Friday, February 17, 2012

Vroom!..vroom!..vroom!..




Pagi Jumaat yang cerah dan indah. Tapi hati panas!. Insiden pagi tadi hampir2 'menyepoilkan' hari aku.
Tak reti bahasa ke atau tak faham bahasa. Tau lah pagi2 semua orang nak cepat ke ofis tapi ikutlah jalan yang betul. Ada ke satu motor ni mamat yang bawa EX5 yang patut ada kat lorong motor tiba2 ada kat lorong tengah! Melampau betul lah. Cuba bayangkan. Dah lah kat highway semua kereta laju2 tiba2 terpaksa tekan emergency brek sebab mamat sekor ni yang tiba2 ada kat depan kereta aku dengan selamba buat deq je. Aku bagi hon suruh ke tepi pun dia macam tak dengar hon kereta aku yang macam hon lori tu. Dia ni perasan tengah bawa Ninja 750 kot! Rasa nak langgar je!.

Aku cuba nak selami perasaan mamat motor tu yang aku pun pernah perasan macam dia juga. Bawa kereta kat lorong paling kanan sebab masa tu aku rasa macam tengah bawa Merc. SLK! tapi aku cepat2 sedar diri bila nampak kereta kat belakang hampir rapat dengan kete aku dan cepat2 masuk lorong tengah balik. Aku tau siapa diri aku dan kete apa yang aku bawa...hahaha..kelakar bila ingatkan. Itu yang boleh buat aku cool down bila ingatkan EX5 yang perasan tu.

Wah!. Sebenarnya nak cite pasal Ninja 750 nih. Ingat cerita pasal 'secret admirer' last entry hari tu. Salah sorangnya ada motor besar.So bila nampak motor besar suka tengok motor dan orangnya sekali..hahaha..sejak tu aku tangkap lentuk dengan motor besar.

Masa tu yang popular adalah RXZ,TZM dan Ninja Kips. Nak tumpang naik motor tu jangan harap lah sebab tak rela aku dok menonggek kat belakang. Nak bawa sendiri minta maaflah..honda cup pun aku tak lepas. Yang dapat hanyalah tengok dan pandang. Lepas kahwin barulah merasa naik TZM sambil peluk belakang hubby rapat2, erat2..hihihi... Masa ni baru lah best naik motor besar. Halalan toyibban..








Sekarang aku suka tengok Ninja 750. Walau pun ada motor lain yang lebih hebat tapi pilihan aku tetap Ninja. Sebab namanya Ninja kot..rasa selamat dan gah! Cam ni..










Sejak accident motor lama dulu aku fobia naik motor. Rasa tak selamat dah dan takut badan aku mencium jalan tar yang menggerutu tu. Naik kereta, accident pun kereta yang kena dulu. Itu pandangan aku lah.  

Walau pun suka motor besar aku tak pernah menjejakkan kaki ke Sepang tengok MotoGP. Tak suka bunyi yang bising.

Motor yang ni hari2 boleh tengok kat rumah..hihihi..









hati2 memandu. Drive safely, drive gently..take care.

No comments:

Post a Comment