Memang dah mentaliti rakyat Malaysia suka buat kerja disaat2 akhir. Suka buat last minute. Kadang2 last minute ni boleh jadi untung tapi selalunya rugilah.
Janganlah marah bila baca kenyataan ni. Banyak bukti terpampang depan mata. Segalanya benar belaka. Bukan tohmahan.
Contoh paling terang lagi bersuluh macam lampu spotlight kat Stadium Shah Alam tu ialah kes yang baru2 ni. Apalagi..saman trafik lah!
Kerajaan khasnya PDRM dah baik hati sangat bagi diskaun 50% lagi untuk jelaskan saman dari Ogos 2010 sampailah 28 Feb. 2011 ari tu.
Hari terakhir 28 Feb menjadi hari yang sangat2 sibuk di setiap balai polis dan pejabat pos kat Malaysia ni. Segalanya huru hara dan kelam kabut! Semua nak kejar dateline dan diskaun 50% dan tak mau nama diblack listkan.
Hubby aku pun terkenalah gak tempiasnya. Walau pun trafik bukan chanel dia, tapi dah namanya polis orang nampak sama je. Aku tengok ada gak lah 2 3 saman yang orang kirim kat dia minta tolong bayarkan.
Itu kira biasalah kan. Yang tak biasanya..aku gak terkena!
Masa ni rasa glamour lah sekejap bila lagu...my baby you dr hp aku asyik berkumandang dapat call dari sedara mara dan kawan2 yang minta tolong. Yang jarang2 call aku pun tiba2 nama tertera kat skrin hp. Ada yang dah tak larat nak beratur, nak termuntah bersesak2 dan macam2.
As usual lah.. aku tak kisah semua mende tu. Sapa lagi nak tolongkan. Aku bantu selagi yang terdaya, termampu. Dan semuanya aku hulur kat hubby.
"Yang, tolong ya..kesian dia orang."
Tapi tak semua orang dapat jelaskan pada hari terakhir sebab terlalu sesak dan sistem komputer jadi tidak berfungsi.
Makanya dengan baik hati dan rasa perikemanusiaan terhadap warga Malaysia yang selalu menyanjung kerja2 polis dan kadangkala banyak gak yang mengutuk maka PDRM lanjutkan lagi hingga 10 Mac 2011. Dan seperti biasa mentaliti orang kita tetap tak berubah. Lega dan lengang sekejap balai polis dan pejabat pos lepas pengumuman tu. Dan semalam 'tsunami' ke 2 melanda semula pejabat pos dan balai polis pada skala 8.9 skala richter macam melanda Jepun petang tadi. Kelam kabut, huru hara, kacau bilau lah jugak. Nasib lah ye sapa2 yang tak sempat bayar tu. Salahkan diri sendiri.
Agak2nya lah..kalau mentaliti ni tak berubah, ada untung ke?
Ada jugak kot?..bila aku rasa aku boleh kenakan service charge hanya untuk uruskan bil2 saman dia orang ni. Amacam? Rm10 sorang ok tak?
Agak2nya Tuan Halil setuju tak dengan idea aku ni?
IR : one bullet killing for 2 birds..hee..hee..
No comments:
Post a Comment