Monday, November 5, 2012

KASIH BERPANJANGAN.



Assalammualaikum.



Aidil adha (raya haji) dah lama berlalu (baru nak buat entry). Raya yang biasa2 je kali ni. Tak pegi mana2 pun. Abah semakin uzur. Tambah kurus dan susut. Dah nampak tulang belulang tapi abah masih mampu nak bangun ke tandas dan baring2 kat tengah rumah.



Setiap kali mak cerita pasal sakit abah aku hanya mampu mendengar. Cakap yang perlu je. Aku tahu mak risau. Mak kata abah kadang2 cakap dah melalut2. Cakap tah apa2. Aku faham apa maksud mak sebenarnya. Bukan aku tak simpati dengan apa yang mak tanggung dan rasa tapi sebenarnya aku memang tak kuat semangat. Bila tengok keadaan abah airmata dah bergenang. Hati di dalam dah banjir!. Macam banjir yang melanda sekarang ni.



Raya kali ni abah tak minta apa2. Aku cuma masak rendang ayam pencen je. Along buat rendang daging. Idah masak nasi impit dan mak buat sambal lodeh. Kuah kacang tempah kat Wan sebelah. Tak de mood nak ambil gambar makanan2 yang sedap terhidang di meja dan lenyap sekelip mata. Aku tak rasa langsung rendang Along dek penangan anak2 buah yang semua berkumpul raya ari tu. Semua balik. Semua ada accept Mak Lang yang kena keje masa raya.



Dalam suasana yang lemau tu masih ada sesuatu yang best sangat. Abang Long buat lemang! A few years ago..masa abah sihat abah bercadang nak buat lemang. Abah memang boleh buat lemang tapi sepanjang hayat aku tak pernah nampak abah buat. Kita orang adik beradik excited sangat! Nak rasa cam mana buat lemang. Nak jaga api, nak hentak2 buluh lemang tu. Selalu lemang main order je.



Bila sampai masa nak buat lemang abah jatuh sakit. Abah jatuh longkang nak membetulkan kolam ikan dia tepi longkang kecil tu. Kayu2 api semua dah terlonggok. Sejak itu kesihatan abah semakin merosot dari tahun ke tahun dan kami juga terpaksa melupakan ke'excited' nak melemang. 



Bila semua balik dan Abang Long kata nak bakar lemang semua tak sabar nak tengok. Abang Long memang biasa buat lemang setiap kali raya tapi buat kat rumah emak dia kat Rasa. Balik Batang Kali bawa yang dah siap masak. Dah lama jugak Abang Long 'terhenti' dari buat lemang masa raya. Tak tau kenapa.  Now, he's comeback! Jom tengok2 cam ne nak sediakan lemang.  




Buloh lemang yang diisi dengan daun pisang muda. Buloh pastikan nipis bukan buloh tebal. Buloh telur ke apa namanya.














Beras pulut yang direndam dan toskan.






Santan lemak kelapa mudo..(kelapa muda lemak ke?) santan biasa je. Campur garam sikit.





masukkan pulut ke dalam buloh lemang. Cam ni cara mudah. Guna daun pisang buat kelonsong.










tuang santan ke dalam buloh. Hentak2kan buloh tu  sikit hingga santan memenuhi pulut.







Abang Long buat semua ni sorang2. Kita orang cuma 
tolong tengok je.






yang ni Che Ali dan Che Ami tolong buatkan api untuk bakar lemang.






siap untuk dibakar.





















