Wednesday, December 28, 2011

Paris Van Java.



Tuhan
tolong lembutkan hati dia
Untuk terima ku seadanya
Kerna ku tak sanggup
Kerna ku tak mampu
Hidup tanpa dia di sisiku

(Ombak Rindu)


Salam manis.

Tengah ada rasa mood nak menulis lagi. Dah tengok filem Ombak Rindu? Aku yang sering ketinggalan. Baru dapat tengok minggu lepas.
Ok ke? Dengar member2 yang dah tengok semua kata best!. Siap ingatkan aku bawa tisu banyak2 sebab aku kan fragile.
 Aku menonton bukan sebab Aaron Aziz sahaja tapi lebih kepada cerita itu sendiri. Sebab aku dah baca novelnya dan memang sangat2 lah layan..
So, apa pendapat aku tentang filem ni? Hmmmmm....pelakon2 ok, gambar latar cantik2..rumah Aaron aku suka..cantik! Rumah sapa tu hah? Tapi maaf cakap lah..aku tak de rasa feel lah. Feel tu macam tak sampai. Tak de klimaks! Rasa mendatar je semua. Rasa diri aku tak ‘masuk’ dalam cerita tu.

Adegan2 sedih tu tak lah buat aku menangis giler macam tengok drama Daun Ketupat Kering dan seangkatan dengannya arahan Rashid Sibir. Aku memang sensitive dan fragile tapi bila tang sedih tu cuma airmata bergenang sikit je. Jiwa Izzah tak ‘bersatu’ dengan jiwa aku. Mungkin sebab aku memang tak ngam dengan filem arahan Osman Ali kot. Kalau Khabir Bathia yang buat filem ni tentu lain. Lagi layan tengok Nora Elena kat tv yang asal dari novel gak.

Tapi lagu dia best!. Tahniah!..tahniah! sedap suara penyanyinya Hafiz dan Adira. Cuma aku pesan layan lagu je jangan tengok OST sebab lagu tu rasa ‘berserabut’ bila tengok rambut Hafiz yang macam maggi kembang! Hehehe...udah2 lah ye..nanti ada yang marah pulak.
Ok..nak cerita pasal Bandung..dan Bandung dan Bandung lagi. Baru dpt sms dari kawan tanya aku x pegi Bandung lagi ke? Hehehe..jejak kat Bandung belum pudar lagi dah ada ura2 nak ke sana. Sebab bila ke Bandung rasa jadi macam orang kaya. Apa istimewanya Bandung?

Ini kali ke 2 aku ke Bandung. Berdua je dengan hubby. Amboi2! Honeymoon ek! Ada gak yang jealous tu. Bila lagi...dulu2 anak2 masih kecil memang susah nak ke mana2. Mungkin juga rezeki itu tiba pada masa dan saat ini. Untuk pasangan ‘pengantin lama’ elok sangat2 luangkan masa berdua pada usia2 begini.

Ok..Bandung. Banyak yang menarik. Yang pasti shopping giler! Tapi kena pandai cari dan tengok barang yang ada kualiti. Untuk perempuan Pasar Baru adalah syurga untuk shopping kain baju kurung, baju pengantin, jubah, jeans, handbag dan yang utama..telekung Bandung!
Banyak Factory Outlet sekitar Bandung tapi aku lebih senang ke Pasar Baru sebab semua ada kat situ. Toko Tiga, Jalan Dago, Alun2, Cihampelas, Paris Van Java sekadar lalu je..tak sempat nak singgah.

Kalau nak makan kat sini senang cari. Food court kat Pasar Baru banyak masakan Sunda tapi aku terjumpa satu kedai yang jual roti canai! Boleh tahan roti canainya cuma teh tarik kureng sikit. Roti canai sekeping RP15000 kau! Pagi2 dah tunggu depan kedai yang masih belum bukak! Sebab seharian di Pasar Baru lunchnya pun aku makan kat situ, makan nasi beriani. Yang kelakarnya nasi beriani tak guna rempah beriani tapi guna rempah kari! Belasah je lah. Harga mahal sikit. Nasi beriani satu set Rp30000 untuk beriani ayam. Kalau beriani kambing Rp35000. Oh ya..itu semua untuk nasi beriani goreng. Lebih tepat nasi goreng beriani. Asal dapat lepas rasa tekak orait lah.

