Kalendar 2010 telah tiba ke noktahnya. Setahun yang berlalu menjadi satu lagi kisah sejarah dalam hidup . Berbagai kenangan dan bermacam2 peristiwa yang dicatatkan mewarnai hari2 semalam. Kenangan manis menjadikan aku bahagia. Kisah pahit ku jadikan penawar untuk menghadapi hari2 mendatang yang tidak ketahuan.
Awal 2010 seseorang memberitahu aku, tahun ini aku akan menemui ramai orang-orang yang akan hadir dalam hidup aku. Yeah! that's right! sbb aku secara tak sengaja termasuk dalam dunia FB. Sejak itu ramai teman-teman yang dahulu, rakan-rakan yang baru menjadi sebahagian dari 'pelakon-pelakon' dalam perjalanan hidup aku. Berbagai ragam bermacam cerita yang terjadi dan dikongsikan.
Tidak sahaja kehadiran ramai orang dalam hidup, aku juga kehilangan beberapa rakan, sahabat, teman dan saudara. Yang 'menghilangkan' diri dan juga yang mengundurkan diri dari aku. Kehilangan untuk selamanya dan juga kehilangan yang dipinta. Aku doakan semoga kalian tetap bahagia walau tiada di sisi tapi tetap di hati.
Satu yang pasti, usia makin bertambah. Hari2 semakin singkat walau perjalanan terasa masih jauh. Banyak yang telah dicapai dalam hidup dan terlalu banyak yang belum diperolehi. Terlalu banyak yang belum diterokai. Moga kisah2 semalam menjadikan aku semakin matang dalam hidup, semakin mengenali diri sendiri dan semakin bijak mewarnai kanvas perjalanan 2011 dengan warna-warna seindah pelangi, sehangat mentari pagi, secantik purnama merindu dan terus bersinar bak bintang kejora.
Selamat tinggal 2010, selamat tinggal kenangan.
IR : ku ketuk pintu 2011 dengan ucapan salam keberkatan dan kebarokahan. amin.
No comments:
Post a Comment