Suara lembut Lisa Surihani di Sinar FM tentang penganiayaan binatang membuatkan aku senyum sendiri. Sayangilah binatang kerana dia juga makhluk yang ada perasaan. Masa kecil-kecil dulu mak memang banyak bela kucing. Sekarang ni adalah sekor dua yang tinggal. Binatang kesayangan Nabi memang menjadi kesayangan mak juga.
Aku bukan tak suka nak bela-bela kucing ni atau apa-apa saja binatang peliharaan. Omputih kata pet. Jeles dan geram gak tengok kucing jiran-jiran yang gebus dan kembang2. Cuma aku kesian je kat binatang2 ni kalau dah masuk dalam rumah aku mesti tak panjang hayatnya. Lagi pun rumah aku yang ala2 apartment/kondo ni memanglah sangat tak sesuai nak bela pet2 ni.
Anak2 memang suka dengan pets tapi aku bagi syarat nak bela apa2 kena sendiri jaga kebersihan, makan dan minum. Aku memang tak nak masuk campur sebab nak kemaskan anak2 sendiri pun aku rasa tak cukup tangan. Marah2 gak tapi kadang kala aku rasa nak ketawa tengok gelagat anak2 dalam bab2 bela membela.
Iman dan Anas tersangat sukalah dengan ikan dan kucing. Aku memang tak bagi bela kucing sebab secantik mana pun kucing tu, segebus dan sekembang mana pun bulu dia, setinggi mana pun gred kucing tu cuma satu yang sama..taik busuk! Tu yang aku tak sanggup nak bayangkan kalau ada kucing yang 'terburai' kat dalam rumah aku.
Aku tak marah nak bela ikan cuma aku selalu bising bila air dalam akuarium dah berubah warna hitam pekat tapi tak de orang nak kemaskan. Kadang2 1 hari dah keruh. Ini semua kerja Anas yang tersangat pemurah dan penyayang dengan ikan2 tu. Dia akan masukkan segala jenis makanan untuk bagi ikan tu makan. Nasi, roti, kangkung, pallet dan tah apa2 tah tak kira apa jenis ikan pun. Puyu ke, bandaraya, ikan emas, ikan kecik2 yang cantik tu..guppy..tak tau nama apa. Semua kira sama je pada dia. Akhirnya setiap kali bela ikan semuanya berkubur. Aku cakap dengan hubby beli ikan murah2 je sebab dia nak buat main sebenarnya. Salin ikan tu dari satu bekas ke bekas yang lain, belai2 ikan tu atau berenang bersama ikan dalam besen besar kat beranda dapur. Habis dapur aku basah dan berkecah. Kesian ikan2 tu dikerjakan sampai tinggal nyawa2 ikan je.
Tak pun dia akan jadi 'doktor ikan'. Bab ni lagi menyiksakan untuk seekor ikan bila dia 'operate' ikan tu. Kelakar pun ada. Mula2 dia kan tarik sisik ikan. Lepas tu belah dan keluarkan perut ikan dan tinggalkan bertaburan kat beranda dapur. Tah apa yang dia nak cari dalam perut ikan tu. Masa ni aku dah tak terkata apa dah. Sabar jer lah..
Kes terakhir hubby belikan ikan puyu aku rasa. Mentang2 lah ikan tu ikan kampung dia bagi ikan tu makan cacing! Dan at last ikan tu mati gak sebab tercekik cacing! Just imagine..dia polok2kan cacing tu kat dalam mulut ikan konon2 bagi ikan tu makan dan akhirnya ikan tu tercekik dan terus kiok! .Aku rasa setakat ni dah lebih 50 ekor ikan yang semuanya berkubur kat tangan dia. Kesian ikan2 tu..Aku bagi last warning tak payah bela ikan lagi. NO MORE IKAN2! (marah lah tu..)
Lepas tu kak cik pulak merengek nak bela kucing, hamster dan arnab. Iman dan Anas sokong lah. Aku kata tak boleh! NO!..NO!..NO!..nanti mama yang kena buang taik kucing, mama tak suka hamster..busuk dan arnab pun. Nak juga pegi main dengan jiran2 punya pets tu. Budak2 tu frust sbb walaupun aku pembangkang sorang dalam rumah ni tapi suara pembangkang ni tersangatlah power!
Dan beberapa tahun pun berlalu....
Satu petang hubby bawa balik 2 ekor arnab yang comel tanpa pengetahuan aku. Agaknya dia kesian kat budak2 dan dia pun tengok aku cam dah cool je. Anak2 seronok semacam bila tunjukkan kat aku. Anas siap kendong2 dan selimut2kan arnab tu. Masing2 janji nak jaga arnab dari A-Z. Aku senyum aje. Nak tengok selama mana dia orang tahan. Ok gak dalam 2 3 hari dia orang jaga arnab tu. Tapi yang buat aku mula bising balik ialah habis sayur2 dalam friedge aku jadi mangsa. Segala macam dia nak bagi arnab tu makan. Carrot untuk aku buat carrot cake pun habis dia songlap. Anas lagi kreatif..sampai daun sop pun dia bagi! Hangin satu badan lah aku! Dah tu pandai pulak mandikan arnab tu. Siap ada towel sekali untuk lap badan arnab.
2 3 hari lepas tu..aku balik keje Iman dengan muka sedihnya bg tau sekor arnab dah mati. Dia dah tanam kat taman depan rumah. Aku tanya Iman :
Mama : "Iman, arnab tu mati kenapa?"
Iman : " Kita tak tau. Kita balik sekolah tengok arnab tu dah mati...(huu..huu..huu..) Tapi kita rasa arnab tu mati sebab Anas mandikan dia dengan sabun. Kita bau sabun kat badan arnab tu"...naif nya.
Mama : ..uhuk! (tersedak air liur sendiri).
Itulah Anas..yang pengasih dan penyayang.
IR : Zahir dan tunjukkanlah kasih sayang kita sementara orang itu masih ada...
No comments:
Post a Comment