Iman tolong bersihkan kebun atok. Actually bukan lah kebun sepenuhnya. Hanya tanah kerajaan sekangkang kera di bahu jalan yang diguna pakai dari terbiar begitu sahaja. Kalau kat taman perumahan di pekan2 atau kat KL ni..dia orang cuma tanam tebu, serai, daun pandan dan pokok2 kecil tu tapi kat kampung macam ni abah dan jiran2 tanam apa korang tau?..abah tanam pokok durian (yang aku cerita dulu tu), rambutan, ada yang tanam pokok manggis, buat reban ayam itik dan macam2 lagi yang memang kampung betul lah.











wah! salute lah kat uteh. Berjubah berjela pakai baju cantik pun boleh masuk kebun.








keladi gajah sebagai pelengkap landskap kebun atok.










cili api yang rendang.






masa kecil2 selalu pungut pokok duit2 ni letak dalam bekas isi ngan air dan letak atas meja untuk hiasan. La ni tak leh dah. Aedes lak yang menumpang.





terung rembang @ terung pipit. Yang ni memang belum masuk dalam list favourite aku.





Bukit Chandang bukan Bukit Chandan ye. Bukit Chandan di Kuala nun. Ni kat belakang rumah mak. Dekat sangat! Rumah mak betul2 di kaki Bukit Chandang. Banyak kisah misteri bukit ni.

Merah kuning lambang kebanggaan..Selangor negeriku. Bendera Selangor dan Jalur Gemilang all season berkibar kat depan rumah abah. Gara2 bendera ni ada orang sangka rumah abah rumah Tok Penghulu. Uhuk!





aik?! budak tecik mana ni? tiba2 interprem.




Ain balik kampong raya ari tu. Sambut birthday kat kampong (gambar birthday nanti mak ngah letak next entry ekk..) Masih tetap keletah dan gedik2 kambing. Perbualan dengan Ain pada suatu pagi yang sangat2 melekat diingatan aku.

ain : "bestlah tidur kat rumah atok ni"

aku : "baru ain tau ke? apa yang bestnya..sejuk ke?"

ain : "hmm..nanti nak ajak ayah balik lagi cukup bulan nanti"

aku : "cukup bulan tu bila?" aku mula menyakat.

ain : "hujung bulan lah!" dengan muka kelat sebab aku ni macam tak faham2 je.

aku : "ain dah besar nak jadi apa?"

ain : "ain nak masak2 jadi cep (chef)" 

aku : "nak jadi chef kena pegi sekolah. Kena pandai baca pandai kira"

ain : "ain baru nak masuk 4 tahunlah! nanti ain pegi lah" 

aku : "4 tahun pun dah boleh pegi sekolah. Kalau tak pandai baca tak pandai kira macamana nak baca resepi nak timbang barang..bla...bla..bla..." aku terus2an 'tembak' ain sampai dia macam tak senang duduk. Aku senyum tengok dia yang dah mula hilang kata2. Dengan selamba dia bagi jawapan yang ini.

ain : "eeiii..mak ngah ni! tak faham2lah!. ain gunting2 mulut tu karang!"

Hah!..terkejut beruk aku! terkaku! terdiam membisu! Terkesima! Terpegun! Terpana! 'Tertelan' lidah sendiri!

Aduh! bisanya...

(tapi mak ngah tetap sayang ain)


daaa...

2 comments:

  1. nostalgia betul buat lemang tu..ingat masa arwah abah aku masih ada & buat masa dia sihat .. btw, aku x makan lemang sgt..masing2 beli 2/3 btg kat ulu yam/btg kali masa otw nak balik ptg raya aja.. Untunglah ita masih ada ayah lagi. Cherish the moments ya.. Abang Long tu abang si K kan? Bila nengok baru ingat muka sama aja.. Ain ni anak siapa ya? Hahaa.. penangan budak skrg..

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha..memang kelakar tang ain tu. Anak adik yg duduk ipoh tu. aku mmg tak sangka dia boleh ckp cam tu. senyum sorang bila ingatkan. Tengok entry raya puasa ari tu ada lagi kisah nakal dia.

      Insyaallah thn dpn nak buat lemang lagi. Kali ni x kick sgt lemang abg long mgkin sbb chef ni tak masuk campur kot. tolong tengok je..hihihi. Yup! abang long is abg si K.

      Delete