Thursday, October 27, 2011

dicemburui waktu..





Salam manis.

Sekadar singgah sebentar. Rindu nak menulis tapi masih tak berkesempatan. Masuk ofis hari ni setelah bersantai menghabiskan waktu dan duit di Langkawi.

Biasalah..bila dah lama cuti memang malas nak start kerja semula. Tambahan pagi tadi jalan NKVE agak lengang. Sampai ofis pun ramai yang masih bercuti. Tak banyak kereta di parking lot. Rasa cam aku sorang je yang keje hari ni.

2 hari ni kena siapkan account. Next week dah mula nak close account. Sabtu dan Ahad aku involved ngan MICCOS 2011 di MAEPS Serdang. Menggagau ni nak cari jalan ke sana. Search google tengok banyaknya gate  nak masuk. Yang mana satu? Kena konvoi ni pegi sana. Sapa2 yang ada masa ke sana nanti cari lah ye booth yang jual coklat under Quantum Chocolate & Confectionery. Try coklat kita orang. Sedap!..tapi kat Langkawi aku 'menderhaka' gak bila beli coklat lain. Nak rasa je..

Hingga ketemu lagi.





Friday, October 21, 2011

terima kasih cinta...





Salam bahagia.

Syukur Alhamdulillah. Semuanya berjalan lancar. Majlis pertunangan adinda bongsu aku Aja. Rasa dah lepas beban sebelah bahu. Tinggal bahu sebelah lagi masih senget menanggung beban hingga hari langsung next year kot. Insyaallah...

Tak banyak ceritalah. Penat masih belum hilang dan bersambung penat melayan kerenah budak2 ni nak fly ke Langkawi esok.  2 3 hari bercuti ke Langkawi moga dapat refresh semula aura2 aku yang dah hilang dan kelam.

Satu lagi rakaman peristiwa2 semasa majlis pertunangan Aja last week untuk blog ini. Cam biasa kakak2nya yang lebih!..mana ada?..hehehe..



Perbincangan antara ke dua belah pihak.




pelamin yang sempoi je.. semua warna ada.








bakal mak mertua Aja menyarungkan cincin.



cincin merisik dan bertunang sekali gus. 2 in 1.



mak masih vouge dengan spek hitam..masih dalam 'pantang' baru operate mata.


puteri2 pak Baha yang masih anggun..






6 beradik dengan seorang adik ipar. Lagi 2 orang adik malu nak bergambar.


aku dan along dengan anak dara masing2.



Aja dengan sebahagian anak2 sedara yg hadir.

with Iman.


sebahagian dari hantaran yang lagi sempoi. Semuanya makanan. Kenyang pihak lelaki.



pulut kuning with rendang daging. Kepala hantaran.




apam dot2 versi bees..



versi ladybird.




halwa betik.




manisan berbentuk cili dibuat dari kacang hijau disaluti agar2.




coklat cake from my oven.




lagi dot dot dot..


tart kerang, blueberry cheese tart and crystall ball also from my oven.


sentuhan terakhir..














Selamat bertunang Aja. Semoga sentiasa bahagia, rukun dan damai dalam melayari bahtera berumahtangga kelak. Semoga menjadi isteri yang solehah.
Amin.





IR : terimakasih cinta..untuk segalanya.





my baby you..



'Ada ketika..Allah sembunyikan  matahari. Allah turunkan petir dan kilat. Langit menjadi hitam dan gelap. Kita ketakutan dan menangis. Kita tertanya2 ke manakah hilangnya matahari?..rupa2nya Allah nak hadiahkan kita pelangi..'

Salam manis.

Ketika melewati susur keluar Kota Damansara menuju NKVE lewat petang semalam cermin kereta aku dibasahi rintik2 hujan yang halus.Langit mendung tapi sinar mentari masih mampu menerangi alam. Saat mata mendongak ke langit yang suram..ya Allah!..cantiknya!..

Terbentang di hadapan aku jaluran tujuh warna pelangi yang melengkung merentasi rumah2 kondo yang mencakar langit. Lama aku tak nampak pelangi yang cukup cantik itu. Kedua2 kaki pelangi cukup teguh berdiri gagah. Selalunya aku jarang dapat melihat hujung kaki pelangi yang lagi satu. Yang tidak tahu di mana tersembunyi.

