh.
5 minit kemudian Azhar kembali tanpa Azman di sisi. "Mana Man?"..tanya Amran. "Dia kata dia nak kesat airmata.." jawab Azhar selamba. Kahh!!..kahh!!..kahh!!..ketawa kami pecah berderai menggegar airport KK. Episod airmata dah bermula..
Azman dan Azhar berpelukan dipertemuan pertama selepas 28 tahun berlalu.5 minit kemudian Azhar kembali tanpa Azman di sisi. "Mana Man?"..tanya Amran. "Dia kata dia nak kesat airmata.." jawab Azhar selamba. Kahh!!..kahh!!..kahh!!..ketawa kami pecah berderai menggegar airport KK. Episod airmata dah bermula..
"bintang terlihat terang
saat dirimu datang
cinta yang dulu hilang
kini kembali pulang..."
"Wah! besarnya rumah kau Man..melaut!" komen aku.
"sedap nasi ni..macam beras wangi kat Semenanjung, macam ni tak payah makan dengan lauk, nasi je dah kenyang, kau tanam padi sendiri ye..?" gurau Saba.
"Skalop?"..aku ingat langsir je ada scallop, rupa-rupanya kat Sabah ni scallop boleh makan!" terkejut beruk Ida.
Kau sabar je Man..dua tiga hari ni.. I tell you..hidup kau 'huru-hara'!
Sambil bersantai minum kopi Tenom, kami berbual, bercerita, ketawa bersambung-sambung mencetuskan suasana yang cukup mesra. Berbicara tentang apa lagi selain kenangan terindah 28 tahun yang lalu. Aku cukup notice yang satu ini. Ada cerita yang pernah aku dengar, yang dibicarakan berulang-ulang kali, ada kenangan yang tersingkap, ada rahsia yang baru terungkai. Semua itu terlalu indah untuk dikenang, terlalu payah untuk dilupakan, teramat manis untuk dibicarakan. Photo-photo lama yang entah dari mana munculnya tiba-tiba bertukar tangan. Setiap satu mempunyai ceritera yang tersendiri.
"Eh!..dari mana kau dapat gambar aku ni Merek!"..aku hampir terjerit kecil. "Aku rasa ini gambar aku yang hilang dari album dulu.." aku berseloroh.
"Sorry!...kau yang bagi kat aku tanda persahabatan kita. Tak percaya kau tengok sendiri apa kau tulis kat belakang tu.." Amran mempertahankan diri.
"hmm..nasib baik aku tak tulis yang bukan-bukan, hanya tanda kenangan sebagai seorang sahabat"..bisik hati kecilku. Aku senyum sendiri. Aku akui sahabat yang seorang ini bukan setakat menyimpan gambar aku malah hampir keseluruhan gambar-gambar pelajar 5A1 ada dalam simpanannya.
Saat jarum jam menunjukkan waktu 11.30 malam, Kak Su, Fieza dan anak bujangnya Aiman tiba. Dibelakangnya diikuti Siti Hawa dan 2 orang anaknya. Flight yang tertunda membuatkan mereka terus menghadap hidangan di depan mata.
Aku rasa seperti kenduri kecil malam itu. Tuan rumah Azman dan isterinya Azizah dan anak-anak Zizie, Raffiq dan Iqbal sibuk melayan tetamu dan aku nampak ada riak-riak gembira di wajah, ada bunga-bunga bahagia di hati mereka menyambut kami sahabat-sahabat yang dirindui.
Azman entah berapa kali menuturkan ini.."Siapa sangka setelah 28 tahun kita dapat berjumpa semula. Kalau dulu di asrama kita lain-lain bumbung, tapi sekarang kita di bawah satu bumbung cuma lain-lain bilik sahaja. Kuasa Allah menemukan kita. Aku tak sangka betul, tak percaya, tapi kalau kita ikhlas Allah pasti temukan kita..". Ada rasa sebak di hati aku sebenarnya. Ada airmata yang bergenang. Aku berusaha mengawal wajah agar tidak ketara di mata teman-teman. Aku akur ketentuan Ilahi.

