Wednesday, March 30, 2011

SATU DALAM SERIBU.


sekadar hiasan


Ok..aku nak sambung lagi kisah Anas. Selepas dimasukkan ke ICU panas badan Anas tak kebah2. 40C ke atas. Memang menakutkan! Yang hanya mampu aku lakukan ialah membasahkan tubuh Anas dengan air. Anas hanya pakai pampers aje. Dia memang dah tak sedar apa2. Wayar2 berselirat di seluruh badan. Kat hidung, badan, tangan, peha dan kaki. Aku tak dapat nak bayangkan betapa sakitnya bila jarum2 menusuk ke badan dia sebab nak masukkan wayar2 tu. Sampai sekarang kesannya masih ada di kepala dan peha Anas.

Dr Choy pakar dalam bahagian genetik mengawasi Anas setiap masa. Saat paling genting bila Dr Choy minta kebenaran aku nak ambil air tulang belakang Anas untuk check samada kuman dan memasuki otak atau tidak. Aku memang dah tak boleh fikir apa2 dah masa tu. Tak bagi nanti keadaan Anas lagi teruk. Lagi pun Anas dah dalam ICU memang tak boleh buat apa dah.

Masa procedure ambil air tulang belakang tu, aku disuruh keluar. Tapi apa yang aku dengar dari kawan2 yang sama2 jaga anak mereka di wad, proses itu satu proses yang menyakitkan. Airmata tak henti mengalir (huu...huu..aku dah stat nangis sekarang ni..) Aku dah tak malu dah nak nangis di mana2 sahaja di hospital ni bila ingatkan Anas. Kat wad aku menangis, tunggu kat kerusi luar aku menangis, kat surau lagilah punya kuat esakkan aku. Terhenjut2 bahu dan tersedu sedan. Kawan2 yang banyak menyabarkan aku walaupun aku tak kenal mereka. Yang sama cuma nasib kami menunggu dan terus menunggu anak masing2.

Hari ke 2 di hospital keadaan Anas bertambah teruk. Sawannya berulang2 dan yang paling lama hampir 20 minit. Doktor tak ada pilihan lain kecuali memberi ubat tidur (aku rasa lah) dan Anas bernafas menggunakan mesin sokongan hayat (ventilated). Ini untuk mengelakkan kerosakan yang lebih teruk pada otak dia. 

Aku hanya mampu berdoa saat itu. Hanya airmata yang terus mengalir bila menatap Anas di ICU dalam keadaan tidur yang lena. Sekali sekala bila terjaga dia akan terus menangis seperti menahan kesakitan. Apalah yang mampu diucapkan dan diceritakan olehnya dalam usia sebegitu. Nurse lebih banyak meminta aku berehat di wad sementara mereka menguruskan Anas sebab selepas Anas keluar dari ICU tugas menjaga sepenuhnya terletak di bahu aku. Mereka tak mau aku pula yang jatuh sakit.

Memandang sekeliling wad, keadaan amat menyedihkan. Rasa syukur meniti di bibir bila aku lihat ramai kawan2 yang mengalami nasib yang lebih teruk dari aku. Ada yang telah berbulan2 'berumahtangga' di hospital ini menunggu anak masing2. Keadaan anak2 di wad 3 pediatrik ini lain dari yang lain. Wad yang menempatkan kebanyakan pesakit genetik. Katil di sebelah aku Ina, orang Klang. Dah dekat sebulan tunggu anak dia. Anak dia memang sah2 ada masalah genetik sebab dia kahwin sepupu. Anak2 pesakit genetik ni selalunya putih2 dan cantik tapi tetap ada ketidaksempurnaannya yang tersendiri.

Bila Anas dah keluar ICU masuk wad biasa meragamnya tambah teruk. Menangis tanpa henti tak kira masa. Waktu tidur aku ialah bila Anas tidur aku baru tidur. Selalunya tidur sekejap2 aje..menangis yang lebih. Memang waktu tu aku betul2 letih dan lelah. Mata aku dah jadi mata panda.

Yang aku tak boleh lupa bila Anas menangis (sebelah malam) nurse tu sanggup buatkan buaian untuk dia dengan gunakan cadar katil dan gantung pada tiang katil Anas yang tinggi tu (baby coth). Itu semua supaya Anas boleh tidur dengan lena.

Walau pun Anas sakit tapi badan dia tak susut sebab every 4 jam dia akan diberi susu yang dimasukkan melalui tiub di hidungnya dan terus ke perut. So dia kenyang sepanjang masa. Masa ni aku sendiri kena practice camne nak tuang susu tu kedalam tiub dengan gunakan picagari yang besar gedabak. Lepas tu kena belajar nak tukar tiub tu seminggu sekali. Just imagine..nak masukkan tiub dalam hidung Anas dan mesti sampai ke dalam perut dia. Eeiii...aku memang seriau! Doktor kata Anas mungkin dalam keadaan camtu untuk sebulan 2 lagi. Hu..hu..hu..siapa yang tak sedih? Kesian lagi tengok dia yang rasa tak selesa dengan jarum2 yang kat badan dia untuk masukkan macam2 jenis antibiotik. Kadang2 aku rasa doktor ni buat Anas cam barang eksperimen lak.

