Friday, June 17, 2011

NORA ELENA VS KASIH YANG SUCI

Salam ceria dan bahagia.

Fuhh!..semalam menamatkan 24 episod drama Nora Elena. Back to normal life. Kalau tak terganggu gak lah beberapa perkara. Yang pasti sepanjang follow drama ni balik keje terus balik rumah seblm jam 7.00pm.

Follow sebab dah baca novel ni. Bila tengok episod mula2 Elena tumpahkan air kat baju Seth tiba2 aku teringat. "eh! cam dalam novel tu lah.." lepas tu confirm lah memang adaptasi dari novel Kasih Yang Suci.

Aku memang minat baca novel sejak dulu2 lagi. Kalau dah baca novel 'tak hingat dunia'. Berlambak2 novel dalam simpanan sampai lah kahwin stop! Hubby tak galakkan aku baca. Buang masa katanya. Aku tak salahkan dia. Mungkin dia tak terdedah dengan bahan bacaan cam tu dan mungkin dalam jiwa dia tak de rasa seni dan sastera. Dalam jiwa tak de taman! Itu beza aku dgn dia. Aku akur. Cuma yang dia tak boleh stop aku ialah pinjam dari kawan2. Sorry yang..! 

Novel pertama aku baca - Badai Semalam oleh Khadijah Hashim. Pinjam kakak form 5 punya. Baca sampai bengkak2 mata. Sedih kau! Jalan cerita, bahasa dan cara penyampaian menusuk ke jiwa. Aku suka juga novel oleh Adibah Amin, Sharifah Abu Salem dan siapa tu yang tulis novel Ombak Rindu..Norhayati Ibrahim kot dan beberapa novelis wanita yang lain.

Novel Kasih yang Suci ni pinjam dari kawan. Baca dalam keretapi Senandung Malam last year dan habiskan sampai ke Butterworth esoknya. Jalan ceritanya ok cuma aku rasa bahasa dan plot agak longgar. (memandai je..) mungkin sebab aku selalu baca novel oleh penulis yang dah ada nama dan hasil tulisan mereka memang padat dan mantap. Kasih yang Suci masih banyak yang perlu dibaiki sebab bila dah habis baca rasa macam ada yang kurang dan tak 'menyengat'. Tapi bila diadaptasikan ke drama..wow! two thumbs up! Best giler! Pengarah, penulis skrip dan pelakon2nya hebat! masuk dengan lagu2 sound tracknya..semuanya menjadi! Apa2 pun watak Seth Tan dalam novel aku rasa lagi romantik giler! Nasib baiklah Aaron Aziz yang bawakan watak Seth tu dalam drama. Layanlah sikit..he..he..he.. entry kali ni sebagai penyeri blog aku. Enjoy..
















Lepas ni Aaron Aziz akan muncul dalam filem Ombak Rindu bersama Maya Karin dan teater Badai Semalam bersama Erra Fazira. Mamat ni popular lah tahun ni. Boleh dapat anugerah kat ABP thn depan tak?


IR : masihkah ada ruang di dalam hati mu..

Wednesday, June 1, 2011

DARI RUSUK KIRI MU.

Salam. Nak kongsi satu sajak yang aku jumpa masa round2 kat blog sapa tah. Sajak sempena bulan june, bulan untuk hari bapa terutama untuk bapa2 yang dah capai usia 4 series dan ke atas dan ingatan untuk bapa2 muda.

Kisah rumahtangga lebih hebat dari kisah 1001 malam. Lebih asyik dari Hikayat Tajul Muluk (?) dan lebih seram dari cerita Karak. Hehehe...setiap orang punya persepsi, punya pendapat yang berbeza. Ambil dari sudut positif dan buangkan negatif thinking. Ok, baca dengan fikiran yang tenang dan positif, cuma nak share saje.