Kalau ke Bandung tak lengkap kalau tak ke Tangkuban Perahu. Satu lagi Kawah Putih. Antara ke 2nya aku lebih suka Kawah Putih. Cantik! Tenang, damai, lembut ada rasa2 macam kat syurga. Camtu ke? Tak tau nak cerita camne..kau orang pergi lah..sure setuju ngan aku. Itu aku pegi last year sampai sekarang masih teringat2. Orang Indon panggil Kawah Putih "Syurga yang Tercicir". Memang tepat gelaran tu. 
Ok..tengok album dulu ye..


Kawah Putih - "Syurga Yang Tercicir".
Pintu gerbang ke Kawah Putih. Dari sini dah terbau bau belerang yang kuat. Kalau hari hujan pengunjung tidak dibenarkan sampai ke sini sebab bau belerang itu bisa membunuh pak. Suhunya sejuk. Masa aku pergi tu dah mencecah 16C. 


















tenang dan damai..

 
ada macam gambar dalam gambar tak?















petikan kecapi dari Wak ni..mendayu2, melayang2 perasaan hanyut sampai rasa ke zaman kraton dulu2. Rasa seram pun ada gak..hehehe..

ada orang jual belon buih kat sini. Buat sendiri katanya sebab orang2 Indon segala apa yang boleh dijual semua dia jual.

Tangkuban Perahu

gunung berapi yang masih aktif.







with my beloved hubby



jangan lupa singgah di Kolam Air Panas Sari Ater dalam perjalanan turun dari Tangkuban Perahu.




salah satu antara replika dinosour di Sari Ater



cubalah rasa kemanisan nenas Bandung. Terdapat di sepanjang jalan ke Tangkuban Perahu.



Hotel Orange Homes tempat lepak2.
Pandangan hadapan hotel. Nampak tak menarik dengan pintu pagar macam penjara tapi..cuba lihat gambar seterusnya..












 hotel 3 tingkat yang sangat comel..cantik kan?



aku suka pintu bilik ni. Macam rumah kat Msia. Tu sebab hotel ni digelar Kampung Melayu dan memang ramai orang Melayu dan orang M'sia di sini.



"mampir ke sini lagi buk..."




bilik selesa, bersih cuma yang ini aku yang sepah2 kan.."bik, bersihkan bilik saya ya"..."iya Puan.."...hehehe..



Pasar Baru Bandung

tak banyak gambar kat sini sebab sibuk shopping!





kalau nak cari telekung beli di kedai yang berada di tingkat bawah atau dipanggil Lantai Dasar. Kalau yang macam ni bunga keliling dan naik ke atas di bahagian belakang boleh dapat sampai RP170,000 tapi kalau kat tingkat atas boleh mencecah RP250,000.


kain ela untuk jubah dengan bunga manik2 Rp70,000. Kat atas Rp110-120,000.





handbag dari yang murah hingga ke yang asli dari Rp50,000- juta2 Rp.

inilah satu2nya kedai 'mamak' kat Pasar Baru.


di Bandung atau ke Indon jangan lupa pesan Es Jeruk. Limau ais dia beza dengan kita sebab limaunya limau Indon..hahaha...limaunya sedap dan memang warnanya kuning asli.



makanan Sunda. Ulam kemangi mesti ada. Sedap..masam2 manis.


ikan gurame..gurame tu apa hah?

 





Tahu Sumedang. Tahu yang sangat popular kat Indon memang tahunya sedap tapi hati2 kadang2 dia orang ni jual tahu yang dah masam.