27 Feb, 2010 Sabtu - Penuh keterujaan.
“malu-malu si Kinabalu
membuat hati dipalu rindu..”
Aku terjaga awal dari biasa. Jam diri masih belum dapat menyesuaikan dengan tempat orang. Jam 6.00 pagi dah terang. Udara yang segar dan nyaman mendamaikan. Saba sibuk di dapur menyediakan sarapan pagi. Menu istimewa air tangan orang Kuantan, mee goreng 'rambu-ramba'..hee..hee..sebab macam-macam bahan di dalamnya. Seorang demi seorang turun memenuhi dapur comel Azman.
Masing-masing teruja untuk memulakan agenda hari pertama ini. Azman pulang dari surau dengan seberkas bungkusan kuih muih di tangan. Aku sibuk membasuh pinggan. Hidangan terhidang memenuhi meja makan.
"Kat sini pun ada ubi getuk goreng, pagi-pagi lak tu dah jual.." Aku kehairanan sambil memandang 'sebelah mata' pada ubi getuk yang aku maksudkan.
"Kau tengok betul-betul Ita..mana ada ubi..kau rasalah dulu..'' Azman menyarankan. Perlahan-lahan aku ambil seketul 'ubi getuk' dan mencubitnya.
"Eh!..pulut inti lah!..ada serunding kat dalamnya"..lalu menyuapkan ke mulut. "hhmm..sedapnyaaa!..macam pulut panggang di Semenanjung tapi di sini pulutnya digoreng." Sambil tangan ku mencapai sebiji lagi pulut inti. Benarlah kata orang..tak kenal maka tak cinta..sebab jatuh cinta kat pulut gorenglah aku habiskan 3 ketul!
"Man.. esok beli lagi ye.." Azman tersenyum. Esok tak jual, kakak tu cuti..tapi untuk kau..aku akan dapatkan di mana sahaja." Azman berseloroh. Aku ketawa sambil menjeling Azizah."Tak pe..isteri aku sporting bah.." jawab Azman seakan mengerti situasi aku. Dapat aku rasakan ada kejujuran dalam gurauannya. "Kau jangan jealous Zah, kami dah seperti adik beradik". Intan menambah. Azizah sama-sama tertawa.
Pulut Inti Goreng
bersarapan bersama setelah 28 tahun berlalu. Dulu lain-lain meja makan, sekarang duduk semeja sebelah meyebelah lagi..
Konvoi bermula dengan deretan 4 buah kereta menjelajah bumi KK.
"Kinabalu!..tunggu aku datang kepadamu!" ..seakan berteriak semua yang ada. Keterujaan menatap Gunung Kinabalu yang tertinggi di Asia membuatkan perjalanan terasa amat perlahan. Aku menaiki Avanza meroon bersama Azman, Azizah, Saba, Intan dan Ida. Harum pandan semerbak memenuhi kereta Azman.
"Man, aku rasa macam harum bunga rampailah. Wangi sungguh pandan Sabah ni.." ujarku yang memang menyukai harum si bunga rampai. "Kalau kau suka nanti jangan lupa bawa balik ke Shah Alam." jawab Azman. Perli aku ke ni? "Ok..yang satu ini aku tak akan lupa" seraya mencatatnya dimindaku.
Bandar KK jauh sudah tertinggal di belakang. Jalan semakin berliku dan bengkang-bengkok Mata dijamu dengan pemandangan berbukit-bukit, kehijauan hutan yang masih terpelihara membuatkan aku tidak mahu melepaskan pandangan walau sepicing pun waktu dari terlelap. Intan di sebelah dah lama 'belayar'. Saba sibuk bercerita apa saja agar Azman tidak merasa kebosanan menempuh perjalanan yang masih panjang. Sesekali aku tewas juga dengan 'godaan' mata ini. Terlelap seketika. Terjaga. Terlelap lagi..ahh!! tak boleh jadi ni! Aku lantas menyambar kerepek pisang manis yang dibawa sebagai bekalan. Intan terjaga. Aku lantas menyuakan kerepek pisang.
