“kan ku jadikan kau
kenangan yang terindah dalam hidupku..”
Argh!!..dingin pagi membuatkan aku menarik kembali selimut. Jam di handphone baru pukul 5.00 pagi. Ah! masih ada waktu untuk tidur seminit dua lagi sebelum jam 6.00 pagi. Tiba-tiba aku bingkas bangun. "Di sini jam 6.00 pagi sudah terang bah.." aku teringat kata-kata Dayang Azizah.
Selesai segala 'urusan pagi' dapur terus menjadi tumpuan. Pagi ini agak relax dan tenang. Seorang demi seorang menghampiri meja makan.
"Nah!..pulut goreng kau.." Azman menyuakan bungkusan di tangan. Aku senyum. Pagi-pagi selepas solat subuh di surau Azman menjemput family Kak Su dan Siti di hotel. Pasti dia singgah di mana-mana membelikan pulut goreng.
Seperti biasa suasana riuh rendah dengan berbagai-bagai cerita dari hal-hal sekolah atau yang baru berlaku semalam menjadi topik bualan. Pecah lagi ruang dapur dengan deraian tawa dan usik mengusik. Saba lah orang yang sering kuat mengusik dan menyakat Azman. Ada sahaja bahan cerita untuk mengenakannya. Setiap jawapan dari Azman dapat dipatahkan sampaikan aku lihat Azman bagai kehilangan kata-kata untuk membalas.
Seperti biasa suasana riuh rendah dengan berbagai-bagai cerita dari hal-hal sekolah atau yang baru berlaku semalam menjadi topik bualan. Pecah lagi ruang dapur dengan deraian tawa dan usik mengusik. Saba lah orang yang sering kuat mengusik dan menyakat Azman. Ada sahaja bahan cerita untuk mengenakannya. Setiap jawapan dari Azman dapat dipatahkan sampaikan aku lihat Azman bagai kehilangan kata-kata untuk membalas.
"Man, kau pasti rindu kan kami bila kami dah balik nanti. Aku gerenti kau tergolek-golek rindu kat kami. Nanti tiba-tiba rumah kau ni jadi sepi semula..aku gerenti.." Saba mengusik lagi.
Berubah airmuka Azman. Saat itu aku lihat ada riak-riak sedih di wajahnya namun dia tenang sahaja seperti sudah bersedia untuk menghadapi saat perpisahan itu. Cawan kopi di bawa ke bibir dan menghirupnya perlahan-lahan sambil menarik nafas dalam-dalam. Tak lama kemudian kopi Tenom, nasi goreng dan kuih muih hanya tinggal sisa saat kami melangkah keluar dari rumah untuk perjalanan yang sangat-sangat menarik untuk hari ini.
Ke mana kita? Hu..la!.. la!..Balik ke Wilayah Persekutuan semula..KL ke?..No!..no!..no!..Pulau Labuan melambai-lambai di sana.
Perjalanan kali ini memang santai dan relax. Jalan tidak lagi berliku. Kampung-kampung kelihatan tenang. Pemandangan laut di hadapan Kem Lok Kawi menarik perhatian aku. Air laut surut pagi ini."Man, apa orang-orang tu buat kat dalam lumpur tu?" aku ingin tahu. Beberapa orang kelihatan duduk sambil mengorek pasir berlumpur. "Dia orang cari udang galah" terang Azman.
"Apa? Udang galah!'..masing-masing kehairanan. Saat itu aku rasa seperti meronta-ronta ingin bersama-sama penduduk kampung 'berkubang' mencari udang galah.
"Sudah!..sudah!..kamu tak punya masa untuk itu. Lain kali datang aku buat acara khusus untuk tangkap udang galah..". Segera keinginan ku dipatahkan. "Ok!..tak pe..next time..!" hati berkata-kata.
Kami tiba di jeti Menumbok untuk ke Pulau Labuan hampir jam 9.00 pagi. Terik dan silau mentari seperti sudah waktu tengahari. Bersiap sedialah untuk sunburn pada hari ini. Ketika masing-masing mula melangkah ke arah jeti tiba-tiba handphone Amran berbunyi tanda ada sms masuk. Mukanya yang ceria tiba-tiba berubah sirna. Masing-masing berpandangan, kehairanan.
"Apa hal?..ada apa? " ayat-ayat yang keluar dari mulut kami.
"Aku rasa mungkin kita tak dapat ke Labuan. Ada berita Tsunami di Chille. Ombak besar di Laut China Selatan sekitar jam 2 hingga 5 petang nanti".
Hati masing-masing dilanda kerisauan. Azman melangkah ke hadapan.
