Monday, March 7, 2011

AKU LAH ITU...

Masa sekolah rendah dulu bila cikgu, kawan2, sedara mara tanya dah besar cita2 nak jadi apa? Soalan yang aku tak suka sebab aku tak punya jawapan untuk itu. Senang jawab yang terlintas kat kepala  aku hanyalah jadi GURU/CIKGU. Kenapa guru? Entah. Masa tu aku rasa profession guru sangat2 disanjung tinggi oleh masyarakat.

Bila masuk sekolah menengah dah ada 2 3 cita2 dalam kepala selain cikgu. Nak jadi wartawan dan inspektor polis. Guru dah jatuh no 3.

Tapi aku terpaksa akur pada hakikat diri aku.Wartawan dan polis dua kerjaya yang memerlukan komitment yang sangat2 tinggi tanpa mengira masa. Tak kenal siang malam, kerja tak tentu tempat dan keadaan.

Aku pernah interview untuk masuk UITM ambik Mass Comm. Tak dapat sebab masa interview tu aku hampir menangis sebab tak tahan kena herdik dan torture. Orang Mass Comm jiwa kena kental, telinga kena tebal, mulut mesti laser. Ia ke?

Inspektor tu hanya tinggal kenangan sebab masa tu aku tak sanggup nak korbankan rambut aku yang panjang mengurai jadi kontot. Masa tu aku rasa aku pun tak fikir panjang. Habis latihan kan boleh bela rambut panjang walau pun tak boleh nak mengurai berjela. Aku anggap tak de rezeki, bukan rezeki aku. Lagi pun jalan takdir aku bukan untuk jadi polis. Kalau aku jadi polis tak jumpa lah dengan hubby aku sekarang ni, mungkin jumpa inspektor lain kot..

Moral of the story, dua2 kerja tu tak sesuai dengan jiwa fragile aku.

Kerjaya cikgu timbul semula bila reunion dengan kawan2 selepas 26 tahun tinggalkan sekolah. Rata2 kawan2 aku ramai yang jadi cikgu. Yang tak de tokoh, tak de gaya jadi cikgu masa dulu, yang kerek2, yang suka ponteng2 tapi sekarang jadi cikgu.

Ramai yang ingat aku jadi cikgu. Intan rakan sekolah dari form 1 sampai upper six mati2 kata aku memang layak jadi cikgu.  Ada gaya ada karisma. Cewahh..!! Dia yang patutnya tak jadi cikgu sebab dia rendah dan kecik orangnya. Kalau berdiri dengan aku Intan hanyalah separas bahu aku sahaja. Anak2 murid lagi tinggi dan besar dari dia. Tak pe lah intan..rezeki Allah dah tetapkan cam gitu. Ada hikmahnya.

Tapi kan..cikgu bukan sekadar guru di sekolah aje kan? Mengajar kat tempat lain dan dalam ertikata mengajar pun orang boleh panggil cikgu. Buktinya.. kat bawah ni.

                                                           |
                                                           |
                                                           |
                                                           |
                                                           |
                                                           |
                                                           |
                                                           |
                                                           |
                                                           |
                                                           V

                                                                           



cikgu Ita..

anak2 murid yang dahagakan ilmu.







perlukan skill yang tinggi ni..


practice make perfect.



hasilnya..


IR : hidup biar berbudi, disebut2 sampai mati.

No comments:

Post a Comment