Saturday, December 18, 2010

KU RELAKAN KAU PERGI



Ku tatap mata itu. Tiada lagi sinar cahaya cinta seperti sebelumnya. Redup pandangan penuh ketenangan. Tiada lagi seri purnama di wajah. Yang tinggal hanya seri anggun sang ratu yang layu. 

"Apakah warna pelangi telah berlalu pergi? Awan bahagia yang memayungi diri mu menjadi mendung kelabu?" 

Senyum masih semanis monalisa. Tenang dan bergetar suara mu saat kau khabarkan ceritera itu.

"Telah tiba saat itu. Ku renggut sendiri kebahagian dalam diri. Ku kuburkan cinta dalam hati. Ku kapankan menjadi memory abadi. Akhirnya begini:"    

Mudahnya melepaskan kata-kata untuk berlalu pergi. Yang tinggal hanya terpinga-pinga rasa sakit di hati. Tiada pesan, tanpa pamitan. Apakah tiada secebis perasaan di hati? Tiadakah sekelumit rasa kasih dalam diri?

Bukan menyesali takdir pertemuan ini. Jauh sekali untuk aku menangisi. Cuma rasa terkilan di hati bila kau pergi begitu sahaja. Hadirmu tanpa rencana pergimu tanpa sepatah kata. Pun begitu aku cuba memahaminya. Kau tidak mahu menggantung harapan terlalu tinggi. Tidak mahu meninggalkan tugu kenangan yang akan kita ingati sampai mati. Kerana semua itu akan lebih menambah luka di hati.

Takdir Allah tiada siapa mampu mentafsir. Kata-kata dan harapan menjadi satu doa. Doa yang didengari Allah dan dimakbulkan menjadi satu medan ujian dan dugaan untuk kita. Cuma seketika dipinjamkan rasa kasih dan sayang itu untuk menguji apakah kita mampu menahan diri dengan iman di hati. Cuma sebentar kebahagiaan itu yang mampu kita kenangi untuk seumur usia diri. Berat dugaan Mu yang Allah. Ku cuba gagahi ujian ini dengan sekuatnya. Akal fikiran dan iman didada menjadi saksi kata putus yang diberi. 

Pergilah..ku relakan kau pergi. Meski pun ada airmata yang tumpah nanti ketahuilah itu bukan airmata perpisahan, bukan airmata penyesalan tapi adalah airmata kenangan.

Andai satu hari nanti ada pertemuan menggamit kembali segalanya aku serahkan pada ketentuan Ilahi.

Bungkam. Dia menundukkan wajah memandang diri sendiri.

"kau relakan dia pergi meski pun luka menikam diri?"

"Itu yang terbaik untuk aku dan dia. Biarkan dia pergi asalkan Tuhan masih di sisi. Itu pengabadian yang hakiki."

Ada rasa yang menyentuh hati. Ada hiba dalam diri. Tapi aku pasti..dia masih yang ku kenal dulu. Cekal dan tegar. Biar dari sudut hati yang paling dalam ada sembilu yang masih bersisa. Moga bahagia tetap milik mu.  

Waduh..!! melankolia sungguh bila sekali sekala ada rasa resah menerjah diri, maka boleh aku buat novel kisah cinta ini.


IR : biar kasih mewangi hingga hujung nyawa..

No comments:

Post a Comment