ADA AKU PEDULI

Ada aku peduli isteri dan anak2ku sudah makan atau belum
Ada aku peduli jika isteriku tak sempat makan kerana sibuk melayan anak-anak....
Ada aku peduli jika isteriku masih di dapur menyediakan keperluan pagi esok ketika aku sedang berdengkur...
Ada aku peduli siapa yang membelikan sabun mandi, ubat gigi dan meletakkannya di dalam bilik aku bersiram....
Ada aku peduli dah berapa lama isteri aku begitu setia menggosok kain bajuku...
Ada aku peduli bagaimana layanan yg isteriku dambakan dari aku seorang suami
Ada aku peduli apa perasaan isteriku bila aku pulang kerumah dengan wajah kusam dan masam.
Ada aku peduli adakah wang yang masih bersisa utk isteri dan anakku ketika aku hendak kepergian
Ada aku peduli apa perasaan isteriku bila aku tidak pernah menelefonnya ketika aku bertugas di luar.....
Ada aku peduli berapa harga gincu jika isteriku ingin memerahkan bibir yang pudar ditelan masa....
Ada aku peduli bilakah kali terakhir aku menghadiahkan minyak wangi kepada isteriku...
Ada aku peduli bila kali terakhir aku membelikan pakaian utk wanita yg rela menjadi isteriku..menjadi ibu anak-anakku
Ada aku peduli kenapa isteriku terlelap bersama linangan airmata.
Ada aku peduli jika isteriku terjaga di tengah malam kerana dengkurku......dan aku terus nyenyak tidur dibuai mimpi indah seorang lelaki....

Tiba-tiba aku menjadi peduli dan mengambil peduli
    Ketika telefon isteriku berdering di malam hari...
    Ketika isteriku mula belajar ber sms..dan berchatting...
    Ketika isteriku kembali berhias seperti ketika aku mula jatuh  hati padanya...
    Ketika isteriku sanggup tidak makan malam kerana mahu  menjaga badan
    Ketika isteriku tidak meminta lagi aku menjadi imamnya....
    Ketika isteriku memilih tidur bersama anak-anakku.....
    Ketika dia tidak lagi mencium tanganku ketika aku hendak  pergi
 Kini .... aku baru ingin bertanya kenapa isteri aku dah tak peduli kat aku.

Tidak ada manusia yg sempurna baik suami ataupun isteri. Jangan mengharap dilayan seperti raja jika kita tidak pernah anggap isteri itu permaisuri hati kita. Jangan diharap bunga yg indah jika kita tidak pernah membajanya. Dan selalulah ingat....bila hati seorang wanita telah retak, dia boleh menjadi lebih keras daripada seorang lelaki.





Semestinya sajak ini ditulis oleh seorang wanita. Mungkin mewakili wanita2 yang senasib dengannya atau inilah sebenarnya realiti yang dialami oleh isteri2 di luar sana. Cuma aku sangat suka akan kata2 ini. Fahami apa yang tersirat di sebalik yang tersurat.



Wanita
dijadikan dari rusuk kiri lelaki
yang dekat dengan lengannya
untuk dilindungi
yang dekat dengan sisinya
untuk didampingi
yang dekat dengan hatinya
untuk dikasihi

Wanita
dijadikan dari rusuk kiri lelaki
lenturlah ia dengan lembut
agar ia tidak patah
dan jangan biarkan ia terus bengkok
dan mencengkam diri sendiri..



IR : syurga lelaki di bawah tapak kaki wanita (ibunya), syurga wanita di bawah telapak kaki lelaki  (suaminya).

MY NEW BABY BORN

Salam semua.


Tak pernah aku bagi salam kan? Tiba2 aku rasa ada orang baca blog aku ni dan bukan aku tulis untuk baca sendiri. Terima kasih.


Masa aku tulis tajuk ni kat FB ramai kawan2 yang lama tak jumpa aku terkejut badak. Ucapan tahniah bertalu2. Yang jealous pun ada dalam usia2 begini masih boleh ada baby comel lagi.


"comelnya, cutenya anak kau"


"bagi kat aku lah.."


ha..ha..ha..aku ketawa je dalam hati.


Tak kuasa aku nak berbaby2 lagi sekarang ni. Pinggang dah ramping. Lemak2 dah kurang tak payahlah nak 'mengendong' lagi. Walaupun oranag kata anak tu rezeki aku minta kat Allah bagi lah aku rezeki dalam bentuk yang lain. Biarlah orang yang masih tak ada anak, yang nak anak tu yang dapat baby but not me.


Yang sebenarnya bukanlah my new baby born. Yang sebenarnya ialah My New Niece Baby Born. Benarlah kata orang kelahiran itu merapatkan tali persaudaraan. Ini anak sedara aku yang ke12 cucu mak yang ke17. Nama dia Nur Qistina. Sah lah ni mak dia angau dengan cite Spa Qistina. Tapi aku bagi nama sendiri. Nur Maisara. Suka sangat nama tu..ialah nama baby pompuan kan sedap2. Aku anak pompuan sorang je tapi nama macam2 ada kat kepala ni.