"Ok..aku rasa tak ada apa-apa. Aku orang sini aku tau. Kalau ada mesti pihak berkuasa dah buat sesuatu untuk itu. Kita dah sampai di sini dan niat kita baik untuk menziarah kawan di sana, Insyaallah aku rasa ok tak de apa-apa..kita tetap terus pergi!."
Azman memuktamadkan keputusan. Sebulat suara mengikut cadangan 'tok ketua' ini. Ketika kaki melangkah ke dalam speed boat aku rasa masing-masing berdoa dalam hati agar semuanya selamat. Jaket keselamatan diikat erat. Senyap sunyi seketika. Ketika bot mula dilambung ombak China Selatan suara-suara riuh mula kedengaran. Terhuyong hayang dan bagai dihentak-hentak mencetuskan suasana yang cukup lucu. Sekejap sahaja berita Tsunami hilang dari kegusaran. Ketawa kami tenggelam timbul bersama bunyi enjin bot dan hempasan ombak. 20 minit kemudian Jeti Labuan dihampiri. Alhamdullillah!...kata-kata syukur terucap.
Dalam speed boat..ikat kuat-kuat..Senyuman meleret dari teman lama menyambut kedatangan kami. Masih anggun, jelita dan bergaya di usia 40an sesuai gelaran yang disandang. Disampingnya anak dara sunti manis seperti ibunya masa muda dahulu. Isteri pegawai tinggi kerajaan ini masih ramah dan tetap mesra.
Aku salute Zah.. kau tak lupa diri dengan kedudukan kau sekarang. Tangan berjabat salam, pipi berlaga pipi dan hati pun mengikat rasa kasih persahabatan kita. Rombangan kami seperti tidak menghiraukan orang keliling apabila masing-masing sibuk bertukar cerita dan khabar dengan Azizah. Kemudian kami dibawa mengelilingi bandar Labuan oleh 2 orang pengiring yang ditugaskan. Terasa seperti layanan VIP apabila mengetahui jurupandu kami adalah orang kanan pasukan beruniform di bandar Labuan ini.
Destinasi pertama, berkunjung ke Pasar Kraftangan Labuan. Mata silau oleh kilauan kristal swarovski dari gred berbeza-beza.
"Ambil kak..brooch tu cuma rm10 sahaja.." ramah gadis Labuan ini memikat.
"Sepuloh henggit!..kat sana ini 50 henggit!..aku separuh berbisik di telinga Saba. "Biar betul!..betul ke tipu kristal ni.!" tak menjadi hal pada aku. Yang di jual di Semenanjung pun belum tentu aslinya. Yang penting cantik dan tahan lama. Masing-masing borong brooch, gelang dan rantai kristal berkilo-kilo bawa balik.
"Boleh tukar-tukar satu hari satu..ikut warna baju.." Ida menyarankan. Hee!..hee!..hee!..memang sah perempuan normal ni!
"Boleh tukar-tukar satu hari satu..ikut warna baju.." Ida menyarankan. Hee!..hee!..hee!..memang sah perempuan normal ni!
Kampung Air Labuan hanya kami lewati kerana kesuntukan masa. Menyusuri sepanjang pantai Labuan mata dijamu dengan pemandangan yang indah. Cantik dan bersih dengan pantai memutih. Lambaian pokok kelapa dan kebiruan Laut China Selatan mendamaikan.
Kami tiba di Taman Bukit Kuda hampir jam 12.00 tengahari. Deretan banglo-banglo pegawai kerajaan tersusun rapi.
Bau yang harum dari dapur Azizah membuatkan perut kami rancak berkeroncong. Udang galah masak lemak cili api, sayur campur dan ayam goreng berempah adalah menu istimewa hari ini. Masih ada yang malu-malu. "Malu lapar lah hoi!...suara nakal mengusik.
Bersila dihamparan lembut menambahkan lagi selera kami. Amran siap pakai kain pelekat lagi lagak seperti tuan rumah.
"pssttt!...sebenarnya biar senang nasi masuk..perut tak tersekat!"..suara nakal itu terus mengusik.
Kami menahan tawa menghormati hidangan di depan mata. Hidangan beransur susut. Masing-masing kekenyangan sebab rasa puas makan masakan Semenanjung setelah 2 hari berada di bumi di bawah bayu ini. Gelak tawa bersulam usikkan dan gurauan bertebaran di ruang tamu banglo 2 tingkat Azizah. Buah tangan dari Labuan untuk teman-teman yang sudi menziarahinya di perantauan disambut dengan tangan terbuka.