"Woi! kamu di belakang tu..makan tidur makan tidur je lah.." jerit Azman memperhatikan perlakuan kami melalui cermin pandang belakang. hah!..hah!..hah!..ketawa aku dan Intan berpadu.
"Man, kau jangan jeleous bah..ini masanya untuk aku istirehat terus". Intan menjawab dalam loghat Sabah yang pekat. Baru aku teringat, Intan pernah menetap di Sabah selama 4 tahun. No wonder lah pelat Sabahnya mengena!

Sepanjang perjalanan gereja-gereja kecil Kristian boleh dilihat di mana-mana sahaja. Susah untuk melihat walau pun sebuah masjid. Penduduk-penduduk di pedalaman ini membina rumah di merata-rata. Di bukit, di lurah, di lembah akan kelihatan rumah-rumah didirikan. Menjadi masalah pula pada aku memikirkan bagaimana untuk sampai ke rumah-rumah di atas bukit itu tanpa melihat sebatang jalan pun yang menghubunginya. Ahh!..forget it! ..Dan akhirnya...signboard menunjukkan arah Jambatan Tamparuli tertera di hadapan.
Jambatan Tamparuli
"Pak pak kang ku doh
Sumunsui dot jambatan
Jambatan dot Tamparuli
Pakasut tinggi oku.."
Bait-bait lagu Jambatan Tamparuli nyanyian asal Justin Lusah bergema diminda. Atlast!!...Jambatan Tamparuli terbentang di hadapan mataku. Salah satu destinasi yang telah lama aku idamkan untuk sampai ke sini. Penuh rasa teruja untuk menyeberanginya. Ini adalah jambatan baru yang lebih kukuh dan selamat yang didirikan.
Masing-masing dengan 'gaya bebas' beraksi untuk sampai ke seberang. Aku lihat Intan berjalan beriringan dengan Kak Su dan Fieza. Begitu ceria sekali. Ketawa sambil menyanyikan lagu Jambatan Tamparuli yang tenggelam timbul senikatanya. Aku perasan sesuatu tentang Intan ini. Tangannya tak lepas dari memegang penghadang besi sambil berjalan perlahan-lahan.
Aku dan Saba yang berada di belakang berpandangan. Masing-masing memberi isyarat dan serentak dengan itu kami menggoyang-goyangkan jambatan ketika betul-betul berada ditengah-tengah laluan. Apa lagi..pecah tembelanglah! Intan memang betu-betul penakut. Intan menjerit terhuyong hayang sambil memaut tangan Kak Su.."Ita! kau jahat!”.. jeritnya.
Pecah ketawa kami berkepul-kepul memenuhi ruang angkasa. Dah lama aku tak merasai gurauan seperti ini. Terasa kembali semula ke zaman anak-anak sekolah dulu yang nakal. Berpaling ke belakang..hmm.. ada mangsa seorang lagi ni..aku memerhatikan Siti berpaut di bahu anak terunanya. Nampak sangat gayatnya si Siti ni..tapi aku tak sampai hati lak nak mengenakan mak budak yang sorang ni. Tak pe lah..selamat kau kali ni.

Betul tak cakap aku..cuba tengok tangan Intan tak lepas dari memegang besi penghadang. Pandai cikgu ni cover line.. Aku dan Saba nun di belakang.
Hampir 2 jam perjalanan kami tiba di Nabalu. Pekan kecil yang terkenal dengan nenasnya. Dari sini Gunung Kinabalu nampak semakin hampir. Cuma kali ini nasib tidak begitu menyebelahi kami. Awan putih menutupi hampir keseluruhan Kinabalu. Kinabalu..apakah tidak kau terima salam yang ku kirim lewat angin lalu untuk menatap wajahmu? Telah kau sembunyikan wajah malumu dibalik tabir putih itu. Aku rasa sedikit kecewa. "Tak pe..nanti sampai di Kundasang mungkin boleh nampak bila awan dah tiada.." Azman seakan memujuk.
