Tuesday, February 21, 2012

mengertilah...





Lantai mozek petak-petak
hitam putih
terkinja-kinja
kasut tumit tinggi
skirt kembang merah jambu
gadis kecil ini
tidak pernah kenal erti jemu
dalam saat penantian ini
seperti aku yang terbelenggu
kepala sarat menggebu-gebu
denyutnya bertambah pilu
huhuhu...BP aku naik melulu!


Klinik Raj, KD
20/2/12
5.00pm






help me!...


Monday, February 20, 2012

raih lah bahagia itu..






Salam bahagia.

Langit tidak selalu cerah.
Ku sangka panas hingga ke petang rupanya hujan ditengah hari.
Masih ada cahaya di hujung perjalanan yang kelam.

Itu antara cerita2 perjalanan hidup dalam diri kita. Ada bahagia, derita, pengharapan dan kemusnahan.

Dari usia remaja lagi aku sendiri tak pernah terbayangkan apatah lagi untuk terfikir bagaimana untuk melalui kehidupan yang panjang ini.

Cuma aku pernah berdoa agar dipertemukan dengan seorang yang beriman untuk membimbing aku dalam membina sebuah keluarga yang bahagia.

Semua orang kalau ditanya semua nak bahagia. Tak ada siapa yang nak derita. Tapi itu lah hukum Tuhan. Bahagia dan derita itu lah  sebenarnya yang mencorakkan hidup kita.



Pagi tadi seorang sahabat lama tiba2 menegur aku di FB. Memang lama tak jumpa dan tak dengar suara. Aku terus call dan borak sakan. Banyak sungguh kejutan!

Dia muda dari aku. Boleh dianggap sebagai adik. Tapi perjalanan hidupnya tak se gah bunglow yang dihuni dan tak seindah kondo yang diduduki. Tapi aku salute dengan dia. Tabah dan sabar menghadapi segala dugaan dari depan, belakang, kiri dan kanan hatta dari orang2 yang menjadi tempat berlindung rupanya menjadi duri dalam daging. Dia pernah tewas dek hasutan berapi, pernah jatuh dek keegoan seorang lelaki. Demi sebuah cinta, sebuah keikhlasan dan demi sebuah kejujuran  akhirnya dia bangun mengecapi bahagia dari kesabaran yang hakiki. Sesungguhnya hikmah Allah itu tak mampu diadili.

Sajak yang terlintas di hati malam tadi rupa2nya menjadi milik sahabat ini.



ingin ku lemparkan matahari itu
ke dadamu
mencairkan hatimu yang beku
agar kau tahu
aku rindu

ingin ku gapai bulan
berwarna biru
menyuluh matamu yang kelabu
agar kau lihat
tangis senduku

kita diikat dengan janji
lafaznya tertulis di tiang Arasy
talinya dari emas berduri
mengikat diri sampai mati

aku masih mencari jawapan
rahsia Mu Tuhan...



raih lah bahagia selagi kita termampu.


Friday, February 17, 2012

Vroom!..vroom!..vroom!..




Pagi Jumaat yang cerah dan indah. Tapi hati panas!. Insiden pagi tadi hampir2 'menyepoilkan' hari aku.
Tak reti bahasa ke atau tak faham bahasa. Tau lah pagi2 semua orang nak cepat ke ofis tapi ikutlah jalan yang betul. Ada ke satu motor ni mamat yang bawa EX5 yang patut ada kat lorong motor tiba2 ada kat lorong tengah! Melampau betul lah. Cuba bayangkan. Dah lah kat highway semua kereta laju2 tiba2 terpaksa tekan emergency brek sebab mamat sekor ni yang tiba2 ada kat depan kereta aku dengan selamba buat deq je. Aku bagi hon suruh ke tepi pun dia macam tak dengar hon kereta aku yang macam hon lori tu. Dia ni perasan tengah bawa Ninja 750 kot! Rasa nak langgar je!.

Aku cuba nak selami perasaan mamat motor tu yang aku pun pernah perasan macam dia juga. Bawa kereta kat lorong paling kanan sebab masa tu aku rasa macam tengah bawa Merc. SLK! tapi aku cepat2 sedar diri bila nampak kereta kat belakang hampir rapat dengan kete aku dan cepat2 masuk lorong tengah balik. Aku tau siapa diri aku dan kete apa yang aku bawa...hahaha..kelakar bila ingatkan. Itu yang boleh buat aku cool down bila ingatkan EX5 yang perasan tu.

Wah!. Sebenarnya nak cite pasal Ninja 750 nih. Ingat cerita pasal 'secret admirer' last entry hari tu. Salah sorangnya ada motor besar.So bila nampak motor besar suka tengok motor dan orangnya sekali..hahaha..sejak tu aku tangkap lentuk dengan motor besar.