 
Ini adalah halwa atau dia orang panggil kalua. Dibuat dari kulit limau bali yang tebal tu. Percaya tak? Kan aku kata dia orang ni segala apa yang boleh dimakan akan dipelbagaikan dan dijual. Rasanya sedap dan manis.





Ini pula adalah halwa dari buah pala.  Kalau halwa pala di Msia selalunya halus2 panjang tapi dia orang ukir dan buat bentuk bunga rose. Cantik untuk hantaran dan rasa sayang nak makan. Salute lah dia orang ni memang kreatif! Ini di Ciwedey turun dari Kawah Putih.


Buah apa ni? Kat Msia aku tak jumpa pun buah ni. Dipanggil terung belanda. Rasa macamana pun tak tau lah. Banyak di Wisata Patengan (Tasik Kota Cinta) juga turun dari Kawah Putih boleh jumpa tempat ni.
 
I like strawberry. Bukan suka makan tapi suka tengok warna merahnya. Ini di kaki Kawah Putih. Banyak yang jual strawberry. Kalau nak beli, beli yang timbang dan boleh pilih sendiri dari bakulnya. Kalau dah siap dlm pek kadang2..selalunyalah... dia orang ni tipu sikit. Atas nampak cantik tapi kat dalam ada yang busuk. Busuk hati betul!

 

Teh Sosro. Sedap! mesti cuba kalau ke Bandung. Kat Pasar Baru banyak.
Recommended kedai ni kalau nak beli telekung macam kat atas tadi. Just mentioned kawan pak polisi dari Msia dan minta harga grosir (harga borong).
adiknya pak Ervin yang selalu ada kat kedai. Lupa namanya.


Sebenarnya banyak lagi yang istimewanya Bandung ni. Orang2 Sunda ni yang aku jumpa di toko2 dan di hotel budi bicara dan patah perkataannya lembut2. Suara gadis2 di Pasar Baru lagilah lembut.."tambah lagi belanjanya kak.." "kainnya murah2 kak..boleh tengok2 dulu enggak apa2.." sebab dia orang tengok orang2 Msia ni orang2 kaya. Dalam hati boleh ketawa sendiri..tak tau aku datang pun naik kapalterbang murah!

"enak banget jadi isteri pak polisi.." bonus untuk aku ketika tawar menawar sebab kat Indon pak Polisi ini satu kerjaya yang sangat dipandang tinggi. Tapi itu semua tak menjanjikan keselamatan kita terpelihara. Nanti aku cerita dalam next entry.

Ok sebelum terlupa, beberapa tips kalau ke Bandung.

1) Tukar matawang Rupiah semasa anda diMsia sebab kalau tukar di sana ratenya rendah lagi2 kita sendiri yang menukarnya. Orang sana selalu pandang orang Msia ni banyak duit so..harus hati2. Lumayan kalau dia orang dapat 'peras' kita. So, carilah rakan2 Indon yang boleh dipercayai jika terdesak sangat untuk tukar duit.

2) Gunakan teksi bermeter untuk jalan2 sekitar Kota Bandung seperti Cipaganti, Kota Kembang dan Bluebird. Yang tak pakai meter ni selalunya penipu! Masa naik cakap Rp30000 dah sampai jadi Rp50000. Atau pun dia letak sesuka hati. Tapi teksi bermeter standard minimum Rp25000 kau tetap akan bayar walaupun kat meter tu cuma Rp9000 atau kurang dari Rp25000. Kalau dah biasa guna Angkutan lebih murah.

3) Kalau membeli barang2 bagi duit yang secukupnya. Jangan bagi duit yang besar sebab kadang2 baki pulangannya kurang.

4) Hati2 kalau ke Tangkuban Perahu atau mana2 Wisata (tempat pelancungan) sebab banyak yang terjadi orang Msia tertipu di sana.  Semasa di hotel teman dari Kedah memberitahu dia tertipu ketika membeli key chain yang berharga RP900,000 yang kalau di Pasar Baru hanya Rp70,000 sahaja! Rp900,000 berapa korang kira?...lebih kurang Rm300 lebih. Giler!

