Thursday, June 14, 2012

Pdapor: Slice Cheesecake..yang tak akan muak.





Salam bahagia.

Hidup mesti diteruskan. Life must go on. Makan menjadi keutamaan..





Actually entry ni dah lama tertunggak. Kalau duit api tu tak bayar kira dah kena potonglah.

Ada sahabat yang syorkan aku buat blog baru pasal masakan dan resepi2.  Macam banyak blog2 masakan, blog2 dapor, kitchen2 yang bersepah2 kat internet. Nanti ramailah follower, ramailah commentar. Macam lah aku ni terror sangat memasak. Masak kek, biskut dan kuih muih masih lagi tengok resepi. Masak lauk pauk masih lagi call mak abah kat kg. nak confirmkan cara2 dan bahan2nya. Tak pelah..dorang dengan dapor dorang. Aku tetap dengan dapor dan hidup aku dalam satu blog ni. Lagi pun rasanya tak mampu aku nak manage sampai 2 blog. Alamatnya salah satu akan bersawang2 jadi tempat spiderman bertenggek.





Cheese cake. Salah satu favorite aku dan kak cik. Selalu kalau buat cheese cake guna cream cheese yang sangat2 berkrim tu. Rasanya sedap tapi ramai gak yang tak suka sebab cepat muak. Resepi ni simple sangat. Aku pun tak pernah terbayangkan untuk menggantikan cream cheese dengan slice cheese. Kalau tak ingatkan 'orang belakang' aku dah
lama ngap sorang2. Hihihi..pasal 'orang belakang' ni teringat masa faiz kecik2 dulu. Kalau dia makan aku selalu ingatkan tinggalkan untuk 'orang belakang' sikit. "hah..orang belakang! Mana ada orang kat belakang?" sambil menoleh melihat ke belakang. Bertuah punya budak! 

Cream cheese yang popular spt philadelphia, tatura dan mascarpone (betul ke eja tu).

Slice cheese ialah cheese yang keping2 tu. Yang selalu  Mr MC D letak kat burger dia tu. Brand krafts lah yang selalu aku ingat.

Kreatif sungguh lah orang yang cipta resepi ni. Rasanya memang very light cheese cake. Sedap kalau tambah sikit lemon paste atau campur blueberry. Jadilah Blueberry Light Cheese cake. Dan yang paling aku suka tak payah nak letak based dia yang dari biskut atau span kek. Mudah sungguh!



gebusszzz...


Ini kali ke 2 aku buat. Mula2 tak menjadi. Keknya terpisah kepada dua bahagian. Yang atas lembut gebu tapi bahagian bawah macam bantat. Bakar guna bain marie. Keknya macam basah2 sikit. Memang tak puas hati betul! Tak menjadi macam Jintan Manis punya yang gebu.

Kali ni aku bakar macam biasa cuma suhunya aku kurangkan 150C. Fuhlamak!..cantik betul! Putih kuning gebu dan lembut. Yang ini letak perasa lemon je. Next time kalau buat lagi nak letak blueberry/strawberry filling. Hiaskan dengan fresh cream yang putih gebu. Tunggu lah kau. Bila keadaan dah tenang, hubby dah ok sikit aku kerjakan kau!...hahaha...(cam suara jin)

Resepi dari blog Jintan Manis. C&P ye. Cuba jangan tak cuba.




SLICE CHEESE CAKE
By :Jintan Manis

Bahan-bahannya ( acuan kek saiz 18cm )


4-5 keping slice cheese ( slice cheese kalau kt mesia leh guna jenama kraft)

200 ml susu segar
70 gram butter atau marjerin
70 gram tepung gandum (diayak dahulu)
70 gram gula
4 biji telur saiz M
beberapa titik esen vanila

Cara-cara

1. Carikkan slice cheese kecil-kecil dan campurkan dengan susu segar.

2. Kemudian masukkan dalam periuk, gunakan api perlahan dan biarkan slice cheese tadi cair. kacau sentiasa.
3. Masukkan butter dan kacau hingga larut, tutup api dan sejukkan sebentar.
4. Asingkan putih telur dan kuning telur, pukul putih telur bersama gula hingga menjadi meringue.
5. Didalam bekas lain pukul kuning telur hingga kembang dan masukkan kedalam adunan cheese tadi, masukkan tepung sedikit demi sedikit dan pukul lagi, pastikan adunan tidak berketul.
6. Akhir sekali campurkan meringue sedikit demi sedikit ke dalam adunan tadi dan beberapa titik esen vanila, gunakan cara kaup balik supaya adunan rata. gliss acuan kek dengan marjerin dan alaskan dengan kertas. Curah adunan kek di dalam acuan .
7. Bakar pada suhu 170 darjah selama 20 minit dan turunkan suhu 140 darjah selama 40 minit, gunakan acuan kek berukuran 18cm dan letakkan sedikit air di bawah dulang pembakar, cara bain marie, untuk mendapatkan kek yang elok teksturnya.
8.Hias ikut kreativiti sendiri atau dimakan begitu sahaja. kek ini lembut dan ringan. tak rugi mencubanya.
Peringatan- Pastikan meringue betul betul kental, cara nak tahu meringue dah kental ialah dengan cara menterbalikkan bekas adunan dan meringue takkan jatuh. Kalau tak guna cara bain marie tu pun takpe, janji ikut suhu tu betul-betul ya.







Pi dapoq masak na...!

3 comments:

  1. Apa plk xjadinya..jadi la tu...janji habis jgk telan akhirnya..

    ReplyDelete
  2. mmmm... terliuq na... tapi weekend ni aku nak buat rainbow cake utk anak bujang punya b'day sbb hari tu b'day dia aku suruh ayah dia beli char kue tiow basah aje... nak buat plus sekali utk father's day! cheese cake ni sabau dulu na... mmmm.. nampak sedap sgt! Minggu lps aku buat hampir 200 biji cream puff tahlil anak buah.. skrg aku dh pening tengok oven dah!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hydrangeas: congrats yan. 200 biji byk tu! Kalau buat lg panggil aku nak gak rasa air tangan kau. Rainbow cake mmg sedap!

      adda: kalau dah habis kena telan tu maknanya jadik lah kan?

      Delete