Dah nak masuk 2 bulan umurnya. Aku sibuk tgh buat coklat dan bunga telur untuk majlis cukur jambul Maisara jumaat ni. Sibuk cam buat untuk anak sendiri! Hehehe..sayang mak ngah kan!


gebuzzss!





siap berpanteh2 lagi.


errmm...boringnya...mata dah kuyu nak tido.



cuaca panas baru2 ni memaksa maisara 'berbikini'..


IR :  sekuntum cinta di taman firdausi untuk kita.

Thursday, May 19, 2011

IGAUAN SI BALDU MERAH.

Fuhh!!..fuhh!!..berabuk! Habuk di mana-mana. Bersawang sawang berselirat menyelubungi kepala tatkala aku masuk menjenguk blog yang lama aku tinggalkan. Bukan sengaja aku tinggalkan sepi tanpa sebaris ayat. Kosong.

Sebenarnya banyak yang berlaku. Macam2 hal yang terjadi. Cuma yang ini nak aku coretkan dahulu sebagai pembuka kalender untuk May yang sepi.

Igauan si Baldu Merah. Termimpi2. Terkenang2. Terindu2. Jangan salah sangka. Aku nak cerita pasal makanan je. Nak cerita pasal sebijik kek yang buat aku meroyan sekejap. Pernah dengar Kek Red Valvet? Aku transletkan Kek Baldu Merah. Yang tengah famous dan meletup2 kat Klang Valley khasnya.

Dah lama aku dengar pasal kesedapan dan kesahduan rasa kek ni cuma aku tak nampak kat kedai2 kek yang pernah aku masuk. Even kat Secret Recipe pun tak de tak tau lah masa entry aku tulis ni SR dan jual pulak. Kalau kat blog2 masakan kek ni memang femes lah. Punyalah excited aku kumpul resepi dan study pasal kek dari Itali ni tapi 'seru' nak buat tu tak sampai2. Beberapa bulan yang lepas aku jumpa kek ni kat Plaza Masalam. Senang je nak kenal kek ni. Warnanya merah dan topping dengan cheese. Harganya mak datuk!..satu slice kecil RM6.90. But not bad. Aku pernah dengar harganya ada lagi mahal dari tu. So aku try lah. Unfortunately mengecewakan! It's must be something wrong somewhere. Rasa biasa je dan yang paling frust toppingnya tak de rasa cheese langsung dan tak smooth tak cair dalam mulut. Apa yang sedapnya yang femes sangat tu?

Memang tak puas hati. Dan untuk puaskan hati aku pun cubalah buat sendiri walaupun cuak gak bila tengok resepi guna cheese about 1/2 kg! Aku guna Philadelphia je sebab sakit poket bila tengok harga Mascarpone  yang rasa tak sampai hati nak telan. Philadelphia pun ok gak still mengancam.

Akhirnya..atlast!..taraa...!!















hrrmm..sahdunya!




Fullamak! inilah kek Red Valvet hasil tangan aku sendiri. Buat sempena Hari Ibu. Memang sesuai sangat untuk ibu2 yang vogue gitu. Lebih sedap dari yang aku beli tu. Bukan perasan tapi realiti. Memang rasa dia lain dari yang lain. Warna merah kek ni yang unik. Rasa cheese jangan cakaplah. Sebab rasa lain tu aku rasa sebab bahan yang digunakan memang lain dari yang lain. Korang tau tak resepi dia letak apa dalam kek ni? Salah satu bahannya adalah CUKA! Hah! terkejut! Bukan cuka getah ok, cuka makan. So sapa2 yang ada gaut hati2 ok. Rasa secubit dah cukup jangan kempunan udah.

Lepas ni tak le mengigau lagi nak Red Valvet. Soo puas hati. Tak percaya erkk aku yang buat sendiri? Sempat buat kelas lagi untuk si crazy Red Valvet sebab aku simpati pada mereka2 yang terliur2 nak rasa Red Valvet si Baldu Merah. Kalau teringin nak rasa aku bagi special price RM79.00 je.. lbh kurang 1kg.










kegilaan pada red valvet tak mengira usia...
 

IR :  Red Valvet...si Baldu Merah, setabah hatimu, selembut kasihmu.    
       Terima kasih ibu.


Saturday, April 16, 2011

OUT OF NO WHERE

siapakah itu
out of no where
yang hadir menghulurkan salam
lalu ku sambut dengan airmata

siapakah itu
out of no where
yang memimpin tangan
melangkah bersamaku
menggalas harapan untuk bersatu

siapakah itu
out of no where
yang pergi tiba tiba
saat aku mencari identiti diri
tanpa salam perpisahan
termangu aku
tersedar dari mimpi..

arghh!!..mimpi hanyalah gurauan lena ku.




woi! jiwang karat kau!

memang pun! (mengaku aje lah..)



