Assalammualaikum.
Semalam yang berlalu dah jadi kenangan. Manis untuk dikenang dan diingati.
Bertemu semula dengan sebahagian kecil dengan sahabat2 waktu sekolah dulu di majlis makan malam sempena hari raya yang lalu (over dah).
Tak banyak yang menarik tentang majlis yang nak dicerita tapi yang seronoknya cerita2 tentang kami. Seperti biasa kalau jumpa kami borak sakan tanpa menghiraukan perjalanan majlis. Lagi pun batch kita orang yang paling ramai dan rajin memeriahkan setiap acara yang dianjurkan oleh Alumni SMK KKB.
Sebab apa tak happening?...hihihi..meja kami memang happening cuma majlis biasa2 je. Malas nak cite. Tapi satu yang pasti..habis dinner malam tu kami pakat2 ramai2 dinner sekali lagi kat kedai mamak KKB bawah pokok besar. Lagi sedap share meehoon goreng ngan Merek. Pusing kiri, pusing kanan..ramai gak senior2, junior2 kita orang yang makan kat tempat yang sama. So..u fikir lah sendiri apa yang tak happeningnya. Tepuk dada tanya selera.!
Let me introduce my BFF. Semua kawan2 aku adalah yang teristimewa.
Ustaz Zainal dan Mike.
Zainal, masa sekolah ibarat 'samseng kampung dusun' orang kata. Aku memang tak boleh bertembung dengan dia. Nampak dia dari jauh dengan geng2 dia kita orang dah siap2 ikut jalan lain. Rasa kita orang ni kecik aja. Gerun!..
Nowdays..masa berlalu. Manusia juga berubah. Sekarang kalau jumpa dia segan lak dengan ustaz ni. Rasa diri semakin 'kecil'. Nal, terima kasih ya..banyak nasihat kau bagi kat aku. Moga Allah memberkati hidup kau sekeluarga.
Mike..alamak!. Lagi sorang kawan yang aku betul2 salute. Dia salah seorang sahabat yang berjaya dengan bisnes logisticnya. Aku tak perasan apa nama syarikat dia tapi aku tahu dia sekarang handle sebuah company yang besar. Bukan calang2. Director kau!
Mike, Azman dan Wak Klang.
Azman. Satu kampung di Batang Kali. Masa sekolah orang penting di smkkkb. Sebut nama dia semua orang kenal. Sebut nama aku?..sapa tu hah? orang tak kenal. ex captain sekolah, ex athlic sekolah, ex prince charming..hihihi.. (actor nih). Tak rapat sangat sebab dia kelas sains. Budak2 sains berlagak ekk? Captain lagi..segan ooo!!.Lepas sekolah jumpa dia, alhamdulillah dia masih kenal aku. Tatak sombong ooo..w/pun baru balik dari overseas. Masih ramah seperti dulu. Ada tokoh jadi YB. Rapat dengan dia sebab tiba2 aku jadi secretary seumur hidup untuk kita orang punya alumni. Dia adalah pengerusi. Kalau nak beli kereta keluaran Produa boleh jumpa dia. Silap2 MD ni boleh bagi diskaun sikit.
Wak Klang (bukan nama sebenar). Dia satu kelas dengan Azman. Tak rapat sangat sebab budak sains ekk!. Dulu sains dan satera ni macam ada gap yang besar. Sastera selalu jatuh no. 2 masa kat sekolah. Habis sekolah semua tu tolak tepi. Yang penting kerjasama! Kontractor yang berjaya di Klang. Nama sebenar konfius lah..sharifudin atau shaharudin. Senang ingat Wak Klang je lah.
Hamsah diapit oleh 2 ita. Ita rossi dan Anita Sijak.
Hamsah Ahmad. Sahabat dari form 1 sampai form 6 sampai sekarang. Am tak merantau ke mana2. Masih setia di daerah yang banyak memahat nostalgia dalam hidup dia. Seorang yang sangat tabah. Bekerja keras demi keluarga dan pelajaran. Walau pun tak dapat belajar tinggi2 sekarang anak di UK menyambung cita2 yang terpendam. Bakal ibu doktor nih!.
Anita Sijak. Bersama dia setakat form 3 lepas tu tak tahu pegi mana. Tup..tup..tahun lepas kot muncul di dunia FB. Lain wajah. Ada iras2 wanita arab sikit. First time join xtvt alumni. Dia tak berapa ingat kawan2 yang lain tapi bila terpandang classroom di hujung blok malam tu...hah!...itu kelas aku! nasib baik kau ingat lagi Ta.
