Assalammualaikum.
Salam keberkatan untuk semua di bulan Ramadhan Al Mubarak ini.
Hari ini 9 Ramadhan 1433H. Tentu semua dah ok kan menjalani ibadah puasa yang dah seminggu lebih ni. Dah terbiasa bangun sahur, dah tak terlupa lagi kalau asyik buka peti ais je..dah capai air tiba2 teringat..eh..aku puasalah.
Macam2 juadah berbuka di Bazar Ramadhan yang ada di merata2 tempat hatta kat tempat yang tak diwartakan sebagai Bazar Ramadhan pun ada orang menjual. Memang benar. Ramadhan bulan penuh kerahmatan. Bulan rezeki.
Waktu berbuka kita disunatkan untuk mendahuluinya dengan buah kurma sebagai mengikut sunnah Nabi. Kurma adalah buah yang berkat. Rasulullah mewasiatkan kepada kita untuk memulakan berbuka puasa dengannya. Ikut sunnah je, sunnah suruh makan pun dah dapat pahala. Masyaallah! Senangkan nak dapat pahala dalam bulan Ramadhan ni.
Allah telah menjadikan kurma dengan banyak keistimewaan dan kelebihan. Kurma adalah satu mukjizat dan sumber rezeki, manafaat serta memberi kesihatan kepada manusia.
Apa tah lagi bersedekah dengan buah kurma. Alhamdulillah bekalan kurma negara kita tidak berkurangan. Melimpah ruah macam Malaysia ni ada tanam pokok kurma sendiri.
Dipetik dari satu hadis.
Dari adiy bin hatim, ia berkata: "aku mendengar Rasullulah s.a.w bersabda, hindarilah api neraka walaupun (dengan memberi sedekah) sebelah buah kurma.
Hadis ini menerangkan tentang kemulian buah kurma. Walaupun kita bersedekah hanya dengan sebelah buah kurma kita akan terhindar dari api neraka. Subhanallah!
Aku nak kongsikan beberapa khasiat, keistemewaan dan kelebihan buah kurma ini.
Sesungguhnya sunnah Rasullulah s.a.w itu ada hikmahnya.
Beberapa kajian perubatan dan sains menunjukkan bahawa kurma
memberikan banyak manfaat untuk kesihatan fizikal mental dan kerohanian.
Ketika seseorang berpuasa hendak berbuka, organ tubuhnya bersiap sedia, organ pencernaan mulai aktif semula, khususnya perut kosong yang perlu diberikan sesuatu yang lembut dan halus.
Ketika seseorang berpuasa hendak berbuka, organ tubuhnya bersiap sedia, organ pencernaan mulai aktif semula, khususnya perut kosong yang perlu diberikan sesuatu yang lembut dan halus.
Orang berpuasa sehari suntuk, serba keletihan memerlukan makanan
pemberi tenaga yang mudah dicerna, juga air yang boleh menghilangkan rasa lapar
dan dahaga. Makanan paling cepat untuk dicerna dan sampai ke darah adalah
nutrien glukosa atau sukrosa (gula sihat). Tubuh kita memang mampu menyerap
dengan mudah dan cepat gula itu hanya dalam beberapa minit, terutama dalam
keadaan perut sedang kosong.
Andainya kita mencari makanan yang mempunyai dua fungsi sekali gus seperti di atas, menghilangkan lapar dan dahaga serta nutrien pemberi tenaga dalam satu hidangan, kita tidak akan berjumpa makanan lebih baik daripada apa diperintahkan oleh sunnah nabawiah ini.
Sunnah Nabi ini memerintahkan kepada orang yang berpuasa supaya berbuka puasa dengan nutrien gula yang manis, sekali gus kaya dengan kandungan air (ruthab) atau tamar (kurma kering).
Berdasarkan kajian kimia dan fisiologi Dr Ahmad Abdul Ra'ouf Hisyam dan Dr. Ali Ahmad Syahhat, data berikut diperoleh.

Memakan ruthab dan atau tamar ketika berbuka puasa akan
menambahkan peratus kandungan glukosa dan sukrosa dalam badan.
Penyakit anemia (kurang darah) akan berkurangan dan tubuh tidak pucat, malah menjadi lebih ghairah.
Ketika perut kosong, saat itulah makanan yang mengandungi nutrien glukosa dan sukrosa akan mudah dicerna dan diserap secara cepat dan maksimum. Jadi, kandungan glukosa dan sukrosa dalam ruthab dan tamar yang banyak itu menjadikan proses mencerna dan menyerap di dalam badan sangat mudah.
Jadi, seorang yang berpuasa itu tidak perlu meminum air dalam jumlah yang banyak ketika berbuka.
Minum air yang berlebihan untuk menghilang dahaga kerana berpuasa sehari menjadikan badan lebih letih, perut lebih berat. Ia semua boleh mengganggu keselesaan untuk melakukan ibadah solat Maghrib dan Tarawih.

Rasulullah S.A.W telah menyebutkan tentang khasiat sejenis kurma yang diriwayatkan oleh Imam Bukhari yang bermaksud : “Diceritakan oleh Jumaah bin Abdullah yang disampaikan oleh Marwan yang mendapat berita daripada Ibnu Hashim bahawa Amir bin Saad mendengar bapanya meriwayatkan Rasulullah S.A.W bersabda : “Sesiapa yang memakan 7 biji tamar ‘Ajwah’ dia akan terkawal daripada kejutan syaitan dan sihir pada hari itu”.
Khasiat kurma “Ajwah” sebagaimana yang tersebut di dalam hadis di atas merupakan satu kelebihan yang dikurniakan Allah Subhanahu Wataala sesuai dengan kemuliannya sebagai jenis kurma pertama yang ditanam sendiri oleh Rasulullah S.A.W.
(info dari internet).
Bagi aku sendiri agak sedih juga sebab hampir seminggu puasa baru dapat berbuka dengan kurma. Tak tau di mana silapnya buah kurma tercicir dari meja berbuka kali ini.
Nah kau! semalam hubby bawa balik 6 kilo kurma Mariami yang dibeli di pasar borong kurma di Shah Alam ni. Mak datuk! nak buat apa banyak2 ni? tapi rupanya hubby dah ada perancangan dalam kepala nak buat apa dengan kurma ni.
Subhanallah!...tengok apa yang aku jumpa di dalam banyak2 kurma tu..
Kalau korang tengok betul2 nampak kan kalimah Allah tu. Tak berapa jelas sangat dalam gambar. Rasa teruja sangat sebab ini first time dalam hidup aku jumpa benda cam ni.
Masa aku buat entry ni ada satu lagi kejutan yang aku jumpa. Tunggu next entry ekk..
So, bila buka puasa hari ni cuba belek2 buah kurma tu sebelum ngap. Ada rezeki boleh jumpa macam tu. Orang kata kalau kurma Nabi..perkataan Muhd tu lagi nampak. Try lah cari...
Satu yang pasti buah kurma hanya femes di bulan Ramadhan sahaja. Senang nak cari dan jumpa di mana2 sahaja. Kalau berpuasa di luar bulan Ramadhan berbuka dengan air buah2an or jus buah lebih menjadi pilihan. Buah kurma hanya dipandang sepi sebelah mata.
Dan di luar bulan Ramadhan juga aku tidak akan mendengar lagi kurma berbisek...(suara berbisek)..yusoff taiyob...
Salam Ramadhan yang terindah. Selamat beramal.
No comments:
Post a Comment