Thursday, March 10, 2011

COKELAT OH COKLAT!

Hmmm...aroma coklat menusuk2 ke saraf hidung, meresap terus ke saraf2 dalam jiwa bila setiap petang keluar dari ofis menuju ke guard house harumnya mengiringi keberangkatan aku pulang. Wangi!..macam aromaterapi pula untuk aku. Lembut mendamaikan jiwa walaupun kadang kala menggoncang selera!

Anda suka cokelat atau coklat? Aku suka dua2. Tak ada bezanya cuma sebutan yang berbeza.  Dari dulu aku memang coklat crazy, coklat lover.  Dari coklat wafer bungkus plastik merah beralih ke coklat cadbury kertas purple. Apa saja yang based dari coklat memang melazatkan. Susu coklat, brownies, tat coklat dan macam2 lagi. Kek coklat usah cakaplah. Ikut hati mati!

Membayangkan coklat berada di dalam mulut dan mencair dengan rasa yang lazat atau sedang menghirup secawan coklat panas dalam kedinginan cuaca Bandung suatu ketika dulu atau menikmati harumnya bau coklat cheese yang baru masak dari oven pastinya saat2 yang begitu indah. Coklat bukan untuk anak2 kecil sahaja malah orang dewasa lagi giler.

Coklat sering dijadikan lambang cinta, hati dan perasaan. Selalu dijadikan hadiah untuk tersayang. Mengapa coklat selalu dianggap lambang cinta seseorang? Apakah yang terkandung didalamnya yang menjadikannya terlalu istemewa? Anak2 aku sanggup berhambat, bergaduh gara2 berebut coklat. Hubby kata itu semua ikut gen aku yang gilakan coklat!

Dan kini bila aku benar2 terjebak dan terjatuh ke dalam 'telaga coklat' di Quantum Supplies ni citarasa coklat aku beralih arah.

"bila you dah rasa coklat kita nanti you akan lupakan coklat2 kat luar tu"

Fuhh! hebatnya! Coklat apa ni?

First time dengar nama Danson dan Fidani aku rasa macam memang tak pernah dengar. Mana taknya, coklat2 ni dicipta untuk golongan pertengahan dan atasan. Pulak tu tak ada kat kedai2 biasa cuma di tempat2 yang eksklusif je like airport KLIA, LCCT, Langkawi, Penang, Kota Kinabalu, Labuan dan Genting Highlands. Mana lah aku nak jumpa bila selalu beli coklat hanyalah kat kedai mamak, Tesco, Giant, C4 atau kat 7-11. 

Apa hebatnya coklat Danson dan Fidani?

Fuhh!! sendiri cuba baru tahu!

Rasa lemak koko yang enak dalam coklat yang diimport dari Belgium yang memang terkenal dengan coklat tu boleh buat seseorang berada dalam kelasnya yang tersendiri. Real coklat tak manis macam coklat yang lain tapi lebih kepada rasa coklat yang sebenar bila telah siap diadun. Bukan omong kosong..aku coklat lover aku tau lah. Tanyalah kawan kita Azman Gani macamana dia menikmati keenakan coklat bar almond masa memandu ke Subang Jaya nak jemput Suzana sambil makan coklat yang aku bawa buatkan dia tersasar jalan. Leka makan coklat yang sedap! Tak percaya coklat itu buatan Malaysia. Dan aku pun tak percaya dia seorang lelaki pun suka cokelat cam aku!

Cecite sikit!

First time rasa coklat Danson aku dah ucapkan selamat tinggal pada zip cadbury dan kit kat nestle. Tanpa menoleh lagi pada ferrero rocher bila coklat Fidani mengambil tempat. Coklat handmade yang terkenal dengan coklat berintikan durian. Inti duriannya memang pure! Harganya agak mahal sikit tapi berbaloi. Yang paling utama adalah HALAL dan tanpa ragu2. Tu yang buat Suzana selalu repeat order untuk anak buahnya yang memang cerewet pasal coklat2 ni. Yang selalu tengok ada tak kod E E  macam coklat2 lain kat luar tu. Bangga dengan usaha bangsa kita sendiri.

Kalau nak buat hadiah, hamper, doorgift, souvenir majlis kenduri kahwin and so on sangat2lah sesuai. Coklat Fidani yang handmade boleh ditempah ikut citarasa sendiri, bentuk, design hatta nak letak gambar sendiri pun boleh. Design by your own.

Bila dah namanya 'hantu coklat', pantang ada coklat yang 'disedekahkan' pada kita orang kat ofis ni aku lah orang yang  sangat2 bersyukur bila dapat rasa coklat2 yg masih dalam eksperimen tu  (sample) atau pun sekali sekala dapat gak merasa coklat2 Fidani yang lazat dan enak. 

Orang kata makan coklat ni boleh gemuk. Ia ke? Jangan lah..aku suka coklat tapi tak nak gemuk. Aku pun korek2lah kat internet pasal info coklat ni. And don't be supprised!...lihat apa yang aku jumpa..taraaa...!!

Info ni sedikit ilmiah for your knowledge.

Fakta 1: Coklat tidak menyebabkan jerawat.
Sebaliknya, amalan pemakanan yang kurang baik, punca utama jerawat, tetapi kita lebih mudah menyalahkan coklat. Perubahan hormon ketika baligh, ditambah pengambilan makanan kurang zinc dan banyak iodine ialah punca utama jerawat. So terbukti coklat tidak menyebabkan jerawat.