Dan rasanya hati kami cepat terpujuk bila melihat deretan kedai cenderamata melambai-lambai mesra. Sempat aku menyambar sehelai dua batik Borneo yang halus dan sehelai pashmina yang lembut warnanya. Teman-teman yang lain..rasanya tak cukup tangan menjinjing beg yang penuh berisi.

Sebut saje shopping, senyum sampai ke telinga. Yang duduk tu sakit pinggang meround Nabalu Craft Centre.
Di Nabalu..di belakang Gunung Kinabalu masih ditutup awan tebal.
Di Nabalu..di belakang Gunung Kinabalu masih ditutup awan tebal.
Ketika Avanza SAA 9472 J 'semput' mendaki kaki Kinabalu, hati seakan tak percaya akhirnya aku tiba jua di destinasi ini. Matahari terik memancar memaksa aku dan Saba cepat-cepat mencari tempat berteduh. Aku tidak mahu terik mentari mengganggu kesihatan aku di masa ini. Cukuplah 2 minggu lalu aku mengalami sakit tekak yang perit dan selsema yang pedih.
Kereta yang dinaiki Amran, Azhar dan Zizie mengalami sedikit kerosakan kecil. Kami berehat seketika di Mesilau sambil melayan pemandangan indah di kaki Kinabalu. Deretan bunga berwarna-warni menarik perhatianku. Warna merah bunga diselang seli daun hijau cukup mempesona.
Pokok tanpa kulit? Pernah dengar atau pernah lihat? Satu lagi tarikan di sini. Pokok-pokok yang berwarna coklat keputihan nampak licin (gondol) tanpa kulit. Nampak seperti ditarah. Kami meneruskan pendakian..(hee..hee..tapi naik keretalah..) hingga sampai ke Gerbang Timpohon. Permulaan untuk mendaki pada ketinggian 5000 kaki ( Ia ke?) oleh semua pendaki-pendaki di seluruh dunia bermula di sini.
Sampai di pelantar yang disediakan masing-masing tak sabar untuk meninjau Kinabalu. Masih disorokkan oleh awan tebal. Memang tiada rezeki kami untuk bergambar berlatar belakangkannya. Yang ada cuma kabus tebal tapi tak kurang cantiknya bila dipotretkan. Tupai liar tapi jinak bermain-main di pelantar. Angin sejuk menampar mesra ke pipi. Kamera menjadi teman paling akrab saat ini merakam setiap inci sudut Kinabalu untuk diabadikan. Hampir setengah jam berlalu perut masing-masing sudah mula 'menyanyi'. Kami tinggalkan Kinabalu dengan harapan agar dipertemukan lagi.
Pokok tanpa kulit? Pernah dengar atau pernah lihat? Satu lagi tarikan di sini. Pokok-pokok yang berwarna coklat keputihan nampak licin (gondol) tanpa kulit. Nampak seperti ditarah. Kami meneruskan pendakian..(hee..hee..tapi naik keretalah..) hingga sampai ke Gerbang Timpohon. Permulaan untuk mendaki pada ketinggian 5000 kaki ( Ia ke?) oleh semua pendaki-pendaki di seluruh dunia bermula di sini.
Digerbang Timpohon tempat permulaan untuk mendaki Gunung Kinabalu.
Menuruni jalan ke Kundasang kami singgah di Restoran Intan menikmati makan tengahari. Bukan Intan Rozaidah ye..kebetulan. Kalau dah lapar semuanya sedap. Semuanya makan 'betul-betul' punya makan. Setengah hari yang melelahkan. Baru setengah hari ni..belum 3hari lagi. Tapi aku puji semangat kawan-kawan dan semangat aku sendiri. Semangat dan hubungan persahabatan ini lah yang memberi kekuatan dalaman pada kami. Kekuatan fizikal dan ketahanan mental kami diuji untuk meneruskan kembara sahabat di bumi Sabah ini.
Selesai makan kami singgah di gerai buah-buahan dan sayur-sayuran yang sememangnya terkenal di Kundasang. Apa lagi yang dicari selain buah-buahan dan sayuran. Dan kuih cincin dari Kg. Malugus. Aku beli untuk kudapan di perjalanan nanti. Yang lain hampir sama seperti di Semenanjung.
