Kalau suami atau anak sakit, isterilah orang yang paling sibuk nak handlekan semuanya. Sanggup ambil cuti, cancel appointment, duk rumah jaga anak dan suami. Ubat makan ikut time, demah badan dengan air, buatkan bubur dan bla..bla..bla.. Tapi bila isteri sakit, suami masih boleh keluar, anak2 masih boleh pergi sekolah, main, makan cam biasa. Cam tak de apa2 je..betul lah kata orang, orang perempuan ni senang masuk syurga.
Hari ini aku mc lagi. Mc dari hari sabtu berlarutan hingga hari ini. Petang jumaat aku dah rasa sakit kepala. Semuanya gara2 stock take! Bilik store yang padat, kelam dengan lampu satu di hujung sana, satu di hujung dunia, aliran udara yang terbatas dan panas!.. mengundang bp aku naik mendadak. Nasiblah doc. tu faham bp aku ni perlukan rest yang secukupnya untuk turun balik dan bagi aku mc untuk hari sabtu.
Kalau dah namanya seorang ibu dan isteri kat rumah tetap jadi housewife yang sejati. Basuh kain, mengemas dan memasak. Aku gagahi juga bangun bila kepala dah rasa ringan sikit. Buat mana yang terlarat. Yang penting masak dan basuh baju. Baju sekolah dah tentunya. Lepas tu rehat lagi walaupun mata tersangatlah 'sakit' tengok rumah yang melampuh macam kapal pecah!
Hari minggu dah ok dah cuma penat masih bersisa. Kalau tak mengenangkan aku dah buat appointment nak ke Paya Jaras hari tu, saat yang paling bahagia adalah 'melingkar' atas katil.
Appointment habis hampir pukul 4 pm. Balik rumah bukak tudung campak beg, aku dah rasa lain macam. Ini mesti kes aku berdiri terlalu lama di class tadi. Belakang dah rasa sakit semacam (kenapa x dua macam ek?) badan pulak rasa seram2 sejuk. Lepas asar aku terus ..bumm!...sebelah hubby buatkan dia terkejut dari tidur.
"Yang, I rasa nak demam lah. Seram sejuk ni, rasa lemah sangat"..dia terus selimutkan aku dan aku lena sampai waktu maghrib. Bila sedar badan tambah panas. Alamak! aku benar2 demam ni.! Aku berselimut dengan pashmina pergi ke klinik. Dan lagi sekali doc. tu sangat2lah memahami akan badan aku ni yang lemah dan lesu dan bagi aku mc untuk esoknya untuk aku berehat.
Balik rumah aku dah tak ingat dunia. Dah atas katil mulut sempat membebel pesan itu, pesan ni pada hubby. "Yang, bagi budak2 makan, gosok baju sekolah. Baju kat dalam almari, kasut sekolah kat depan, jangan lupa tutup pintu dapur..bla..bla.. dan aku pun zzzzzz....
Hee..hee..heee..dalam tidur aku boleh senyum lagi. Tidur pun tak lah tidur mati. Aku masih boleh dengar suara Iman, Anas bising2 kat luar. Suara hubby yang bising suruh Iman salin jadual waktu untuk esok dan macam2 lagi.
At last! Aku berjaya 'ikat' hubby supaya lekat kat rumah walau pun ambik alih kerja aku untuk sekejap. Kalau tak macam2 hal ada kat luar tu. Jumpa oranglah, cari maklumatlah..busy memanjang mengalahkan ASP! Aku tahu hubby boleh buat semua tu cuma biasalah lelaki...egonya tinggi menjulang langit!
IR : Isteri adalah anugerah bukan hak milik.
No comments:
Post a Comment