Pelangi petang itu sungguh cantik! Subhanallah...moga hidup aku seindah pelangi. Rasa rugi tak dapat merakamkannya kerana kamera tak ada dalam handbag.

What a coincidence?..Pagi ini sewaktu keluar ke ofis pelangi masih lagi memayungi jalanan aku. Pagi yang cerah tiba2 ada gerimis menyapa. Pelangi muncul lagi. Hati senyum berbunga2.

Langit mendung
gerimis gugur
mentari menyapa
menaburkan cahaya
bersatu menjadi pelangi
indah cantik
mewarnai alam
walau untuk seketika..

Masa kecil2 dulu bila nampak pelangi nenek Wan tak bagi aku tuding jari menunjuk pada pelangi. Nanti jari kudung katanya. Aku tak tau apa rasionalnya hingga ke hari ini.

Sayangnya pelangi tak kekal lama di atas sana. Cuma seketika namun indah sekali. Pernah ada warna2 indah pelangi singgah di hati aku suatu masa dahulu. Indah bahagia. Anda ada!?



engkau tiba bagaikan pelangi


tak bercahya namun kau berseri


cukup untuk membahagiakan hati ini



bersamamu tak terasa saat yang berlalu


bagai pelangi petang kau kan pasti



pergi jua..





IR :  you're the reason I feel so alive..

Monday, October 17, 2011

POP THE CAKE! CAKE POP.

Salam ceria.

Bila aku belek2 balik post2 kat blog ni terjumpalah satu post yg aku tak siapkan lagi. Still under construction..hehehe.. Baru masukkan tajuk je. Sebelum tu..memang aku ni blurr IT..tak tau nak adjust date post untuk setiap yang aku postkan sebab bila tengok balik entry baru2 ni date post tu terlewat sehari. Tak sempatlah nak belajar lagi pasal blog2 ni. Tak tau sebenarnya cara nak memeriahkan view pada blog ni.

Ok lah. Back to the title. Cake Pop!.

Buat kek ni mudah je. Sebenarnya dari dulu lagi aku dah pernah buat kek ni tapi tak tau lak omputih panggil kek ni cake pop. Kek ni macam adik beradik cake ball. Banyak jual kat kedai kek. Kek yang dihancurkan campur dengan cream buat bulat2 salut ngan cooking coklat dan golek2 atas coklat rice. Kawan aku names Wan tak makan kek ni bila dia tau kat kedai tu kek ni dibuat dari lebihan kek2 yang dah ditrim atau kek2 yang hampir nak expired.

Cake pop aku lain ok. Aku baked the cake khas untuk cake pop. Cuma sekarang dimodenkan variasi keknya. Kalau dulu hanya guna kek span. Aku buat guna kek coklat atau red velvet. Of course harganya pun berbeza.

U alls boleh buat sendiri. Senang je..nak lagi senang tengok kat you tube. Macam2 ada.


Masa ni (lama dah..) semangat nak buat cake pop membuak2. Tak sabar2 walau pun lolli pop stik tak de aku belasah je guna lidi satay! Yang penting jadi, cantik dan sedap. Ada rasa...





Sesuai untuk birthday party anak2.













Aku suka rujuk blog bubbleandsweet untuk cake pop yang comey dan kreatif. Pegi lah jenguk blog tu. Sorry tak reti nak link lah.


Daaa...

SARAP.

Salam semanis madu.

Entah angin mana yang meniupkan semangat untuk berblog lagi hari ini.

Mungkin baru upload gambar2 dari kamera kecil aku kat computer ni. So adalah yang nak diceritakan.

Sarap. Apa itu sarap? Aku pun sebenarnya mula mengenali perkataan sarap waktu mula2 kahwin dengan hubby. Hubby orang negeri selatan Hang Tuah dah bersempadan dengan Johor (Muar). Aku rasa perkataan sarap ini sering digunakan oleh orang sebelah selatan membawa ke Singapura.
Sarap merujuk kepada sarapan pagi. Aku tak tahu macamana mereka tidak habis menyebut perkataan sarapan itu sendiri dan lebih selesa sebut sarap.
Tapi jangan konfius dengan perkatan sangap. Sarap dan sangap tak sama. Jauh panggang dari pianggang.