Beberapa hari lepas tu Anas kena buat CT Scan lagi untuk tengok perkembangan otak dia. Kemudian buat test apa tah aku tak ingat namanya..yang letak banyak wayar2 kat kepala dia nak detect saraf2 yang kena jangkitan kuman dan efect pada beberapa tubuh dia. Masa ni memang suspen gila. Tak giler kau..senang cakaplah..masa ni lah nak tahu Anas ni ada kecacatan atau tidak akibat dari jangkitan kuman pada otak tu.

Esok pagi bila Dr Choy buat pemeriksaan dia dengan selamba bagi tau aku Anas mungkin ada masalah dari segi pendengaran sebab dari test semalam saraf di bahagian telinga dia rosak teruk. Keadaan Anas selepas ini tak seperti kanak2 lain sebelumnya. Dia mungkin akan terbaring seumur hidup!

Aku diam. Ketap bibir, tahan nafas..tenangkan diri walau pun airmata dah bergenang. Bagai ada batu besar yang menghempap bahu. Besarnya dugaanMu ya Allah. Terasa diri terlalu kerdil saat itu. Aku terima semua ketentuan dariNya. Aku tahu Allah sayangkan aku dan aku kini sedang diujiNya. Dalam hati tetap berdoa dan aku tahu aku masih punya harapan lagi untuk pulihkan Anas cuma perlukan masa yang agak lama. It's not end of the world!

Lepas keluar hospital aku berhenti kerja untuk jaga Anas sepenuh masa. Jawatan yang aku sandang hampir 15 tahun aku lepaskan begitu saja. Anas kini bukan seperti anak2 yang lain. Dia kini ANAK ISTIMEWA.

Beberapa hari aku buntu macam tak boleh fikir dah. Hilang terbang semangat sebenarnya tapi demi Anas dan anak2 yang lain aku cuba bangun dan melawan semua 'kesakitan' itu. (ni maleh nak cite ni..mata aku dah bengkak ni...)

Walau pun Anas dah pulih semula tapi dia hanya mampu tergolek2 atas lantai. Tak boleh buat apa2 pun. Makan masih guna tiub. Paling aku elakkan kalau Anas terkena demam sebab takut sawan dia berulang lagi. Tapi Alhamdulillah..memang tak ada sawan cuma antibodi dia tak kuat. Kalau anak2 yang lain batuk atau selsema dia amat mudah berjangkit.  Bila bawa Anas ke klinik aku rasa macam aku ni jadi alien sebab semua orang pandang semacam. Sebab masa tu tiub kat hidung Anas tak buka lagi. Mungkin orang2 luar fikir..teruknya sakit budak ni...dan itu bukan satu pemandangan yang biasa untuk dia orang. Aku rasa macam nak letak Anas dalam kelambu je.

Masa jerubu melanda Malaysia dengan teruk sekali tahun 2004  Anas juga terkena kesannya. Shah Alam jadi gelap tiba2 dan Anas tiba2 dapat athsma pula. Aku bawa dia balik kampung angkut dengan nebuliser yang doktar pinjamkan. Setiap 4-6 jam aku kena bagi gas kat dia. Lagi sekali aku jadi 'doktor pelatih'.

Pertengahan July 2004 Allah beri petunjuk kat aku dalam menyelesaikan 'kifarah' yang aku tanggung ini. Sambung lagi ye..



IR : kau..terlalu istimewa.

4 comments:

  1. salam..

    sabar..sabarlah..sabarlah dgn ujian Allah ini. Beberapa bulan lepas suami sy accident.duk icu 13 hari dan open ward 10hari.now masih in recovery process.pengalaman dan perasaan yang puan alami tu saya juga merasainya.moga puan ita terus tabah. teruskan menulis ye..

    ReplyDelete
  2. sedih bila baca entry nie...semoga tabah...

    ReplyDelete
  3. sedih sangat....lepas baca entri ni terus suzie peluk baby suzie yg 10 bulan tu...tak dapat bayangkan kalau suzie ada kat tempat mama ita...

    ReplyDelete
  4. First of all, selamat dtg ke blog ni. Tkasih atas sokongan yg diberi dan memahami. Kita mmg sering diuji. Hanya kesabaran dan iman menjadi benteng ketahanan diri.

    Suzie dan semua yg ada baby dan anak2 kecil - jdkan kisah Anas ni sebagai tauladan dan pengajaran. Allah jua yg maha mengetahui.

    ReplyDelete