Cantik tu universal..cantik yang aku nak cerita ni cantik wajah dan tubuh badan. Cantik lahiriah.
Aku mula rasa nak jadi cantik masa umur 12 tahun. Masa tu artis idola aku dalam bab2 cantik ni ialah pelakon Sarimah dan penyanyi Rafeah Buang. Entah kenapa aku rasa dia orang berdua tu memang cukup cantik di mata aku. Aku berangan2 nak jadi cantik cam Sarimah, ayu dan lembut seperti Rafeah Buang. Angan2 saja sebab sebenarnya aku tak tau nak jadi cantik tu cam mana.
Sarimah Amad semasa muda. |
Mungkin dah naluri wanita dan mungkin juga dah jalan hidup aku ditakdirkan begini aku mula mencari cara-cara untuk menjadi cantik. Kulit halus gebu, putih, mata, bulu kening, rambut semuanya nak sempurna. Cara yang paling mudah ikut saje petua2 dari idola aku tu.
Tapi tak semudah yang aku sangka. Semuanya kena kuat. Kuat usaha kuat semangat. Cara paling mudah jadikan habit. So tak lah rasa macam terpaksa buat semua tu dan tak lah selalu berharap nak dapatkan kesan yang cepat.
Ok..mula dengan perkara2 yang mudah yang seharian kita lakukan sebenarnya. Petua2 ni memang aku amalkan dari dulu dan kesannya...sekaranglah bila umur dah maasuk 3 4 series tetap anggun gitu.
1) Amalkan minum air suam sebelum tidur dan selepas bangun dari tidur. Sebelum gosok gigi ok. Kalau rasa getik ke..anggaplah anda bangun minum bila terjaga waktu malam. Tak gosok gigi kan? Amalkan minum air suam/kosong sebanyak mungkin dan elakkan air ais dan bergas. (Ini petua Sarimah dan Rafeah Buang)
2) Sebelum mandi jirus bahagian kaki dahulu dan basahkan badan dari bahagian bawah hingga ke atas.
Ini semua agar urat2 saraf tak 'terkejut' dan cepat menjadi kecut. Agaknya lah..but its work!
3) Dulu2 sebelum tidur sapu muka dengan bedak sejuk. Arwah opah selalu buat bedak sejuk dicampur dengan bunga tanjung. Wangi. Sekarang ni sapulah dengan krim/serum malam.
4) Nak bulu kening cam Brooke Shields...ha..ha..ha...aku suka bulu kening dia. Dulu aku memang tak de bulu kening. Ada pun nipis je tak lebat cam Brooke punya. Ini petua mak, selalu buat sebelum tido. Ambik sedikit isi kelapa bakar sampai jadi macam arang dan buat celak untuk bula kening. Hati2 bila 'mengukir' bulu kening supaya cantik terbentuk dan bulu kening akan tumbuh ikut lakaran yang kita buat. La ni bulu kening aku lebat cam Brooke Sheild..hee..hee..
5) Nak rambut hitam berkilat? Dulu2 tak mampu beli syampoo orang-aring. Tak de pun sebenarnya. Petua mak gak..ambil pati santan (sekarang lg senang nak dapat) campur dengan sedikit asam jawa. Ramas2kan dan biarkan berembun satu malam. Esok pagi boleh le ramas2kan santan tu kat kulit kepala dan rambut. Bungkus rambut lebih kurang setengah jam sebelum mandi. Syampoo cam biasa. Ada orang tak suka sebab santan tu akan buat rambut cam berminyak dan 'kuyup' dan berbau sikit. Tapi aku tak kisah. Cuci 2 3 kali baru ok. Buatlah sebulan 2 kali. Kalau malas sekali pun ok. Rambut aku hitam berkilat ikal mayang lagi. Uban pun baru2 ni adalah sehelai dua kalau nak compare ngan kawan2 yang memang dah banyak uban masa umur baru 20 an. Lagi satu..asam jawa untuk hilangkan kelemumur. Nak lagi power gosok ngan limau nipis tapi kena tahan lah pedihnya.
