Lain macam lak ayat aku kali ni. Semuanya gara2 'angau' dengan novel yang masih dalam pembikinan. Rindu pulak tiba2 kat blog aku yang sunyi sepi ni. System UBS down! Nasib lah. Rahmat sekejap untuk aku melepas rindu pada blog ni. Invoice tinggi menggunung kat sebelah. Tunggu ye..aku jumpa kau Isnin nanti.
Azam tahun baru dah mula nak dicapai? Atau ada yang masih mencari2 azam? Zu, apa azam tahun baru kau? Saya nak habiskan degree saya ni kak. Dah lama sangat kat UKM tu asyik tertangguh2. Silap2 UKM tendang saya! Kesian budak ni. Ibu muda beranak 2 setahun seorang tapi still cun sebab makan Jamu Mak Dara! Bila habis? Hujung tahun ni. Wah! jauh lagi tu. Sekarang baru Januari. Sabar2 Zu. Jangan kau 'tersangkut' lagi tahun ni udah.
Salah satu azam aku ialah nak selalu memenuhkan blog ni sekurang2nya seminggu sekali pun jadiklah. Tapi nampak gayanya masa memang terlalu sangat jealous kat aku. Selalu tak de masa, tak sempat nak on computer. Maksud aku nak on ke blog ni. Computer selalu on. Kadang2 dalam kepala macam2 benda nak ditulis tapi bila dah lama terperap semuanya hilang terbang. Bila mengadap blog, mula blurr nak tulis apa. Bila jenguk blog blogger2 yang lain penuh dengan macam2 cerita. Ada tu setiap hari cerita berbeza. Kadang2 satu hari 2 3 entry. Eh!..dia orang tak keje ke? atau dia orang ni tak ada kerje? Banyaknya masa mengadap komputer. Jealous aku!
Cuma aku nak share satu blog ni. Suka sangat baca blog dia. Anak muda yang punya wawasan tinggi dan berpandangan jauh. Cantik, manis, cun, bijak, pandai and so on yang seantero dengannya. Punya follower berpuloh ribu orang. Sebelum ada blog sendiri aku dah lama jadi silent reader untuk blog dia. Siapa lagi kalau bukan Hanis Zalikha. Kalau kau orang tak kenal dia kau orang bukan blogger tegar! Hihihi..
http://inibelogsaya.blogspot.com/
Happy reading. Kau orang mesti jatuh cinta dengan dia.
..tiada lagi yang ku harapkan
tiada lagi yang ku impikan
biar aku sendiri tanpa dirimu..
(lagu Amy sedang on air kat pc ni..)
No comments:
Post a Comment