Salam semanis madu.
Entah angin mana yang meniupkan semangat untuk berblog lagi hari ini.
Mungkin baru upload gambar2 dari kamera kecil aku kat computer ni. So adalah yang nak diceritakan.
Sarap. Apa itu sarap? Aku pun sebenarnya mula mengenali perkataan sarap waktu mula2 kahwin dengan hubby. Hubby orang negeri selatan Hang Tuah dah bersempadan dengan Johor (Muar). Aku rasa perkataan sarap ini sering digunakan oleh orang sebelah selatan membawa ke Singapura.

Sarap merujuk kepada sarapan pagi. Aku tak tahu macamana mereka tidak habis menyebut perkataan sarapan itu sendiri dan lebih selesa sebut sarap.
Tapi jangan konfius dengan perkatan sangap. Sarap dan sangap tak sama. Jauh panggang dari pianggang.
Tapi jangan konfius dengan perkatan sangap. Sarap dan sangap tak sama. Jauh panggang dari pianggang.
Ini adalah sarapan entah minggu bila entah..roti puri dengan sambal sardin. Sambal sardin ni sedap makan dengan apa2 saje. Nasi goreng dengan petai paling aku suka. Nasi goreng mak yang sempoi. Tumis bawang dan pecah telur je. Kalau guna minyak lebihan gorengan ayam lagi sedap dan nasi jadi warna kuning.
Roti puri ni tak menggelembung sangat sebab aku perap sekejap je. Kalau elok perap semalaman. Bahan2 ringkas..panaskan margerine, campur dalam tepung campur garam campur air. Uli sampai lembut dan perap. Buat bulat2 leperkan dan goreng dalam minyak yang banyak.
Jom layan beberapa versi breakfast pada hari2 yang lalu.
Roti puri, sambal sardin dan teh tarik. Weekends baru boleh buat breakfast camni.
Roti puri.
Breakfast lepas raya. Tak cukup panjang tu.. (sila abaikan kaki yg nampak tu)
Nasi goreng sempoi mak.
Kenal tak apa ni?
Jeruk petai aka petai jeruk. Rasa petainya dan bau agak berkurangan bila dah dijerukkan tapi bila buang air toilet still ada bau. Tak dapek den nak nolong!
Enjoy your breakfast!
IR : hidup biar sedap!
No comments:
Post a Comment