"Kenangan dari Labuan. Terima kasih sebab sudi datang ke sini. Aku rasa gembira dan terharu sangat sebab kita semua dipertemukan lagi. Moga semuanya selamat sampai ke KK dan KL.." doa Azizah untuk kami.
"Thanks Zah.." aku peluk erat teman ini. "moga silaturrahim antara kita berpanjangan."
"Jumpa di Kuantan ya.." aku menabur harapan. Moga Allah merahmati pertemuan kami ini.
Akan adakah lagi pertemuan selepas ini..? Mungkin ada..tapi dengan orang lain..jeng!..jeng!...jeng!..
Di rumah Azizah, kenangan sepanjang hayat.
Maintain jelita bah..
Jeti Labuan menjadi penanda kepada akhirnya pertemuan dengan Azizah dan kelurganya. Tapi sebaliknya apabila menjadi satu lagi pertemuan untuk seorang yang memang tidak pernah disangka-sangka. Pertemuan demi pertemuan.Aku rasa seperti diatur-atur oleh Allah. Seperti telah dirancang semuanya. Jumpa siapa di sini?Ingat Zorro?.. senior kita yang memang senior. Aku tak ingat jarak usia berapa tahun dengannya tapi aku memang ingat sebab uniknya nama 'Zorro' itu walau pun sekarang nama muslimnya Md Hardy b Abdullah orangnya tetap sama seperti dahulu.
Azman aku lihat orang yang paling gembira saat ini . Zorro..seorang pensyarah di UITM Sabah. Jarak waktu yang lama menyebabkan dia mengambil masa untuk mengingati kami junior-juniornya. Setelah bersalaman kami pamitan untuk pulang ke KK.
Azman dan Zorro.
Bot laju sudah siap sedia menanti. Setibanya di perut bot jaket keselamatan yang dicari. Aku kadang-kala sedikit fobia bila melihat air laut. Tak dapat menduga pasang surut air dan apa yang ada di dasarnya. Bila bot mula meluncur keresahan beransur hilang kerana masing-masing telah dapat menyesuaikan diri dengan lambungan ombak. Tapi petang ini ombak agak besar dan kuat. Mungkin air pasang. Aku meneka dalam hati. Bunyi bising enjin bot tenggelam timbul dengan suara-suara kami yang ceria dan ketawa bila bot dihempas ombak.
Tapi nun di hujung sana ada seorang yang berdiam diri. Menutup wajahnya dengan sehelai kain sambil menundukkan muka. Aku beri isyarat pada Saba yang duduk di hadapanku sambil memandang kepada Azman. Saba mengangkat bahu..membuat isyarat airmata dengan jejarinya dan tersenyum.
Tiba di jeti Menumbok hampir jam 3.00 petang. Kami merehatkan diri seketika di bangku panjang. Cuaca panas terik di luar memaksa aku terus melekat dengan kacamata hitam. Penumpang-penumpang dari bot sebelah mula meninggalkan jeti. Tiba-tiba Azman berdiri di hadapan kami.
"Aku nak cakap sikit..kamu orang nak marah, marahlah. Tadi aku bukan menangis tapi aku berzikir. Kita kena ingat kita berada di laut. Ombak kuat boleh menghempas bot dan boleh pecah. Aku lihat kamu orang selalu tertawa tak kira di hutan, di darat dan di laut. Kita kena hormat tempat di mana kita berada lagi-lagi kamu tak biasa di sini. Aku bukan marah kamu, tapi aku sayang kamu.." ada nada teguran, sinis dan merajuk di hujung kata.
Saba tersenyum hambar. Intan menundukkan muka. Amran, Azhar, Kak Su, Siti dan lain-lain membisu seribu bahasa. Aku..?
"Betul kata-kata kau Man..kami kadang-kadang seperti kelkatu yang terbang ghairah mengelilingi cahaya lampu tanpa menghiraukan lampu itu yang akan membakar diri sendiri”.. kata-kata itu tersekat di rengkung. Tak terluah, tak terucap.
Kami tiba di Putatan hampir jam 5.00 petang. Dayang Azizah menyambut kami dengan jus oren bersari manis sekali. Masing-masing membasahkan tekak menghilangkan haus. Aku lihat ikan tuna, udang, sotong dan ketam telah siap diperap. Hanya menunggu untuk 'dikorbankan' buat BBQ malam nanti. Belum maghrib lagi. Masih ada waktu untuk istirehat. Aku terus merebahkan diri melepaskan lelah dan mengumpul sisa-sisa tenaga yang masih tinggal. Lelap seketika.