Perjalanan ke Ranau sejauh 20 km lagi diredah bersama. Seperti biasalah kan..bila perut dah kenyang mata pun beratlah. Aku dan Intan bergilir-gilir menjadi 'burung hantu'. Bila diingatkan balik lucu juga rasanya. Saba dan Ida masih bertahan. Azman lagi kesian..tak sempat mimpi. Bayang mimpi pun tak sempat menjelma. Aku menghulurkan sisa-sisa kerepek pisang manis pada Intan. Ranau masih jauh lagi. Sambil makan sambil bercerita.
Tiba-tiba..tum!!.. bunyi benda berdentum jatuh di belakang bonet Avanza.
“Intan!”.. aku membeliakkan mata memandang Intan. “Kau!…” kata-kata aku mati di situ. “Tak pe..nanti Azman boleh kemaskan..” jawab Intan dengan muka selamba tersenyum menyeringai selepas mencampakkan botol kosong kerepek pisang manis yang dah habis.
“Buat baik dalam jahat, jangan buat jahat dalam baik”..Intan berfalsafah. Seperti pernah ku dengar ya..28 tahun yang lalu. Azhar sering menuliskan ini di atas papan hitam bila dia sering kena denda. Bertuah betul budak ni!.. Maaf ye Man..kalau kau jumpa macam-macam ‘benda’ kat bonet tu. Itu semua keje Intan!…hee..hee..hee..

Ranau..aku suka sangat nama tu. Masa belajar Ilmu Alam form 1 dengan cikgu Norizah baru aku mengenali nama Ranau. Pekan kecil yang tenang dan damai berlatar belakangkan Gunung Kinabalu. Tiba di Ranau sudah masuk waktu Asar. Sesungguhnya kuasa Allah itu Maha Besar. Keikhlasan dan kejujuran dalam hubungan persahabatan ini dibayar tunai. Di hadapan Masjid Ranau ini sebuah lagi pertemuan tercipta. Siapa kembara sahabat ini temui?
Ingat lagi athelit sekolah kita, senior setahun dari kita..Jamaen..atau lebih popular dipanggil Jepun..sebab dia suka pakai topi Jepun! Anak Ranau ini sudah bergelar seorang guru. Kami di jemput ke terataknya yang berhampiran. Melewati jalan kampung yang sempit, hutan-hutan kecil di kiri kanan jalan, kerbau yang masih berkubang di lumpur dan jauh di pedalaman berlatarkan Kinabalu aku merasakan benar-benar seperti pulang ke kampung sendiri. Sungguh damai, tenang dan mententeramkan.
Teratak Jamaaen..huh! bukan teratak bah!..tapi sebuah banglo comel yang dikeliling beberapa petak sawah padi. Pohon-pohon buah-buahan memagari sekeliling kawasan. Dan yang lebih membuatkan aku cemburu..Gunung Kinabalu dapat dilihat dari sini dengan lebih jelas dari sisi yang berbeza. Fulamak! memang betul-betul membuat aku jealous!.
Puncak Kinabalu dari pandangan sisi yang lain dari belakang rumah Jamaen (Jepun). Masa ni dah pukul 5.00 petang.
Poring Hot Spring menyambut ketibaan kami tika jam menunjukkan hampir 6.00 petang. Cantik sungguh tempat ini. Dijaga rapi dan penuh semulajadi. Sungai yang berbatu putih terhampar di bawah jambatan gantung. Jambatan gantung kali ini benar-benar 'berbuai-buai' bila kami melangkah beramai-ramai. Hiruk pikuk, riuh rendah suara usik mengusik dan jeritan menggamatkan suasana.
