tag seminar..macam kat spital kan.. |
Alhamdulillah Allah bukakan pintu hati nak jumpa ngan doc. ni. Bukan sebarang doc. Aku salute betul kat dia. Seorang motivator yang paling hebat yang pernah aku jumpa. 3 hari 2 malam tu memang berbaloi2! Benar2 mujarab dan excellent service kau! Ini lah doktor yang aku maksudkan.
Dr. Azizan Osman. Ramaikan yang kenal dia. Walaupun tak pernah jumpa live mesti korang pernah tengok dia kat TV Nasi Lemak Kopi O atau kat Harian Metro.
Seminar Intensif Mentor Kekayaan dan Kejayaan (IMKK) di Wisma MCA telah menyedarkan aku (selama ni pun sedar sikit je..) tentang banyak perkara dalam hidup ini. Banyak 'treatment' yang dia bagi untuk orang2 cam aku ni. Tak dapat aku nak huraikan satu persatu sebab ianya perlu dirasai, dialami, dilalui sendiri. Kenali kekuatan dan kelemahan potensi diri supaya kita dapat mengawal dan menikmati hidup di tahap paling maksimum.
Kadang kala kita rasa diri kita ni cukup perfect. Apa jalan yang kita pilih itulah yang terbaik tanpa mengetahui bahawa sebenarnya ada rahsia2 tersembunyi tentang diri kita yang tidak kita ketahui. Rahsia2 yang akan menyerlahkan lagi keperfectan diri kita. Untuk mengungkapkan segalanya, sila lah anda2 di luar sana join lah mana2 program yang diadakan oleh Dr Azizan.
Dia juga merupakan orang yang sangat berjaya dalam bisnes. Multi millionaire!..kalau korang masih mencari2 mentor dalam bisnes, dia adalah orangnya. Program2 sepeti Rahsia Kuasa Minda Jutawan (RKMJ), Master your Bussiness, Marketing Strategy, Train the Trainer (TTT) dan banyak lagi disediakan untuk anda. Bertindak segera dan grab the chance!
Itu yang dapat aku sharekan kali ni. Percayalah..bila lebih banyak kita memberi, lebih banyak yang akan kita terima. Hidup bahagia, berjaya, sihat dan berkat dunia dan akhirat hanyalah untuk orang2 yang terus bertindak dan melakukan tanpa menghiraukan 'biawak2' yang ada disekelilingnya. Kirim salam lah..!!
ouk!...ouk!..
Sekitar seminar IMKK 1-3 April 2011.
Alumni Dr Azizan Osman. |
IR : dalam menukar fantasy kepada reality.
No comments:
Post a Comment