Azhar dan Zizie sibuk membakar ikan dan udang tatkala aku melangkah ke beranda dapur. Sekali sekala tangan mereka ligat mengipas bara api yang hampir padam. Semua dah berkumpul dan mula menjamah BBQ malam terakhir di sini. Wajah-wajah yang hampir lesu tapi masih ceria masih mampu tertawa dan bergembira. Semuanya santai dan relax sekali.
Di hujung sana anak-anak Siti leka meratah udang. Amran dan Ida bagai merpati dua sejoli sibuk mengupas nenas yang dibeli di Nabalu kelmarin.
"Sudahlah tu Azhar!..mari makan..dari tadi kau tak makan apa pun... tak payah bakar lagi dah banyak ni!.." jerit Saba.
Azhar tersenyum. "Sayang jugak kau kat aku ya..!" .
Terjerat Saba dengan ucapan spontan itu. "Dah!..dah!..dah!..jangan nak merepek! Kang ada yang tergolek kat sini kang..!" sambil tangannya mencapai sepotong kulit tembikai lalu melemparkan kepada Azhar.
"Hoi! garangnya singa ni!.” jawab Azhar sambil cuba mengelak dari lontaran itu. Riuh rendah jadinya dengan hilai tawa teman-teman.
"Fieza!!..pedasnya air asam ni!!....air!..air!.." aku separuh menjerit. Azman di sebelah cepat-cepat menghulurkan air pada aku yang kepedasan.
"Terimakasih Man kerana menyelamatkan aku…budimu ku kenang sampai mati.." aku berseloroh. Teman-teman tertawa lagi.
Besarnya 'kipas'.. |
"3* aku bagi kau Amran! Cuma pitching kena betulkan sikit lagi.."
Siti Hawa mengomel bagai juri AF. Intan yang tiba-tiba datang entah dari mana dengan sejambak bunga plastik di tangan menghulurkan kepada Amran.
Pheewitt!!..bravo!!.. Pecah rekodlah malam ni rumah Pak Imam bergegar dengan irama karaoke!..hee!..hee!..hee!..
Azman tidak mahu melepaskan saat-saat indah ini merakam setiap aksi dari teman-teman yang cuma ada tidak sampai 24 jam lagi di bumi Kinabalu ini. Pastinya rakaman video ini menjadi pengubat rindu apabila kami telah pulang nanti.
"Kau mesti tergolek-golek rindu kat kami bila kami dah balik nanti.." kata-kata Saba itu masih terngiang-ngiang di telinga.
Mata serasa amat berat sekali tapi demi teman-teman aku gagahkan juga melangkah ke kereta.
Biar Bulan Bicara.. |
"Ada ke roti canai dan teh tarik malam-malam ni..?" aku memancing rasa kesian teman-teman agar tidak terlalu bersusah payah meredah malam mencari restoran yang menyajikan makanan itu. Salah aku juga sebab menyetujui ajakan mereka untuk pekena teh tarik dan roti canai walau pun aku sendiri tiba-tiba teringin nak menikmati teh tarik.
"Ikut je lah..tak de roti canai kita pekena bakso ke..mee bandung ke.." saba bercanda dalam sinis.
Kami berlima memilih meja yang paling hujung. Azman, Amran dan Azhar masing-masing dengan teh tarik dan mee goreng sedangkan aku dan Saba hanya memesan minuman sahaja. Tiba-tiba aku teringatkan Intan. Mesti dah tidur ni. Tadi mengadu sakit perut dengan aku. Salah makan agaknya.
Malam yang semakin dingin tiba-tiba bertukar hangat apabila isu-isu semasa yang 'panas' dibincangkan. Masing-masing mengeluarkan pendapat dan pandangan yang aku memang tak sangka sama sekali. Mata yang tadi terasa mengantuk terbang entah ke mana.. dan sekarang aku sendiri memerah otak, menajamkan minda dalam memberi jawapan kepada persoalan yang dibincangkan. Kami sama-sama mencari jalan penyelesaian akan isu ini. Tanpa jawapan dan konklusi yang konkrit, aku rasa perbincangan ini akan berlanjutan hingga ke Kuantan. Ada percaya?..Hmm..topik apakah yang sangat-sangat 'panas' itu? Biarlah rahsia...kami berlima.
Kami pulang bila jarum jam hampir menunjukkan pukul 2 pagi. Tak ku sangka..bahang panas tadi masih 'membara' hingga sampai di rumah.
'Panas!..panas!'.. tapi aku dan Saba cool aje.. Masuk bilik Intan terjaga.
"Eh!..kau orang baru balik ke?..kau orang pegi mana..? korang tau tak tadi..bla..bla..bla.. 'panasss!!!' ..
Dan ayam pun mula berkokok.
No comments:
Post a Comment