Kaki-kaki yang tadinya terasa lenguh dan 'ketat' benar-benar lega saat menyentuh air hangat di dalam kolam. Masing-masing duduk dan menjulurkan kaki . Muka yang 'berkilat' disimbah peluh kini agak merona merah jambu bila kesegaran mula meresap ke seluruh badan. Ahh! lega..relax dan..."hah! jaga-jaga air kolam dah bertukar keruh, kaki siapa yang banyak daki ni!" suara Kak Su mengejutkan semua. Sesama berpandangan, tersenyum dan ketawa. Sepanjang hari ini aku tidak melihat pun muka-muka sedih antara kami. Selebihnya hanya tertawa dan tertawa, usik mengusik, menyakat dan tertawa lagi. Tertawalah andai itu yang mampu untuk menceriakan segalanya. Senyum dan ketawalah..walau dunia tak seindah syurga kerana sesungguhnya kita tak mampu menandingi keindahan syurga itu..
Saat mentari merebahkan diri di ufuk timur, kami pelawat terakhir meninggalkan Poring Hot Spring. Perjalanan pulang serasa cepat dan dekat. Kenapa rasa begitu?
Aku baru temui jawapannya di sini. "sebab..hutan-hutan, pokok-pokok dan batu-batu dah beri salam pada kita saat kita berada di jalan pulang. Semua dah mengenali kita sebab itu kita rasa dekat." Saba memberikan jawapan. "Oohh..macam tu ke?..patutlah kalau kita pergi ke sesuatu tempat yang tak pernah kita sampai rasa jauh sangat. Tapi bila masa balik rasa cepat je.." Ida mengomel sendirian. Aku tersenyum mengiakan. Kenderaan semakin berkurangan.
Azman memperlahankan kereta ketika melewati jalan berliku. Bulan mengambang penuh menerangi perjalanan kami. "Tengok! .. tengok!.. di sebelah kanan kamu..Gunung Kinabalu..! Azman seakan terjerit kecil penuh teruja. Kami segera memandang ke luar tingkap.
Subhanallah!..Gunung Kinabalu benar-benar berada di sebelah kami (maksud aku dek kerana besarnya gunung itu terasa seperti berada di sebelah sahaja). Dengan bantuan cahaya bulan, Kinabalu nampak berbalam-balam menjulang angkasa. Tersergam gagah dan penuh gah! Saat itu bulu roma aku meremang! Betapa besarnya kekuasan Allah, betapa hebatnya Maha Pencipta. Tak dapat aku bayangkan bagaimana jika Kinabalu betul-betul berada di hadapan aku disimbahi cahaya terang mentari. Sekurang-kurangnya rasa kempunan untuk melihat keseluruhan Kinabalu siang tadi terubat jua.

Dinner malam ni di mana bah? Wah! romantiknya tempat ni. Bukan candle light dinner..tapi dinner di tepi pantai di Anjung Selera, Tg. Lipat, Likas. Deruan ombak Laut China Selatan dan angin malam yang lembut dingin menyegarkan sedikit mata aku yang semakin berat. Perut masih terasa kenyang. Aku cuma minum teh tarik dan 'berkongsi' sesudu dua nasi goreng dengan Saba. Kebetulan lagi..Amran dan Ida bertemu saudaranya di pantai ini. Saudara sepupu yang berkahwin dengan orang Sabah. Belum sempat menjamah tomyam yang dipesan, Amran beralih meja meninggalkan tomyam sebagai 'hadiah' kepada kami. Pandai kau ya Amran!... 'lepaskan' diri dari tomyam tu! (ada cerita disebaliknya..biarlah rahsia.. rugi siapa tak join..).
Sampai di rumah hampir jam 12 tengah malam. Badan letih, penat, melengas, mengantuk semuanya bersatu. Selesai mandi tilam dan bantal menjadi teman paling diperlukan saat-saat begini.
Sepatah kata Azhar (Chief Ringgo) "aku rasa jadual kita very thight, mengalahkan PLKN. Diusia-usia begini aku bangga kita masih mampu menempuhinya." That's right! Good nite.
Sepatah kata Azhar (Chief Ringgo) "aku rasa jadual kita very thight, mengalahkan PLKN. Diusia-usia begini aku bangga kita masih mampu menempuhinya." That's right! Good nite.
Hari ni 16 Feb 2018 setelah 8 tahun berlalu . Sweet memories Ita...Ada yg tergenang saat mengenang.
ReplyDelete