IR : bunga2 cinta kembang terhalang.

NOSTALGIA : OPAH KU.

Bangun pagi tadi mata basah dan bengkak sebab malam tadi menangis teringatkan arwah Opah. Dah lama aku tak rasa cam ni. Cepat2 sedekahkan Al-Fatihah untuk Opah. Agaknya beberapa hari ni aku agak terlalai untuk menyedekah Al Fatihah dan ayat2 suci untuknya.

Opah dah pergi menghadap penciptanya lebih kurang 25 tahun yang lalu. Tapi Opah selalu dekat di hati aku. Di entri kali ni aku nak catatkan kenangan sewaktu bersama Opah selama hayatnya di sisi aku. Bila rasa rindu kat Opah mungkin kenangan2 ini mampu memadamkan rasa rindu itu.

Aku antara cucu opah yang paling manja dan paling rapat dengannya. Opah nama sebenarnya Rokiah Bt Awang. Orang kampung di Kerling panggil dia Long Kiah. Setiap kali watak opah dalam drama atau filem adalah orang yang gemuk dan latah. Macam tu lah Opah aku. Opah adalah nenek di sebelah ayah aku atau lebih senang nak faham mak ayah aku. Nenek sebelah mak aku panggil Wan.

Aku mula rapat dengan Opah masa berumur 11 tahun. Sebelum ni aku selalu ikut abah bertugas jauh dari kampung Opah. Bila abah ditukarkan ke Ulu Yam Bharu, setiap kali cuti sekolah aku akan bercuti ke rumah Opah di Kerling.

Opah orangnya hidup dalam keadaan sederhana. Nak kata kaya tapi kadang2 aku tengok Opah ni macam miskin gak. So aku kategorikan sebagai sederhana. Badan Opah gemuk dan rendang. Tabiat Opah yang aku tak tau dia dapat dari keturunan mana tah ialah melatah. Aku tengok anak2 Opah yang lain tak melatah cuma anak keduanya aku panggil Mak Ngah Ma'ah je yang terikut2 melatah.

Opah merupakan penyeri, penglipurlara kat majlis2 orang kahwin kat kampung. Aku selalu ikut Opah merewang kalau ada majlis kahwin. Orang2 kg suka mengusik atau melatahkan Opah dan kemudian akan tertawa beramai2 apabila Opah akan mengajuk apa sahaja yang dibuat  orang bila dia dah melatah. Kadang2 aku kesian tengok Opah bila dah sedar dari latahnya dia akan termengah2 sebab penat. Pun begitu Opah tak pernah tunjukkan rasa marah pada orang kampung. Pernah sekali orang2 kampung 'kerjakan' dia sampai Opah pengsan. Aku menangis bila tengok Opah aku diperlakukan begitu. Tapi pada orang2 kg itu semua perkara biasa. Mereka dah tahu macamana nak pulihkan Opah semula.

Kalau aku balik kg Opah paling suka buatkan aku tapai ubi. Aku pun tak tau macamana aku boleh suka tapai ubi sampailah sekarang. Cuma yang pasti bila Opah ajar aku cara buat tapai ubi dari mula hingga tapai ubi 'masak' buatkan aku jatuh cinta dengan tapai ubi. Aku selalu tunggu dan temankan Opah buat tapai ubi dari mula hingga akhir dengan sabar. Opah akan rebus ubi, sejukkan, tabur ragi dan susun dalam pasu. Semuanya aku tunggu dengan sabar. Opah tak bagi aku kacau dia masa buat tu. Cuma yang boleh tengok je. Lepas penuh pasu dengan ubi2, Opah aku tutup dengan daun pisang dan bungkus pasu dengan kain batik dan ikat kuat2. Opah akan selitkan paku dan cili kering dalam bungkusan tu...kalau tak silap aku lah. Aku tak tanya pun apa tujuan paku dan cili kering tu. Lepas tu Opah akan simpan pasu tapai bawah katil. Esoknya aku akan jenguk bawah katil nak tengok tapai dah 'masak' ke belum. Opah selalu marah. Dia kata tak payah tengok2, kalau tapai tu dah 'masak' akan berbau harum. Dia tau aku memang tak sabar nak makan tapai.

