Satu hujung minggu yang lepas, dalam sibuk2 terkejar ke sana ke mari aku nekad gak. Mesti buat ni. Mesti dapat gak kali ni. Lagi2 kak cik asyik merengek2 kat aku. "ma..buatlah ma..buatlah ma.."
Kesian pun ada. Asyik minta je. Takut pun ada. Ialah selera budak2 ni takut kempunan. Mak selalu kata kalau tak boleh buat pergi beli. Jangan asyik menyebut2 je.. tak baik!. Itu mind orang dulu2 lah tapi kadang2 boleh pakai gak. Lagi pun aku sendiri memang dah lama teringin nak buat ni. Barang2 dah lama beli terbeku kat dalam esbok. Kang expired lak rugi lagi. Apa ke benda korang sebut..lasagnyia..lasagna. Hah! itu lah bendanya.
So, stat hari jumaat malam sambil mesin (?) kain berputar aku pun ligat 'bersilat' kat dapur sediakan dulu sos daging untuk lasagna. Simpan dalam fridge untuk masak esok malam. Just imagine berapa lama aku ambil masa nak siapkan sepinggan, semangkuk caserol lasagna? Busy lah tu..
Sabtu petang sebenarnya nak buat tapi tak sempat. Akhirnya hari minggu malam baru aku dan kak cik sibuk nak buat lasagna yang dah lama diidamkan. Dalam kepala dah ingat aku nak guna instant lasagna aje yang dah lama aku beli.
Sambil siapkan bechamel sos aku suruh kak cik keluarkan kulit lasagna tu dan rebus sekejap sebab aku suka kalau lagi lembut. Tapi tiba2..
"ma..tengok!'
Aduh!!!..lasagna sheet tu dah expired! Dah berlubang2, siap ada kutu2 yang cam kutu beras tu. Tepuk dahi aku!
Mana nak gagau kulit lasagna malam2 ni oiii? Sos daging dan bechamel sos dah siap. Tertunda lagi ke selera aku kali ni?
Kalau dah ada dalam darah ni mengalirnya darah Panglima Hitam, semangat tu memang tak pernah putus. Terus membara!
Rileks kak cik. I got an idea. Dapat gak kita makan lasagna kali ni.
Alhamdullilah, thanks God. Akhirnya macaroni menjadi penyelamat pada lasagna aku.
Jom rasa..de'rossi macaroni lasagna.
kuning keemasan..lepas juga geram.
macaroni lasagna.
Buat 2 bekas aluminium tu. Satu bawa ke ofis. Sedap! siap ada yang nak order lagi. Hilang terbang rasa penat bila orang suka masakan kita.
Oh!..nak cuba ke? Resepi ni aku dapat dari internet (CNP) dan modified sikit ikut selera sendiri. Enjoy ur own bite!
Bahan2
1 bungkus kulit lasagna
1 s/b butter/margerine/minyak
½ s/k garam
Air untuk merebus
(Instant lasagna x payah rebus)
Air + garam dah mendidh masukkan butter dan kulit lasagna. Dah lembut tapis dan jirus dengan air sejuk. Put aside.
Sos Daging
2 s/b minyak zaitun
2 biji bawang putih, cincang halus
1 biji bawang besar cincang halus
1 bungkus daging cincang (Ramly)
3 biji tomato potong kiub - boleh guna tomato with basil, garlic & oregano dlm tin
1 tin kecil tomato puree (du chef)
1 tin cendawan butang potong nipis.
Air, kiub ayam, garam, gula dan mixed herb/oregano.
Panaskan minyak zaitun. Saute bawang putih dan besar. Dah wangi masukkan daging. Gaul rata. Masukkan semua bahan2 lain. Masak hingga daging empuk. Jangan terlalu kering.
Bahan2 Sos Putih
50gm butter ) roux
1/2 cwn tepung gandum )
2sb minyak zaitun
2 cwn fresh milk
1 cwn Air
cheddar/mozarella cheese (ikut suka banyak mana)
1 kiub ayam
serbuk lada putih
sedikit bawang putih dan bawang besar cincang
mixed herb/oregano, garam.
Cairkan butter. Masukkan tepung dan kacau laju dengan whisk sampai kuning sikit je. Tepikan.
Panaskan minyak. Saute bawang2. Harum mewangi masukkan kiub ayam dan serbuk lada putih. Masukkan roux gaul rata dengan whisk. Tuang air dan susu segar. Masukkan cheese dan oregano dan garam. Kalau pekat sangat tambah air. Siap.
Proses melapis.
Susun kulit lasagna. Ratakan sos daging diatasnya. Lapis dengan sos putih. Tabur rata cheese. Nak sedap letak cheese banyak2. Ulang lapisan sehingga habis. Lapisan atas sekali adalah sos putih dan taburan cheese. Bakar 180C lebih kurang 20-30 minit atau hingga kuning.
Tips untuk masak western/italian food yang sedap:
* guna bawang besar kuning (bawang bombay).
* minyak zaitun untuk dapatkan rasa yang sedap.
* guna butter bukan margerine.
* guna fresh milk
* masa buat sos daging, renih daging dengan api perlahan hingga empuk. Omputih kata lagi lama lagi sedap.
ini lah kulit lasagna.
"thanks ma.. lepas ni boleh lah buat tiramisu, cheese cake, cabonara..."
"kak cik stop!"
IR : rindu kat lempeng dan roti canai mak.
No comments:
Post a Comment