Salam manis.
Semalam dan minggu2 sebelumnya adalah hari minggu yang sangat2 sibuk. Rasanya tiada masa untuk membelai diri sendri.
Urusan keluarga, adik beradik, kawan2 dan customer. Badan penat tapi hati puas. Sebab aku alergi dengan suasana sunyi sepi lama2. Nanti jiwa kacau.
Buat persiapan untuk dulang hantaran Aja walau tak sebanyak dan tak seindah mana pun tetap aku tepuk dahi. Susah gak jadi wedding planner ni ye? Tengok bunga2 hiasan kalau boleh aku nak sapu semua warna. Tiba2 lak semua warna aku nampak cantik!
Dulang hantaran Aja beli baru sebab yang lama dulu masa zaman Ali kahwin dah out of fashion. Tengah decorate bunga2 keliling dulang dan dah hantar separuh kat kg.
Nak buat majlis tunang kecil2 pun adik beradik nak buat mini pelamin. Mak tak nak susah2 tapi aku kata mak tengok je..yang buatnya kita orang. Sebenarnya kakak2 Aja ni yang lebih..hehehe..aku rasa cam nak tergelak gak. Kakak2 nak tumpang glamour sbb dah lama majlis2 cam ni tak berlaku dalam keluarga. Rasa excited tu lebih sikitlah!
Mini pelamin buat sendiri..heh..heh..heh..tak tau le apa jadi nanti. Tapi dapat idea cam pelamin kat bawah ni. Simple je.
simple tapi cantik kan?
Dalam sibuk2 masih sempat panggil kawan2 datang makan kat rumah. Sebenarnya kawan lama Azman dan isteri Dayang Azizah dari Sabah turun KL. Selalu agenda dia orang ni full ke sana ke mari. Awal2 aku dah booked Azman untuk lunch kat rumah aku dengan kawan2 lain.
masakan kampung je..jemu dah dengan nasi beriani sejak raya.
guest of honour Azman dan Dayang Azizah. (which one?)
sebahagian yang hadir. Bersama semenjak zaman sekolahan dulu.
Azman membaca doa untuk birthday Saba yang tak dirancang.
Suzana dan Dayang.
Saba terharu, terkejut dengan kek coklat yang aku buat senyap2 kat dapur. Mula2 sampai dia dah cari kek coklat aku. Aku memang tak sempat buat tapi sebab tak sampai hati aku jadi "supermak" zup..zap..zup..zap..siapkan kek tu. Lagi pun dia orang lama lepak kat rumah aku sempatlah siap kek tu. Cuma ada sebatang lilin yang sempat aku cari. Itupun lilin yang dah tinggal separuh. Kira ok lah.
Minggu depan pun masih sibuk lagi nak balik kg. Jenguk2 apa2 yang patut dibuat. Banyak kerja lagi tu. Minggu selepas tu engagement day dan selepasnya terbang ke Langkawi. Harap2 dapat berehat di Pantai Cenang dengan tenang bersama hubby..hehehe..
IR : moga silaturrahim kita tiada akhirnya.
No comments:
Post a Comment