5) Banyak makanan goreng2an yang dijual di tepi2 jalan. Kalau teringin pilih lah yang agak 'hygenic' sebab perut orang2 Msia ni 'manja'..

 6) Kalau nak beli brownies Bandung yang popular tu Kartika Sari dan Amanda beli lah di toko2 itu sendiri sebab lebih ori. Kalau yang jual di tepi2 jalan dibimbangi bukan ori sebab kat sana tak de istilah 'hak cipta terpelihara'. Dia orang buat sendiri dan letak dalam kotak yang sama macam ori punya. Amanda banyak yang kena ciplak.


Takut lak rasa nak ke Bandung? Tak delah..cuma perlu hati2 lagi pun tempat orang kan. Bandung masih aman. Masih boleh jalan2 dan berhibur di waktu malam. Tak seperti di Jakarta yang menurut teman2 yang aku jumpa malam2 banyak pencopet! Apa2 pun Malaysia is the very very best! Much2 better!


Ok. Permisi dulu.

Nuhun (terimakasih)

Sami-sami (sama-sama)

(Bahasa Sunda)




IR : tempat jatuh lagi dikenang...
 

Monday, December 19, 2011

selamat pulang..home sweet home.


Salam semua. Bersua lagi setelah sepi seketika.

Mood nak berblog pudar lagi. Banyak cerita sejak balik dari Bandung.  Macam macam rasa, peristiwa, kisah2 yang aku lalui. Macam rasa makanan Sunda dan Jawa yang nampak sedap tapi bila dah masuk tekak rasa nak terkeluar balik. Nak termuntah.

Alhamdullillah..aku selamat memijak kembali bumi Malaysia.. Tanah Tumpah Darahku Jumaat lepas setelah seminggu berkelana. Mungkin ini perasaan yang dirasa oleh semua warga Malaysia bila berkunjung ke negara orang. Mula2 nak pergi memang excited..dan lama sikit rasa tak sabar nak balik dan rasa syukur sangat bila dari atas awan aku dah nampak sungai, pokok2, jalanraya dan rumah2. Oh! Tak sabarnya nak jejak bumi. Dan paling tak sabar rindu nak landing atas katil sendiri!  Home sweet home!.. walaupun rumah aku macam tongkang pecah (kadang2 je). Mungkin masih rasa penat lagi tu sebab idea nak mulakan cerita tak lagi menjenguk.




siapa yang tak rindu kalau katil camni..


Mungkin juga sebab  peristiwa2 kecil yang melukakan membuatkan aku rasa macam tak de semangat. Semangat dah terbang dan aku memang lemah semangat. Lagi2 malam tadi masa balik dari kampong hubby terlanggar seekor anjing hitam yang melintas secara tiba2. Bumm!! Terlanggar bahagian depan sebelah kiri kereta. Berdengking2 anjing tu menjerit. Sebab malam aku tak nampak anjing tu tergolek dok atau masih hidup.

Aku dan hubby tak berhenti pun sebab rasa tak ada apa2. Masuk aje ke Guthrie Highway tiba2 seperti bunyi sesuatu yang kuat dari sebelah kiri kereta. Aku pandang hubby..ini mesti sebab terlanggar anjing tadi.  Aku dan hubby turun..masing2 senyum kelat. Bumper depan terkopak separuh. Lampu kecil dah terbang entah ke mana.  Hmm...duit lagi. Macam tau2 je minggu ni hubby dapat bonus. Redho je lah.

Nanti ye..aku nak cerita pasal ke Bandung dan yang specialnya cerita Ratu Laut Selatan masa aku ke Solo/Yogyakarta ari tu.


Daa...


IR : ada syukur dalam setiap hembusan nafasku.