Fakta 2: Coklat tidak menggemukkan (Alhamdulillah...)
Isu sebenarnya ialah apabila kita makan berlebihan.  Makan sederhana, termasuk coklat, diiringi senaman kardiovaskular, adalah rahsia mengekalkan berat badan sihat.  Sebagai peringatan, Persatuan Pemakanan Amerika menasihatkan "…coklat boleh dimakan secara sederhana."


Fakta 3: Penghidap diabetes boleh makan coklat.
Persatuan Diabetes Britain, Persatuan Dietitik Amerika dan Persatuan Diabetes Malaysia kini mengakui bahawa pengambilan gula, atau makanan bergula, dalam jumlah terhad sebagai sebahagian diet tinggi serat dan rendah lemak, boleh diterima dengan makanan biasa. Justeru, penghidap diabetes boleh menikmati coklat, tetapi secara sederhana, mengikut nasihat pakar pemakanan.


Fakta 4: Coklat tidak sebabkan karies gigi
Kerosakan gigi disebabkan oleh  hakisan enamel pada gigi. Asid yang terhasil daripada pecahan karbohidrat makanan di dalam mulut menyebabkan hakisan ini.  Tanin pada koko mungkin membantu mencegah karies dengan mengurangkan pertumbuhan plak, manakala asid oksalik dalam coklat dapat mengurangkan pengeluaran asid gigi.

Fakta 5: Coklat tidak sebabkan sakit jantung
Punca utama  ialah gaya hidup kurang sihat dan kurang cergas. Merokok, kurang bersenam, pemakanan tidak seimbang dan berlemak tepu adalah penyebab sebenarnya.  Coklat kaya antioksidan, dikenali sebagai fenol
dan flavonoid untuk menangkap radikal bebas dalam tubuh dan mengurangi kolesterol dalam darah. Antioksidan ini 3 kali lebih banyak dari teh hijau.
Fakta 6: Coklat memberi ketenangan.
Coklat berupaya mencetuskan reaksi positif kepada tindakan kimia otak. Aroma, rasa dan kelazatan coklat memberi nikmat sukar digambarkan.  Glenn Cardwell merumuskan: "Makan coklat antara nikmat sebenar kehidupan." Jadi, janganlah bimbang hendak menikmati coklat, kerana ia antara anugerah kehidupan paling enak.


Fakta 7: Coklat untuk kesihatan
Coklat mengandung vitamin A, B1, vitamin C, D dan E serta nutrisi seperti zat besi, kalium dan kalsium. Coklat juga mampu mengurangkan kesakitan yang dialami semasa datang bulan (PMS) kerana koko merupakan sumber magnesium yang tinggi untuk mengurangi efek negatif dari PMS.
Bahan penting dalam pembuatan coklat iaitu theobromine yang dikatakan mempunyai kesan tiga kali ganda lebih efektif untuk menghentikan serangan batuk. Theobromine tidak mempunyai kesan sampingan seperti mengantuk.

Fakta 8: Coklat Simbol Cinta.
Memberikan coklat untuk orang tersayang adalah kerana coklat sering dianggap sebagai makanan cinta. Coklat memiliki tekstur yang lembut dan akan cair secara perlahan saat berada di dalam mulut. Ini memberikan efek nyaman, rileks dan dapat meningkatkan rasa ghairah seseorang. Terkandung pula phenylethylamine yang berfungsi membantu penyerapan dalam otak dan menghasilkan dopamine yang akan menyebabkan perasaan gembira, meningkatkan rasa tertarik dan dapat menimbulkan perasaan jatuh cinta. Itulah alasan lain mengapa coklat sering diberikan sebagai hadiah tanda cinta. (patutlah..bila aku makan coklat rasa cam jatuh cinta je..hee..hee)

Fakta 9: Coklat untuk Kecantikan.
Antioksidan dan katekin yang ada di dalamnya dapat mencegah penuaan, maka tidak heran bila saat ini berkembang lulur coklat yang sangat baik untuk kecantikan kulit.
So, tepuk dada tanya selera dan tanyalah iman. Tapi macamana ye nak tahan selera bila coklat dah terhidang depan mata. Free lak tu. 

coklat Fidani yang first class! Fine Belgian Recipe.









Chef Amir semasa bersama Fidani.







Sebahagian dari coklat Danson produced kat Quantum Supplies.







Hari2 makan coklat, hari2 rasa jatuh cinta..





Dapat hadiah dari my son sempena hari ibu 2 thn lepas.




 


Kalau nak cari coklat Danson dan Fidani tu aku rasa korang tau kat mana nak carikan? (orang terdekat..aku le..) and for more info about Danson and Fidani jangan malu2 klik http://www.quantumsupplies.com/ atau sila2lah mampir ke Quantum Supplies di Kota Damansara (03 61569960) atau Fidani di Glenmarie Shah Alam (03 55132283).



4 comments:

  1. Salam,

    If bak tahu pricing utk chic fidani utk weddin doorgift mcm mana ya? Can email me the infro? putriazalia@gmail.com thank you

    ReplyDelete
  2. I have chocolate Danson with unique packaging. Because the packaging is music box.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Dwi Indah Nurma. Manisnya nama kamu. Enak enggak coklat nya? Kalau kamu rasa coklat Fidani lagi enak. Jika dtg ke Msia, coba2 cari di airport pasti ada. Atau kalau mau yg free sampai Msia nnti coba2 call saya. Mana tau rezeki kamu ada untuk merasanya. Thanks for dropped by.

      Delete