Thursday, March 31, 2011

BAGAI MENGGADAI NYAWA.













Hari Polis 25 Mac 2011
(Jangan tukar blog..ini bukan blog Polis)


Late is better than never.

Selamat Hari Polis ke 204 pada 25 Mac yang lalu.
Selamat Maju Jaya. Menjulang panji2 kesetiaan, kebenaran, kedaulatan hingga ketitisan darah terakhir.

Malam ni ada sambutan Hari Polis ke 204 di IPK Selangor. Aku bukan nak cerita pasal tugas2 polis sebab itu semua di luar bidang kuasa aku. Silap2 cerita kang kena saman lak.

Polis dalam hidup aku banyak kenangannya. Masa kanak2 takut sangat dengan polis. Nampak polis macam nampak sesuatu yang menggerunkan. Macam nampak monster!

Dah remaja sikit aku benci dengan polis terutama polis yang muda2 yang masih dalam latihan. Masa sekolah aku membesar di pekan yang memang menjadi kubu kuat polis masa tu. Maktab Latihan Polis Kuala Kubu Bharu. Salah satu maktab latihan polis yang utama kat Malaysia.

Kenapa benci? Setiap pagi bila berjalan keluar dari asrama nak ke sekolah selalu terserempak dengan platun polis yang sedang berjogging sambil melagukan lagu2 patriotik. Bila berselisih pasti ada mata2, suara2, siulan2 nakal untuk kami. "eeiii!!...gatalnyaaaa..benciii....!!!". Biasalah tu. Adatlah. Bila anak2 muda tengok anak2 dara pingitan yang merah padam muka kena usik bertambah2 lah lagi sakatnya. Bukan polis je, askar atau bomba yang ada kat Kuala Kubu tu semua kami tak suka, sama je..tapi pada aku polis lah yang aku tak suka sekali.

Benci jangan terlalu
nanti benci bertukar rindu..

Betul lah kata pepatah tu. Tiba2 bila habis sekolah aku terasa nak join polis lak. Nak jadi Inspektor. Ramai sedara mara, sepupu2 aku yang masuk polis. Ramai yang menggalakkan aku sebab ada kelulusan dan ada peluang..kata mereka lah. Masa ni polis lak tak nak terima aku (padan muka lah tu..)

Cita2 nak jadi Inspektor tu cuma disambungkan oleh adik angkat aku yang kini dah bergelar ASP. Cuma sekarang ni dapat gak jadi ahli keluarga polis bila polis yang sorang ni bergelar my hubby. Duduk pun kat Perumahan Polis, hari2 tengok polis, kete polis, motor besar polis..semuanya polis.

Kerjaya polis, pengorbanan polis, susah senang polis semuanya aku lihat depan mata. Tu sebab bila tiba hari polis semangatnya lain macam bagi kami ahli keluarga polis ni berbanding dengan apa yang dilihat oleh orang luar. Tengok pakaian seragam polis yang biru pekat dan putih tu segak disarungkan oleh anggota2 polis timbul satu perasaan yang sukar untuk ditafsirkan oleh hati.

Sepatah kata Tuan Halil (berpatah2 sebenarnya) masa borak2 dengan dia suatu petang dulu.. "bila dah jadi polis ni, ibarat satu kaki dah melangkah masuk ke dalam penjara..". Banyak tafsiran di kepala aku masa dengar tu. Bermacam2.  Besarnya pengorbanan polis ni..kadang2 buat aku takut sendiri.

Apa2 pun..semuga PDRM terus mengekalkan kedudukan sebagai sebuah badan penguatkuasaan undang2 yang disegani dan berintegeriti dalam menjalankan tugas yang diamanahkan.

TEGAS, ADIL DAN BERHEMAH.



"faiz..kau tak nak jadi polis macam ayah dan uncle?"

"tak nak lah ma..kita nak jadi diri kita sendiri.."

"bertuah punya budak!"..




IR : teringat lagu Payung Mahkota.













No comments:

Post a Comment