klick dulu video ni sambil baca entry kat bawah.
Salam di pagi Jumaat yang dingin. Hujan lah kat Shah Alam. Gerimis memayungi perjalanan aku ke ofis pagi ni. Tiba2 aku rasa cam nak dengar lagu ni. Lagu dah lama tapi masih segar di telinga.
Sedapnyaaaa suara dia...! Aku rasa melayang2 dibuai irama yang lembut, lirik yang indah dan suara penyanyi ni aduhai..mendayu2. Jatuh cinta kat suara dia walau pun muka biasa je. Itulah kebesaran Allah. Tiada yang sempurna melainkan Dia.
Tak sempat nak menulis di blog ni sebab suddenly idea datang mencurah2 untuk aku siapkan novel yang dah lama terperap kat computer ni. Salah satu hobi yang 'mahal' yang pernah aku buat. Rasa dah banyak aku tulis tapi belek2 balik aku rasa baru 20% je kot dari jalan ceritanya. Bukan senang sebenarnya nak tulis novel kan? Cerpen pun tak pernah buat ni pulak nak tulis novel. Tapi aku percaya pada diri sendiri. Insyaallah satu hari siap juga novel tu yang masih tak de judulnya lagi.
Cerita apa? Of course cerita cinta dan airmata. Pengorbanan dan kesetiaan. Ada pengkhianatan dalam kejujuran. Yang pasti... aku tak pasti bila dan tahunnya novel ni menemui titik nokhtah. Tamat.
Hanya tulis untuk suka2 dan buang masa. (?) Kalau tak dapat publish kat umum, publish kat diri sendiri dan terbitan sendirian berhad.
ampuni ku ya Allah
yang selalu melupakan Mu.
No comments:
Post a Comment