Monday, July 9, 2012

Pdapor : Biskut dahlia...mekar di hatiku..


Assalammualaikum.


 Bertemu lagi di layar monitor ini. Harap2 semuanya riang ria dan gembira, happy2 sokmo. Pernah tak satu hari tu anda rasa bahagia sangat2? Bahagia semacam walaupun hari2 yang kita lalui tu sama je seperti semalamnya. Fikiran rasa lapang tak berserabut. Hati tenang setenang laut biru. Rasa syukur sangat dapat melihat matahari. Menghirup udara pagi yang segar dengan bauan rumput yang wangi dari taman di hadapan rumah. Saat tu memang lah aku panjatkan rasa syukur ya amat kepada Maha Pencipta. Memberikan aku ketenangan yang tiada bandingan.





Entri kali ni dan mungkin juga yang seterusnya banyak entri Pdapor. Aura Ramadhan dan Raya dah berhembus2. Bila masuk bulan puasa ada orang yang mengatakan bulan untuk pesta makan sebenarnya. Sebab bulan puasa ni lah macam2 makanan yang tak pernah dengar, tak pernah rasa, tak pernah tengok semuanya keluar. Nafsu makan seolah2 'terlepas' di bulan ni. Resepi yang tak pernah masuk list kini di carta teratas untuk dicuba. Untuk berbuka dan bersahur. Macam2 perancangan nak masak untuk family. Nak bagi semua puas. Bagus lah tu..kita ambil yang positif. Sekurang2nya boleh tajamkan lagi skill memasak tak pun dapat gak pahala masak sendiri untuk family. Masak dengan penuh kasih sayang ok..




Ini resepi untuk kuih raya. Dah terjangkau bulan Ramadhan nih..puasa pun belum lagi. Biskut ni biskut lama. Biskut yang mula2 aku kenal dalam hidup aku. Masa tu umur dalam 11 ke 12 tahun. Masa mak buat biskut ni aku lah yang selalu temankan mak. Tang letak ceri tu memang keje aku lah. Masa tu aku rasa biskut ni sedap sangat dan cantik!


Mula2 memang aku tak mau sharekan resepi ni sebab aku rasa ramai orang dah tahu dan biskut ni biskut lama namun masih ramai yang menggemarinya. Tapi disebabkan oleh si gadis cilik ini, tak sampai hati rasanya. Memang aku silap. Masih ramai yang tak tahu resepi ini terutama generasi muda sekarang. 


Malam tadi Liza sms aku minta resepi sebab anaknya Kyra merengek2 minta buatkan. Kyra..gadis cilik yang setiap kali aku tengok dia aku teringatkan kak cik masa kecil. Kurus dan tinggi. Cuma rambut kak cik panjang mencecah bahu. Seminggu dua ni malam2 bertandang kat rumah tengok aku buat biskut. Malam tadi bagi kuih tat tapi dia tetap nak biskut dahlia. "chedappp..." dalam loghat pelatnya. Tu yang buat dia nampak cute.




Biskut ni guna bahan2 yang simple aja tapi gabungan 3 jenis tepung tu yang beri kelainan pada rasa. Orang dulu2 tak de campur almond ke, koko ke, perasa bagai dan tak de filing2. Olahan tepung2 tu yang buat rasa sedap. Ada satu biskut tu guna 3 jenis tepung. Tepung gandum, tepung ubi dan tepung beras tak silap aku. Rasanya sedap. Biskut Rabitah kot namanya. Sampai sekarang aku tak jumpa lagi resepi biskut ni. Korang ada?


Ok. Biskut ni lembut dan lemak manis. Cair dalam mulut . Ada juga yang panggilnya biskut samperit. Tapi setahu aku biskut samperit bentuknya sekeping 4 segi dan bergerigi di atasnya dan tak guna tepung kastad. Apa2 pun dua2 biskut lebih kurang je samanya. 


Cuma satu dua tips dari experiance aku lah..gunakanlah bahan2 yang terbaik untuk dapat hasil yang sedap. Maksud aku kalau tepung jagung tu gunalah tepung jagung dalam tin Brown & Polson. Tepung kastad guna tepung Bird Custard. Tepung kastad menjadikan adunan berwarna kuning dan cantik tanpa pewarna. Walau pun harganya mahal tapi rasanya memang sedap. Kalau guna tepung timbang2 tu memang out lah rasanya. Of course butter juga yang pure. Setidak2nya guna butter yang biasa kita guna yang sedap dengan tekak kita. Maaf ya..buttercup dah out of my list sebab buttercup sekarang dah tak sama cam dulu. Frust betul sebab terpaksa beralih arah. Nasib kau lah buttercup..! Semua tu kadang2 menyumbang kepada harga2 biskut yang dihasikan dari homemade kitchen yang nampak lebih mahal dari harga biskut dari kilang. (bab ni nak cite memang panjang.)





Sepatah kata yang dikongsi bersama dengan Chef Rizal (chef kat Fidani) setiap resepi tu adalah sama saja. Bezanya adalah pada rasa yang terhasil dan dari bahan2 yang digunakan. 'Air tangan' seseorang hanyalah bonus untuk kesedapan masakan itu. You get what I mean?


Jom tengok resepi dan boleh cuba untuk raya nanti. Resepi yang femes di R.net. Aku C&P aje.



BISKUT SAMPERIT
Resepi : Norazie Resipi.net

Bahan
300g mentega
160g gula ising
100g tepung jagung (Brown & Polson)
160g tepung kastard (Bird Custard)
240g tepung gandum (jemur & ayak)
2biji kuning telur


Cara

Pukul mentega dan gula ising sehingga kembang.
Masukkan kuning telur dan kacau sehingga sebati.
Masukkan semua tepung, gaul dan uli sebati.
Terap adunan dan bakar pada suhu 150C untuk 20 min


boleh buat bentuk ni..




atau cam ni..


from google..


aku tetap pilih bentuk yang ni..





yang sentiasa mekar dalam nostalgia..


daaa...


                          
                       Untuk renungan bersama:



4 comments:

  1. Salam Ita..
    Salam kenal dari akak
    waaa.. dah banyak dah buat kuih raya..
    Bila nampak kuih raya ni macam tak sabar pula nak mencuba..

    Terima kasih berkongsi resepi, insyaallah nanti akak cuba sebab kuih ni pun salah satu kuih raya kesukaan akak ^_^

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam kembali.

      What's a suprised! TQ ita kerana sudi menjenguk ke sini. My idola dalam dunia masakan d alam cyber. Happy sangat2. Ur creativiti n food presentation mmg clas!

      K ita dah cuba rainbow cake. Cantik d sedap! kek karamel masih dalam sumpahan. Nasi ayam tu boleh buat bulan puasa nanti. Rasa nak try semua.

      Thanks for the tips dan suka sgt2 kalau ada yg step by step tu.

      Masih menunggu tutorial on food photography.

      Semoga Ita terus sukses dan bahagia.

      "Keikhlasan itu tak dapat dilihat dengan mata tapi boleh dirasa oleh mata hati".

      Delete
    2. ya, saya pun terkejut kak ita sapa kak ita. kak ita kita ada 4 juta pengikut kat blog.

      Delete
  2. Alhamdulillah... cantiknya biskut ni.. insyaAllah akan di cuba jika "angin rajin" menjelma seminggu sblm raya nanti.. tq for the resepi

    ReplyDelete