6) Badan berbau memang memeningkan. Loya tekak dik oii! Muka cantik badan berbau..tak de makne nya. Nak hilangkan bau badan aku nasihatkan jangan sapu apa2 krim atau guna yang serbuk tu..apa namanya..hibka. Itu akan buat ketiak jadi hitam. Cuba try cara ni. Rajin2 gosok badan dengan limau nipis. Walaupun sekarang ada macam2 shower cream tapi aku masih suka cara lama ni. Lebih berkesan meresap auranya hingga ke dalam tubuh. Gosok seluruh badan dengan limau nipis. Kulit jadi lembut. Daki2 pun tanggal. Ketiak jadi putih. Tangan jadi lembut. Lepas mandi akan terasa kesegarannya. Cubalah.
7) Ada orang mencukur bulu ketiak. Eeeiii..seriau aku! Tak pernah cuba takut terluka. Ada yang guna macam2 krim nak cabut bulu ketiak tapi lama2 tumbuh balik. Tak tau lah gen aku ni memang tak de bulu ketiak atau apa. Cuma masa sekolah2 dulu sebelum mandi aku sapu ketiak dengan kapur sireh. Dah kering baru cabut. Tak rasa sakit pun mungkin sebab kapur tu kot. Ketiak pun jadi bersih. Mandi gosok lak dengan limau nipis. Langsung bulu ketiak takut nak tumbuh. Untuk anak2, adik2 amalkan masa bulu ketiak baru2 nak tumbuh. Insyaallah menjadik. (cam iklan lak).
8) Baca Bismillah dan berselawat Nabi setiap kali nak sapu toner ke, bedak, krim ke apa2 lah kat muka tu. Kalau dapat sapu muka dengan air embun. First time seumur hidup aku jumpa embun yang menitik dari bumbung masa kat Sabah dulu. Kalau lah kat sini ada lagi embun yang banyak cam tu..alahai...bahagianya.
9) Nak tegangkan kulit muka dan nampak berseri. Yang ni aku dah lama tak buat. Wap kan muka dengan air panas. Letak sebesen air panas, titikkan 2 3 titik pati ros atau lavender dan letak muka pada wap yang keluar untuk 5 - 10 minit. (setakat mana yang terlaratlah). Seminggu sekali atau 2 kali. Ada yang wapkan muka masa masak nasi. Nasi tengah menggelegak dan berasap2 tu letakkan muka di atasnya. La ni masak nasi guna rice cooker asap yang keluar seciput je tak cukup nak wap satu muka.
10) Masa kecil aku putih dan mata sepet cam cina. Ada yang panggil aku anak cina. Kelopak mata memang tak nampak terutama bila ketawa mata lagi sepet. Aku try2 lah urut kelopak mata dan keliling mata agar nampak besar. Agaknya bila dah remaja dan dewasa struktur tubuh berubah. Aku tak sedar bila kelopok mata aku jadi mata benggali. Nak pakai eye shadow memang mudah sangat. Tak sepet lagi. Ada yang tanya cam ne nak mancungkan hidung? maaf lah ye..sorry..hidung aku memang agak mancung sebab darah benggali ada sikit2 tempias pada aku dari sebelah abah. Tak dapek den nak nolong.
Wah..banyak gak petua2 tu ye. Sapa2 yang rasa nak cuba, cubalah. Aku izinkan. Hanya ini yang terlintas di minda. Banyak lagi sebenarnya yang boleh dikongsi nanti.
Yang kurik itu kendi
Yang merah itu saga
Yang cantik itu budi
Yang indah itu bahasa.
IR : kalau orang kata anda cantik..kata lah alhamdullilah, amin. Itu pun satu doa juga untuk cantik.
Salam. Nak tanya petua utk rambut tu boleh guna skali ke utk lembutkan rambut? And pati santan tu boleh guna yang dlm kotak or kena perah sendiri? Tq ya ;)
ReplyDeleteSalam. Nak tanya petua utk rambut tu boleh guna skali ke utk lembutkan rambut? And pati santan tu boleh guna yang dlm kotak or kena perah sendiri? Tq ya ;)
ReplyDeleteWasalam. Santan membantu mengilatkan dan melembutkan rambut. Pati santan kalau dapat beli yang siap perah di pasar (santan pekat) atau perah sendiri dgn sedikit air. Dalam kotak tu dah campur bahan pengawet takut lain lak jadinya.
Delete