'Ada ketika..Allah sembunyikan matahari. Allah turunkan petir dan kilat. Langit menjadi hitam dan gelap. Kita ketakutan dan menangis. Kita tertanya2 ke manakah hilangnya matahari?..rupa2nya Allah nak hadiahkan kita pelangi..'
Salam manis.
Ketika melewati susur keluar Kota Damansara menuju NKVE lewat petang semalam cermin kereta aku dibasahi rintik2 hujan yang halus.Langit mendung tapi sinar mentari masih mampu menerangi alam. Saat mata mendongak ke langit yang suram..ya Allah!..cantiknya!..
Terbentang di hadapan aku jaluran tujuh warna pelangi yang melengkung merentasi rumah2 kondo yang mencakar langit. Lama aku tak nampak pelangi yang cukup cantik itu. Kedua2 kaki pelangi cukup teguh berdiri gagah. Selalunya aku jarang dapat melihat hujung kaki pelangi yang lagi satu. Yang tidak tahu di mana tersembunyi.
Pelangi petang itu sungguh cantik! Subhanallah...moga hidup aku seindah pelangi. Rasa rugi tak dapat merakamkannya kerana kamera tak ada dalam handbag.
What a coincidence?..Pagi ini sewaktu keluar ke ofis pelangi masih lagi memayungi jalanan aku. Pagi yang cerah tiba2 ada gerimis menyapa. Pelangi muncul lagi. Hati senyum berbunga2.
What a coincidence?..Pagi ini sewaktu keluar ke ofis pelangi masih lagi memayungi jalanan aku. Pagi yang cerah tiba2 ada gerimis menyapa. Pelangi muncul lagi. Hati senyum berbunga2.
Langit mendung
gerimis gugur
mentari menyapa
menaburkan cahaya
bersatu menjadi pelangi
indah cantik
mewarnai alam
mewarnai alam
walau untuk seketika..
Masa kecil2 dulu bila nampak pelangi nenek Wan tak bagi aku tuding jari menunjuk pada pelangi. Nanti jari kudung katanya. Aku tak tau apa rasionalnya hingga ke hari ini.
Sayangnya pelangi tak kekal lama di atas sana. Cuma seketika namun indah sekali. Pernah ada warna2 indah pelangi singgah di hati aku suatu masa dahulu. Indah bahagia. Anda ada!?
engkau tiba bagaikan pelangi
tak bercahya namun kau berseri
cukup untuk membahagiakan hati ini
bersamamu tak terasa saat yang berlalu
bagai pelangi petang kau kan pasti
pergi jua..
IR : you're the reason I feel so alive..
No comments:
Post a Comment