Ini adalah sarapan entah minggu bila entah..roti puri dengan sambal sardin. Sambal sardin ni sedap makan dengan apa2 saje. Nasi goreng dengan petai paling aku suka. Nasi goreng mak yang sempoi. Tumis bawang dan pecah telur je. Kalau guna minyak lebihan gorengan ayam lagi sedap dan nasi jadi warna kuning.

Roti puri ni tak menggelembung sangat sebab aku perap sekejap je. Kalau elok perap semalaman. Bahan2 ringkas..panaskan margerine, campur dalam tepung campur garam campur air. Uli sampai lembut dan perap. Buat bulat2 leperkan dan goreng dalam minyak yang banyak.

Jom layan beberapa versi breakfast pada hari2 yang lalu.



Roti puri, sambal sardin dan teh tarik. Weekends baru boleh buat breakfast camni.



Roti puri.




Breakfast lepas raya. Tak cukup panjang tu.. (sila abaikan kaki yg nampak tu)





Nasi goreng sempoi mak.




Kenal tak apa ni?
 
Jeruk petai aka petai jeruk. Rasa petainya dan bau agak berkurangan bila dah dijerukkan tapi bila buang air toilet still ada bau. Tak dapek den nak nolong!
 
 
Enjoy your breakfast!
 
 
 
IR : hidup biar sedap!
 
 
 
 

Monday, October 3, 2011

manisnya waktu bersamamu..

Salam manis.

Semalam dan minggu2 sebelumnya adalah hari minggu yang sangat2 sibuk. Rasanya tiada masa untuk membelai diri sendri.

Urusan keluarga, adik beradik, kawan2 dan customer. Badan penat tapi hati puas. Sebab aku alergi dengan suasana sunyi sepi lama2. Nanti jiwa kacau.

Buat persiapan untuk dulang hantaran Aja walau tak sebanyak dan tak seindah mana pun tetap aku tepuk dahi. Susah gak jadi wedding planner ni ye? Tengok bunga2 hiasan kalau boleh aku nak sapu semua warna. Tiba2 lak semua warna aku nampak cantik!

Dulang hantaran Aja beli baru sebab yang lama dulu masa zaman Ali kahwin dah out of fashion. Tengah decorate bunga2 keliling dulang dan dah hantar separuh kat kg.

Nak buat majlis tunang kecil2 pun adik beradik nak buat mini pelamin. Mak tak nak susah2 tapi aku kata mak tengok je..yang buatnya kita orang. Sebenarnya kakak2 Aja ni yang lebih..hehehe..aku rasa cam nak tergelak gak. Kakak2 nak tumpang glamour sbb dah lama majlis2 cam ni tak berlaku dalam keluarga. Rasa excited tu lebih sikitlah!

Mini pelamin buat sendiri..heh..heh..heh..tak tau le apa jadi nanti. Tapi dapat idea cam pelamin kat bawah ni. Simple je.





simple tapi cantik kan?


Dalam sibuk2 masih sempat panggil kawan2 datang makan kat rumah. Sebenarnya kawan lama Azman dan isteri Dayang Azizah dari Sabah turun KL. Selalu agenda dia orang ni full ke sana ke mari. Awal2 aku dah booked Azman untuk lunch kat rumah aku dengan kawan2 lain.



masakan kampung je..jemu dah dengan nasi beriani sejak raya.

guest of honour Azman dan Dayang Azizah. (which one?)



sebahagian yang hadir. Bersama semenjak zaman sekolahan dulu.






Azman membaca doa untuk birthday Saba yang tak dirancang.


Suzana dan Dayang.


Saba terharu, terkejut dengan kek coklat yang aku buat senyap2 kat dapur. Mula2 sampai dia dah cari kek coklat aku. Aku memang tak sempat buat tapi sebab tak sampai hati aku jadi "supermak" zup..zap..zup..zap..siapkan kek tu. Lagi pun dia orang lama lepak kat rumah aku sempatlah siap kek tu. Cuma ada sebatang lilin yang sempat aku cari. Itupun lilin yang dah tinggal separuh. Kira ok lah.


Minggu depan pun masih sibuk lagi nak balik kg. Jenguk2 apa2 yang patut dibuat. Banyak kerja lagi tu.  Minggu selepas tu engagement day dan selepasnya terbang ke Langkawi. Harap2 dapat berehat di Pantai Cenang dengan tenang bersama hubby..hehehe..




IR : moga silaturrahim kita tiada akhirnya.