Rasanya bermula dari awal tahun 2010 sampai hari ni aku berjalan terus. Maksud aku berjalan makan anginlah. Kata ustaz Suffian kat kelas tadi..Kita berdoa minta nak kayalah..tapi tak kaya2. Walaupun tak kaya2, kereta masih tak BMW, duit sekadar itu sahaja, tapi rezeki kita selalu berpanjangan dan selalu ada. Kita masih dapat makan, ke sana sini situ sinun, dapat itu dapat ini. Syukurlah dengan semua yang kita ada walaupun tanpa kita sedari. Kalau Allah nak bagi rezeki tu macam2 bentuk, macam2 benda yang dia bagi.
Awal tahun 2010 aku memulakan perjalanan ke Sabah bersama-sama rakan reunion SMKKKB, kemudian family day juga bersama rakan2 sek men keb ke Santuary Resort Kuantan dan ke Terengganu pada May 2010. Rehat sekejap kemudian aku ke Bandung awal bulan Disember ari tu dan menyambung ke tahun 2011 terus ke Langkawi pada 2hb - 5hb Februari. Kemudian seminggu lepas tu 12hb - 14hb Feb. aku ke Port Dickson. Sebenarnya sebelum ke Langkawi ada trip ke Melaka tapi aku tak ikut serta sebab ada hal. Kalau tidak berderetlah hari2 hujung minggu aku tak ada kat rumah. Makan angin terus. Rezeki kan?
Pada orang lain itu semua tak heran lah. Aku pun tak heran lah sebab mungkin dah agenda dia orang macam tu. Perkara biasa ke sana sini. Tapi pada aku agenda perjalanan hidup aku agak padat dengan agenda 'terbang' ke sana sini semenjak dua menjak ni. Mungkin anak2 dah besar2. Senang dapat angkut ke mana-mana. Maid pun dah tak de. So tak payah nak fikir nasib orang yang kena tinggal.
Ke Sabah tu aku memang dah lama teringin nak ke sana. Nak menyeberangi Tamparuli dan menatap Kinabalu. Sementelah pula ada kawan di sana yang sangat2 baik hati dan perihatin keluarga Azman Ahmad dan isteri Dayang Azizah so, rezeki jangan ditolak. Sejujurnya aku memang tak pernah sampai ke Kuantan. Terengganu pun 20 tahun lepas. Family day tu sebagai bonus lah. Kali terakhir ke Indonesia pada tahun 2000 ke Surabaya dan Bali. 2010 baru lah dapat sampai ke Bandung. Itu pun ada orang sponsor. Alhamdullillah! Langkawi pun dah lama tak pegi sejak tahun 2004. Banyak yang berubah. Rezeki lagi tahun ni. Melaka tak pegi pun tak pe sebab selalu balik rumah mother-in-law (selalu??..setahun sekali je) Port Dickson..memang tak ada hati nak pegi sebenarnya cuma nak bawa anak2 sebab dia orang tak pegi Langkawi ari tu. Hampir 20 tahun juga aku tak jejak kaki ke PD. Tak de apa2 aku rasa selain pantai. Pergi hari tu..tiba2 aku dah rasa terjatuh cinta lak kat PD bila stay kat Permaisuri Resort yang baru tu. Santai dan relax habis. Lepas ni ada cadangan nak ke Pulau Kapas snorkeling dan memancing. Orait jadik! Sekejap tadi ada pulak yang cadangkan ke Koh Samui..hmmm...kumpul duit dulu..
Cuma satu tempat yang aku masih menunggu jemputan dari Nya selepas aku hadir ke sana pada 2004. Lama dah jarak tu. Insyaallah dengan izinNya dalam masa terdekat ini.
IR : Hanya padaMU aku berserah...
No comments:
Post a Comment