Masa tu yang popular adalah RXZ,TZM dan Ninja Kips. Nak tumpang naik motor tu jangan harap lah sebab tak rela aku dok menonggek kat belakang. Nak bawa sendiri minta maaflah..honda cup pun aku tak lepas. Yang dapat hanyalah tengok dan pandang. Lepas kahwin barulah merasa naik TZM sambil peluk belakang hubby rapat2, erat2..hihihi... Masa ni baru lah best naik motor besar. Halalan toyibban..








Sekarang aku suka tengok Ninja 750. Walau pun ada motor lain yang lebih hebat tapi pilihan aku tetap Ninja. Sebab namanya Ninja kot..rasa selamat dan gah! Cam ni..










Sejak accident motor lama dulu aku fobia naik motor. Rasa tak selamat dah dan takut badan aku mencium jalan tar yang menggerutu tu. Naik kereta, accident pun kereta yang kena dulu. Itu pandangan aku lah.  

Walau pun suka motor besar aku tak pernah menjejakkan kaki ke Sepang tengok MotoGP. Tak suka bunyi yang bising.

Motor yang ni hari2 boleh tengok kat rumah..hihihi..









hati2 memandu. Drive safely, drive gently..take care.

Wednesday, February 15, 2012

masih di sini..

"don't wait for the perfect moment
take a moment and make it perfect..
if you wait for the perfect moment
the perfect moment will pass you by.."

Salam manis.

No update on Aja's wedding. Ada member tanya tak update blog dengan gambar kahwin Aja? Tak de mood lah sebab banyak gambar pengantin tapi gambar aku tak banyak. Ada sekeping dua je..hahaha..boleh gitu?

Itu lah bahananya kalau lama tak berblog. Nanti lah update sikit2 sebab baru habis close acc. Fokus pada angka2 sampai terlupa pada alphabet. Tengah mengintai mood yang bertaburan entah ke mana. 

Para yang kat atas tu aku tulis masa tak de mood. Tiba2 je mood dah datang untuk menulis semula.

Ok..aku cuma update lagu2 background blog ni. Lagu yang bertukar dari lagu biasa sampai lagu yang korang tak pernah dengar macam lagu "don't cry Joni." Sebenarnya cerita dalam lagu tu adalah cerita yang pernah kita alami masa zaman muda remaja dulu atau masa zaman anak dara sunti.




Masa mula nak berkembang menjadi anak dara. Pertukaran emosi dari keanak2an kepada seorang gadis. Bilamana perasaan untuk mengasihi seseorang mula nak tumbuh dalam diri kita. Kita mungkin pernah ada 'secret admirer' pada seseorang yang lebih berusia dari kita. Tapi masa tu kita dianggap masih budak2 dan dia memang tak layan even pandang sebelah mata pun tidak kat kita. Kita je yang syok sendiri.

 Bila kita dah dewasa dan menjadi seorang gadis yang cantik...(cantik ke?) baru dia sedar kewujudan seorang bidadari ini ...hihihi..aku suka part yang ni. Masa ni selalunya dah terlambat.


Itu part sedih untuk dia tapi part sedih untuk aku ialah bila seorang 'secret admirer' yang gila kat aku ni..yang aku memang tak layan sebab masa tu study is my priority, no cintan2 masa sekolah tiba2 muncul depan mata aku masa aku dah ada anak 2. Its too late baby...simpan saje kenangan itu. (hello doktor..hati saya luka lagi!) ayat frust dia.





Nostalgia "dont cry Joni". Lagu Inggeris pertama yang aku 'jatuh cinta'. Aku bukanlah peminat setia lagu2 Inggeris tapi sebab BFF zaman sekolah sampai la ni yang selalu sangat speaking omputih dan hafal lagu2 tu yang buat aku kenal lagu omputih.

 Norehan Ayat my BFF sekarang ni dah jadi mak hajah.  Dia selalu nyanyi lagu ni dan aku hanya dengar suara dia yang sedap tanpa kenal penyanyi asalnya. Hingga lah sampai sekarang zaman cyber IT di hujung jari aku pun search lah lagu ni dan terjumpalah satu video ni yang very the touching. Tak sangka lagu yang aku suka satu masa dulu menjebak diri sendiri. Sebak! Its make me cry...huhuhu...

Dan macam biasa aku abadikan untuk blog aku di sini.








don't cry.. still here...


if you love something let it go
if it comes back to you, its yours forever
if it doesn't, then it was never meant to be..





Saturday, January 28, 2012

no title!