Thursday, December 8, 2011

sharing is caring..

Salam semua.

Hari ni mood untuk share apa yang membuatkan aku leka untuk sehari dua ni. First, dok ralit membuat bunga pahar untuk kenduri Aja. Bunga ni memang klasik lah. Aku transfomed sikit untuk nampak uptodate. Tang bunga ni nanti aku cerita dalam
segmen "renjis renjis dipilis"...chewah!..

Aku nak tunjukkan cara buat coklat yang mudah.

Cuti2 sekolah ni budak2 ramai kat rumah bolehlah buat coklat ni. Mesti dia orang suka. Boleh jadikan aktiviti keluarga dan menguji kreativiti. Musim2 kenduri sekarang mungkin boleh buat doorgift atau masuk dalam beg berkat.


 Coklat ni untuk anak buah hubby (Iwan) yang nikah minggu lepas. Sabtu ni langsung sebelah lelaki. So, mak dia minta buatkan coklat dalm 120 pcs coklat oreo untuk masuk dalam goodie bag.

Mungkin ramai dari u alls dah tahu cara buat coklat ni. Cuma bagi aku yang penting anak2 aku boleh dengan senang nak refer apa2 kat blog aku ni. Cara aku senang dan simple je. Budak kecik pun boleh buat. Pada aku kalau buat sendiri lagi puashati dan jimat. Yang penting minat dan kesabaran sebab a bit messy. Jom cuba!.

Bahan2:

Coklat susu dan coklat putih (milk/white chocolate)
Pewarna
Perasa
Biskut oreo/cremo
Acuan coklat
Bekas air panas
Mangkuk Aluminium

Sebelum tu masak air hingga mendidih dan masukkan ke dalam termos nasi lemak saiz yang kecil sekali. Aku lupa lah  nak snap gambarnya tapi aku rasa korang tau benda tu. Instead of double boil kat atas dapur cara ni paling senang dan mudah.




coklat potong kecil2 dan masukkan dalam mangkuk aluminium. Berapa byk? suka hati korang. Dah habis boleh cairkan lagi. Letak atas termos.



kacau hingga coklat cair.

masukkan dalam piping bag.

cairkan juga coklat putih. Letak pewarna dan perasa jika suka. Masukkan dalam piping bag.





paipkan coklat putih ke dalam acuan. Jika gunakan acuan yang berbunga, paipkan coklat pada bentuk bunga yang dikehendaki sahaja.


hentakkan sedikit acuan coklat untuk meratakannya dan mengeluarkan angin supaya coklat menjadi padat. Perbezaan: Coklat yang sebelah kiri telah diratakan (dihentak) dan sebelah kanan masih tidak rata.



rata keseluruhan.




paipkan coklat susu untuk menutupi bahagian yang kosong.


hentak sedikit acuan coklat untuk meratakannya.



letakkan kepingan oreo/cremo di atas coklat tadi.





masukkan lagi coklat hingga menutupi biskut dan sejukkan dalam peti ais selamat 10 minit (tempat beku).



Taraaa....









aneka corak dan gaya coklat oreo/cremo.


oreo plain.



coklat oroe with egible image.


oreo stick.






cuba jangan tak cuba. Anak2 pasti bahagia.


Ini gambar termos nasi dan coklat yang aku guna. Pinjam dari album google jap.



pilih saiz yang paling kecil.




Beryl's milk chocolate compound. Sedap gak coklat ni. Harga berbeza ikut kedai. Ada dark dan white coklat.



dan biskut oreo/cremo. mana2 suka lah.


Sekali lagi..selamat mencuba.




IR : hendak seribu daya..

Tuesday, December 6, 2011

jangan menangis..


Salam manis.

Semakin hampir ke penghujung tahun 2011 banyak yang terjadi macam2 yang berlaku. Agaknya semua tu nak jadikan hidup aku ni lebih berwarna warni ada masam, manis, pahit dan tawar.