Ubi yang ditabur ragi sebelum dibungkus.
(gambar ehsan google)


tapai yang dah siap 'masak' dan ready utk disantap.
(gambar ehsan google)


Opah dan sireh memang dah jadi trademark kat kg. Orang kg kalau teringin nak makan sireh akan datang ke rumah Opah. Seingat2 aku, rumah Opah tak pernah sunyi dari tetamu setiap hari. Samada nak merasa sireh Opah atau saje2 nak usik Opah supaya Opah melatah. Opah tak kedekut. Siap tanam pokok sireh lagi kat belakang rumah sebagai stok untuk dia. Aku suka petik daun sireh dan susun dalam tepak sireh Opah. Malam2 aku selalu temankan Opah makan sireh. Aku pun kadang2 makan gak. Boleh tahan sedap cuma yang tak tahan pedasnya! Tapi aku tak nak jadikan habit dan tak nak sambung keturunan Opah yang makan sireh. So sekali2 je aku makan sireh. Aku akan gobekkan sireh untuk Opah. Gobek Opah dari tembaga. Tepak sireh Opah pun dari tembaga. Korang tau ke apa gobek tu? Search lah kat google. Aku gobek sireh Opah sampai lumat baru Opah makan. Opah kata gigi dia dah tak kuat. Opah ajar aku macamana nak kopek pinang pakai kacip. Kalau kacip tajam senang sangat nak kopek pinang yang kotai tu. Sekarang ni bila aku tanya Usu kat mana tepak sireh dan gobek tu nak buat kenangan..Usu kata ..kirim salamlah..orang tarik ibu duit dah songlap semua..(Usu tak cakap cam tu..aku translate pada bahasa yang korang mudah faham.)



Inilah contoh tepak sireh, kacip dan gobek. Aku ambil dari blog sapa tah. Rasa2nya cam Opah aku punya je..jgn marah ye yang empunya gambar.


Waktu kecil2 aku memang penakut sangat. Tak tau lah dari mana sifat penakut tu datang. Aku terfikir gak, kenapa aku jadi sangat penakut lebih2 lagi truma bila dengar ada kematian. Kalau berita kematian tu kat hujung kg aku rasa cam nak lari je. Kalau boleh jangan langsung berita2 tentang kematian sampai ke telinga aku. Masa ni aku tak akan berenggang dengan Opah. Usu, anak bongsu Opah selalu takut2kan aku. Usu pernah kena marah dengan Opah sebab takutkan aku masa aku masuk bilik nak ambil baju. Aku menjerit terpekik terlolong sambil lari kat Opah dengan muka pucat lesi. Opah kata adik dia meninggal sebab terlalu penakut. Orang yang takutkan adik dia adalah Opah sendiri! Tu sebab Usu kena marah habis2an lepas takutkan aku.  Aku tidur bawah ketiak Opah bila balik kg dan 'rampas' tempat tidur Usu. Tu sebab kot aku rasa kadang2 Usu cam anti je dengan aku. Selalu kalau tidur aku tak bagi Opah tidur dulu sebab kalau Opah dah tidur dulu aku pulak tak boleh tidur. Opah tidur berdengkur! Aku akan kejutkan Opah dan bagi aku tidur dulu. Opah akan ketawa terkekeh2 tengok perangai aku tu.

Depan rumah Opah ada sebatang pokok bunga tanjung yang besar. Tiap2 pagi belum basuh muka lagi aku dah turun ke tanah dan kutip bunga2 tanjung yang jatuh bertaburan melatari laman Opah. Harum bau bunga tanjung sungguh semerbak. Aku akan cucuk bunga2 tu dengan benang dan buat panjang2. Tau nak buat apa? Nak letak kat kepala Opah. Lilit kat sanggul dia. Sanggul yang cinonet tu. Aku panggil siput. Selalunya lepas balik dari mandi sungai pagi2 Opah akan berdandan. Opah akan tempek muka dia dengan bedak sejuk yang dibuat sendiri. Aku lilitkan kalungan bunga tanjung kat siput dia. Atau pun Opah aku letak bunga2 tanjung dalam almari baju untuk mewangikan baju2 dia. Dan kadang2 campur dalam botol bedak sejuk. Bagi wangi bedak tu. Kreatif gak Opah aku ni.





Ini lah bunga tanjung. Putih dan harum mewangi sewangi kasih Opah.
 