Sejuk dingin pagi ni. Bukan ada kat mana2 pun. Kat ofis je. Tiba2 aircond rasa sejuk sangat. Hanya 2 3 orang je yang ada kat ofis. Yang lain masih sambung cuti. Ada yang dah sampai Genting kot. Semalam orang tu beria2 nak bawa wife dia pergi Genting. Nak memujuk! Kehkehkeh.. budak2 sekarang kalau kahwin muda cam tulah. Cepat merajuk. Nasib kau lah Saiful!

Lain macam lak ayat aku kali ni. Semuanya gara2 'angau' dengan novel yang masih dalam pembikinan. Rindu pulak tiba2 kat blog aku yang sunyi sepi ni. System UBS down! Nasib lah. Rahmat sekejap untuk aku melepas rindu pada blog ni. Invoice tinggi menggunung kat sebelah. Tunggu ye..aku jumpa kau Isnin nanti. 

Azam tahun baru dah mula nak dicapai? Atau ada yang masih mencari2 azam? Zu, apa azam tahun baru kau? Saya nak habiskan degree saya ni kak. Dah lama sangat kat UKM tu asyik tertangguh2. Silap2 UKM tendang saya! Kesian budak ni. Ibu muda beranak 2 setahun seorang tapi still cun sebab makan Jamu Mak Dara! Bila habis? Hujung tahun ni. Wah! jauh lagi tu. Sekarang baru Januari. Sabar2 Zu. Jangan kau 'tersangkut' lagi tahun ni udah.

Salah satu azam aku ialah nak selalu memenuhkan blog ni sekurang2nya seminggu sekali pun jadiklah. Tapi nampak gayanya masa memang terlalu sangat jealous kat aku. Selalu tak de masa, tak sempat nak on computer. Maksud aku nak on ke blog ni. Computer selalu on.  Kadang2 dalam kepala macam2 benda nak ditulis tapi bila dah lama terperap semuanya hilang terbang. Bila mengadap blog, mula blurr nak tulis apa. Bila jenguk blog blogger2 yang lain penuh dengan macam2 cerita. Ada tu setiap hari cerita berbeza. Kadang2 satu hari 2 3 entry. Eh!..dia orang tak keje ke? atau dia orang ni tak ada kerje? Banyaknya masa mengadap komputer. Jealous aku!

Cuma aku nak share satu blog ni. Suka sangat baca blog dia. Anak muda yang punya wawasan tinggi dan berpandangan jauh. Cantik, manis, cun, bijak, pandai and so on yang seantero dengannya. Punya follower berpuloh ribu orang. Sebelum ada blog sendiri aku dah lama jadi silent reader untuk blog dia. Siapa lagi kalau bukan Hanis Zalikha. Kalau kau orang tak kenal dia kau orang bukan blogger tegar! Hihihi..

http://inibelogsaya.blogspot.com/

Happy reading. Kau orang mesti jatuh cinta dengan dia.



..tiada lagi yang ku harapkan
  tiada lagi yang ku impikan
  biar aku sendiri tanpa dirimu..

(lagu Amy sedang on air kat pc ni..)







Alamak! tiba2 lak UBS dah ok. Jumpa lagi. Adios!

 

Friday, January 20, 2012

kau beri ku bahagia...



klick dulu video ni sambil baca entry kat  bawah.




Salam di pagi Jumaat yang dingin. Hujan lah kat Shah Alam. Gerimis memayungi perjalanan aku ke ofis pagi ni. Tiba2 aku rasa cam nak dengar lagu ni. Lagu dah lama tapi masih segar di telinga.

Sedapnyaaaa suara dia...! Aku rasa melayang2 dibuai irama yang lembut, lirik yang indah dan suara penyanyi ni aduhai..mendayu2. Jatuh cinta kat suara dia walau pun muka biasa je. Itulah kebesaran Allah. Tiada yang sempurna melainkan Dia.

Tak sempat nak menulis di blog ni sebab suddenly idea datang mencurah2 untuk aku siapkan novel yang dah lama terperap kat computer ni. Salah satu hobi yang 'mahal' yang pernah aku buat. Rasa dah banyak aku tulis tapi belek2 balik aku rasa baru 20% je kot dari jalan ceritanya. Bukan senang sebenarnya nak tulis novel kan? Cerpen pun tak pernah buat ni pulak nak tulis novel. Tapi aku percaya pada diri sendiri. Insyaallah satu hari siap juga novel tu yang masih tak de judulnya lagi.

Cerita apa? Of course cerita cinta dan airmata. Pengorbanan dan kesetiaan. Ada pengkhianatan dalam kejujuran. Yang pasti... aku tak pasti bila dan tahunnya novel ni menemui titik nokhtah. Tamat.

Hanya tulis untuk suka2 dan buang masa. (?) Kalau tak dapat publish kat umum, publish kat diri sendiri dan terbitan sendirian berhad. 


ampuni ku ya Allah
yang selalu melupakan Mu.