Allahamdulillah Iman dah selamat masuk jawi. At last!..kwang...kwang..kwang...Iman yang keras hati dan kepala tu menangis jua akhirnya.

Aku dan Faiz temankan Iman masuk bilik OT (kat klinik je..) sebab hubby kat hospital. Masa kat luar dia leka main games hp dan buat2 tak dengar budak2 lain yang menjerit dan menangis. Cool je. Masa masuk pun even dah atas katil relax je sambil terus main games. Dalam hati aku..aikk!! biar betul budak ni.

Tapi bila doktor tu mula injek bius, Iman terus jerit.  Mengadoi2 sampai siap.

"doktor sakitlah!."

"doktor tak siap lagi ke?..adoiiii!!.."

hehehe...Iman2..dalam aku nak marah tu nak ketawa pun ada.

Yang bestnya aku sempat snap gambar Iman. Bila aku kata nak letak kat FB dia tak kasi.

"mama ni..itu pun nak letak".. malu sebenarnya sebab budak2 lain menangis sekejap tapi dia menangis sampai kesudah.

Pada masa yang sama hubby admitted kat Salam Med. Centre. Kali ni condition dia teruk sangat sebab alah dengan 3 jenis antibiotik sebab darah dia ada kuman. 3 hari aku tengok dia flat habis! Tergolek atas katil je. Tak lalu makan sampai bacaan kencing manis dia turun sampai 2. Bagi milo pun seteguk je yang dia minum. Sampai hari ni dia masih on MC. Aku lah yang terkejar ke sana ke mari dengan macam2 hal. Iman berkhatan, order muffin, rewang jiran sebelah buat kenduri dan cari baju nikah Aja sampai ke Klang. Nasib baik BP aku tak naik. Alhamdulillah..

Dan kelmarin..langit mendung kelabu. Angin ribut melanda Btg Kali. Memang dah nasib badan dah suratan atau kebetulan tak taulah. Huwaaa!!...kete aku kena hempap pokok! Habis pecah cermin belakang dan depan. Bumbung kereta remuk sikit.

Semuanya terjadi sekelip mata. Kereta aku dan Aja letak bawah pokok. Masa pokok tu tumbang Aja berada dalam kereta dia. Tak sempat nak stat enjin lagi pokok dah rebah menghempap kereta aku.

"mak ngah!..mak ngah!..kete mak ngah kena hempap pokok!".. hafiz jerit dengan panik sekali.

Semua berlari keluar rumah. Aku tengok langit gelap. Angin bertiup dengan kuat. Memang betul2 ribut.

"mak usu mana?.."  tiba2 aku teringatkan Aja sebab aku yang suruh dia alihkan kereta aku.

"mak usu dalam kete"...

"hah!..suruh mak usu keluar cepat!..keluar cepat!.." aku jerit bagai nak rak.

Hujan dah mula turun bersulamkan angin yang makin kuat menggila. Tiba2 nampak Aja berlari terus tanpa pandang kiri kanan masuk dalam pagar rumah. Masa tu ada sebuah kereta sedang lalu dan nasib baik kereta tu tak laju sebab keadaan hujan dan agak gelap.

"Fuh!..nasib baik mak usu bukan dalam kete mak ngah.." menarik nafas lega budak2 ni.

Dan ini lah sebahagian gambar yang sempat aku rakamkan selepas hujan reda sikit. Huhuhu..sedihnya. Dan lagi sedih sebab pokok yang hempap kereta aku tu ialah pokok durian tunggal abah...huwaaa!!!!



masih sempat tutup dengan kanvas sebelum hujan lebat dan angin ribut dah reda sikit.




tak dapat diselamatkan lagi..










selepas hujan..operasi menebang pokok tumbang.




pokok durian abah yang patah sekerat
(gambar dari hp)

 
.

keadaan selepas dikeluarkan dari runtuhan pokok.



IR : ada peluang tukar kereta baru nih...