Rumah Opah dekat dengan sungai. Boleh dikatakan kehidupan orang kg masa tu untuk membasuh, ,mandi manda hatta untuk 'membuang' pun bergantung kepada sungai. Orang dulu2 sering menuba ikan di sungai. Tau tak apa itu menuba? Korang memang orang bandar lah! Memang korang tak ujud lagi zaman tu. Zaman sekarang ni perkataan tuba tu dah hampir lenyap dan tak digunakan bilamana sungai2 sekarang pencemarannya aje dah boleh buat buaya pun timbul. Pendek cerita menuba tu ialah racun dari pokok tuba yang dicurah dari ulu sungai untuk bagi ikan2 dalam sungai 'mabuk' dan senang nak ditangkap. Pokok tuba camne? Cari kat library.

Satu petang aku temankan kawan aku ni si Ana basuh pinggan kat sungai. Tak de orang time tu sebab petang biasanya xtvt orang kg ialah tidur aka berehat. Dia basuh aku bilas. Tiba2 aku tengok kat permukaan sungai ikan melompat2 dan banyak ikan yang nyawa2 ikan dihanyutkan air. Kebanyakannya ikan putih. Wah! apalagi aku dan Ana pun menjeritlah..tuba!..tuba!..orang menuba!...excited kau sebab jarang2 dapat jumpa orang menuba nih! Sekejapan sungai dipenuhi orang kg datang dengan raga, tapis, jaring dan macam2 nak tangkap ikan yang dah 'mabuk' tu. Semuanya bagaikan berpesta. Pesta tangkap ikan dan dapat ikan free. Aku dan Ana tak kira basah dah meranduk sungai mengejar ikan2. Memang menyeronokkan sampailah aku hampir 'tak sedar diri' bila aku tiba2 terpandangkan Opah aku datang terkedek2 dengan bakul plastik yang buat pegi pasar tu nak tangkap ikan. Aku renung bakul kat tangan Opah. Ni macam bakul tempat anak ayam dia je. Tah kat mana lah dia letak anak ayam tu agaknya. Aku tengok Opah terkial2 nak tangkap ikan. Aku datang dekat dengan Opah. "dapat ikan Opah?''.. Opah pandang aku.."bakul ni bocor pulak.." kata Opah lemah. Alahai..kesiannya Opah aku. Apa lagi..aku capai je tapis plastik Ana dan kaut ikan2 yang bergelimpangan dipermukaan sungai. Malam tu aku, Opah dan Usu dinner dengan ikan sungai goreng yang garing dan sedap makan dengan nasi panas2. (kenangan ni tak akan aku rasai lagi..)


                 cam ni lebih kurang ikan sungai tu. aku panggil ikan puteh. Goreng garing2 pun sodap!

Bila aku semakin meningkat remaja dan duduk di asrama, masa cuti aku banyak dihabiskan dengan famili sendiri. Sekali sekala aku jenguk Opah kat kg. Bila Usu dah berkahwin dan ikut suaminya duduk di Gombak Opah tinggal sendirian. Cuma anak cucu dan jiran tetangga yang tolong tengok2kan Opah. Habis form 6 sekali lagi abah ditukarkan ke Klang. Aku ikut abah dan mula bekerja sementara tunggu panggilan UPU. Masa ni Opah dah semakin uzur. Opah sering sakit2. Badan Opah yang bulat tu dah mula menipis. Kulit dilengannya jelas menggelebeh. Opah 'berpinda randah' dari satu rumah ke satu rumah anak2nya. Masa dia datang ke Klang aku masih tidur dengan Opah. Masa ni dia dah uzur sangat. Opah selalu mengadu sakit perut. Perutnya rasa panas. Makan pun tak berselera. Pernah suatu malam dia suruh letakkan teling aku di perutnya dan dengar apa yang ada dalam perut tu. Korang agak apa yang aku dengar? Bunyi perut berkeriuk2 sebab lapar atau bunyi cacing lapar? Sampai sekarang aku masih ingat lagi bunyi yag aku dengar itu. Bunyinya seakan2 bunyi menggelegak bulp!..bulp!...bulp!..ngerikan?

Aku teringat Opah pernah memberitahu aku kalau dia nak mati biarlah dia mati sebelum hari kiamat. Dia takut mati bila hari kiamat sebab masa tu bulan bintang akan jatuh bertaburan di atas mukabumi. Bumi akan terbelah dan dia akan dihempap oleh bulan bintang. Itu imaginasi Opah tentang hari kiamat. Aku yang kecil masa tu tak tahu apa itu hari kiamat. Hanya mendengar cerita dari Opah. Dalam hati aku cuma ada satu perkara saja waktu itu. Kalau ditakdirkan Opah meninggal, aku harap masa tu aku tak ada kat Malaysia ni. Biar aku jauh dari Opah. Biar aku hanya mendengar berita Opah dah meninggal. Sebabnya aku tak sanggup nak menghadapi saat2 itu.