Saturday, January 14, 2012

Renjis renjis dipilis..kemeriahan makin terasa.

"sometimes
someone has to walk out of your life
for someone better to walk in.."

Salam bahagia sebahagia2nya di awal tahun 2012 ini.
Hihihi...nampak lain tak background blog ni? Tahun baru aku nak buat sikit perubahan dari last year. Nak tukar background ni makan masa gak sebab masih terkial2 dengan dunia IT. Ni pun ambik templet yang sedia ada. Tengoklah..kalau boring tukar lagi. Tapi aku suka sangat ngan background yang lama tu. Romantis. Semuanya linda yang ajar. Thanks linda. Satu hari nanti aku nak buat cam blog dia punya templet.
Macam biasa awal2 tahun sibuk dengan anak2 sekolah dan kembali kelam kabut di awal2 pagi.
Balik keje sampai ke malam pun masih sibuk dengan macam2 benda yang nak dibuat.
Walala...diam tak diam lagi 3 minggu lebih je  majlis perkahwinan Aja. Dah terasa ‘kemeriahan’ kelam kabut buat persediaan dari A sampai Z.
Mak Abah dah tak lena tidur sejak sebulan lalu. Patut lah  balik kampong sekejap minggu lepas abah lagi kurus. Sampai demam2. Mak pun sama. Maklumlah perkahwinan anak bongsu..perempuan pulak tu walau pun ada anak mak dan abah  sorang lagi  yang masih tak lepas. Selalunya kalau anak perempuan yang kahwin meriahnya lebih sikit dari anak lelaki.
Aku tau sebenarnya hajat abah nak buat macam2 masa majlis tu. Masa malam berinai kalau boleh abah nak ada orang main celempong macam masa along kahwin dulu , ada bunga api yang macam malam merdeka tapi kecik sikit lah.Siang nya nak ada silat pengantin, kompang mesti ada. Ada dj pengantin dan masa pengantin lelaki datang kalau boleh nak sambut dengan tembakan meriam tak pun tembakan dari senapang patah pun jadi lah. Bunga telur abah nak yang real punya bunga telur bukan yang macam sekarang bagi goody bag yang ada jajan2 atau bagi cawan ke, mangkuk vantage ke.
Mak tak kata apa. Mak ikut aje. Nanti kalau banyak bangkangan abah sedih pulak sebab diusia2 cam ni abah dan mak sebenarnya amat sensitive. Cuma mak kata..sapa yang nak buat semua tu..? Sedara mara tak ramai. Ada pun nun jauh2 hujung benua. Harap tulang empat kerat anak2 je. Jiran2 memanglah ada tapi kalau family sendiri yang jadi orang kuat baru lah majlis meriah sampai periuk belanga boleh nampak kilauan dari jauh.
Kita orang anak2 ni..hihihi...buat mana yang termampu lah. Rasanya semua tu ada kot kecuali senapang patah aka meriam tu susah sikit le walau pun hubby polis tapi  ’lesen’ mahal loo..
Aku pun tumpang sama ‘pening’ bila ada benda2 yang last minit kena tambah lah, ada yang tak jadi nak buatlah dan ada benda baru yang kena cari. Cuma doa aku dan yang lain semuanya akan go smoothly macam jelly, bala jangan dicari rezeki dimurahi.
Bunga pahar 50% baru siap. Woi!..tak sampai 3 minggu lagi..gelabah ni..sebab bunga klasik tuh!..sebab nak buat yang klasik2 ni memang makan waktu, remeh temeh. Calang2 orang tak nak buat punya. Kalau aku bagi kat along suruh buat gerenti bunga tu ‘mati kering’. Tapi sebab aku ni memang suka dan cintakan bunga dan bila dah siap rasa satu kepuasan hati yamg amat bahagia dengan kerja2 yang remeh temeh tu maka aku lah orang yang paling layak..you deserve it ita! Harap2 aku tak ‘die standing’!.
Ni lah lebih kurang bayangan 'aksesories' masa majlis tu nanti.
Bunga pahar nak buat ala2 cam ni je..tapi yang ni tak klasik sangat. Aku punya klasik lebih sikit je.. guna creep paper aka orang dolu2 panggil kertas jagung.





Goodie bag dari brown paper ni nak bagi orang marhaban masa Majlis Khatam Quran.





 
bunga telur untuk tetamu ala2 cam ni kot..tapi tetap letak telur kat dalamnya.






tapi yang dah confirm bunga corsage untuk kaum kerabat pengantin is cam ni..aku yang buat..hihihi..



bunga poppy..aku jatuh cinta dah dengan bunga nih!



 

ok..sikit2 dulu intro untuk majlis tu. Mukadimah entry pertama tahun 2012 ni sebenarnya.

daa..
.