Wednesday, July 18, 2012

Ramadhan..moga dirahmati.


Assalammualaikum.


Hari ini 28 Syaaban. 2 3 hari lagi puasa lah kita. Ramadhan datang lagi. Dah siap persediaan fizikal dan mental? Wow! bunyi cam nak pegi perang je. Of course! perang hawa nafsu walau pun syaiton2 dah dibelenggu. Melawan hawa nafsu dalam diri sendiri adalah jihad yang paling besar.






  


Apa kena mengena dengan logo MU ni? Kalau tak kerana logo untuk Ramadhan ni aku sendiri pun tak perasan rupa2nya logo MU bertopengkan syaitan! Pada penyokong2 MU..isthigfar banyak2 ye...

Sebenarnya dah ramai yang tak sabar nak tunggu Ramadhan. Auranya dah terasa dekat sangat. Dalam kepala dah set dah nak bangun sahur. Nak puasa penuh. Niat puasa sebulan dah lama hafal tinggal nak baca je lagi di pagi pertama sahur nanti. Juga jangan lupa adab2 dan pantang larang berpuasa. Puasa bukan setakat pada makan minum tapi merangkumi perbuatan dan percakapan kita. Semoga Allah memberkati kita semua di bulan yang mulia itu.












Bulan Ramadhan juga adalah bulan untuk pembersihan jiwa, hati dan nurani. Pembersihan dari segala sifat2 mazmumah. Bulan untuk muhasabah diri dan menginsafi segala kekhilafan yang dilakukan. Senang kata bulan untuk bertaubat. Pintu syurga terbuka dengan seluas2nya untuk hamba2Nya yang mengetahui. Semoga Allah terus memberikan hidayahNya untuk aku. Aminnn....


Sesungguhnya Ramadhan itu memberi seribu kerahmatan buat umatNya. Bagi aku bulan puasa ni lah yang lebih merapatkan hubungan aku anak beranak. 30 hari puasa, 30 hari bersahur bersama, 30 hari berbuka bersama walaupun ada juga hari2 yang tidak dapat berbuka bersama2 sebab ada jemputan berbuka puasa dan sebab2 lain. Masa ni memang terasa kenikmatan dan hikmahnya puasa itu. Tambah mengeratkan silaturrahim dan kasih sayang.


Juga doa aku moga kita semua diberikan kesihatan yang baik untuk meneruskan ibadah puasa ini hingga ke penghujungnya. Bangun berpagi2an menyediakan juadah bersahur untuk keluarga dan orang2 tersayang bukan satu tugas yang enteng lantaran itu ada yang selalu skip untuk sahur atau sahur di waktu tengah malam. Yang ini mohon bapak2, anak2...mengerti lah! Sila bagi kerjasama ok! (untuk suami dan anak2 ku).


Moga aku diberi kesempatan oleh Allah untuk aku mengutip sisa2 pahala yang ada kerana sedar kekurangan diri yang bukan sedikit ini..(huhuhu...emo ni).

Weh!...malam ni nak bawa budak2 shopping baju raya. Hihihi...janganlah salah sangka. Bukannya aku beriot2 nak sambut raya. Memang aku suka buat persiapan awal2. Selain banyak pilihan, tak berasak2 dan harga tak melambung yang lebih penting aku tak suka bila dah puasa nanti baru nak beli semua tu. Aku tak nak puasa aku tercalar gara2 meredah siang2 hari puasa just nak pegi shopping. Mintak maaf lah! Kalau boleh elak memang aku elakkan.


Ok, akhir kalam aku ucapkan selamat menyambut Ramadhan Al Mubarak kepada semua yang sudi bertandang dan buang masa kat blog ni. Semoga kita semua memperolehi keberkatan dan kerahmatan dari Allah s.w.t dan menerima segala amal ibadat kita dengan sempurna kerana sesungguhnya kita tidak tahu mungkin ini adalah Ramadhan yang terakhir untuk kita.


Maaf zahir batin.




Ita Rossi Baharudin.







1 comment:

  1. Salam kenal ..

    selamat menyambut Ramadhan...semoga ramadhan ini akan menjadi ramadhan yang sungguh bererti kepada kita...

    ReplyDelete