Saturday, October 13, 2012

WEDDING end OF THE YEAR..


Salam manis.

"Selamat pengantin baru
semoga kekal abadi
bahgia keanak cucu
sentosa murah rezeki.."




Pernikahan
Menyingkap tabir rahasia

Isteri yang kamu nikahi
Tidaklah semulia Khadijah
Tidaklah setakwa Aisyah
Pun tidak setabah Fatimah
Justeru isteri hanyalah wanita akhir zaman
Yang punya cita-cita
Menjadi sholehah

Pernikahan
Mengajar kita kewajiban bersama

Isteri menjadi tanah,kamu langit penaungnya
Isteri ladang tanaman,kamu pemagarnya
Isteri kiasan ternakan,kamu gembalanya
Isteri adalah murid,kamu mursyidnya

Isteri bagaikan anak kecil,kamu tempat bermanjanya
Saat isteri menjadi madu,kamu reguklah sepuasnya
Seketika isteri menjadi racun,kamulah penawar bisanya
Seandainya isteri tulang yang bengkok,berhatilah meluruskannya


Pernikahan
Menginsyafkan kita perlunya iman dan takwa
Untuk belajar meniti sabar dan redha
Karena memiliki isteri yang tak sehebat mana
Justeru akan membuatmu tersentak dari alpa

Kamu bukanlah Rasulullah Saw
Pun bukanlah sayidina Ali karamaullahhuwajah
Cuma suami akhir zaman
Yang berusaha menjadi sholeh

sumber dari google.


Ini kisah minggu2 sudah. Minggu yang capek bangat! Dah nak hujung2 tahun ni dah nak cuti2 sekolah, ramailah yang berinai jari tangan dan kaki melangsungkan perkahwinan. Bukan pengantin je yang sibuk berinai tapi aku pun berinai sama. Suka gak berinai ni. Inai masa raya hari tu dah nak habis so,  tepek lagilah inai baru. Inai tang kuku je. Perasan lah sekejap macam pakai cutex...hihihi.. Paling suka tengok warna merah inai macam kena je..truly match ngan jari tangan yang putih. Berseri2!. Maaflah ye pada orang yang warna jari tangan agak kelam2 sikit. Tak mengata sapa2 pun..aku cerita kena pada jari sendiri je.

Ok..membebel dah panjang. Ini pasal wedding yang aku dan ada gak kot kawan2 yang gelarkan Wedding of The Year...khas untuk wedding kat Kompleks PDRM ni je lah. Ini wedding anak Pn Rohani Arshad, kita orang punya Ketua Biro Wanita. Bila ketua buat majlis of course anak2 buah mesti ramai. Kenalan, saudara mara jauh dekat semua dijemput. VIP, VVIP ramai gak lah. Kira majlis berkampung campur dengan majlis besar, tolak campur darab bahagi adalah dekat seminggu. 

Mula hari Rabu buat muffin untuk sedekah kenduri dan untuk para bentara. Khamis masak2 untuk kenduri kat surau malamnya. Hari Jumaat masak2 untuk makan lepas nikah sebelah petang. Malam masak lagi satu periuk besar kari kambing untuk tambahan lauk hari Sabtu. Walaupun guna katering tetap masak untuk standby lauk pauk takut tak cukup. Fuh!..minggu yang benar2 capek tapi seronok! Maaflah tuan rumah. Aku hanya sempat menyibukkan diri pada waktu petang dan malam je sebab..biasalah keje kan. Hari Sabtu ambil cuti khas untuk wedding ni. Komitmen jugak tu.

So, layan gambar2 sekitar majlis dan kiranya entry ni khas aku dedicated kat keluarga pengantin perempuan. 

Wedding : Nadia & Hafizi
Venue : Kompleks PDRM Sec. 20
Date : 29 Sept. 2012


Fuh!  mencungap gak lah nak upload gambar2 ni. 

Happy viewing.







14 biji khemah yang terbentang memanjang memenuhi laluan satu blok.
Khemah dah didirikan 4 hari sebelum 
 majlis. Bukannya apa..nak ambik mood kenduri je..



gerbang menuju ke pelaminan with red carpet.
 Ini gerbang yang di tengah khemah. 








as usual..meja makan pengantin very the extra ordinary..selalunya tukang rewang yang habiskan semua. Al maklum pengantin tak de selera dah..






kek pengantin..tunggu masa untuk 'dikendurikan'..




doorgift @ souvenir @ pengganti bunga telur dari tuan rumah untuk tetamu yang hadir. A variety of cookies yang sedap2.










gambar pelamin tak de lah pulok. Yang ada bunga2 tepi pelamin je.


Majlis berinai besar.








ayah dan ibu pengantin perempuan.






ayah dan ibu pengantin lelaki.




majlis diserikan dengan tarian tradisional.


sebahagian dari 500 orang tetamu yang hadir di malam berinai besar.





aik! macamana pulak anas boleh interprem ni?..




bday pengantin lelaki jatuh pada tarikh yang sama.




showcase time!.. 3 suara yang saaaangat tinggi pitchingnya!..



poco2 aka joget lambak. Goyang bukkk! Longgarkan pinggang2 yang dah penat merewang.




bersantai2 sebelum bermulanya majlis besar esoknya yang memang tak akan sempat nak lepak2 camni.




Rewang pagi Sabtu sebelum acara bermula.





awat tu Yenni? muncung je..








kumpulan Marhaban. Baju dia orang ni cam kek lapis asam manis kan? Tak caya tengok kat bawah ni. sebijik kata kau!





hihihi...




"renjis2 dipilis
ditepungilah tawar
hai beras kunyit ditabur 
disiram siair mawar"..
















flower girls yang sangat cute..













































jiran lama yang dah berpindah ke Penang tetap bersama2 memeriahkan majlis. Pn Ida dan anak daranya aku tak tau yg mana satu. Dah besar2 semua anak2 dia cantik2 belaka.







mak pengantin baru sempat nak makan selepas majlis berakhir..




rewang hari Rabu. Buat muffin.


tak payah timbang2 dah..main sudu je..expert le tuh!





senyum merekah blueberry muffin..


Pagi ini sewaktu  aku turun nak pegi keje Ummi panggil aku dan bagi 2 keping roti boom by pak long kat bawah ni. Sooo sedap, lembut dan enak. Kalau dia bagi 4 pun aku boleh habis kot.

Hari ni kenduri di rumah pengantin lelaki pula. Pn Rohani kalau buat makan2 memang mewah lah..


Minum pagi di rumah pengantin perempuan.








sapa2 nak order roti boom pak long yang melatop boleh contact aku. Nak order untuk any ocassion pun boleh tapi kena bawa assistant dia ni juga..Ummi.

ok..sekian. Akhir kalam. Wasalam.


2 comments:

  1. wah.. meriah gitu.. i love wedding! Apsal uniform pink tu ada 2 design? Ikut club ke? Nettball ngan futsal ke? he3

    ReplyDelete
  2. uniform sponsored by 2 person kot..hihihi...
    miss u.

    ReplyDelete