Esoknya....hulala..!! ini betul2 happening! Ramai2 serbu ke Teratak Ayahanda Amran di dusun Jambatan Roboh di Sg. Inki, Kalumpang.
dingin dan nyaman di bawah rimbunan pokok getah dan kelapa sawit.
anggerik hutan penyeri laman.
buah apa ini? Buah kedondong cikgu!.
Kita tengok siapa yang datang?
mengadu kat hubby aku lah tu!..
pengantin baru Kak Rad datang dengan Abe dan anak2. Kak Rad ni sprinter sekolah dulu2 tu. Macam lipas kudung!.
Lunch time!
sambal jengkol (jering). Sedap tapi aku tak tahan pedassss...!
ayam goreng berempah. Wangiiiii bau rempahnya.
allahhummalakasumtu....eh!eh!eh!..itu nak buka lah. Allahhummabariklana...
lepak2 ye Yang... kita orang nak pi terjun sungai.
wah! bersemangat semuanya menggalas towel di bahu, meredah ladang kelapa sawit demi sebuah anak sungai!..hihihi..
"jomlah kita mandi"
"tak nak. sejuk lah.."
"tadi dia yang beriot2!"
main2 air dulu..
bersilat menangkap ikan.
nak join ke tidak? masih mencongak2 kedalaman, kederasan dan kesejukan air sungai. Sejuk kau! air dari Banjaran Titiwangsa.
dah mula dah...
eh!...elehh...kat sini pun ada dugong ke?
Jom kita tengok.
from Port Klang tersesat ke Sg. Inki.
yeaaa...!!!
budak tecik qistina yang takut ngan air.
huhuhu...sejukkkk....
You jump!..
I jump!..
tak de tokoh langsung lah korang ni nak ikut jejak Pandalela!
Balik dari mandi sungai rupanya masih ada lagi tetamu yang bertandang. Har, kau still around ke? Ingat dah sampai Kuantan.
keluarga Rahim (belakang pokok) yang sempat sama2 join. Tali silaturrahim dari sekolah kini dipanjangkan lagi melalui anak dan isteri masing2.
Amran, Rahim dan Azhar. 3 sahabat semasa di sekolah dulu yang masih bersama hingga kini.
Tiga2 orang ni satu kelas dengan aku. Rahim pendiam sangat. Pemalu pun ada. Dia dengan geng2 dia aje.
Sekarang ok. Banyak cerita kalau berjumpa.
Azhar. Chief Ringgo itu gelaran dia. Aku tak tahu apa erti gelaran tu. Dulu kurus melidi. Lepas sekolah hilang entah ke mana membawa hati dan membawa diri. Smkkkb banyak menyimpan cerita pahit manis dia dialam sekolahan dan di asrama. Ada perkara2 pahit manis itu yang masih aku ingat. Tu sebab kot dia 'memutuskan' diri dari semua orang. 2 3 tahun lepas baru muncul semula setelah lama kawan2 mencari. Har, kita semua ada kelemahan dan kekuatan. Alhamdullillah..Azhar kini makin ceria bila jumpa sahabat2 lama. Kini dia sanggup ke mana sahaja mencari sahabat2nya.
Amran, the landlord of Teratak Ayahanda. Masa sekolah satu kelas dengan aku. 5A1. Form 6 dah jadi jiran kelas sebelah. Selalu kalah dengan aku dalam subj. sastera. Tapi dia menang tang "biar bulan bicara"...hihihi...
Tokeh telur ayam ni. Pembekal telur ayam satu Malaysia. Macam2 saiz telur ayam boleh jumpa kat ladang ternak dia. Dapat gak lah merasa telur ayam free. Timakasih ye..
Alhamdullilah. Allah mengutuskan sahabat2 yang caring, sporting, memahami dan menerima aku seadanya. Ini sebahagian dari sahabat2 aku yang ada. Sama2 mewarnai perjalanan hidup aku saat ini.
Dikesempatan yang lain aku sharekan cerita2 dari sahabat yang lain pula.
"sahabat ibarat mata dan tangan. Saat mata menangis tangan yang menyapu airmata. Saat tangan terluka, mata yang menangis kesakitan"...
seronoknya... nx time ada acara2 nih jgn lupa posting ya.. i loike !! Walaupun cam selalu aku mmg susah nk join.. heee.. apa2 pon korang sumer sentiasa dihati...
ReplyDeleteYan,
Deletennti kita gather2 kat Teratak Ayahanda. Amran dah bagi greenlight.