Bila Opah semakin uzur dan mula menaburkan najisnya dimerata2 tempat dia minta dihantar balik kg. Aku terlalu naif waktu itu tentang kematian. Aku tahu mak dah dapat membaca tanda2 itu sebab bila aku tanya mak opah dah nak meninggal ke?..mak hanya diam tak kata apa2 pun. Selang beberapa minggu lepas tu abah dapat call dari kg suruh abah balik sebab Opah dah tenat sangat. Aku tanya mak lagi Opah dah meninggal ke? Mak kata balik je..Sampai kg aku lihat sedara mara dan orang2 kg berkumpul di rumah Opah. Aku masuk melalui pintu dapur. Tapi bila aku melintas bilik rumah tingkat bawah aku seakan2 terlihat sesuatu dari tingkap yang terbuka. Aku dah mula rasa lain macam. Perasaan bercampur baur. Telahan aku benar belaka bila aku menjejakkan kaki di bilik bawah. Sekujur tubuh Opah terbaring kaku berselimut kain batik lepas. Aku hanya mampu terjelepok di hujung kaki Opah. Saat itu airmata tak dapat ditahan2 lagi. Bagai mutiara terputus dari tali. Bagai hujan mencurah2 tanpa henti. Itulah keadaan aku di saat itu. Aku hanya mampu pegang kaki Opah yang kaku, sejuk dan membeku. Aku tak mampu nak tatap wajah Opah saat itu. Rupa2nya Opah dah 'pergi' masa orang kg telefon abah tu. Mak memang tak nak bagi tau aku. Agaknya mak takut aku 'meroyan'..(hehehe..dalam sedih boleh ketawa lg. Anas termanggu2 tengok aku menangis masa taip entri ni..)

Masa jenazah Opah dimandikan aku hanya mampu melihat saja.  Cucu kesayangan Opah nan sorang ni tak mampu nak buat apa2 even nak tolong2 jiruskan air kat badan Opah. Aku sendiri bermandikan airmata yang tak henti2 mengalir. Yang tak dapat ditahan2. Kertas tisu tak terdaya untuk mengeringkan airmata. Entah siapa yang menghulurkan good morning towel pada aku. Habis lencun towel tu dengan airmata aku. Seingat aku inilah tangisan yang maha hebat pernah terjadi dalam hidup aku even menangis putus cinta pertama pun tak sehebat ini. Bila jenazah dah siap dikapankan pun aku masih tak mampu nak cium Opah disaat2 akhir. Orang kata nak cium jenazah tak boleh menangis nanti kalau menangis jenazah akan rasa sakit. Biarlah..biarlah aku rasa terkilan ke apa ke sebab tak dapat cium Opah asalkan Opah tak rasa kesakitan itu. Aku tak ikut menghantar jenazah Opah kekuburan sebab satu lagi kelemahan aku ialah aku sangat2 'alah' dengan kubur2 ni. Nanti aku tak boleh tidur malam. Memang penakut betul.

Dalam masa sebulan selepas pemergian Opah, aku masih dihantui oleh bayangannya. Opah sering datang dalam mimpi aku. Kadang2 terasa2 dia mengusap2 kepala aku. Serius! Rasa betul2! Mustahil untuk aku lupakan orang yang paling aku sayangi dalam hidup ini. Bukan bermakna aku tak sayang mak abah tapi sayang pada Opah ni lain. Korang yang pernah rasa mesti tau macamana kan. Opah pergi terlalu cepat. Belum sempat aku nak belanja dia dengan duit gaji pertama aku. Tak dapat nak bagi apa2 kat dia. Cuma satu yang dapat aku lakukan setelah hampir 25 tahun berlalu..iaitu menziarahi pusara Opah untuk kesekian kalinya pada akhir tahun lalu. Pelikkan? Memang aku tak pernah ziarah kubur Opah even masa raya pun. Mungkin masa yang telah lama berlalu, banyak pengalaman dalam menghadapi kematian sedara mara terdekat buatkan aku punya kekuatan diri untuk melangkah ke kawasan perkuburan. Ketika menghantar jenazah abang sepupu aku Abang Awi tahun lalu aku di bawa Usu ke kubur Opah.


gambar ehsan google.

