Yang pertama tidak semestinya yang terbaik tetapi sukar dilupakan sedangkan yang terakhir adalah untuk selamanya...
Wednesday, July 11, 2012
Pdapor : Ikan Talapia masak tempoyak..hmmm...enak banget!
Salam bahagia.
Hujan tengahari tadi. Sejuk sikit rasanya. Apa hidangan lunch hari ni? Tadi aku makan asam pedas ikan pari, sambal tempe goreng dan kerabu mangga. Minum air tembikai. Semuanya 10 hengget! Pada korang mungkin murah tapi pada aku mahal bangat! Ialah..tengok lah beli kat manakan? Sekali sekala melayan selera sebelum puasa. Lagi satu orang kata kalau bab2 makan ni jangan mengungkit2. Bukan mengungkit..sekadar share aje. Dah rezeki 'mahal' untuk hari ni. Kira ok lah tu. Pernah sekali aku dan Zurina makan di restoren indon yang terkenal di Kota Damansara suatu masa dulu. Lauk biasa2 je macam selalu makan kat warung makcik Sayang..tapi sorang kena charge RM 25.00! Kalau kat makcik Sayang lebih kurang 5 6 hengget je. Hah!..yang tu memang aku dan Zu terkedu sekejap. Tak masuk lagi dah lepas tu.
Sekarang masih lagi musim durian kan? Durian dan tempoyak dua benda (?) yang tidak dapat dipisahkan.
Sejak dapat HBP aku berhati2 makan durian. Kalau tak belasah je. Satu tentang durian yang dapat tips dari arwah ibu mertuaku ialah cara nak simpan durian supaya tahan lama dan tetap fresh. Ialah..orang Melaka dan Johor ramai yang ada dusun durian so dia orang ni arif lah pasal benda2 ni.
Kalau ikut belah aku, durian yang dimakan mentah ni makan masa tu aja. Nak makan yang fresh beli lagi. Kalau simpan pun yang untuk buat tempoyak je. Tips arwah ni memang sangat2 berguna. Durian yang elok2 isinya selalunya aku asingkan dan masukkan dalam tupperware atau tipuware pun boleh. Lepas tu simpan dalam peti sejuk yang kat atas tu (tempat beku). Tahan berbulan2. Kalau nak makan keluarkan dan biarkan pada suhu bilik. Kita akan dapat durian yang fresh lagi. Terima kasih mak dengan petua mak tu. Moga mak aman dan dirahmati Allah di sana.
Ikan Talapia masak tempoyak ni aku buat last week. Masa jalan2 ke Pasar Malam Paya Jaras minggu lepas dari jauh bau durian dah menyengat. Beli 3 bungkus yang kecik tempoyak kat situ. Insyaallah musim2 durian ni tempoyak yang dijual adalah tempoyak asli yang tidak dicampur dengan pisang atau bahan2 lain. Cium bau je dah boleh tau.
Aku buat gulai ni pun guna sekor ikan talapia je. Hanya untuk aku sebab budak2 tak suka sangat. Dia orang lagi suka talapia goreng berlada. Tapi suprised!!..Anas makan bertambah2 dan dia yang habiskan ikan tu. Dalam ramai2 anak aku, Anas ni boleh jadi orang Melaka dan jadi orang Selangor. Kalau asam pedas dia makan sambil hirup kuahnya. Hubby sendiri pun tak cam tu.
Catatan resepi ni sebenarnya ingatan untuk aku. Tak lah lepas ni asyik call mak abah tanya macam2. Tengok gambar nampak kepala ikan je kan. Hihihi...sebab aku letak kuahnya agak menutupi keseluruhan ikan. Tapi I tell you..sedapnyaaa...!!! Buat pedas2 sikit dan santan agak pekat. Tempoyak yang masih ada rasa manis2 lagi. Tak terlalu masam.
Cara aku senang aja. Tumbuk lebih kurang 10-15 biji cili api dengan sedikit kunyit hidup. Tambah 1 biji bawang merah(jika suka). 2 batang serai dititik. 1 helai daun kunyit disiat2 dan disimpul.
Didihkan bahan2 tumbuk, serai dan daun kunyit dengan sedikit air. Masa ni bersedialah untuk terbatuk terbelahak dengan bau cili api yang pedas. Bila dah mendidih dan cili api dah masak masukkan 2 sudu besar tempoyak (atau lebih) ikan, santan dan garam. Kacau2 selalu hingga santan dan ikan masak. Tutup api.
Boleh juga dicampurkan petai dalam kuah ni. Petai dimasak bersama bahan2 tumbuk sebelum dimasukkan ikan dan santan. Ada juga yang mencampurkan tempoyak diawalnya tapi aku lebih suka masukkan tempoyak bersama2 ikan sebab rasa tempoyak tu tak lah 'hilang' sangat.
Satu tips nak dapatkan isi ikan yang tidak terlalu lembik bila dah dimasak ialah setelah ikan dibersihkan goreng sekejap dalam minyak panas. Goreng sekejap sahaja dikedua2 belah ikan lebih kurang 5 saat supaya kulit ikan menjadi tegang dan menghalang airnya (juicy) keluar dan isi masih fresh lagi. Bahagian luar ikan agak kering tapi isi di dalamnya masih juicy. Boleh juga dipanggang seketika di atas bara dan rasa ikan menjadi lebih sedap. Aku harap korang faham apa maksud aku tu.
Sebelum puasa boleh cuba sebab ada yang tak boleh makan tempoyak masa bulan puasa. Takut bila sendawa rasa tempoyak melekat kat tekak. Tapi itu bukan alasan untuk buka puasa ok!. Pandai2lah layan tekak sendiri.
Permisi.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment