Awal pagi dah mendung. Kain baju banyak di jemuran. For sure sejuk sampai petang lah ni.
Tapi semalam hari yang indah. Sepatutnya aku coretkan ini untuk semalam tapi semalam hari yang sangat sibuk.
On the way ke ofis pagi2 lagi matahari dah memancar garang. Aku dapat rasakan pagi itu sungguh berseri dan cerah sekali. Terasa bersemangat untuk melakukan apa sahaja. Semua yang dibuat rasa ringan dan mudah. Kuat betul pengaruh cuaca ni. Hati berlagu riang. Allhamdullillah..rasa bahagia sangat.
Ku sangka panas hingga kepetang rupanya hujan ditengah hari. Betul lah tu..tiba2 hujan turun lebat. Berhenti dan hujan lagi hingga waktu balik. Pashmina aku balut ke tubuh melawan kedinginan aircond dalam kereta. Mendung petang bersambung dengan gelapnya malam. Automaticly mood aku turut berubah...menjadi mendung juga.!
Aduhai..tiba-tiba sakit gigi lah pulak..Sakit gigi yang lama berulang kembali. Rasanya tak dapat diselamatkan lagi. Esok mungkin kena pegi cabut. Takut pun ada sebab ini gigi geraham. Lagi satu gigi akan hilang.Tak ada yang kekal di dunia ini walaupun namanya gigi kekal. Kali terakhir aku cabut gigi 7 tahun lalu. Kali pertama 10 tahun yang lalu. Aku menangis. Bukan sebab sakit tapi sebab sayang. Sayang sebab gigi tu tak akan tumbuh lagi!
Hari ini terus mendung sampai ke petang. Mendung+moody+malas..menjadilah tu.! Hai mendung beraraklah pergi. Bagi peluang mentari mencelah gagah menyinari hari nan indah.
IR : mendung di hati akan berarak pergi atau menjadi tsunami?
No comments:
Post a Comment