Setelah beberapa tahun berlalu ketika kadang2 aku bersendirian aku selalu memikirkan apa sebenarnya penyakit Opah itu. Akhirnya aku seperti seorang doktor yang membuat kesimpulan sendiri hanya untuk menyedapkan hati aku ialah Opah menderitai kanser perut atau kanser usus. Mungkin sebab Opah banyak makan sireh dari usia mudanya dan kesannya dideritai dihari tua. Sireh yang bercampur kapur itu yang menyebabkan usus perutnya luka dan dijangkiti kuman yang akhirnya meragut usia Opah. Kapur sireh adalah sejenis asid yang boleh dimakan tapi kesannya hanya terlihat dalam waktu yang panjang.
Dan hari ini, ketika aku menulis entri ini aku sebenarnya tak sangka dapat menceritakan sebahagian kenangan2 bersama Opah dengan jelas sekali di ruang mata dan minda walau pun ianya dah berlalu berabad lamanya. Sebab segala kenangan2 itu bersatu dan abadi dalam diri aku. Semoga arwah Opah mendapat keampunan Allah, keredhaan, dirahmati dan ditempatkan dikalangan orang2 yang beriman. Moga Opah aman bersemadi sisiNya. Kasih aku pada Opah akan terus mewangi seharum semerbak bunga tanjung di pagi hari. Amin.


Ini sahaja gambar Opah yang ada pada aku sekarang ni. Bila2 nanti aku terjumpa gambar2 yang lain aku akan letak banyak2 kat entri ni.


IR :  kau abadi dalam hati hingga akhir nanti.








 


























Friday, April 8, 2011

CUCI MINDA

Salam. Lastweek  aku 'addmited' kat 'hospital' Richworks Resources. Hospital mana tu? Tak pernah dengar pun. Hanya orang2 tertentu je yang masuk situ sebab kosnya 'mahal'. Aku ni kira 'ter accident' masuk kat situ. Minda dah lama 'sakit' baru sekarang dapat jumpa doktor pakar yang betul2 pakar dalam bidang ni.


tag seminar..macam kat spital kan..


Alhamdulillah Allah bukakan pintu hati nak jumpa ngan doc. ni. Bukan sebarang doc. Aku salute betul kat dia. Seorang motivator yang paling hebat yang pernah aku jumpa. 3 hari 2 malam tu memang berbaloi2!  Benar2 mujarab dan excellent service kau! Ini lah doktor yang aku maksudkan.






Dr. Azizan Osman. Ramaikan yang kenal dia. Walaupun tak pernah jumpa live mesti korang pernah tengok dia kat TV Nasi Lemak Kopi O atau kat Harian Metro.


Seminar Intensif Mentor Kekayaan dan Kejayaan (IMKK) di Wisma MCA telah menyedarkan aku (selama ni pun sedar sikit je..) tentang banyak perkara dalam hidup ini. Banyak 'treatment' yang dia bagi untuk orang2 cam aku ni. Tak dapat aku nak huraikan satu persatu sebab ianya perlu dirasai, dialami, dilalui sendiri. Kenali kekuatan dan kelemahan potensi diri supaya kita dapat mengawal dan menikmati hidup di tahap paling maksimum.


Kadang kala kita rasa diri kita ni cukup perfect. Apa jalan yang kita pilih itulah yang terbaik tanpa mengetahui bahawa sebenarnya ada rahsia2 tersembunyi tentang diri kita yang tidak kita ketahui. Rahsia2 yang akan menyerlahkan lagi keperfectan diri kita. Untuk mengungkapkan segalanya, sila lah anda2 di luar sana join lah mana2 program yang diadakan oleh Dr Azizan.


Dia juga merupakan orang yang sangat berjaya dalam bisnes. Multi millionaire!..kalau korang masih mencari2 mentor dalam bisnes, dia adalah orangnya. Program2 sepeti Rahsia Kuasa Minda Jutawan (RKMJ), Master your Bussiness, Marketing Strategy,  Train the Trainer (TTT) dan banyak lagi disediakan untuk anda. Bertindak segera dan grab the chance!


Itu yang dapat aku sharekan  kali ni. Percayalah..bila lebih banyak kita memberi, lebih banyak yang akan kita terima. Hidup bahagia, berjaya, sihat dan berkat dunia dan akhirat hanyalah untuk orang2 yang terus bertindak dan melakukan tanpa menghiraukan 'biawak2' yang ada disekelilingnya. Kirim salam lah..!!

ouk!...ouk!..


Sekitar seminar IMKK 1-3 April 2011.






Alumni Dr Azizan Osman.





IR : dalam menukar fantasy kepada reality.